~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~HiDuP iNi InDaH JiKa SeMuaNYa KeRaNa Allah~~~
Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Saturday, August 3, 2013
~CuTi RaYa 2013~
Alhamdulillah, tahun ni kucing samo dapat beraya bersama-sama dengan En Hubby pada hari raya pertama!
Setelah 4 tahun berkhidmat di hospital kerajaan, dapat jugak kami suami isteri bercuti sama2 pada hari raya pertama.
Bukan senang tau kami dapat cuti raya skali ni...lebih2 lagi pada hari raya pertama... Sehari je lah cuti sama2 sebab hari raya ke - 2 En. Hubby kena kerja. Apapun bersyukur sangat2:)
Ingat lagi masa tahun lepas saya kena on call pada hari raya pertama, En. Hubby pulak kerja shift pagi mase tu...pagi2 lagi En hubby dah keluar pergi kerja. Orang lain bergembira bersama keluarga tapi kami bergembira bersama pesakit2 dan staff hospital...Happy jugak....tapi lagi happy kalau bersama keluarga kan...hehe;) Demi tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan. NAsib baik keluarga memahami tugas dan kesibukan kami ni...
Kepada adik2 doktor yang lain janganlah kecewa sekiranya anda kena bekerja pada hari raya sebab giliran anda akan tiba satu hari nanti. Berkhidmatlah dengan hati yang ikhlas. Ganjaran dari Allah itu pasti, insyaAllah.
Kalau tahun ni tak dapat cuti raya, tunggulah tahun seterusnya ye! hehehe...
Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berjaya... Be CooL!
Mode: excited dapat cuti raya dengan husband tahun ni;p
Semangat nak buat persiapan raya tahun ni sebab dapat cuti... Baju raya pun 3 pasang (sbb cuti 3 hari), tahun lepas rasanya sepasang je kot...huahuahua;p
Monday, May 6, 2013
~Bila Sakit Ada Hikmahnya~
Alhamdulillah, sekarang ni kucing samo dah betul2 sihat!
Hari ni pergi kerja dengan penuh tenaga! Tak macam last week...sangat kurang bermaya dan tak larat. Sampaikan ada orang tegur sebab muke nampak pucat. Bila time tak sihat memang suram betul nampak muka ni... Bukan orang lain je tegur En. Hubby pun tegur " Yang, bile awak sakit muka nampak kusam lah" (Apekah tandanya itu...huhu...nampaknye kena beli produk kecantikan lah lepas ni;p)
Eh, macam lari dari tajuk n3 pulak bebelan Si kucung samo ni;p
Nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua teman2 yang mendoakan kesihatan saye ye:)
Mase sakit tu kan, saya ada terfikir. Alangkah nikmatnya dapat CUTI dan berehat kat rumah. Walaupun dapat MC sehari je. Sejak kerja kat HHT ini adalah MC pertama saya.
Terasa nikmat sangat dapat rehatkan diri dan luangkan masa dengan family di rumah. Kalau sihat memang jarang lekat kat rumah lah kucing samo ni. Bukan keluar mengiow tak tentu pasal ye...hihi;p
Bila ada hari yang tidak bekerja atau hujung minggu yang tidak on call di hospital kebiasaanya saya akan membuat locum di klinik swasta berdekatan. So, kiranya dalam 1 hari tak bekerja tu tidak semestinya 24jam saya akan duduk kat rumah. Bila sakit ni memang kena duk rumah lah 24 jam sebab tak larat nak kerja. uwaaa....Semua locum di 'cancel' kan waktu sakit ni. Dapatlah saya berehat di rumah dan bersama keluarga:)
Rehat yang memang rehat sepenuhnyalah. Totally out of WORK! Terasa nikmatnya dapat rehatkan badan ni. Alhamdulillah...syukur atas nimat dariNYa...
Mungkin ini adalah hikmahnya...Nikmat bersama keluarga di rumah!
Mungkin tak cukup lagi berehat kat SABAH baru ni kot sebab banyak guna stamina...so, kena top up rehat kat RUMAH skit lagi;p
Bak kata ummuaidan kat n3 sebelum ni:)
Oklah. kucing samo nak g berBW pulok ye...lame dok jenguk teratak teman2;)
Saturday, April 20, 2013
~Career Pathway~
Sebagai seorang doktor tentunya mempunyai hala tuju atau career pathway untuk jangka masa panjang. Tidak semestinya kerjaya doktor sahaja, tetapi bidang lain juga mempunyai hala tuju kerjaya masing-masing.
Di sini saya nak kongsikan career pathway sebagai seorang doktor. Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja sebagai seorang doktor dan tidak kena mengena dengan pihak lain. Dari pandangan saya, setelah mendapat sijil perakauan amalan penuh dari MMC atau lesen di mana seseorang itu boleh mengamalkan ilmu perubatannya secara sah ada 2 cabang yang boleh dipilih di mana seseorang itu mahu meneruskan perkhidmatannya iaitu Government atau Private Sector. Sekiranya memilih untuk meneruskan khidmat dengan Govenrment, kebiasaaanya seseorang itu akan memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Master atau doktor pakar. Ada juga segelintir yang terus berkhidmat sebagai Medical Officer untuk jangka masa yang agak lama. Tidak di nafikan ada juga doktor pakar yang menyambung perkhidmatan di sektor swasta di mana ganjaran yang lebih mahal diberikan bergantung kepada bidang masing2. Peluang untuk mendapat 'offer' dari sektor swasta amatlah tinggi terutamanya dalam bidang 'surgical' di mana ganjaran yang diberikan juga agak lumayan. Ada juga yang lebih minat untuk membuka klinik sendiri atau menjadi General Practioner (GP)
Ini adalah gambaran secara kasar tentang career pathway sebagai seorang doktor. Terdapat juga cabang yang lain yang dipanggil non clinical di mana ia melibatkan administration dan public health.
Setiap cabang ada pro dan contra yang tersendiri. Bergantung kepada individu itu untuk memilih yang sesuai dengan diri masing-masing.
Apakah hala tuju saya pula?
Sekarang sudah tiba masanya saya menentukan hala tuju kerjaya saya untuk jangka masa akan datang. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun ke 5 saya berkhidmat sebagai seorang doktor dan sudah berkhidmat di 2 buah hospital berlainan iaitu Hospital besar Sultanah Nur Zahirah dan sekarang ni di Hospital daerah Hulu Terengganu.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya dalam membuat keputusan yang terbaik.
Banyak faktor yang saya kena pertimbangkan sebelum membuat keputusan. Sebagai seorang ibu dan isteri juga tentulah saya memilih untuk mengutamakan family terlebih dahulu tetapi tidak mengabaikan kerjaya saya sebagai seorang doktor. Memang agak sukar untuk menunaikan tanggungjawab kerjaya seiring dengan tanggungjawab terhadap family. Mesti salah satu diutamakan tetapi tidak mengetepikan tanggugjawab yang satu lagi. I will try my best!
Semoga diri ini dapat membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan keluarga tercinta, insyaAllah.
Bantulah hambaMu ini Ya Allah....
Berilah yang terbaik untuk kami sekeluarga,ameen.
Monday, April 8, 2013
~CuTi Yang TiDak DiRanCanG~
Hari ni (7.4.13) saye post call setelah back to back 2 hari on call. Pagi tu rasa berdenyut2 kepala ni... Memang dari semalam lagi rasa tak sihat, hampir2 nak pitam... rasa gelap mata sekejap mase time on call petang semalam. Ingatkan tak berterusan la sampai ke hari ni...
Pikir punya pikir... dapat ke terusakn kerja hari ni. Time pikir tu memang duk kat spital lagi lahh. Ye lah. post call kan dan sepatutnya masih perlu teruskan kerja lagi hari ni. Cuma kalau post call ni kena kerja half day je lah. Petang tu boleh off. Tapi larat ke nak kerja ni. Ahhh... Malas lah nak pikir, (cetus dalam hati...). Lantas terus bagitahu Big Bos yang saya rasa tak sihat, memang tak larat sangat2 dah ni. (macam ala2 novel plak ayat n3 kali ni kan...haha;p).
Memang rasa bersalah nak amik cuti ni. Cuti yang tidak di rancang.... TAk suka buat macam ni tau! (bisik dalam hati lagi). Apepun bincang dengan Big Bos dululah. Lagipun post call, rugilah kalau amik cuti kan... sebab memang dah boleh dapat PM off kan hari ni...
Alhamdulillah, nasib baik sungguh. Big Bos suruh balik rehat kat rumah. Siap kata Take Care lagi tu! BAgus betul Big Bos saye ni kan. Terus sign borang cuti.... Hehehe. TQ bos sebab memahami! suke tau dapat bos yang baik macam ni:)
Apalagi terus start enjin kereta balik rumah la.... Memang rehat sepuas-puasnya hari ni. Ni dah pukul 1 pagi. Bukan masih tak tidur tapi baru bangun dari tidur yang lena....Hahaha.
Oklah, Kucing samo nak sambung beradu semula ye.
Nanti bile 'kucing samo' sihat, kucing samo akan berBW ke blog teman2 ye.... C U!:)
*Ini mungkin kesan dari kerja yang berterusan hampir 2 minggu tanpa cuti kot... Last week pun saya on call weken, kali ni pun saya on call jugak weken. Ingatkan diri ini mampu tapi rupanya tak mampu...huhu. Dah berumur la kot...kuang3;p
Wednesday, March 20, 2013
~Insyirah e-Butik~
Assalamualaikum teman2 blogger yang dikasihi sekalian...:)
ANNOUNCEMENT!!!
Cewaaah...macam berita tergempak pulak kang! siap tulis announcement gitu;p
Sebenarnya takdelah gempak pun....cuma nak sharing dengan teman2 ku semua:)
Tanpa kalian siapalah saye yer;p
Eceh, jiwang kononye lah ni...
Hari ni saya nak kongsi sesuatu dengan teman2 semua... dah lama nak cerita ni tapi tak sempat nak buat n3...hehe:)
Sebenarnya saya ada buat bisnes kecil-kecilan sejak awal tahun hari tu. Plan nak jual pakaian khasnya untuk wanita lah. Mula2 start dengan tudung dulu...produk2 lain masih dalam perancangan... Dah nama pun kecil-kecilan kan...mulakan dengan yang kecil-kecil dululah:)
Ini dia nama butik sayer....
Dulu-dulu saya cuma jual secara offline je kat rumah ni... Sekarang ni baru nak belajar bisness online. Ni pun atas nasihat daripada penasihat peribadi saya iaitu kakak ipar sayer... Gambar2 tudung ni saya shot kat Butik die lah...TQ ye Kak Na...muaahhh;)
Sape2 yang ada facebook tu sila lah add Insyirah E-Butik yer: sila klik http://www.facebook.com/aliya.insyirah.3
Doakan kejayaan saya yer... Baru nak belajar nege lah katekan...
Nak cari ilmu dalam perniagaan sebenarnya... Keinginan dan minat tu dah lama ade sejak kecik lagi sebab tengok mak pun terlibat dalam bidang ni dulu....ikut darah mak lah ni...hihi;p
Walau apapun, Profession utama tetap seorang DOKTOR!:)
Nak tahu kenapa saye nak sangat belajar ilmu 'bisness' ni? Tunggu n3 seterusnya yer:)
Saturday, March 2, 2013
~Di SeKiTaR KuRsuS @ QuiNaRa Al-Safir Resort~
Lame betul saya tak apdet blog kaler PINK ni.... Maklumlah kena pergi kursus 3 hari 2 malam...huhu
Lepas balik kursus petang khamis baru ni, rase penat yang amat...
Petang tu kena diarrhea pulak dah.... Nasib baiklah diarrhea tak berlanjutan. Risau gak sebab lepas tu kena on call back to back pulak selama 2 hari ni.
Lepas reda diarrhea, semalam bangun pagi nak pergi on call rasa macam demam pulak... Sorethroat datang lagi! adush.... saya paling tak suke kena sorethroat sbb nak makan pun rasa sakit... Apatah lagi selera pun memang lari jauh lah:(
Diri tetap di gagahkan untuk pergi kerja...
Alhamdulillah, hari ni rase ok sikit... cepat2 makan panadol....
Meh kite layan dulu gambar yang di snap guna talipon cap ayam saya ni.... Tak ambil banyak gamba pun sebab tak bawa si Nikon tu.
Ni menu minum petang hari pertama kursus...pengat UBI....hehe...sedap sebab kurang manis! bagus utk kesihatan:)
Ini bukan saya minum... kopi teman sebilik yang minum...tak de keja nak buat, snap gamba ntah pape...haha... Untuk pengetahuan, saya minum air mineral je @ air kosong... jarang sangat minum air manis apatah lagi air kopi sebab tak suke...hehe;p kalau air milo blh telan gak;p
ni bukan menu kat resort tau.... kitorang pergi merayau2 petang tu...singgah makan nasi arab kat el-idrus, tapi gamba nasi arab lupa nak snap dah habis makan baru teringat....haha;p
Minum pagi hari last.... dalam gelas tu kuih pelite.... kreatif jugak kalau buat macam ni kat rumah kan...
Bergambar kenangan dengan teman sebilik saya iaitu SN Yusmanita... Yang kat sebelah tu anak2 bos saya....
Bosan la tu.... main talipon pulak dah....hihi;p (kalau tuan punye gambar yang pakai tudung oran tu tengok mesti marah ni;p)
Sedikit gambar yang saya ambil dari Quinara Resort website....
![]() |
| Petunjuk jalan ke resort quinara |
![]() |
| ruang lobi |
![]() |
| ade 2 katil double dalam 1 bilik...agak selesa sbb boleh bergolek2 sorang2 atas tu...hehe |
![]() |
| menu yang agak sedap walaupun kurang variety (nama pun resort, bukan hotel kan...hihi) |
Resort ni sesuai untuk di jadikan tempat berkursus...agak selesa dan tenang sebab terletak di kawasan yang masih banyak pokok2 di sekeliling dan jalan yang tak sibuk....
Oklah, layan gambar je lah dulu ye... sakit tekak lagi ni nak bercerita.... nanti kite kongsi input2 yang saya dapat daripada kursus tu di entry yang lain.... Banyak nak bercerita ni tapi sakit tekak pulak...hehe:)
(macam lah taip entry kat blog ni guna mulut...bab kate ummuaidan kat Fiji tu...hihi)
Ya Allah, berilah kesihatan yang baik kepada kami semua, ameen:)
Wednesday, February 27, 2013
~LiNe InTeRneT SLoW La~
Sekarang ni PiNkYCaT tengah berkursus di Quinara Resort selama 3 hari... Ingat kan boleh lah layan blog waktu malam lepas kursus ni tapi hampehhh... Line ineternet kat bilik resort ni slow bangat! Nak loading setiap page tu dekat sejam...adush! Line pun asyik putus2 je....
Malam ni malam ke 2 duk kat resort ni.... Kire boleh tahan sikit line tenet malam ni... Boleh la layan2 skit blog kaler PINK ni... Plan nak blogwalking kat blog teman2 blogger tapi slow pulak line ternetnye...huhuhu:(
Dapat upload satu gamba ni pun jadilah....
![]() |
| kursus yang padat dengan ilmu, start pukul 8pagi sampai 10 mlm selama 3 hari 2 malam:) |
Esok balik umah...yeayyy!
Miss Aliya so much! (2 hari dah tak jumpa My little princess tu....)
Nanti PiNkYCaT kongsikan 'input' hasil dari kursus ni dengan teman2 blogger sekalian di entry yang lain.
Tunggu balik rumah dulu esok ye...Laju skit guna streamyx kat rumah nanti...Bukan laju skit streamyx tapi laju banyak sebenarnye...huahuahua;pNite...kena tidur awal...esok nak sambung kursus!
Sejuk betul kat sini....
Cuaca masih hujan renyai jugak kat Resort ni... Macam mane lah ye kat Kuala Berang... Dengar2 ade kawasan yang dah naik air kat Terengganu ni. Harap2 kawasan hospital tak kena la banjir. InsyaAllah selamat la semua...:)
Tuesday, February 26, 2013
~MuNgKinKaH NaiK LoRi LaGi!~
Semalam time balik dari kerja hujan tak berhenti2. Hujan je memanjang sepanjang perjalanan dari Kuala Berang Ke Kuala Terengganu. Sejuk rase duk dalam kereta tu.... Saye ni bile sejuk ketor2 (ayat Tganu;p). Maka memandulah sambil terketor2...
Tetiba kaan, bile nak sampai dah kat kampung halaman saya ni....
Tengok jalan dah naik air, sebelah je boleh lalu tu pun nyaris2 tak boleh lalu.... Macam tanda2 nak banjir je...risau dah ni.... (Harap2 tak berlakulah gitu)
redah je lah... Risau gak kot rosak kereta ni....Bile dah terpaksa redah je la kan....
Dalam hati, ni gelombang ke tiga nak datang ke ni...
Teringat masa peristiwa hujan lebat gelombang pertama akhir tahun lepas. (baru lagi...dalam bulan Dec baru ni). Banyak kawasan di Terengganu ni naik air @ banjir. Tempat kerja saya iaitu HHT pun terkena tempiasnye....
Peristiwa yang tak dapat saya lupakan ialah kena pergi kerja kat hospital naik LORI!
Rase kelakar pulak, semua staff termasuklah saye ni pergi kerja naik lori sebab semua kenderaan tak boleh lalu kecuali lori.
HHT dah jadi macam pulau mase tu. Semua jalan kiri dan kanan tak boleh lalu....
![]() |
Ini antara salah satu lori yang bawak kitorang pergi kerja... Kena panjat dulu lori tu... Dahla saye ni lame dah tak main panjat2 ni. Nasib baik tak gayat!
Tak boleh duduk dalam lori ni tau, kena bergayut kat dinding tu...macam dalam gambar tu...hehehe.
Ni lah pengalaman paling mencabar untuk pergi kerja....
Keadaan salah satu jalan kat Kuala Berang ni pada waktu banjir tu. Tiang sign board jalan pun tinggal separuh je tu....
Harap2 hujan kali ni tak seteruk macam baru2 ni....sama2lah berdoa....
Tak nak naik lori lagi untuk pergi kerja....huahua;p
Friday, February 22, 2013
~KeNaPa NaK JaDi DoKToR?~
Hari ni plan nak cerita pasal zaman medical student @ zaman muda2 dulu....hehe...
Tapi sebelum tu nak mulakan kisah dengan persoalan "kenapa nak jadi doktor?"
Ini soalan yang kerap di tanya bila anda melangkah ke medical school, tak kiralah pertanyaan tu dari saudara mara mahupun pensyarah2 di universiti. Apakah jawapannya....
Sebenarnya saya pun tidak pasti apakah jawapan yang harus saya berikan. Sudah tersurat sejak azali? Tak kan nak jawab macam tu kan. Walaupun sememangnya takdir kita telah ditentukan oleh Allah tapi diri kita jugaklah yang menjuruskan usaha kita ke arah itu. Persoalan seterusnya... Kenapa saya berusaha untuk menjadi seorang doktor? Mesti ada sebab... kenapa memilih bidang ni sedangkan banyak lagi kerjaya professional yang lain.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana oleh emak saya yang juga ibu tungggal. Sejak kecil saya hanya mendapat kasih sayang dari seorang ibu. Mak bersusah payah mencari rezeki dengan berniaga. Alhamdulillah, mak berjaya membesarkan kami 2 beradik walaupun tidak semewah kehidupan orang lain tapi saya rasakan kehidupan tu sudah cukup bahagia.
Sejak dari sekolah rendah saya telah berazam ubtuk menjadi seorang yang berjaya dan dapat membantu mak kelak. Kalau boleh saya tak nak bagi dah mak saya bekerja. Saya pulak yang nak jaga mak. Keputusan untuk menjadi seorang doktor saya lakukan ketika memasuki tingkatan empat. Semasa menduduki peperiksaan PMR, saya mempunyai dua cita iaitu untuk menjadi seorang engineer atau seorang doktor. Saya masih belum dapat mempuat keputusan pada waktu tersebut. Semasa di tingkatan 4 saya wajib ambil subjek fizik dan biologi. Jika dibandingkan dengan dua subjek ini, subjek biologi lebih senang untuk saya fahami berbandning dengan subjek fizik yang memerlukan banyak penghafalan formula2 fizik. Pening jugak belajar fizik ni. hehe. Berbeza dengan subjek biologi, sekiranya kita sudah faham akan proses yang berlaku maka kita senang nak ingat topik2 dalam subjek biologi ni. Saya akaui memang saya lebih meminati subjek biologi sebab senang nak faham dan ingat. Dan satu lagi saya ni jenis yang tak suka menghafal. hehehe....
Dari situlah bermulanya minat untuk menjadi seorang doktor. Saya suka membaca tentang proses2 kitaran yang berlaku dalam badan manusia dan persekitaran sekeliling. Sungguh unik ciptaan Allah s.w.t. Dalam subjek biologi ini juga kita dapat mempelajari bukti kebesaran Allah s.w.t.
Disini semuanya bermula...
Belajar bersungguh2 untuk mencapai apa yang diimpikan. Apa yang saya ingat setiap kali berjaya dalam peperiksaan mak akan bagi saya hadiah. Ini adalah reward untuk saya. Saya boleh mintak apa saja hadiah dari mak. Tapi bukanlah hadiah yang mahal2. Hadiah bergantung kepada jenis peperiksaan. Kalau cuma peperiksaan akhir tahun maka keciklah hadiahnye. Kalau peperiksaan tu besar macam UPSR, PMR, SPM maka besarlah hadiahnye. hehe. Saya masih ingat selepas mendapat 5A dalam UPSR saya nak permainan video game sebab sepupu saya selalu main video game kat rumah dia. Terasa jugak nak ada yang diri sendiri punya. Lepas dapat 5A tu terus mintak dengan mak. Alhamdulillah, permintaan saya ditunaikan. Saya pun pergilah ke bandar Kuala Terengganu ni untuk cari permainan video game ni. Sampai hari ini permaianan video game yang berwarna kuning ni masih elok kat dalam store rumah ni. hihi... sayang tau semua hadiah2 saya!
Cara yang digunakan oleh mak saya ni akan saya gunakan untuk didik anak2 saya pula. Bila kita dapat reward atas apa yang kita usahakan kita akan rasa nak usaha lebih lagi dimasa akan datang untuk terus mencapai kejayaan. Inilah perasaan saya masa belajar dulu.
Mak memberi kebebasan untuk saya membuat pilihan dari segi pelajaran. Saya tahu mak tiap2 hari mendoakan kejayaan saya. Sebagai contoh, saya telah mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh selepas mendapat 5A dalam UPSR. Tetapi saya hanya bertahan selama 1 seminggu sahaja di sekolah berasrama penuh tu. Nak tahu kenapa?
Sebab saya nangis tiap2 hari tak boleh adapt dengan environment kat asrama... hahaha. (buat malu je kan;p). Alasan rindu kat rumah. hihi. Homesick la kononya. Tapi saya memang tak nafikan kehidupan di asrama memang jauh berbeza dengan kehidupan di rumah. Kalau di rumah saya bebas untuk ulangkaji pada waktu bile dan di mana. Nak study atas katil pun boleh. Tetapi kalau di asrama telah di tetapkan waktu untuk prep (ulangkaji), makan, tidur. Agak leceh bagi saya sebab saya hilang kebebasan di asrama. Semua kena ikut peraturan. Memang bagus keadaan macam tu untuk mendisiplinkan diri tetapi jika kita merasakan ianya akan mempengerahi sesi pembelajaran kita kenapa kita nak teruskan kan. Matlamat saya adalah mencapai target saya iaitu staright A dalam peperiksaan. Sekiranya saya tidak seronok belajar di sekolah di asrama penuh macam mana saya nak capai target saya. Maka, saya pun mengadu kepada mak untuk tukar sekolah sebab saya tak sesuai duduk asrama. Terus mak pergi ke pejabat pendidikan untuk tukarkan saya. Alhamdulillah saya dapat bersekolah di Sek. Men. Keb (A) Durian Guling iaitu sekolah agama harian biasa. Maka, berulang-alikla saya dengan bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Hehe. Sampai Form 5 saya belajar kat sekolah ni. Walaupun dapat 9A dalam PMR tapi saya tak apply ke mana2 sekolah berasrama penuh yang lain. Saya dah rasa seronok belajar di sini walaupun sekolah saya tak 'glomour' macam MRSM atau sekolah berasrama penuh yang lain. Bagi saya, kejayaan boleh dicapai dimana sahaja sekiranya kita berusaha. Semuanya bergantung kepada kemahuan dan usaha diri kita sendiri.
![]() |
| ni lah sekolah yang saya sayang...SMKADG!cuba spot kat mana saya dalam gambar ni...hehe(clue:pakai baju pengawas pusat sumber) |
Alhamdulillah, saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dan kini tibalah masanya untuk saya meneroka dunia yang lebih mencabar dan dewasa. Dewasa lah sangat kan mase tu...hihi. Saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang. Batch saya adalah batch pertama KMP pada waktu tersebut kerana ia baru di buka. Kiranya batch kitorang la perasminye...hihi. Seronok belajar kat sini sebab semuanya baru. bilik baru, katil baru, dewan kuliah baru... dah nama pun perasmi kan. Hehe. Kat sini tak ade la pulak 'homesick' nye. Mungkin sebab saya dah besar remaja kot masa tu. hehe:)
Mase tu kalau nak jadi doktor kena skor 4 flat. Time tu persaingan agak sengit sebab student yang dapat 4 flat sahaja yang dapat ambil medik. Dan kalau dapat 4 flat pun belum tentu dapat ambil medik. Mungkin masa tu ramai student yang 'excellent' kot. Risau jugak saya ni bukanlah antara pelajar yang excellent. Saya cuma biasa2 je. Jadi saya kenalah usaha lebih berbanding group yang 'excellent' tadi. Tidak dinafikan, ada sesetengah pelajar saya tengok diorang cepat pick up masa kuliah. Ada kawan saya tu nampak tak study mana pun kat bilik tapi boleh score. Pelik jugak. Tapi itulah anugerah yang Allah anugerahkan kepada setiap orang, semua orang mempunyai kelebihan yang berbeza2. Macam saya ni kalau mase kat kuliah tu kadang2 satu pun saya tak faham. (tak tipu ni! this is the real story) Kalau masa di dewan kuliah saya kadang2 tu tak faham apa yang lecturer ajar kat depan tu. Lebih2 lagi kalau banyak sangat kuliah dalam satu hari dan kuliah pada waktu petang. Memang brain ni dah understimulate lah bila dah penat. Apa yang saya buat adalah belajar semula bila balik ke bilik, kemudian kalau masih tak faham pergi jumpa personally dengan lecturer berkenaan. Kiranya kerap jugaklah pergi jumpa lecturer kat bilik dia. hehe. Tak kisahlah kalau ganggu lecturer pun kan asalkan kita faham apa yang kita belajar. Nak tanya masa kuliah tak sempat, dan bukan tak nak tanya tapi kadang2 tu memang tak faham dan tak tahu nak tanya apa...hehehe:)
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza....kenalpasti kelebihan yang ada dalam diri kita:)
Erm, rasa panjangla pulak entry kali ni. Nanti kita sambung semula ye. Lepas ni nak mengembara ke zaman medical student pulak. Kalau hainomOkje jadi kluangman untuk mengembara, dan myfreeminded dengan pengembaraan 'driving' yang 'scary', Pinkycat nak mengembara dengan Catwoman pulak...hehe. Jangan marah ye teman2ku sekalian:)
~ConGRaTuLaTioN To My LoVeLy Sis!~
Assalamualaikum teman2 bloggerku sekalian:)
Lama betul rasanya menyepi.... BZ sangat minggu ni dengan on call yang selang sehari dan medical report yang perlu disiapkan. Kejap2 oncall, penat gak rase badan ni.hihi. Alhamdulillah jumaat ni tak on call, boleh charge semula bateri dalam badan ni yang nak 'kong' dah ni. Nasib tak jadi king kong je....huahua;p
Terima kasih kat teman blogger saya iaitu OKje sebab tiap2 hari singgah kat teratak saya ni bertanya khabar. Sori ye OKje, PC bz skit..nanti PC masak n3 special untuk OKje...hehe:)
Hari ni nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah kat my lovely sis yang sorang ni iaitu Dr Nurul Syuhada atas kejayaan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang Veterinar. Sebenarnya pengajian beliau telah bermula sejak awal tahun tahun ni di UPM cuma surat tawaran baru sampai kat rumah di Terengganu ni. Dan baru2 ni my lovely sis ni dapat offer untuk sambung terus ke peringkat PhD. Alhamdulillah....
Kena struggle betul2 la lepas ni...All the best kat my lovely sis!
Gembira rasanya tengok my lovely sis berjaya. Ye lah, kami hanya dua beradik je...sejak kecik dia lah teman bergaduh dan teman bermain...suka duka kami sentiasa bersama....(eh, rasa jiwang la plak...hihi). Kalau nak tahu, my lovely sis ni masih single dan available (promote sikit...hihi). Sementara masih single ni sambunglah belajar ke tahap yang setinggi mungkin. Macam saya ni dah ber'family' kena fikir banyak perkara la kalau nak sambung study. hehe... Walaupun saya tak further study selepas habis Ijazah , tapi masih kena update content dalam brain ni. Kena update selalu ilmu perubatan ni sebab setiap hari mesti ada sesuatu perkara baru dalam ilmu perubatan ni. Pembacaan kena sentiasa di teruskan agar ilmu kita bukan di tangkuk yamg lama. Betul tak?hehehe:) Tak kiralah dalam apa bidang yang kita ceburi, yang penting kena sentiasa tingkatkan ilmu dalam diri kita. Dan jangan lupa kutip ilmu untuk bekalan akhirat nanti....jangan asyik ingat ilmu dunia je.... Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita, insyaAllah:)
Congratulation to my sis! Semoga gelaran Prof. Dr. Nurul Syuhada menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah. Tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh.
Dari angan2 semuanya bermula....
*P/s: Lepas ni nak buat entry pasal zaman medical student atas permintaan khas dari teman blogger OKje...hehehe...nak belek2 album lama dulu....hihi:)
Tuesday, February 5, 2013
~GoTonG- RoYonG HHT~
Assalamualaikum teman2 blogger semua!
Hari ni saya nak kongsikan sedikit cerita di sebalik program
gotong royong dan membina taman therapeutic di hospital saya ni pada 31.1.13
(cantik la plak tarikh ni bila taip…kihkih). Baru2 ni saya dah war-warkan di
entry ‘musang king’ tu… Klu ade yang terlupa sila klik semula.hihi.
Alhamdulillah, program tu berjaya walaupun ade sedikit kerja2
yang tidak dapat disiapkan pada hari tersebut seperti aktiviti mengecat dan
labeling pokok2 herba.
Majlis di mulakan dengan senam aerobik di bilik UPCK. Lebih
kurang 30 orang staff datang termasuk peserta dari luar. Terima kasih kerana
datang membantu kami sambil membuat kerja amal untuk pesakit2... Hehe… Mase senam
aerobic tu saya duk baris belakang skali sebab malu takut tersilap langkah. Ye
la saye ni dah lame tak senam aerobic ni. Kahkahkah…Last skali mase zaman
matrikulasi dulu. Bayangkan berapa tahun dah tak buat. Tapi saya bersenam tau ,
cuma style je lain… Kalau tak bersenam manakan dapat maintain ideal body weight
ni…(ideal la sangat kan;p) haha....
Lepas senam aerobic tu kami melantak pulak mee hoon goreng
sepiring. Top up balik kalori yang di bakar tadi…hampeh! Tapi takpe, nanti kita
bakar lagi kalori dengan angkat cangkul!
![]() |
| "kite agih2kan tugas dulu,saye tukang tengok kamu semua angkat cangkul ye" |
Alhamdulillah, cuaca agak mendung pada hari tersebut.
Selalunya panas….tapi hari tu cuaca best. Cuma ada hujan rintik2 mase tengah
buat kerja tu. Walaupun hujan rintik2 kerja tetap di teruskan. Kagum dengan
semangat yang diberikan oleh staff ni. Sampai menitik peluh2!
Ni adalah kawasan untuk di jadikan taman therapeutik.
Agak
kosong kan… Kami akan tukarkan kawasan kossong ni menjadi cantik bagi
kesejahteraan pesakit2 kami. Mula2 kami
bersihkan kawasan ni dan ratakan tanah2 supaya senang nak hias kawasan ni. Mase tengah clear kan kawasan ni ade satu
gergasi besi yang menghalang. Gergasi ni dah lame ade kat situ, macam
menghalang kerja2 kami menghias taman ni. Ye la…gergasi besi dah la guna banyak
ruang pastu tak cantik plak tu. Terpaksala buang dulu gergasi besi ni.
Ni dia gergasi besi tu
Bukan senang nak cabut gergasi besi ni. Dahla tapak kaki dia
tanam dgn semen dalam2 kat dalam tanah tu. Gali punya gali, pastu tarik2 tak juga goyang...
Ape lagi, tak de cara lain dah…kite potong je!
Staff bergilir2 memotong sebab gergasi besi tu ade 4
semuanya. Peluh menitik2…kesian plak tengok:)
Ok lah cerita pasal landscape taman therapeutic ni plak. Pelan
Landscape ni dilukis oleh pelukis kami iaitu SN Laila. Tak perlu bayar upah
pelan…hehe;)
Pakat2 adjust sendiri susun atur pokok2 bunga, hiasan, dan etc. Ade tempat
untuk refleksologi tau!
![]() |
| ni die tempat refleksologi tu... |
Kawasan sebelahnya pulak dijadikan taman herba. Macam2 pokok
herba yang kami tanam termasukla mas cotek!hihi… Saya panggil pokok ni pokok
perempuan. Tak tahula kenapa… Bile staff tanya ni pokok ape saya jawab ni pokok
untuk perempuan…hihi.
Ni kawasan taman herba sedang dibersihkan. Kelihatan
beberapa pesakit turun menolong. Pesakit ni dah stabil tau. Kalau yang tak
stabil tak boleh join ni.
Memong seronok aktiviti gotong royong ni. Sama2 bergilir
cangkul tanah, pastu tanam pokok sama2. Ade percanggahan idea juga masa nak
susun pokok2 ni semua. Biasala masing2 ade angle view yang tersendiri.
Kerja punya kerja tak sedar dah masuk pukul 1 tgh hari. Tengah
hari tu kami di jamu dengan nasi dagang pemberian dari keluarga salah seorang
pesakit kami. Sedap…erk, Alhamdulillah kenyang….hikhik
Lepas kenyang tu terukan lagi aktiviti menyiapkan taman tu.
Ade yang bancuh semen untuk ikat batu bata tu, ade yang buat tempat
refleksologi, dan ade yang angkut tanah dan tanam pokok2 yang di ambil dari
Jabatan pertanian hari tu. (klik di entry musang king)
Dalam pukul 3 pm kami semua berhenti berehat, tak larat
dah…berpeluh satu badan. Saya dah lama tak pegang cangkul…tetiba hari tu dpt
peluang pegang cangkul…
Nak tengok pokok yang saya tanam….
Ni dia pokok ciku yang saya tanam. Moga2 lebat dan manis la
buahnya nanti…macam orang yang tanam tu…hehehe:)
Ni Taman yang dah 70% siap.
Cuma belum cat2 lagi pagar kecil tu dan belum letak label
pokok2.
Dari kawasan yang kosong kini dah ada isi… hihi
Jutaan terima kasih kepada semua staff yang
terlibat…jasa korang tetap di kenang. Kami abadikan nama2 kami di sini…hehe
![]() |
| yg ni hasil air tangan SN Martiniey:) |
Takde kerja lain dah nak conteng2…hikhik;p
Kami tetap seronok walaupun
bermandi peluh!
Subscribe to:
Posts (Atom)




































