~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~HiDuP iNi InDaH JiKa SeMuaNYa KeRaNa Allah~~~
Saturday, June 29, 2013
~Dialog Santai Hari Minggu....~
Assalamualaikum semua!
Lame betul PiNkYCaT tak bersiaran di blog kaler PINK ni kan...alasan yang boleh diberikan ialah 'BZ'... Haish... Selalu je bagi alasan macam ni... Kesian dah bersawang dah blog ni...
Apepun, terima kasih kepada teman2 blogger yang sudi berkunjung ke teratak kaler PINK ni walaupun ketiadaan tuannya di rumah dan sudi bertanya khabar samda di blog atau FB:) Blog kaler PINK ni akan terus 'bersinar' kePINKannye selagi ade sokongan laling2 semua! LOVE u all!!!muaaah;p
Ni nak kongsi dialog di hari minguu ni...(erm,lame tak menulis macam kekeringan idea plok doh;p)
Hari ni kejutkan Aliya bangun:
Ummi: Aliya, cepatlah bangun....(sambil kejutkan Aliya yang masih terbaring kat atas katil sebelah En. Hubby....En hubby tak usah nak kejutlah sebab die baru balik dari spital pagi ni...post double shift....memang tidor membatu lah sampai Zohor nanti tu;p)
Aliya: Aya nak tidor....jangan kacau...aya penat...
Ummi: (Dalam hati...) Haishhh....penat ape pulak dah si budak ni....malam tadi dah tidur nyenyak...
Monolog dalam hati...macam pernah ku dengar je ayat yang Aliya sebut tadi tu...."nak tidur...penat"
Huh...ni ayat yang selalu aku cakap bila Aliya kacau diri ini tidur lepas penat balik dari kerja...
Hah! kang dah terkena batang hidung sendiri!!!
***Moral of the story: Jangan banyak merungut ayat2 negative depan anak2...haha;p
Sama2lah memperbaiki diri:)
Wednesday, June 12, 2013
~SeJuK PeRuT Ummi.....~
NAk abadikan gambar yang membuatkan perutku terasa sejuk bile melihatnya di blog kaler PINK ni....
GAmbar2 ni di 'snap' oleh maksu Aliya semasa rombongan menghantar pengantin sepupu di Besut pada 1 Jun baru ni. Ummi tak pergi sebab tak sihat time tu...
Maksu Aliya 'snap' gambar ni mase diorang singgah solat kat masjid Al-Falah, Besut....
Alhamdulillah....
Sejuk ummi tengok gambar2 ni....
Patutlah sampai je kat umah Aliya terus mintak telekung... Kebetulan ade telekung kecik kat masjid, maksu Aliya pun pakaikan lah utk Aliya time nak solat tu. Sebelum ni Aliya solat kat rumah tak pakai telekung pun. Pakai baju biasa je tanpa telekung ikut ummi & abi solat:)
Syukur ke hadrat Allah usaha kami untuk ajar Aliya cara2 solat berhasil.
Pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar anak2 adalah menggunakan teknik Pendidikan Melalui Tauladan seperti mana yang di ajarkan oleh Rasulullah untuk mengajar ummat terdahulu untuk bersolat.
Pada waktu tersebut ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana cara untuk menunaikan solat. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda " Solat lah kamu sperti mana kamu melihat aku bersolat"
Kami mula2 mendedahkan Aliya tentang solat sejak Aliya berumur 2 tahun sedikit demi sedikit... Hanya dengan mengajak Aliya untuk solat bersama sekiranya kami berada di rumah. Kami juga membeli VCD tentang cara2 bersolat untuk tontonan Aliya. Alhamdulillah, Aliya nampak berminat. Walupun kadang2 anak2 enggan untuk solat bersama ketika di ajak, maka tidak perlu PUSH anak2 tersebut. Hanya solat sahaja didepan mereka agar mereka dapat melihat apa yang kita lakukan semasa solat. Lama kelamaan mereka akan teringin untuk melakukan perkara yang sama bersama ibu bapa.
Sekarang Aliya dah berumur 3 tahun, alhamdulillah Aliya dapat ingat 'step2' dalam solat. Walaupun bacaan2 dalam solat Aliya belum dapat menguasai sepenuhnya lagi tetapi kami akan cuba luangkan masa yang amat terhad ini untuk didik Aliya sebaik mungkin.
Sekian sedikit perkongsian dari kami kali ini. Semoga Allah memberi kelapangan masa kepada kita semua untuk mendidik anak2 kita untuk menjadi anak yang cemerlang& terbilang di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Telekung yang dibelikan minggu lepas sebagai hadiah untuk Aliya sebab dah ingat step2 dalam solat:)
semoga anak Ummi & abi menjadi anak solehah & cemerlang di dunia dan akhirat, love U Sayang!:)
Labels:
family,
ilmu keibubapaan,
kisahku,
Tips
Wednesday, June 5, 2013
~HTC suddenly asystole but....~
On 4.6.2013; my HTC @ my beloved handphone which already gave 3 years services to me was suddenly asystole at 5.00 pm:(
Huhuhu...macam catatan diary pulak rase bile taip n3 camni, tapi tu lah... tak tahu nak cakap camne...
Sedih sangat bile handphone kesayangan rosak.
Tetiba je 'dia' collapse..tak leh nak ON. Bile ON hanya keluar gambar si 'android' dengan background hitam tu je....macam dalam gambar ni hah!
CPR @ resuscitation @ bantuan pertolongan cemas telah di lakukan selama lebih 2 jam oleh En. Hubby untuk selamatkan HTC ni. Alhamdulillah, reverted. Tapi masih sinus bradycardia....
And now....masih dalam ICU untuk proses recovery.
Hopefully MY HTC will be recovered soon...
P/S: sekarang ni saya dah lost semua contact number, data2 dan mesej2 penting dalam HTC ni. Diharap kawan2, teman2 & saudara- mara sudi PM saya phone number kalian semua ke Facebook @ e-mel saya @ SMS ke phone number saya. Kerjasama kalian semua didahului dengan ribuan terima kasih:)
Labels:
kisahku
Saturday, June 1, 2013
~Jagong Bakor~
Di kala kebosanan dan keseorangan di rumah perut mula menyanyikan lagunya...
nak masak memang malas lah bile duk sorang kat umah ni...nak kuar beli makanan lagi lah malasnye...
Baru teringat ade jagung dalam bonet kereta yang beli dengan staff Radicare semalam... Lupa nak bawa masuk dalam rumah... Kesian jagung2 tu ter'peram' dalam bonet keta tu...
20 ringgit je semua ni. Murah kan.. Lain kali nak order lagi lah dengan akak ni.
Orang kate jagung bakor sedap....try lah buat guna pemanggang ajaib!
Ni jagung yang dah siap di masak!
Sekejap je masak guna pemanggang ajaib ni. Dalam 20 min je rasenye...
Sebelum makan tu sapu dengan mende ni sementara jagung tu masih panas2...
SEDAP!
Mase taip n3 ni baru hbs melantak jagong bakar ni sorang2...
Kenyang! Alhamdulillah....
~KeBoSaNan....~
Hari ni mak dan Aliya pergi Besut hantar pasangan pengantin (sepupu yang kawen baru ni) utk majlis sambut menantu plak. Abi pulak kerja dari pagi sampai 12 malam ni. Tinggallah ummi sorang2 kat rumah ni...nak join sekaki tak larat lagi badan ni. Demam pulak dah...
Bosan tahap cipan la pulak duk sorang2 kat rumah ni....
Pergi dapur selongkar ape yang ade...tengok tapai pulut yang mak buat 2 hari lepas tinggal sikit je lagi.
Mak buat tapai ni sebab adik yang duk belajar kat Serdang ade balik untuk majlis kenduri kawen tu. Semalam baru masak tapai ni..kiranya 2 malam jugak lah duk peram dalam besen tu;p
Ni Tapai yang tinggal....Dek kerana terliur sangat makan lah jugak...nnt kan habis pulak. Sanggup tak telan ubat hari ni sebab nak makan tapai ni. Mak kata " kalu makan ubat tak leh makan tapai nanti mabuk:"
Betul ke? Ade sape2 pernah try tak makan ubat pastu makan tapai...ape rase..ade mabuk tak? Kucing samo memang tak berani lah nak try2 mende gini...ikut je cakap mak...walaupun takde evidence saintifik yang menyokong dakwaan tersebut....
Cuma kandungan ethanol dalam tapai tu mungkin akan memberi kesan tindakbalas dengan ubat...kalau sampai tahap 'mabuk' tu tak pasti lah pulak....
Apepun hari ni kucing samo nak makan tapai ni puas2...kang habis orang lain makan kempunan pulak...hihi. Malam karang baru sambung makan ubat;p
Jemput makan ye;)
Thursday, May 30, 2013
~WEDDING: AisYaH & ZulKifLi~
Kucing samo baru balik dari BerBW. Mentang2 lah MC...TAk sihat lagi ni tapi bosan duk umah. NAk keluar tak boleh, memang berBW sakan lah harini...;p Layan je internet ni...nasib baik streamyx tak buat hal...
Rata2 blog yang kucing samo jejak tadi cerita pasal kenduri kawen.... Meriah sungguh dengan musim kenduri sekarang ye.
Hari ni nak share gambar di sekitar wedding cousin pada 24&25 may baru ni..dekat sebelah rumah je...hehe. Dulu mase kecik2 kitorang adalah rakan sepermainan sebab umur pun beza 2 tahun je.
Jom layan gambar hasil shooting dari photographer tak bertauliah "PiNkYCaT". (dulu berangan nak jadi photographer tapi tak kesampaian...amik gamba syok sendiri je lah;p)
ni pengantin kecik...kebetulan pulak si Aliya ni nak pakai baju kaler oren hari tu...same dengan Zahin sepupu die ni...memang tak plan. macam tahu2 je si ALiya ni...macam dah berpakat je budak 2 orang ni;p
sebelum akad nikah...
Tahniah Aisyah dan Zul! jeling ku menjeling...hehehe;) dah jadi suami isteri dah...alhamdulillah...
Berjalan seiringan.....SeMoGa BerBaHaGia SeLaLu!
eh eh eh...kenapa pengatin lame plak yang duk atas pelamin ni...jangan marah ye;p
Pengantin lame nak rase naik pelamin jugak...hihi;p
Wednesday, May 29, 2013
~Tak sihat lagi....~
Sekarang ni musim cuti sekolah @ musim kenduri kawen. Tidak ketinggalan sedare mare terdekat...hehehe. Sepupu saya yang duk sebelah rumah kawen 25 may baru ni.
Nak dijadikan cerita masa malam sebelum majlis kenduri tu saya pun tolonglah bungkus bunga telur kat rumah sepupu ni. ALiya pun turut naik sama bungkus telor ni.
Alang2 bungkus tu terasa jugak nak makan telor ni, dahlah telor banyak depan mate...meleleh jugak nak makan kang!
Ambik la sebijik nak makang...Aliya ni bile tgk ummi makan telor die nak jugak...bukan ummi tak nak bagi tapi ALiya memang dah well known allergic kepada telur. Pernah mase umur setahun lebih dulu dia naik urticaria rashes penuh satu badan lepas makan telor. Itulah pertama kali di amakan telor dan pada waktu itulah kami tahu yang aliya ni allergic kepada telur. Memang tak bagi lah telor lepas tu kat die...
Tapi malam baru ni kesian plak tengok die beria2 nak makan sebab tgk orang lain makan di anak jugak. Bagi lah sikit rase...
HUH..tak sangka plak jadi teruk allergic dia kali ni...KEsian anak ummi.. Satu badan naik urticaria rashes. GATAL tau..sampai garu2 gelisah tak leh duk diam. Kesian tgk LAiya jadi gitu terus bawak dia ke hospital tengah2 malam untuk check up dan amik ubat.
Alhamdulillah, semua vital sign OK. Lungs pun OK. Terus amik ubat kat farmasi. Memang serik dah Aliya makan telor lepas ni. Keesokannya bile ade orang bagi die telor dia akan cakap "aliya tak leh makan, allegik gatal";p
HAH...ni kisah ummi semalam...
Waktu on call semalam tiba2 perut ni sakit...berguling2 jugak atas katil tu. NAk balik rumah tak leh sebab on call. Terus pergi kecemasan inject ubat. Rasanya kena adhesion colic ni sebab pernah kena macam ni dulu.
Alhamdulillah dpt bertahan sampai pagi. Pagi tu En Hubby datang amik kat spital. Masih terasa sakit lagi perut. Sekarang ni tengah MC. Duk umah...kadang2 rase bosan plak duk rumah...aishhh...rase nak keluar tapi takleh...huhu
Harap2 cepat sihat...bersyukur dengan apa yang ada:)
***n3 pasal wedding tu akan menyusul kemudian ye:)
Subscribe to:
Posts (Atom)








