~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~HiDuP iNi InDaH JiKa SeMuaNYa KeRaNa Allah~~~
Showing posts with label ilmu perubatan. Show all posts
Showing posts with label ilmu perubatan. Show all posts
Friday, July 12, 2013
~Perkara yang tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan~
hari ni Dr. PiNkYCaT nak kongsi sedikit info tentang perkara2 atau ubat2 yang tidak membatalkan puasa kite ye. Info ni di ambil dari Dr Ahmad Zakimi dari PPUKM.
Semoga dapat membantu ye...:)
Labels:
ilmu perubatan,
Tips
Saturday, March 2, 2013
~AcuTe TonSiLiTiS & AisKriM~
Oleh kerana sejak semalam sakit tekak
ni, terfikir nak bercerita pasal Acute tonsilitis sebab ade kaitan dengan sakit
tekak ni. Dan kira common jugakla jumpa
pesakit yang datang dengan sakit tekak ni ade acute tonsilitis.
Mula2 nak kongsi satu cerita benar
di klinik….
PiNkYCaT ni setiap kali nak cerita
bab2 penyakit ni mesti mula dengan satu cerite dulu ek….layan je lah ye;)
Ada satu ketika tu seorang pesakit
berkata kepada saya “patutla doktor tak bagi saye ubat, bagi aiskrim je”hehe.
Apa kaitan aiskirim dengan acute tonsitlitis ni ye… Jom kite bace entry ni
sampai habis;p
Apa itu Acute Tonsilitis?
Acute Tonsilitis ialah radang
(inflammation) yang bianya disebabkan oleh jangkitan kuman di kelenjar tonsil.
Semua orang ade sepasang tonsil. Kalau tak percaya cuba nganga mulut tu luas2
depan cermin dan tengok kat dalam kerongkong sebelah kiri dan kanan tu ade
ape…hehe. Mesti tak nampak kan… Kalau tak nampak tu kira OK la tu… Bila terkena
jangkitan kuman, tonsil ini akan membengkak.merah dan kemungkinan boleh ada pus atau nanah.
Bila ada nanah tu maknanya dah ada jangkitan bacteria lah tu. Tanda2 lain
jangkitan bacteria ialah demam yang tinggi (>38 c). Tonsilitis juga boleh
disebabkan oleh kuman viral.
![]() |
| contoh gambar bacterial tonsilitis (ambil dari En. Google) |
Apakah tanda2 acute tonsillitis?
Biasanya sakit tekak la kan. Nak
makan rasa sakit dalam tekak tu. Selera makan kurang. Demam. Sebab dah ada
jangkitan kuman mestilah suhu badan kita akan naik sebab sistem pertahanan
badan kita tengah bekerja untuk lawan jangkitan kuman tersebut. Bagi kanak2 yang kecil biasanya mereka akan
kerap muntah, terutanya bila suap makanan. Yelah, kanak2 kecil mana boleh
cakap lagi kan nak bagitahu dia sakit tekak. Hehe... Kalau ada tanda2 ni sila
bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Batuk juga adalah tanda2 acute tonsilitis
tonsillitis.
Perlu ke ambil antibiotik?
Jawapannya ialah bergantung
kepada jenis jangkitan. Kalau ade tanda2 jangkitan kuman bacteria kenalah
makan antibiotic. So, kena dapatkan rawatan dengan doktor dahulu untuk dapatkan
kepastian. Ubat antibiotic tak boleh ambil sewenang2nye tau. Nak tahu kenapa
boleh klik DISINI. Kalau cuma jangkitan viral tak perlu
makan antibiotik. Kebiasaanya jangkitan viral adalah 'self limiting'. Ia akan
hilang selepas 3-5 hari, insyaAllah.
Apa pula rawatannya?
Pesakit akan di berikan antipyretic
iaitu ubat demam dan ubat untuk legakan sakit tekak. Ubat antibiotik akan di
berikan sekiranya ada tanda2 jangkitan kuman bacteria. Pesakit juga di
nasihatkan untuk minum banyak air masak.
Apa kaitan Acute tonsilitis
dengan aiskrim?
Kalau nak tahu saya selalu galakkan
pesakit yang kena acute tonsillitis ni terutamanya kanak2 untuk makan aiskrim.
Sebenarnya aiskrim ni dapat bagi 'cooling affect' (sore throat relief) kepada
kanak2. Ia dapat mengurangkan rasa sakit tekak tu. Selain tu, dapat menambah
selera kanak2 ni kan. Kanak2 mana yang tak suka aiskrim kan. Betul tak? Masa
saya kerja kat wad pediatrik dulu (wad kanak-kanak), aiskrim cup (aiskrim dalam cawan kertas bulat tu) memang di order
khas untuk pesakit Acute tonsillitis kat dalam wad tu.
Tetapi AWAS!kalau kanak2 tu ada
penyakit asthma(lelah) dan tak boleh dengan makanan sejuk jangan bagi pulak
aiskrim ni ye. Nanti kan boleh exacerbate pulak asthma nye...
Ni aiskrim yang saya makan masa
tengah sakit tekak ni. Bila makan aiskrim ni teringat masa zaman budak2 dulu
mak selalu buat aiskrim dalam plastik ni letak dalam peti sejuk tu. Lepas balik
dari sekolah terus ngap! Orang panggil aiskrim ni aiskrim 10sen sebab dulu
aiskrim ni harga dia 10 sen je:)
Sekadar perkongsian....hehe:)
Labels:
ilmu perubatan,
Medical,
Tips
Saturday, February 23, 2013
~MeDiCaL StuDenT's LiFe (Part 1)~
Kali ni nak sambung balik pengembaraan Catwoman....hehe...
Kita mulakan dari tahun pertama sebagai medical student. Mase tu saya berumur 19 tahun. Pengalaman masuk U amat mengembirakan. Ye la first time dapat jejakkan kaki ke menara gading. hehe...semua orang rasa happy kan. Ke ade jugak yang sedih... Mesti happy belake kan. Saya mendapat tawaran Ijazah doktor perubatan (MD) di UPM. Nak tahu kenapa saya mintak UPM? sebab UPM terletak di Serdang , Selangor. Apa istemewanya Serdang?
Takde la yang istemewa sangat. Tapi yang penting ade beberapa orang saudara mara saya tinggal di Serdang dan Putrajaya. Jadi senangla sikit kalau ada apa-apa masalah kat sana nanti. Tak lah saya rasa keseorangan berjauhan dengan mak. Betul tak? Anak manje la katakan...ahaks;p
Panjang nak cerita ni sebenarnya...tapi kan berjela2 pulak. Jangan jadi macam myfreeminded sampai juling mata dia baca n3 PiNkyCaT yang berjela sebelum ni tu. Dahla dia baru keluar dari freezer yang sejuk tu...haha (jangan marah ye MFM, gurau je). Harap dapat kongsi kisah hidup dengan teman2 blogger yang lain yang selalu singgah dan komen di teratak PiNkYCaT iaitu HainomOkje, Atieyusof, KakZakie. Tak lupa jugak kat Nurbijen yang berada jauh di bradford dan kenalan baru dari Fiji Ummuaidan dan semua blogger yang sudi datang singgah kat teratak kaler 'PINK' ni....hehe. (ni akibat daripada bace entry OKje tiap2 hari lah ni...semua teman2 blogger di highlight kan...hahaha)
Kita pendekkan cerita sebelum ade yang jadi juling...
Nak cerita pasal subject yang wajib di pelajari mase 1st year iaitu subject Anatomy dan Physiology. Ini adalah subject basic kalau nak jadi doktor. Kalau tak master subject ni jangan jadi doktor. hahaha... Anatamy adalah subject tentang organ2 dalam tubuh badan kita manakala physiology belajar tentang semua proses2 yang berlaku dalam organ badan kite. Tak kiralah proses apapun termasuk dari makanan mula2 masuk sampai ia keluar. hehe. Tu baru bab makanan, tak masuk lagi proses2 yang berlaku di otak, jantung, paru2, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Subject physiology ni kalau dah faham macam mana proses tu berlaku senang la nak ingat. Cuma yang anatomy ni kena hafal banyak. Semua organ2 dalam badan ni kena hafal semua termasuklah urat saraf yang kecik2 tu kena hafal dia lalu ikut mana pastu keluar ikut mana dan apa cabang2 dia. Berdenyut jugak kepala ni nak hafal. Bab2 hafal ni memang saya tak suka. Nak taknak kena hafal jugak. NAk tahu cam mane saye buat nak bagi senang ingat dan melekat kat otak ni...
Rahsia...tak pernah bagitahu sape2 pun sebelum ni....hahaha...
Lepas baca tu buku anatomy tu, saya cuba imaginekan benda tu dalam otak ni. Sekejap je bace, pastu cuba imaginekan. Lepas baca tu saya mesti akan pergi toilet atau basuh baju. Ha...time tu lah saya cuba ingatkan balik apa yang saya baca tadi. Sambil duk dalam toilet tu pun boleh hafal. hehehehe... Bile kita duk ulang imagine banyak kali dalam otak ni mesti senang ingat, insyaAllah. Tak perlu mengadap buku sampai berjam2 sampai nak muntah. Pastu satu lagi, kalau dekat nak exam tu saya jenis yang memang tak boleh study dah dekat nak exam. Rasa cuak, kalau bace pun mesti tak masuk punye lah. Sebab tu saya tak study dah bile time exam. Persediaan kena buat awal sebelum exam. Hari exam saya tidur je. Zzzz.. Rehatkan otak sebelum exam. (betul ni tak tipu, sebab tu kalau kawan2 datang kat bilik mungkin tengok saya asyik tidur je). Tapi dalam baring2 kat katil tu saya masih stimulatekan otak saya ni untuk imgaine kan apa yang saya dah hafal. Kalau ada yang saya rasa terlupa tu saya akan belek2 semula nota saya.
![]() |
| topic musculoskeletal system adalah paling mencabar bagi saya sebab kena hafal nama setiap otot2 yang kecik ni dan fungsinya |
Ada banyak lagi subject lain mase pre-clinical year ni seperti biochemical, pharmacology, microbiology dan banyak lagi la yang ada 'gy' kat belakang tu. Pre-cilinical year adalah tahun 1 dan tahun 2. Semua belajar bab2 teori. Nanti dah masuk tahun 3 baru start clinical year. (cerita di entry lain la ye pasal clinical year ni).
Pengalaman yang tak dapat saya lupakan masa belajar anatomy adalah masa kelas practical anatomy. Time ni mesti OKje rase takut kalau dia masuk ni. Bedah mayat! hehe...
Bukan bedah pun sebenarnya. Kami diajar struktur organ dan nama2 organ termasuk nerve2 yang halus tu dengan menggunakan cadaver (mayat yang telah di awet). Cadaver tu di simpan dalam tangki bersama larutan formalin (bahan pengawet). Bila sesi practical baru dikeluarkan dari tangki formalin tu. Yang saya tak tahan adalah bau formalin tu. Tajam sangat bau formalin sampai pedih mata. Ni yang saya tak tahan bila time practikal anatomy ni. Nak tak nak kena tahan jugak, bukan takut tengok cadaveric tu tapi takut dengan formalin. hehehe.... sampai keluar air mata ni... Pedih tau....
Ni organ jantung(cardiac) cadaveric... Kalau letak satu cadeveric
kan takut ade yang terus shut down komputer pulak nanti...haha... Topic yang paling saya suka dalam anatomy ialah Cardiovascular system sebab senang nak ingat berbanding muscular system tadi.... Suka tak suka semua wajib belajar dan ingat...betul tak...push your self to upper limit! Ni lah semangat yang kena ada semasa bergelar student :)
Semua ada susah dan senang, tapi kena ingat bahawa bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah...
Oklah, panjang pulak dah entry ni...tadi kate tak nak panjang2...bila dah start menaip ni tak reti nak berhenti la plak fingers ku ini...hikhikhik;p
To be continued....
Sunday, February 17, 2013
~KeNaPa DoKToR TaK BaGi SaYa AnTiBioTiK?~
Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry saya yang sebelum ini iaitu DeMaM.
Dalam enrty tersebut saya ada menyatakan yang antibiotik perlu diambil apabila di arahkan oleh doktor.
Sebelum tu saya nak kongsikan senario yang berlaku di klinik malam tadi.
Ade seorang pesakit yang datang ke klinik mengadu batuk dan selsema selama 2-3 hari. Tiada demam di rumah. Ketika pemerikasaan suhu badan adalah normal, throat normal, lungs clear. Tiada tanda2 jangkitan yang serius.
Kemudian saya memberitahu masalah yang di alami adalah jangkitan viral yang biasa dan tiada tanda jangkitan yang serius. Saya memberitahu yang dia cuma perlu makan ubat untuk batuk dan selsema serta perlu minum banyak air masak. Tiba2 pesakit saya bertanya "kenapa doktor tak bagi saya antibiotik?"
Ini antara sebahagian daripada penjelasan kepada pesakit2 saya:)
(Dalam entry ini saya hanya fokuskan kepada penggunaan antibiotik bagi penyakit respiratory tract infection (jangkitan kuman di salur pernafan) kerana kes ini paling kerap dijumpai di klinik)
Mula-mula mari kita berkenalan dengan antibiotik...
Apakah antibiotik ni?
Mengikit definasi, antibiotik ialah sejenis sejenis bahan kima yang menghentikan pertumbuhan bakteria atau membunuh bakteria. (agent that inhibits bacterial growth or kills bacteria). Ia digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganism atau bakteria.
Bilakah saya perlu mengambil antibiotik?
Pesakit hanya dinasihatkan untuk mengambil antibiotik setelah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor. Doktor akan membuat pemerikasaan kepada pesakit dan ujian darah mungkin diperlukan dalam sesetengah kes bagi menetukan pesakit terkena jangkitan bakteria atau virus. Sekiranya terdapat tanda2 jangkitan bakteria semasa pemeriksaan, doktor akan prescribe antibiotik yang sesuai bergantung kepada jenis jangkitan bakteria. (National Antibiotic Guideline). Sekiranya doktor menyatakan bahawa pesakit terkena jangkitan virus, maka antibiotik tidak diperlukan dalam kes tersebut. Antara tanda2 bahawa anda terkena jangkitan bakteria ialah suhu badan yang tinggi >38, demam yang berpanjangan (lebih daripada 3-5 hari), tanda fizikal yang lain seperti tonsil yang membengkak dan ada pus (nanah), tanda2 jangkitan kuman di paru2, serta kandungan sel darah putih yang tinggi (melaui ujian darah).
Sekiranya pesakit mengalami tanda2 jangkitan viral/flu biasa pengambilan antibiotik tidak diperlukan.
Bagaimanakah cara pengambilan antibiotik?
Pesakit dinasihatkan untuk mengambil antibiotik mengikut dos dan waktu yang telah di arahkan oleh doktor. Pesakit juga hendaklah menghabiskan antibiotik yang di berikan.
Apa kesannya jika saya tidak menghabiskan antibiotik yang diambil?
Keadaan ini sentiasa berlaku. Apabila pesakit merasakan sudah sihat sepenuhnya selepas mengambil antibiotik selepas beberapa hari, pengambilan antibiotik dihentikan ditengah jalan. Sedangkan masih ada beberapa hari lagi untuk habiskan antibiotik tersebut. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Pesakit hendaklah menghabiskan antibiotik course yang diberikan walaupun tanda2 jangkitan kuman sudah hilang. Ini bagi megelakkan berlakunya antibiotic resistance.
Apakah antibiotic resistance?
Antibiotic resistance adalah keadaan di mana bakteria telah imun kepada antibiotik tersebut. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya terdapat penggunaaan antibiotik yang berlebihan atau pengambilan yang tidak teratur seperti yang di arahkan. Apabila bakteria telah imun kepada antibiotik tersebut, antibiotik berkenaan tidak dapat memberi kesan atau response yang bagus bagi melawan jangkitan kuman yang berlaku di masa akan datang. Oleh itu adalah penting untuk megelakkan keadaan resistant ini daripada berlaku.
Sedikit nasihat daripada PiNkYCaT sebelum mengakhiri entry kali ini:
- Gunakan antibiotik dengan rekomendasi daripada doktor anda
- Jangan menggunakan antibiotik yang ditentukan oleh orang lain atau antibiotik kepunyaan orang lain
- Dapatkan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambil sebarang jenis antibiotik
- Makan atau habiskan antibiotik mengikut preskripsi yang di tetapkan
Marilah sama-sama kita menjaga kesihatan!:)
Sunday, February 10, 2013
~DeMaM a.k.a PyeReXia (kenapa tak kebah2?)~
Assalamualaikum teman2 blogger sekalian:)
Sejak kebelakangan ni ramai pulak yang datang klinik sebab demam
Boleh dikatakan 80% pesakit yang datang ke klinik sebab demam.
Mula2 kita tengok senario yang biasa berlaku di klinik....
SeNaRiO 1:
Doktor: ye ade masalah ape?
Ibu pesakit (highlight IBU sebab selalunya kaum ibu yang masuk sekali dengan anak untuk jumpa doktor...hehe): anak saya demam la doktor,dah 3 hari. Sekejap panas sekajap sejuk badan dia.
Doktor: dah ambil ubat ke?
Ibu: dah ambil ubat demam kat rumah tapi tak kebah2
Doktor: bile last sekali ambil ubat?
Ibu: malam tadi
Doktor: (tengok jam dah masuk pukul 3 petang dah...) Doktor bermonolog dalam hati - 'patutla demam lambat kebah, sebab tak ambil ubat dengan teratur'
SeNaRiO ke 2:
(yang ni pesakit dewasa)
Pesakit: saya demam dah seminggu dah doktor tapi demam pagi je...malam rasa ok. saya dah makan ubat tapi tak baik2 jugak
Doktor: Berapa biji makan ubat dan berapa kali ambil satu hari?
Pesakit: saya makan 2 kali sehari je
Doktor: tak cukup dose tu encik... (monolog dalam hati lagi- 'mesti takut nak makan ubat ni...hihi')
Ok lah, semua senario di atas adalah situasi yang biasa saya alami semasa di klinik. Ada sesetengah pesakit memang dah ambil ubat sebelum datang ke klinik tetapi demam tak kebah2 lepas ambil ubat. Ini aduan yang biasa saya terima daripada pesakit. "kenapa demam tak kebah2"
Hari ni saya nak kongsikan sedikit info pasal demam a.k.a fever. Kalau nak cerita pasal demam memang panjang berjela tapi kali ni kita focus kepada sub topic iatu apakah faktor2 kenapa demam tak kebah walaupun dah ambil ubat.
Sedikit info tentang demam:
Apa yang boleh di lakukan bila demam?
Bilakah rawatan segera di perlukan?
Diharap info di atas di harap dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang persoalan kenapa demam tak kebah2. Kesimpulannya, pengambilan ubat demam yang teratur dengan dos yang mencukupi akan dapat membantu badan menurunkan suhu yang tinggi ketika demam. InsyaAllah:)
Sebagai orang Islam jangan kita lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t:)
Wassalam.

- Demam secara fisiologinya adalah reaksi tubuh kita kepada jangkitan virus atau bakteria di mana ianya di kawal oleh hipothalamus kita (thermoregulation center).
- Tidak di nafikan demam juga boleh disebabkan oleh penyakit2 serius lain seperti TB. leukemia dan limfoma. Biasanya demam yang disebabkan oleh penyakit2 serius akan disertai dengan gejala2 penyakit yang lain(tidak dibincangkan dalam entry kali ini)
- Majoriti pesakit yang datang ke klinik mengalami Upper Respiratory Tract Infection (URTI) atau jangkitan kuman di salur pernafasan.
Apa yang boleh di lakukan bila demam?
- Ubat demam @ antipyretic perlu di beri mengikut dose dan kekerapan yang sepatutnya untuk membantu menurunkan suhu badan. Mengikut recommendation daripada WHO , antipyeretic hanya di berikan kepada kanak2 yang demam melebihi suhu 38.5 C
- Dose ubat paracetamol untuk pesakit pediatrik atau kanak ialah 15mg/kg. Boleh di berikan setiap 6 hingga 4 jam sekali (maksimum) manakala bagi pesakit dewasa ialah 1g (2 tablet) setiap 6 hingga 4 jam (tidak melebihi 4g dalam masa 24 jam)
- Sekiranya suhu badan sangat tinggi(>38.5) pemberian ubat demam secara kerap dan teratur adalah penting kepada kanak2 bagi membantu fisiologi tubuh menurunkan suhu badan. Ini kerana, suhu badan yang sangat tinggi boleh menyebabkan sawan bagi sesetengah kanak2.
- Selain mengambil ubatan, kita di galakkan melakukan 'tepid sponging' bagi membantu menurunkan suhu badan. (teknik tepid sponging adalah mengelap seluruh badan dengan kain basah)
Bilakah rawatan segera di perlukan?
- Sekiranya kanak2 itu masih aktif, dapat minum dalam kuantiti yang cukup, tidak ada apa yang perlu di risaukan.
- Kebiasaanya demam akan kebah selepas 3 hingga 5 hari (sekiranya disebabkan oleh jangkitan kuman biasa yang tidak serius)
- Namun demam yang berulang2 atau berpanjangan, atau di sertai dengan muntah, cirit birit, tidak bermaya, sakit kepala, lesu, sawan, maka perlu mendapatkan rawatan segera.
- Pengambilan ujian darah diperlukan bagi kes yang tertentu bagi menetukan status atau jenis jangkitan kuman yang menyebabkan demam tersebut.
- Sekiranya demam yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, antibiotik perlu diambil seperti yang diarahkan oleh doktor. (bilakah perlu ambil antibiotik akan dibincangkan dalam entry yang lain)
Diharap info di atas di harap dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang persoalan kenapa demam tak kebah2. Kesimpulannya, pengambilan ubat demam yang teratur dengan dos yang mencukupi akan dapat membantu badan menurunkan suhu yang tinggi ketika demam. InsyaAllah:)
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Sebagai orang Islam jangan kita lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t:)
Wassalam.
Saturday, January 12, 2013
~Di Gigit Kucing~
Semalam masa saya tengah on call tiba2 dapat panggilan telefon dari bos saya.
Me: Hello..Bos: hello, awak busy ke?Me: Kenapa?? (aih tak menjawab soalan ni, saya pulak yang tanya bos balik...hihi)Bos: U boleh toleng inject I tak?Me: Inject apa?Bos: Tolong inject ATT, i kena gigit kucing....Me: Teruk ke?Bos: Teruk jugak ni. bengkak dan kebas dah tangan...Me: Ok, datang hospital stat nanti i tengok...(mengarahkan bos pulak ye...;p)
Itulah senario semalam. Berdebar jugak nak inject bos sendiri ni. nerves betul tapi buat2 cool. haha. Bukan tak berani nak inject dia tapi sebab dia 'bos' rasa lain macam pulak....haha;p
Mungkin ada yang kata, "ala...kena gigit kucing je pun..."Kadang2 ada yang selalu pandang ringan bila terkena gigitan kucing ni. Ketahuilah bahawa gigitan tersebut boleh mengundang bahaya sekiranya tidak dirawat dengan betul. Rawatan bergantung kepada severity(keterukan) gigitan tersebut.
Ni ada sedikit info untuk di kongsikan. Sebenarnya kucing boleh menyebarkan kuman â€Å“Bartonella Henselaeâ€
(B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan menyebabkan kematian. Ia dikenali sebagai at-scratch disease (CSD) atau penyakit cakaran kucing. Meow! Ia dipindahkan kepada manusia menerusi
gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing
Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kucing Parsi yang comel tu pun boleh ada tau. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada B.henselea berbanding kucing dewasa.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada
individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing
yang terdedah kepada B,henselea. Selalunya jika seseorang sudah
berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.
Langkah pertama yang perlu di lakukan bila di gigit kucing ialah BERSIHKAN kawasan luka dengan air bersih. Kemudian KERINGKAN dengan kain bersih.(jangan guna kain lap pinggan pulak...mentang2 la yang tu senang nak capai dulu...hehe). COMPRESS kawasan luka sekiranya ada darah yang mengalir dengan kain bersih. SAPUKAN antiseptic sekiranya ada. di rumah. Kalau tiada antiseptic jangan sapu sebarangan minyak tau. Ingat pesan PiNKyCaT ni ye:)
Kebanyakan daripada kita tidak mendapatkan rawatan apabila terkena gigitan tersebut. Walaubagaimanapun, tidak mendapatkan rawatan bukan masalah besar jika tidak
timbul sebarang komplikasi. Apatah lagi CSD secara umumnya bersifat
tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan sekiranya tiada komplikasi.
Ok, bilakah masanya kita perlu mendapatkan rawatan di hospital?
Jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh
dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Sekiranya kita mengalami gejala2 jangkitan kuman seperti demam, letih, kurang selera makan, kelenjar limfa membengkak, sakit sendi/tulang, dan bengkak yang sakit dan tidak surut dalam tempoh beberapa hari(biasanya dalam tempoh 2 minggu) maka perlulah segera mendapatkan rawatan.
Apakah komplikasi dari gigitan kucing ini?
Komplikasi sangat jarang berlaku. Selama saya bertugas di hospital ni belum pernah lagi saya menerima pesakit yang mengalami komplikasi yang teruk dari gigitan kucing. Tetapi ia boleh berlaku....
Komplikasi CSD (severe complication)
1) Jangkitan kuman pada kulit otak atau pada otak (meningitis dan encephalitis). Ia berlaku pada tiga hingga lima peratus pesakit yang dijangkiti.
2) Radang pada retina mata
1) Jangkitan kuman pada kulit otak atau pada otak (meningitis dan encephalitis). Ia berlaku pada tiga hingga lima peratus pesakit yang dijangkiti.
2) Radang pada retina mata
Komplikasi yang biasa(not severe) berlaku ialah jangkitan kuman di kawasan luka gigitan dan boleh menyebabkan bernanah. Rawatan antibiotik di perlukan sekiranya berlaku keadaan ini.
Berdasarkan praktis di hospital, apabila pesakit yang terkena gigitan kucing datang ke hospital (biasanya pesakit yang datang dapatkan rawatan mengalami kesan gigitan yang teruk, kalau tak teruk mesti tak datang kan...hihi) doktor akan memberikan satu injection IM ATT dan oral antibiotik (bergantung kepada severity kesan gigitan tersebut).
Ok lah, sekian sahaja info untuk kali ini. Saya nak kemas2 barang nak balik rumah pulak ni. Hari ni boleh balik awal sikit sebab hari ni hari sabtu...hehe. Suke...:-)
Di harap info di atas dapat membantu kita atau family kita sekiranya terkena gigitan haiwan peliharaan kita.
Di harap info di atas dapat membantu kita atau family kita sekiranya terkena gigitan haiwan peliharaan kita.
![]() |
| PiNKyCaT tak gigit orang tau....hihi;p |
Tuesday, January 8, 2013
Leptospirosis
Entry ini adalah ekoran pertanyaan tentang penyakit air kencing tikus yang diajukan oleh kawan baik saya suryani sebentar tadi di laman FB. Katanya ada tikus mati dalam takungan air rumah dia..hehe..risau jugak tu:) Jangan risau ye...jom kita baca sama2....
Ini adalah sedikit keterangan tentang penyakit leptospirosis atau dalam bahasa mudahnya air kencing tikus yang dapat saya kongsikan. Penyakit ni jarang berlaku tetapi sekiranya berlaku ia boleh membawa maut...
Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape). Ianya boleh berjangkit secara direct contact
Faktor risiko:
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Gejala Penyakit :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.
Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).-->TWC meningkat
2. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
3. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
4. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).-->test ini agak costly dan dibuat untuk kes tertentu(higly suspicious)
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.
Prognosis:
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
Komplikasi:•
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang
Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat pe nyakit.
Ok, itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Di harap dapat membantu kawan2 saya:)
Jangan risau ye sue!:) Kalau ada tanda2 penyakit terus pergi ke hospital ye...dont worry:)

Subscribe to:
Posts (Atom)