Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

~MeNu Di HaRi RaYa~


Bersiaran kembali setelah beberapa hari tidak berblogging... Line streamyx buat hal lagi! Nak online pun payah...Tension betul! Tiap2 hari EN hubby buat aduan kat TMnet  tapi sampai sekarang belom OK lagi line internet ni...huhu

Hari ni dah 10 Syawal... Sekejap je masa berlalu kan.... tup tup nanti Syawal pun dah nak habis kan.

Selamat berpuasa sunat Syawal pulak ye!

Kepada yang kena ganti tu cepat2 ganti pose yer....hikhik;p
Ingatan untuk diri sendiri jugak nih, selalu je plan nak ganti pose awal2 tapi last2 dah masuk tahun lain baru nak ganti...aiyaaa;p

Mode raya belum habis lagi kan....
Jom layan menu 1st raya kat rumoh kucing samo;p


Sate ayam + sate ikang feveret aliya;)

 Kek Lapis Sarawak + Kek Lapis Terengganu;)

 Tapai Pulut Mak Saye!

 Pulut Kuning!

Nih biskut Raye yang saye rase paling cute!
Yang pasti bukan kucing samo yang buat..ahaks;p

OK lah...  sekian saje menu untuk hari raya pertama! Nanti bile line internet dah OK kucing samo blogwalking ke teratak kawan2 semua ye... NAk jalan2 pun tak best klu line ternet slow macam ciput ni:(


Friday, August 2, 2013

~HaDiaH PerTaMa DaRi MyBank~


Sekarang ni ramai yang cerita pasal 'sekut' @ biskut @ kueh raye kan... Tapi kucing samo ni tak leh cerita pasal sekut raye lah sebab memang tak buat sekut raye...ambil sekut raye di kedai sahaja...baru ni dah angkut skit sekut raye dari kedai tapi dah habis di ngap oleh kucing samo...hahaha....kena beli yang lain la jawabya untuk buat raya;p

Kali ni bukan nak cerita pasal sekut raye tapi nak cerita pasal alat yang memudahkan kucing samo untuk memasak di dapur ketika musim raya nanti;p

Al kisahnye, point mybank kad dah sampai limit untuk membolehkan penukaran dengan barang2 letrik. Maka En Hubby pun memilih untuk menukar point kad tu dengan mende alah ni...kononnya nak memudahkan kerja bini dia ni di dapur.






Ni hah! Microwave panasonic...blh jugak berfungsi sbg oven... Kirenye bolehlah ganti tugas Si oven lama yang dah bertahun2 berkhidmat kat dapur sekarang ni. (gambar Si Oven lama lupa nak ambil buat kenangan, esok kena snap satu nih sebelum simpan dalam stor;p)

Kirenye dapat free lah microwave ni sebab kami tak keluarkan satu sen pun.... Cuma redeem point kad mybank tu sahaja. Alhamdulillah....rezeki. Nampaknya kena rajin lah masuk dapur lepas ni...hahaha;p

Hadiah pertama sebagai pengguna tetap kad mybank....lepas ni nak aim point banyak2 untuk tukar dengan sebijik kereta! agak2 maybank kasi tak...kuang3;p





Wednesday, July 17, 2013

~WW:WoRdLeSS WeDNesDaY 11111~


Testing skali...
1st time kucing samo buat n3 WW





~11111~

TQVM kepada semua pengunjung BLOG KALER PINK ni terutama teman2 blogger yang setia bersama PiNkYCaT! Luv U olls;)

*Kalau n3 WW tak leh tulis word kan sebab wordless....sori ye....hehe;p


Saturday, June 1, 2013

~Jagong Bakor~


Di kala kebosanan dan keseorangan di rumah perut mula menyanyikan lagunya...
nak masak memang malas lah bile duk sorang kat umah ni...nak kuar beli makanan lagi lah malasnye...

Baru teringat ade jagung dalam bonet kereta yang beli dengan staff Radicare semalam... Lupa nak bawa masuk dalam rumah... Kesian jagung2 tu ter'peram' dalam bonet keta tu...


20 ringgit je semua ni. Murah kan.. Lain kali nak order lagi lah dengan akak ni.



Orang kate jagung bakor sedap....try lah buat guna pemanggang ajaib!



Ni jagung yang dah siap di masak!
Sekejap je masak guna pemanggang ajaib ni. Dalam 20 min je rasenye...



Sebelum makan tu sapu dengan mende ni sementara jagung tu masih panas2...


SEDAP!


Mase taip n3 ni baru hbs melantak jagong bakar ni sorang2...
Kenyang! Alhamdulillah....

~KeBoSaNan....~


Hari ni mak dan Aliya pergi Besut hantar pasangan pengantin (sepupu yang kawen baru ni) utk majlis sambut menantu plak.  Abi pulak kerja dari pagi sampai 12 malam ni. Tinggallah ummi sorang2 kat rumah ni...nak join sekaki tak larat lagi badan ni. Demam pulak dah...

Bosan tahap cipan la pulak duk sorang2 kat rumah ni....

Pergi dapur selongkar ape yang ade...tengok tapai pulut yang mak buat 2 hari lepas tinggal sikit je lagi.  
Mak buat tapai ni sebab adik yang duk belajar kat Serdang ade balik untuk majlis kenduri kawen tu. Semalam baru masak tapai ni..kiranya 2 malam jugak lah duk peram dalam besen tu;p



Ni Tapai yang tinggal....Dek kerana terliur sangat makan lah jugak...nnt kan habis pulak. Sanggup tak telan ubat hari ni sebab nak makan tapai ni. Mak kata " kalu makan ubat tak leh makan tapai nanti mabuk:"
Betul ke? Ade sape2 pernah try tak makan ubat pastu makan tapai...ape rase..ade mabuk tak? Kucing samo memang tak berani lah nak try2 mende gini...ikut je cakap mak...walaupun takde evidence saintifik yang menyokong dakwaan tersebut....

Cuma kandungan ethanol dalam tapai tu mungkin akan memberi kesan tindakbalas dengan ubat...kalau sampai tahap 'mabuk' tu tak pasti lah pulak....





Apepun hari ni kucing samo nak makan tapai ni puas2...kang habis orang lain makan kempunan pulak...hihi. Malam karang baru sambung makan ubat;p

Jemput makan ye;)

Saturday, May 25, 2013

~SusHi PRU VerSion~


Assalamualaikum sahabat2 blogger ku semua! Lama betul kucing samo tak bersiaran kan. Banyak mende nak cerita tapi tak sempat nak taip di tambah pula dengan line streamyx yang agak lembab sejak PRU hari tu...dah beberapa kali buat report tapi slow jugak...Hari ni kira ok lah skit line ternet ni...huhu

Nih nak cerita pasal sushi PRU! Biarlah musim PRU dah berakhir pun. Walaupun sekarang ni demam PRU dah beransur-ansur kurang tapi nak cerita jugak, hahaha;p mengada betol kucing samo ni tau!;p

 Ni dia sushi PRU! 

Nak tahu kenapa sushi PRU cuba tengok jari yang tengah buat tu...hehehe.....




dibuat pada hari PRU! fresh lagi cat kuku tu;p

Cuba teka siape empunya jari tu...kuang3;p






Tuesday, May 7, 2013

~Gara2 Tunggu Keputusan PRU...~


Lepas habis PRU ni ramai yang memperkatakan keputusannye pulak. Sebelum PRU rata2 sibuk berkempen. Sekarang ni duk cerita pasal keputusan PRU plak...ade yang black out lah. Macam2...huhu. Apepun tahniah calon yang menang! Bagi yang tidak berjaya bukan bermaksud anda kalah ye. Ini adalah peluang untuk anda memperbaiki kelemahan untuk hasilkan yang terbaik. Kita tunggu hasilnya 5 tahun lagi!

Dah semua orang asyik duk cerita pasal PRU, kucing samo nok cerita jugaklah kisahnya selepas PRU tu. Ahaks;p
Malam pengiraan undi tu, satu family duk depan TV. En. hubby ngadap internet sambil jeling2 kat TV tu. Kitorang tengok TV 1. Lambat betul diorang umukan result kat TV tu. Tengok kat website lagi cepat kot.
Asyik duk cerita pasal keputusan kat sabah dan sarwak je. Yang semenanjung memang lambat betul.

Tunggu punya tunggu sampai tertido kucing samo ni kat depan TV. Bukan kucing samo temgok TV dah tapi TV yang tengok kite. Hahaha.... Celik2 bukak mata tengok takde orang dah kat tepi. Tengok jam pukul 2 pagi. Adush...semua dah masuk bilik tidur...tinggal kucing samo keseorangan kat ruang tamu tu! Sampai hati....

Bile bangun pagi tu. memang tak tahulah sape yang menang kat Bukit Payong dan Terengganu ni. PAstu yang paling tahu adalah CUTI ke tak ni. Nak pergi kerja ni! Dengar kate calon yang menag nak bagi cuti lepas PRU. Huh, dah tertido depan TV mane lah tahu cuti ke tak. En hubby dok soh kire lah sebab dia kerja shift, cuti ke tak cuti memang dalam jadual dia kena kerja.

Dengan tak tahu cuti ke tak ni, pergi je lah ke hospital. Mungkin cuti mungkin tak. Bile sampai spital tu tengok kereta kat tempat parking sikit je...Ke cuti hari ni...Bisik dalam hati. Uhhh...Punch card dululah!

Bile sampai kat ward ade sorang staff kate, 'doktor hari ni cuti lah terengganu!' Apalagi gembira dah ni' Ye ke cuti?Nak balik lah ni... Staff tu beria2 cakap cuti sebab dia kata anak dia tak jadi pergi sekolah sebab cikgu suruh balik sekolah cuti. Dalam hati excited dah mase tu.

Tetiba bos besar datang... Saya pun tanya lah dia. "bos, hari ni cuti kan?. Bos jawab" Eh, mane ade...kerja macam biasa!"

Hah...padan muka...kan dah kena TIPU!

Tulah sapa suruh tidur depan TV!;p

Sekian celoteh kucing samo pada hari ini. Dah2 pergi sambung kerja!;)






Monday, May 6, 2013

~Bila Sakit Ada Hikmahnya~


Alhamdulillah, sekarang ni kucing samo dah betul2 sihat!
Hari ni pergi kerja dengan penuh tenaga! Tak macam last week...sangat kurang bermaya dan tak larat. Sampaikan ada orang tegur sebab muke nampak pucat. Bila time tak sihat memang suram betul nampak muka ni... Bukan orang lain je tegur En. Hubby pun tegur " Yang, bile awak sakit muka nampak kusam lah" (Apekah tandanya itu...huhu...nampaknye kena beli produk kecantikan lah lepas ni;p)

Eh, macam lari dari tajuk n3 pulak bebelan Si kucung samo ni;p

Nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua teman2 yang mendoakan kesihatan saye ye:)

Mase sakit tu kan, saya ada terfikir. Alangkah nikmatnya dapat CUTI dan berehat kat rumah. Walaupun dapat MC sehari je. Sejak kerja kat HHT ini adalah MC pertama saya.

Terasa nikmat sangat dapat rehatkan diri dan luangkan masa dengan family di rumah. Kalau sihat memang jarang lekat kat rumah lah kucing samo ni. Bukan keluar mengiow tak tentu pasal ye...hihi;p

Bila ada hari yang tidak bekerja atau hujung minggu yang tidak on call di hospital kebiasaanya saya akan membuat locum di klinik swasta berdekatan. So, kiranya dalam 1 hari tak bekerja tu tidak semestinya 24jam saya akan duduk kat rumah. Bila sakit ni memang kena duk rumah lah 24 jam sebab tak larat nak kerja. uwaaa....Semua locum di 'cancel' kan waktu sakit ni. Dapatlah saya berehat di rumah dan bersama keluarga:)
Rehat yang memang rehat sepenuhnyalah. Totally out of WORK! Terasa nikmatnya dapat rehatkan badan ni. Alhamdulillah...syukur atas nimat dariNYa...

Mungkin ini adalah hikmahnya...Nikmat bersama keluarga di rumah!
Mungkin tak cukup lagi berehat kat SABAH baru ni kot sebab banyak guna stamina...so, kena top up rehat kat RUMAH  skit lagi;p

Bak kata ummuaidan kat n3 sebelum ni:)


Oklah. kucing samo nak g berBW pulok ye...lame dok jenguk teratak teman2;)



Monday, April 22, 2013

~SaBaH! Here we come...~


Response kepada comment Nurbijen dan noesuhaimi dalam n3 yang sebelum ni. A'a... kucing samo nak pergi bercuti minggu ni...hehehe. Nak charge semula bateri dalam badan yang dah low kesan dari penggunaan hampir setiap hari...ihiks;p

Sekali sekala kena rehatkan badan dan minda setelah penat bekerja di samping meluangkan masa untuk family tercinta!

Sebelum pergi bercuti kali ni saya dan En. Hubby tak tahu jugak nak pergi bercuti ke mana. Tapi yang pastinya kiotrang nak bawa Aliya naik mende ni hah!



Ni adalah pertama kali Aliya berjalan-jalan naik mende ni. Kali ni pergi dekat2 je dulu, tengok camne response Aliya....hahaha. Sebelum pergi tu ummi dah bagitahu Aliya yang kami akan pergi bercuti naik kuda terbang! TAk tahulah Aliya maksudkan kuda terbang tu ape..hehehe. Asyik duk ulang ayat tu je sepanjang minggu ni. NAk naik kuda terbang!;p

Destinasi yang dipilih adalah negeri SABAH di bawah bayu. Biarlah dekat asalkan dapat naik mende ni Hah! Last skali naik tahun lepas mase gi korea, tapi mase tu Aliya tak ikut...Honeymoon la kononye mase tu. Honeymoon yang kali ke berapa pun tak ingat dah....kihkihkih;p
Tahun ni buat family trip pulak....
Ingat tak yang saya pernah bagitahu nak celebrate birthday 3 in 1 tu? kalau tak ingat sila klik disini.

Percutian ke sabah ni adalah sempena birthday En. Hubby, Aliya, dan Mak saye! Ha....cukuplah 3 orang kan? 3 in 1!

*Entry ni di autopublished. Ketika ini kami baru sahaja menjejakkan kaki di negeri sabah ni.
Jumpa lagi di n3 akan datang ye!
kucing samo nak bercuti sekejap...hehehehe;p

*bile duk kat sabah ni teringat plak kat teman blogger atieyusof. Ape atie tengah buat sekarang ye kat Sabah ni... Makin dekat pulak kite yer...sebelum ni kita terpisah antara lautan....hehehe;)


Saturday, April 20, 2013

~Komputer Ajaib~


Assalamualaikum teman2 semua!

Lame betul kucing samo ni tak berblogging kan...bab kate HainomOkje dalam n3 die,,  PinkyCat ni sekejap tenggelam sekejap timbul;p

Bukan tak nak berblog tapi kesibukan mengatasi hasrat untuk berblogging. Sebenarnya banyak yang saya nak cerita tapi tak sempat nak taip.
Kalau ade komputer atau lad top yang di reka di mana kita hanya cakap je pastu terus keluar ape yang kite cakap tu dalam bentuk yang dah siap ditaip best jugak kan. Boleh jugak saya siapkan medical report yang saya kena buat tu dengan cepat. Cuma cakap je kuat2 pastu komputer tu translate ape yang kite cakap tu dan keluar tulisan yang dah bertaip....CEPAT! tak perlu tekan2 keyboard kan? Hahahah....
Dah2, Jangan nak berangan lah kucing samo wehhh!

Cepat siapkan medical report tu...esok nak pergi bercuti! yeaaayyyy!

* Sebenarnya PinkyCat tengah rindu kat teman2 blogger semua ni. Rindu nak jenguk blog2 korang semua tapi belum sempat nak jenguk lagi. Nanti bile ade kesempatan Pinkycat singgah ye. Kalau lama tak singgah tu bukan bermakna Pinkycat dah lupakan korang tau....Cuma kadang2 tu agak BZ sedikit. Apepun, korang sentiasa di hati! Muuuaaahhhhh!
Terima kasih sangat2 kerana sudi datang jenguk dan bertanya khabar Pinkycat di sini:)

Semoga ikatan yang terjalin berkekalan:)

Wednesday, April 3, 2013

~HaPPy BirThDaY!!!~



Hari ni 3.4.2013.... Hari dalam sejarah! Hahaha.. Takdelah sejarah mane pun kan. Cuma hari ni parlimen di bubarkan jer! (tetibe mencelah bab politik sikit;p)

Sebenarnya hari ni adalah hari ulangtahun En. Hubby yang tercinta!

Maksudnya meningkatlah satu angka umurnye ye....
Nak tahu umurnye berapa? Rahsia...
Kalau kalian bijaksana cuba teka! kuang kuang kuang;p

Alhamdulillah, di kurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.

Happy birthday abang!

Love U so much!

Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, insyaAllah:)

Saya takdelah buat sambutan special untuk birthday kali ni sebab masing2 kerja hari ni. Kami dah merancang untuk celebrate birthday 3 in 1 pada hujung bulan April ni di Sabah, insyaAllah.

Kenapa 3 in 1? Cuba teka...

Taknak teka lah tu...;p

Meh nak bagitahu....Ini adalah kombinasi birthday Aliya, En. Hubby dan mak saye. Kebetulan tarikh birthday 3 insan terpenting dalam hidup saya ni dekat2 je tarikhnya. Tiket flight dah tempah....InsyaAllah 22 hb april ni sampai lah kami di Sabah.

Bile cakap bab sabah ni teringat plak kat atieyusof. Mane tahu kot2 terserempak dengan teman blogger saya nanti. Hahahaha....(berangan;p)



Ni gambar yang kitorang ambil pada malam birthday En. Hubby. Tengah tengok movie 3D kat mesra mall, kemaman. hihi....  dah nampak berumur dah bile tengok gambar ni kan.... Tapi boleh kire muda lagi ni kalu ikut umurnya..eceh:)


Di kesempatan ini (ayat skema;p) saya juge nak ucapkan selamat hari lahir kepada juara bertahan di carta TOP 10 Blog Kaler PINK ni iaitu hainomOkje! Happy birthday laling! semoga sentiasa happy dan OK di samping keluarga tersayang!hehehe... kebetulan tarikh birthday same yer;)




Friday, March 22, 2013

~HaSiL SeLonGKaRaN PaDa HaRi Ini;p~



Sempena cuti 4 hari ni @ away from work dan tak de plan untuk pergi holiday jauh2 maka kesempatan ni di ambil untuk adakan gotong royong mengemas rumah...(kenapa rasa macam skema je bace ayat ni kan...;p)

Kami dah plan cuti 4 hari ini nak spend mase banyak2 untuk Aliya kat rumah ni...hehe...selalu BZ je ummi dan abi Aliya ni...(bisik Aliya dalam hati...). Alang2 duk rumah ni kami selongkar lah mane yang patut dalam rumah ni... Nak mengemas lah katekan... KAlau diikutkan banyak barang2 kitorang time belajar dulu masih terperap dalam kotak2 tu....

Ayat En. Hubby mase kemas2 tu " seronok jugak kemas2 barang same2 ni..walaupun lambat buat keja" Haha...memang lambat pun sebab mase nak pilih barang tu ade yang saya kate nak simpan tapi En Hubby pulak suruh buang...asyik duk gaduh2 gitu jer...hahaha... Apepun seronok mengemas same2! Ayat yang paling suke di dengar ialah " Nanti Abang tolong Ayang masak pulak" ---> ni yang best dengar ni...hahaha; TQ abang!

Sambil kemas2 tu banyak pulak barang2 kenangan yang kitorang jumpa...
Dari tengah hari sampai petang duk pilih2 mane barang yang patut disimpan dan mana yang boleh di buang...

Ade sesetengah nye sangat mengimbau kenangan lame....

Jom kite semak yer...ape yang mengimbau sangat tu;p

Barang pertama....


Ini ialah kamera webcam yang saye guna untuk online dengan En Hubby mase student dulu2... Yelah kitorang ni duk berjauhan lepas kawen tu... Terpisah antara 2 benua lah katekan... Ingat lagu Cinta antara benua pulak dah...;p (jom nanyi skit;p)
Web cam dan yahoo mesenger menjadi penghubung antara kami... Boleh katakan lepas habis kuliah duk ngadap web cam ni lah kat bilik...hahaha...
Yang putih2 tu debu sebab lame terperap tak gune webcam ni...

Barang ke 2...

hehehe...Ni kad jemputan kawen kitorang dulu...tapi yang ni versi kad tambahan...ade satu lagi versi yang kaler PINK...takde dalam simpanan dah kot... Yang ni pun terjumpa duk terselit mase duk pilih kertas2 lame kat dalam almari tu...


Barang ke 3....

Jeng3.....
.
.
.
.
.
.
.
.



 Yang ni gambo wedding kitorang...Frame gambo ni lah yang duk atas meja study saya mase student dulu... Husband duk jauh mase tu.. Duk tatap gambo yang besor gedabak ni lah sambil2 study bile hati ni duk teringat kat dia....hahaha...(jiwang karat!;p)

OK...dah lah tu....

Nak sambung buat video utk Aliya pulok ni...
Esok birthday Aliya!besar dah anak ummi...Alhamdulillah:)


Tuesday, March 19, 2013

~Oh yeah...Streamyx dah sihat!~


Alhamdulillah....selepas 3 hari akhirnya streamyx kembali berfungsi!
Ingat tak yang saye pernah cerita tiang TM depan rumah patah 2 hari tu? (KLIK SINI)

Hari ni lepas balik kerja tengok2 line talipon dengan internet masih tak berfungsi... Mak pulak duk push2 suruh contact TM tu ape cerita nih... dah berhari2 tak setel lagi problem ni. Nampak dah tiang baru letak kat depan tu tapi wyre2 tu tak sambung lagi.

Terus ler call talian 100 buat aduan....
Tak lame kemudian datanglah van telekom datang repair2 wayar tu semua!
Nasib baik la korang datang hari ni yer...mahu nak mengamuk dah ni. Kalau takde internet ni rasa macam ade sesuatu yang missing atau tak lengkap! (dah jadi 'hantu' internet ke Pinkycat nih?!)

Bukan ape kan, banyak aktiviti harian kite yang perlukan line internet kan... contohnya nak bayar bil2 kat rumah ni, nak check akaun bank duit gaji dah masuk ke belum, nak bisness (bisness ape ek? nanti kite cerite kemudian ye) dan macam2 lagi lah kan. Dan yang paling tak boleh tinggal adalah BLOGGING!!! hihihi... Betul tak blogger2s semua? sape setuju yang internet ni penting dalam kehidupan seharian sila angkat tangan!;p

hah, tu nampak dah nurbijen kat bradford tu angkat tangan! dua2 tangan die angkat! ye lah, nur ni kan kalau nak beli barang dapur kat rumah die pun gune internet je...bukan setakat nak shopping pakaian je ikut internet ni...betul tak nur?

Sunday, March 17, 2013

~LaYaN Jer Lah Ye...~



Selalunye orang buat wordless wednesday kang? tapi saye nok buat wordless saturday hari ni boleh dok? dok tahu nok tulis gape hari ni. Banyok sebenornye nok cerite tapi rase penat plok nok tulis... Ni gara2 tiang talipon TM patoh due la ni semalam. Sampai hari ni tak de lagi line streamyx kat umah ni... Online gune talipon cap ayam je lah ni. SLowww bangat sih....

Tengok gambo makan petang kitorang bersama Aliya dah la yer.... Nanti kite bersiaran semula lepas streamyx 'sihat' K;p











hah, yang ni untuk Aliya...jgn ingat Aliya makan sushi tu pulak...nasi pun tak makan apatah lagi nak mkn sushi mcm 'parents' die ni;p

OKlah....cukup lah tu yer...tige gambo jer...boleh upload ni pun kire OK dah ni...time kasih teponku:)
Walaupun dah 'uzur' tapi tetap berjasa yer:)

Cepatlah TM repair tiang depang rumoh saye tu!!! saye nok berBW pun tak leh ni....huhu:(

Friday, March 15, 2013

~SaLaM PaGi JuMaaT~


Selamat hari jumaat semua blogger2 sekalian!:)
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam....sentiasa positif kan minda dalam setiap kerja yang kita lakukan:)

Ni nak cerita kejadian mase balik dari hospital tadi...ade satu kereta satria neo PLAT TBJ tersadai kat tepi jalan depan rumah. Tengok tiang talipon TM tu patah dua!!! Lorrr....keta ni langgar tiang TM rupanya.... kesian2 tuan keta tu kan....Kalau tengok No plate kire ni keta baru lah ni....

Tapi kesian gak kat saya sebab internet kat rumah mesti takde lah...sebab tiang patoh 2 gitu.... Cepat2 naik atas rumah...Hah, confirm! Streamyx takleh guna... Tapi lagi kesian kat keta tu kan...


Ni online guna broadband celcom kat talipon cap ayam ni....tapi slow 100X lah berbanding streamyx!

Apepun layan je lah blog dulu ek....

Tadi Aliya singgah duduk atas riba ummi die ni...konon nak bermanje...hehe. Tetiba rasa macam ade mende panas je...rupanya air liur meleleh...TERTIDO dah rupenye anak ummi ni! huahua...cepat benor tido hari ni...selalu jarang tido tengah hari;p



Terus angkat Aliya letak atas katil....sambung ZZZzzzz
Jangan duk carilah air lior basi dalam gambo ni...takdok doh...lap doh satnin ek;p

Sape nak tahu tips memudahkan anak tido tengah hari sila singgah kat blog atieyusof ye:)

Ade kebaikan untuk anak dan ibu jugak bile anak tido sekejap di tengah hari ni kan...contohnya, saya boleh pergi main masak2 untuk makan tengah hari kat dapur tu sementara Aliya tengah tido ni:)

Oklah, chow dulu yer...jumpa lagi....ummi kena masak dulu ni...nak pukul 1 dah:)

Friday, March 8, 2013

~Ma Meeee!~


Ni gara2 petang tadi singgah di teratak noesuhaimi la ni....
Kebetulan ade megi kari pulak kat situ... Ape lagi terliur la  si PiNkYCaT ni...ala2 mengidam la pulak;p

Nasib baik ade beli si MaMee ni mase pergi Giant tadi... Tak kisahlah nama lain pun asalkan bentuk mee tu same kan... Tetap mee segera! Bedal je ler...

Malam ni masuk dapur terus masak la mee Ma @ Mamee ni!


Walaupun rupenye agak tak menyelerakan sebab tak tambah ape2 pun selain perencah2 yang telah dibekalkan tu kira rase Mee ni OK lah jugak... 1st time makan mamee perisa ni. Yang ade tulisan cheff tu kat plastik pembungkus die...Dah siap letak shrimps dan vegetables kat dalam tu, senang keje tak payah nak cari mende2 alah lain utk di letak dalam mamee ni. Sebenarnye, males nak potong2 mende2 alah yang lain...

Lepas siap makan dan basuh mangkuk bekas makan tu, duk la ngadap depan TV dengan Aliya. Tetiba ade iklan Dato' Cheff Ismail dengan mamee.. Eh, ini macam ku kenal... tapi di mana ya?
Ni lah mamee yang baru ku makan... apedaa...;p

Betulla... patut rasa macam pernah tengok je mamee ni...wakakaka...

Dalam iklan bukan main lagi nampak menyelerakan dan segar gitu...tapi bile masak sendiri tak sama kan...
Tu lah adat iklan, kalau tak nampak menyelerakan bukan iklan la namanya... Dalam iklan mestilah kena nampak best dan marveles gitu agar ramai yang rasa nak beli... Tapi PiNkYCaT beli mamee ni bukan sebab iklan... Sebabnye, melayan hati yang kecewa petang tadi lah ni...nak tahu kenapa klik sini;p

Eh, bakpe melalut pulak ni.... Dah2... Nak pukul 12 dah ni...Pergi basuh kaki dan masuk bilik tido belake!

Tata....

Jumpa lagi!

Erkkk....Kenyang makang Ma Mee! (tak senonoh betul sendawa kat blog;p)


p/s: jangan makan kerap sangat mee segera, tak elok untuk kesihatan sebab kurang zat. Mee yang di masak bukan segera lagi ber zat! btl tak....

Sunday, February 24, 2013

~PeRisTiWa Di BiLiK On CaLL~



Tadi saya bace comment dari teman blogger OKje kat entry saya yang sebelum ni.   
Dalam entry tu Okje cakap macam ni.....
"Hish...peliklah okje camne PC tak seriau... Cecite...cecite....
Dahlah tak taku ...tak geli pulak tu...."
 Lepas tu terfikirlah kejadian yang berlaku baru-baru ni di bilik on call. Kejadian ni berlaku beberapa hari lepas pada waktu malam saya on call. Lepas clerk patient yang baru masuk kat wad tu kan, saya pun masuk la ke bilik on call ni...
Baru je nak melangkah masuk lepas bukak pintu bilik, tetiba ternampak mende ni hah!!!

Nak tahu ape mende tu???
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v







LIPASSSS!

Seram sejuk tau...adush! 
Geliiiii....hukhuk...nak nangis rase time tu... dahla kat bilik on call sorang2, malam pulak tu... camane nak buat ni... Kalau kat rumah mesti panggil En. Hubby atau mak dah ni....

Geli-geleman tengok lipas tu...meremang bulu roma!

Pastu terus capai kain sejadah yang ade atas katil tu telingkupkan atas lipas tu... Biar je situ sampai esoknye.... Tak tahulah ape cerita dah lipas tu... sebab pagi tu ade radicare akan datang kemas bilik pandai2 la die alihkan semula. Asalkan lipas tu tak ade depan mata ni ha...
allergic betul kalau lipas @ cockroach ni!!!
haiwan lain boleh tahan lagi.... huhu...tikus ke, labah2 ke...tak seram mana...;p

Ade yang pengsan ke tengok lipas... 

atieyusof pengsan tak tu...risau gak kot pengsan kan...hehe;p


Friday, February 8, 2013

~TiPs MeMbeLi HaDiaH~


Tadi selepas habis klinik (tolong jaga klinik orang..hihi) saya pergi la merayau sorang2 cari hadiah untuk wedding best friend saya esok.  Tak tahu nak beli ape, tengok semua barang macam sama je... semua cantik2 tapi tak reti nak pilih. Bab2 pilih barang ni yag maleh ni. ;p
Dalam setengah jam pusing2 tak jumpa gak, ambil letak, ambil letak, tak sesuai la...yang tu macam nampak biase2 je la...macam2 bisikan dalam hati.

Oklah, saya cuba bayangkan kalau saya kawen (memang dah kawen pun...hahaha) apa yang saya expect akan saya dapat? Apa yang saya nak kalau orang bagi hadiah mase kawen... Hati saya kate mestilah barang2 yang saya boleh guna lepas kawen tu kan. Nak2 kalau lepas kawen tu duk berasingan dengan family @ duk rumah baru. Mesti banyak gak barang2 yang perlu dibeli. Bagus jugak kalau hadiah2 time kawen tu boleh di gunakan bile duduk rumah lain nanti. Ye la sebelum kawen guna yang ade kat rumah mak je kan...hihi;p

Ape barang yang sesuai ye. Saye pun pergilah kat barang2 letrik, nampakla rice cooker, toaster, iron dan macam2 lagila barang2 keperluan rumah. Fikir2 bagus jugak beli perkakas eletrik ni, boleh juga guna lepas kawen. Tak perlu beli yang baru dah kan. Sekurang- kurangnya boleh bantu beban pasangan yang baru kawen. Mesti banyak perkara yang perlu di setelkan lebih2 lagi bile dah pindah berjauhan dengan family. huahua.....

Bile cerita pasal hadiah kawen ni, teringat zaman saya kawen dulu lebih kurang 5 tahun lepas. Hadiah yang tak dapat saya lupakan adalah dapat set baju baby. Hahaha... dahla kitorang dulu ni kawen mase belajar, tak de la plak plan nak dapat baby secepat tu. hahaha. Saje je diorang ni nak kenakan kami...aduila...;p
Lepas 2 tahun kawen baru boleh guna hadiah tu lepas Aliya lahir. Ade banyak lagi hadiah2 yang menarik...kalau nak cerita kat sini penuh pulak entry ni kan...hiikhik;p
Semua hadiah2 kawen tu saya simpan kat dalam almari yang di beli khas untuk simpan hadiah2 kawen. Sayang tau hadiah2 ni semua! Tq so much kepada semua pemberi hadiah...hehe:)

Sampai sini dulu entry di tengah hari jumaat ni:)
Dengar khutbah jumaat plak kat TV1 :)

*kenapa rasa malas plak nak masak hari ni ye....mungkin sebab En Hubby balik kerja malam kot hari ni. Bile En hubby tak balik makan lunch ni buat saye liat skit nak masak...tapi kesian plok tengok ayam kat dapur tu....nak masak ape ye....tengah duk mikir lagi....(btl jugak kate teman blogger hainomokje kat blog die semalam-'bagus jugak kalau ade delivery pizza ke kawasan ni" - tapi jgn harapla nak ade delivery kat kawasan rumah saya ni,huhu...blm cukup membangun lagi...hehe)

(to be continued)




Thursday, February 7, 2013

~KiDs WorLD @ ECM~

ni nak cerite pasal aktiviti kami semalam sementara tunggu 2nd wife discharge dari klinik. Kami tak tahu nak lepak kat mane... Kesian la plak tengok Aliya terperap kat rumah sis in law tu. So, kami bawakla dia jalan2 kat EC Mall kat kuantan ni. Bukan pergi untuk shopping tau, hari tu dah shopping kat kelantan. Kali ni stop dulu bab2 shopping, window shopping cuci mate je pulak...haha.

Pusing2 kat ECM ni jumpa la tempat yang sesuai untuk Aliya. Tempat ni name Kid's World. Tapi macam tak nampak macam kids world pulak dah. NAk tahu sebab ape... entahler. Saya rasa macam sikit je permainan untuk budak2 kat sini berbanding tempat permainan budak2 kat Giant, Kuala terengganu. Memang shopping complex dia besar kalau nak banding dengan Giant kat Kt yang selalu saye pergi...hihi. Tapi tempat permainan die macam suram sikit. Tak tahu kenapa...

Mase nak masuk tu kena pakai gelang ni ha...


 Kena bayar 4 rial @ 4 ringgit sebelum masuk main permainan dalam tu. Kat dalam tu ade gelongsor, basikal dan tempat budak2 main lompat2 tu. Sebab tu saya rasa sikit je kot permainan kat dalam ni. Tapi rasa selamat kat sini sebab ade jaring sekeliling tempat tu, tak risau sangat kot2 budak2 lari tanpa kita sedar. Senang skit keja nak awasi mereka ni. saye pun ape lagi, duduk je rehat dalam tu, Aliya pergila main sorang ye. hahaha...



Aliya exercise dulu sebelum start bermain;)

Panjat2...pastu gelongsor...



Sekejap je Aliya main kat dalam tu pastu boring dah...

Kat luar tu ade game2 untuk kanak2 yang dewasa sikit, cuma masukkan token kat dalam tu bile nak main...

Yang ni jugak Aliya suka....



Ish2 anak ummi....permainan yang berbentuk komputer jugak menarik minat die...umur baru nak masuk 3 tahun tapi dah suke main game ni. Pengaruh abi la kot ni. Suka main gadget2 komputer ;p


Abi sama naik main.... spesen je dua beranak ni...adush:)

Sejam lebih gak duk lepak kat kids world tu...Lepas penat main2 kami sambung pusing2 kat ECM
Makan roti boy alas perut sambil jalan2. 


Roti feveret En. Hubby dan Aliya juge:) Ape feveret ummi pulak...
ummi? mmm.... tentulah nasik....haha...lepas tu diorg berdua ni temankan saye makan nasi kat chicken rice shop:) Aliya seperti biaselah tak nak sentuh langsung nasi ni...ummi jugak yang habiskan nasi tu....

Dalam pukul 5 tu klinik 2nd wife tu call, katenye 2nd wife dah boleh discharge dan di jemput keluar dari ward. Yeay! dapatla kami pulang ke rumah....hehe. (sila klik di sini kalau nak tahu sape 2nd wife tu)


Terus pergi jemput 2nd wife kat klinik....

Rupanya saye kena tunggu lagi, En. Hubby nak test drive dulu 2nd wife die ni kot2 ade mende yang tak kena lepas di rawat tu. Duk la situ saya dgn Aliya lepak kat klinik tu..bosan jugak.

Aliya ni kerja die bila boring ni ialah snap gambar. Hobi photography  ni memang ikut DNA ummi pulak. hihi....

Ni antara gamba yang dah di snap oleh Aliya mase kat klinik tu....gune hset ummi je snap ni;)

 Boleh tahan gak hasil air tangan Aliya, cuma perlu touch up lagi...ahaks;p


ni menari dan menyanyi pulak dah kat atas stage tu....hobi terbaru Aliya....adui...kuat pulak tu dia nyanyi...malu ummi! ni lah anak ummi bile dah keboringan;p

Dalam kul 6 tu kami pulang selepas En Hubby dah puas hati dengan kesihatan 2nd wife die ni....hehe:)

Wednesday, February 6, 2013

~HanTaR 2nd WiFe Ke KliNik~


Mesti pelik kan dengan tajuk enrty kali ni...hihihi. Tapi tu la hakikatnye...kuang3;p

Semalam saya temankan En. Hubby pergi hantar 2nd wife die ni pergi temujanji kat klinik di Kuantan. 2nd wife die ni special sikit...kalau sakit mesti kena hantar klinik kat kuantan....kat Terengganu tak de klinik yang boleh rawat 2nd wife die ni. Payah betul kan.... Kalau kat terengganu pun ade klinik tu senang sikit nak pergi temujanji. Kali ni pergi bukan sebab sakit tapi dah memang temujanji untuk rawatan susulan. Memang kena pergi jugak untuk temujanji tu.

Saya pun dari bulan lepas lagi dah apply cuti awal2 untuk temankan EN. Hubby ni hantar 2nd wife die pergi temujanji kat Kuantan ni. Aliya kami bawak sekali tau. Bagus betul kan 1st wife ni....siap bawa anak temankan En. Hubby...haha.

Semalam bila sampai kat klinik ni kami kena tinggalkan 2nd wife kat situ. Dia kena admit dulu satu malam sebab ade penyakit pulak yang perlu di rawat. Ingatkan nak check up susulan biase2 je.... So, kami satu family bermalam la kat kuantan ni dulu....nasib baik adik ipar ade duk kuantan ni. Dapatla kami bermalam kat rumah die:)

Kadang2 rase jugak jeolous kat 2nd wife ni sebab 2nd wife ni selalu diberi perhatian yang lebih2... mestila 1st wife jeles kan....sape yang tak  jeles bile 'madu'nye di lebih2 kan...hahaha;p
Tiap2 hari duk jage 2nd wife ni....terguris sikit pun tak boleh....mesti cepat2 di sapu ubatnye.
Begitulah alkisahnye si 2nd wife EN. Hubby ni...
Tapi sebagai 1st wife saya tetap no 1 di hati En. Hubby:) Tq darling!:)
Sebab tu saya pun sama naik jaga kesihatan 2nd wife ni. Masing2 sama2 memerlukan....

HAh...dah panjang sanagt ni cerita pasal 2nd wife....nak tahu tak siapekah gerangan 2nd wife En. Hubby ni???


Jeng3.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Ni dia 2nd wife En. Hubby saye....hahahaha;p

Saye pun sayangkan gak kat 2nd wife ni sebab saya pun ade jugak guna 2nd wife ni untuk bwk laju2.... Ye la yang saya punya tak leh nak drive laju2 nanti semput;p

Ok lah sampai sini dulu....jgn mareh ye;p
Petang ni 2nd wife dah boleh discharge dah dari klinik....so, malam ni kami akan pulang ke Terengganu,insyaAllah:)

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...