Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

~FeMes PosT di BuLan Pose~


Nak tahu post ape yang paling femes atau paling banyak orang bace kat blog kaler PINK ni sekarang?

Sejak bulan puasa ni kan, n3 kek gula hangus Pinkycat sentiasa menduduki carta ter ATAS! tak pernah jatuh lagi dari juara carta sejak bulan pose ni...ahaks;p

Tambahan pula dekat2 nak musim raya ni kan.... Semua tengah sibuk nak buat kuih muih untuk raya...so, ramailah yang google2 resipi...


Semoga pengunjung2 blog berjaya mencuba resipi yang kucing samo share tu ye:)

Ada yang yang tanya saiz telur yang digunakan tu saiz ape... Kucing samo selalu guna telur saiz A atau B. Kalau guna saiz kecil kena tambah lagi satu bijik ye:)

Ni LINK resipi kek gula hangus tu: http://pinkycat-mylife.blogspot.com/2013/01/kek-gula-hangus.html

SELAMAT MENCUBA YE!

*kucing samo pun nak buat kek ni je malam raye nanti... semoga diberi kelapangan masa untuk memasak... biskut raya memang beli lah semua tahun ni, tak sempat nak buat eden;)

Friday, March 22, 2013

~akhirnya...~


Korang ingat tak yang saya kempunan nak makan ikan siakap bakar last week?

Tak ingat lah tu... ngajuk ah gitu...sume orang dok ingat ning!;p
alah..yang cerite jadi siakap 3 rasa tu lah... Gara2 En. Hubby tu...;p

Hari ni tak kire... dek kerana nok makan jugok ikan bakor ni terus masok dapur lepas bangun tidur... nok masok ikan bakor lah...dok tya doh En. Hubby nok makan ape... Hari ini ikut selera tekak Mak ye! (pinjam ayat hainomOkje sekejap;p)
 
Nah...mule2 amik pemanggang AJAIB ni...lame dok gune rasenye ning...



letak je siakap dalam pemanggang ni...


Tak perlu balikkan ikan cuma balikkan pemanggan tu jer...senang!


HAh...comel dok ikan siakap tu...ayu je die kat dalam pemanggang tu;p


Tak sampai 10 min masak lah ikan tu

Cume sediakn sos ikan bakor je lah...
Baru ni dah beli kuoh ikan bakor dari MA saya...kebetulan ayoh die tokey ikan bakor kat bukit tunggal tu...RM 5 satu tuperware bulat tu...Sedap!!!
Tumis bawang besar pastu masok je sos tu sampai pekat, masukkan black pepper skit...perghh...nyum2!



Jom makan!

p/s: ummuaidan kat Fiji tu jgn duk cari pulak ikan tu mcm kat n3 yang lepas..tu terang lagi bersuluh ikan kat atas tu...hahaha;p

terfikir2 jugak teman2 yang lain masak ape yer hari ni...MFM tu yang pastinya sibuk dengan journal2 die lah...hihi;)

Friday, March 15, 2013

~LadNa Ala2 ALiYa~


Bagi menjawab pertanyaan HainomOkje dan MFM dalam n3 tadi...ni dieee;p

Nah siap pun...tak sampai setengah jam siap dah makanan tengah hari...main campak2 je...SIMPLE kan...asalkan boleh telan dah la yer;p



Semalam saya belajar cara2 nak masak mee ladna dari seorang staff saya. Bukan ape, sekarang ni kena cari menu yang guna mee kuning sebagai bahan asas sebab si Aliya ni lah... TAk nak makan nasi.... So, ummi kena pelbagaikanlah menu mee kuning ni. Asyik2 mee rebus, mee sup... YAng ni je duk ulang bosan jugak kang...

Sebelum ni tak pernah order pun mee ladna kalu singgah kat mana2 restoren. Kurang minat skit mee kuning ni... Tapi demi anak ummi kena belajar jugak cara masaknye.... :)

Kire 1st attempt lah ni masak ladna...haha...walaupun rupenya tak berapa menyelerakan tapi Aliya boleh telan tu kire sedap la kang! (masuk bakul angkat sendiri;p)

Ni resipi yang staff saye bagitahu
Mula2 tumis bawang putih yang dah di ketuk. pastu goreng mee kuning tu dan ketepikan.
Kemudian masak kuah ladna tu. Tumis bawang putih. Masukkan sotong@ayam@udang dan kemudian sayur (lobak@kailam@bunag kubis). Jangan lupe sos tiram yer. Pastu sedikit air.
Last sekali masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah ladna. Garam secukup rasa.
Bile nak makan tu curah je kuah yang dah masak tu atas mee yang dah siap digoreng tadi....

Jom la rasa sikit...tak sedap jangan mareh saye yer;p

p/s untuk noesuhaimi, jgn duk cari pulak sotong tu kat mane ye...tu siap ade kat atas mee tu...hahaha;p


Friday, March 8, 2013

~SiaKaP 3 RaSa~



Hari ni lain yang di plan, lain pulak jadinye...
Pagi tadi pergi lah ke pasar untuk beli stok barang basah. Ni lah rutin bile weken yang tak on call. 
Awal tau pergi pasar tadi sebab pukul 9 ade appointment untuk 'jage' klinik orang pulak.

Mase duk survey2 kat pasar tu ternampaklah ikan siakap ni... Hajat dalam hati nak masak ikan bakar, sedap jugak bakar siakap kan.... Lagipun kat rumah ade lagi sos ikan bakar yang mak beli hari tu... Bagus jugak ni, senang pun senang nak masak kan...cuma letak je ikan dalam "pemanggang ajaib" pastu makan je dengan sos yang dah ade tu kan.. Cepat dan senang! Ni angan2 dalam hati masa kat pasar tadi...sempat lagi berangan yer;p

Lepas tangan ni penuh sampai tak tahu nak pegang camane dah barang2 ni, maka saya pun pulanglah ke rumah. Kebetulan pulak En. Hubby pun baru sampai kat rumah dari tempat kerja. Dia post night hari ni...

"Yang, beli ape tu? Nak masak ape hari ni?- Tanya En. Hubby

"Nak bakar ikan siakap" - jawab dengan senyuman dan harapan menjadi lah ikan bakar tu...haha;p


Tiba2 En. Hubby cakap "masak siakap 3 rasa lah....best!" 

Huh! Kecewa dah dengar ni.... Baru plan nak makan ikan bakar.... 

Macam mana nak masak 3 rasa, nenas takde, tomato tak de...adoooiiii. Tak kan nak pergi semula kat pasar tadi...lewat dah ni nak pergi klinik...

Demi tunaikan permintaan En. Hubby, carilah nenas kat pasar semula. Ni pasar lain pulak... Nasib baik la depan klinik yang saya 'jaga' hari ni tu ada pasar jumaat. Belilah nenas kat situ....


Ni lah hasil siakap 3 rasa saye! 
Banjir dengan sos...sampai tenggelam ikan tu;p

Senang je nak masak ni… (nasib baik senang kalau tak maleh juge nak masaknye)
Goreng ikan yang dah di salut dengan tepung jagung dan garam.  Bila garing toskan minyak dan letak dalam pinggan.  Pastu jiruskan sos nye kat atas ikan tu.
Cara nak buat sos 3 rasa ni senang je. 
Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah. Pastu masukkan 3 sudu sos cili, sos tomato, dan 1 sudu sos tiram. Pastu masukkan bawang besar yang dah di potong dadu, cili yang dihiris dan nenas yang di potong dadu. Letak bunga kubis kalau suka. Nenas boleh jugak kalau nak ganti dengan tomato. Tapi saya lebih suka rasa nenas.  Hah…senang je kan!

Selain ikan bakar yang jadi ikan 3 rasa,  ade satu lagi plan yang tak menjadi hari ni….
Mase balik dari klinik tengah hari tadi saya singgah la kat Giant tu, plan nak beli bahan2 untuk masak lasagna.  Makanan feveret En. Hubby tu lah!
Semua bahan2 lain dah ade, tapi bile sampai kat bahagian keju cari2 tak de pulak keju parmesan…adoooiii. Tak leh buat la lasagna kalau tak de keju ni…Kecewa lagi…. 
Kenapa plan hari ni asyik tak menjadi ye…

Dah keju tu takde capai la benda ni ke dalam troli sebagai ganti!

 
Bila nak masak ntah mende ni…beli je dulu….

Tengah merayau2 kat Giant tu sambil melayan hati yang kecewa ni, tiba2 terpandang MAMEEE!



Mmmm....nampak sedap ni....
Macam mamee baru kot…sebab tak pernah makan lagi yang ni sebelum ni… Ambik je lah try….

Monday, March 4, 2013

~JaGunG CrePe WitH CusTarD FiLLinG~


Hah... jangan marah ye hari ni post entry semua pasal 'MAKANAN'. Mentang2 la Terengganu Public holiday hari ni (apa kaitan pulak ek dengan makanan?ntahler...)

Petang ni makan jagung crepe dengan custard filling. Buat sendiri ni tau...
Tak percaye?
'Real story' ni....hihi;p

Sebenarnya dah lama plan nak buat ni tapi hari ni baru ada masa nak buat mender ni. Dah berbulan2 dah En. Hubby mintak buat crepe ni. Last skali buat mase tahun lepas time musim durian. Mase tu nama dia 'durian crepe' la...sebab durian murah mase tu. Sekarang ni durian mahal! Kita ganti dengan jagung lar yer....


 

Ini dia hasil jagung crepe saya!
Kira jadi la ni kot walaupun tak sama macam kat kedai kan…

Kalau nak tahu cara nak buat kulit crepe ni boleh klik DISINI. Saya pernah kongsi resipi ni tahun lepas. 



Ni kulit crepe yang siap untuk di isi intinya….

Cuma kali ni nak share resipi custard filling versi PiNkYCaT;p

Bahan2 custard filling ialah:
1.       2 cawan susu fresh milk @ low fat milk
2.       3 sudu besar gula
3.       4 sudu besar tepun custard
4.       1 tin jagung

cara2nya:
Panaskan susu dengan gula.
Lepas gula larut masukkan tepung custard.  Kacau sampai pekat.
Last sekali masukkan jagung tin tadi.


Oklah, kenyang dah kan hari ni... cukup lah tu... TDS @ 3 kali sehari masak hari ni...mentang2 la cuti duk kat rumah je dan tak de aktiviti nak buat... masak je la aktiviti nye... 


Tips dari pinkycat: Kalau tak nak kulit crepe ni jadi pecah2 mase masak tu, sila guna telur ayam kampung...ni tips betul hasil eksperimen PiNkYCaT:)

~DaGiNG BLacK PepPeR~


Menu untuk makan tengah hari di hari isnin yang cuti ini...
Daging masak black pepper versi PiNkYCaT!



Mesti teman-teman yang lain ada resipi tersendiri untuk masak black pepper kan... Ni versi masak black pepper cara saya yang simple dan cepat... Nak try?

Jom tengok bahan- bahan dulu yer:)

Bahan-bahan:
(di kisar @ blender)
1. 4 ulas bawang merah
2. 4 ulas bawang putih
3. Halia
4. 5 biji cili (kalau tak suke pedas jangan letak banyak lada dan black pepper, saya ni 'hantu pedas')
5. 1 sudu kecil lada hitam
campak je semua bahan ni ke dalam blender pastu ON kan je blender tu;p

Bahan perap 
1. Daging - potong kecil-kecil supaya cepat masak
2. Serbuk kunyit
3. Serbuk lada sulah
 perap dalam 10 minit je, sambil-sambil tu boleh kupas dan blender bahan kat atas tu

Bahan-bahan lain.
1. 2 sudu kicap
2. 1 sudu sos tomato
3. Garam secukup rasa
4.  Madu @ gula
5. 1 asam keping 

Sesi masak- memasak di mulakan...

  • Tumis bahan yang telah di blender tadi sampai wangi sikit. Jangan hangit dah ler...
  • Pastu campakkan daging ke dalam kuali tu. Main campak-campak je yer... Tak sopan betul!;p Tahu la nak cepat kan...hehe:)
  • Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain tu dan sedikit air.
  • Tutup kuali tu sekejap sehingga daging masak
  • Dah masak tu masukkan bawang besar yang dah di hiris tadi.

Siaaappp!:)

Jom makan....

Saturday, February 23, 2013

~ChicKeN LaSaGNa~


Kita tangguhkan dulu pengembaraan bersama Catwoman... Meh kita rehat sekejap sambil makan. Duk asyik mengembara ke zaman dulu2 perut pun lapar kan....Jom makan...

Minggu ni boleh katakan tiap2 hari En. Hubby minta masak lasagna ni. Kejap-kejap dia kata "Yang, bile nak masak lasagna lagi ni" Ni ayat yang selalu keluar minggu ni. Rindu la tu nak makan lasagna air tangan bini die ni...hahaha;p Padahal baru 3 hari lepas pergi makan kat pizza hut, takde pulak dia mintak menu lasagna kat situ... Nak jugak homemade lasagna ni...ahaks;p

Dah suami duk mintak sebagai isteri kenala tunaikan.... Betul tak?
Semalam mase pergi shopping barang2 stok dapur ni belila sekali bahan2 nak buat lasagna ni. Tak banyak pun bahan2 yang perlu dibeli sebab bahan2 untuk buat lasagna dah ade kat stok dapur tu. Kepingan lasagna pun masih ade lagi. Keju pun banyak lagi dalam peti sejuk tu. Ni tandanya lama dah malas nak main masak2 yang ala2 grand tapi tak grand ni... hihihi.... Cuma daging cincang je takde. Masa pergi pasaraya semalam takde la plak daging cincang! adush.... Yang ade cuma ayam kisar Ramly ni hah.....






Guna je la apa yang ade.... modified skit2 resipi tu jadilah Chicken Lasagna...haha...
Kalau nak tahu cara2 nak buat Lasagna ni boleh klik disini, Saya pernah kongsikan resipi ni kat blog saya dulu...(tak ingat dah bile,rasa macam baru lagi). Ni antara resipi favourite En. Hubby. Suka sangat dia 'western food' ni....


Tengah2 nak masak tu tengok keju mozarella tinggal sikit dah...alamak, tak cukup ni nak buat satu loyang lasagna. Semalam ingat dah ade semua bahan, tak belila mozarella. Ape lagi, kite kidnap keju favourite Aliya la...hihihu. Ummi ni jap2 amik keju cheesedale Aliya untuk main masak2...sori ye sayang...nanti ummi ganti semule...
Saya 'koyak2kan' keju cheesedale jadi macam ala2 keju mozarella...hihi. Asalkan name die keju pun kire jadilah kan...




Ni die Chicken Lasagna yang dah siap sedia untuk di ngap!
Tunggu En. Hubby balik makan malam ni. Pukul 11 malam baru sampai umah hari ni....

Dah siap tunaikan permintaan En. Hubby si Aliya ni duk mintak oreo susu, oreo susu "ummi...nak oreo susu!"
So, buatlah permintaan Aliya pulak...

Yang ada huruf A tu Aliya punye..satu lagi tu Ummi punya:)


Oreo susu yang Aliya maksudkan ialah Oreo Milk Shake! Aliya panggil oreo susu....ala2 malay version pulak anak ummi ni... hehe:)
Nak tahu cara nak buat Oreo Milk Shake sila klik di sini.

Oklah, semua permintaan En. Hubby dan Aliya sudah ditunaikan. Masa untuk makan...jom2!
Esok oncall pulak.... Malam ni tidur awal ye....
Nite....

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...