Setelah 4 tahun blog ini tersadai ditinggalkan sementara waktu oleh tuannya
dek kekangan masa yang tidak megizinkan untuk bercoloteh di blog ini. Hari ini
terdetik di hati yang aku perlu hidupkan kembali minatku di alam siber ini yang setelah sekian lama ditinggalkan.
Minat ber’blog’ing telah lama menyepi ekoran waktu kerja yang sangat padat
sewaktu menjalani
housemanship. Akibatnya blog kesayangaku
sebelum ini telah didelete oleh admin.
Hari ini adalah 10 Muharam tahun 1434H bersamaan 24 November 2012. Baru
sepuluh hari memasuki tahun baru hijrah tetapi banyak perkara telah berlaku
dalam tempoh yang singkat ini. Di saat ini membuatkan aku terfikir apakah yang
telah aku lakukan selama 27 tahun di beri nikmat menikmati keindahan dunia ini.
Lagi sebulan akan memasuki tahun 2012 dimana umurku akan meningkan satu angka
lagi. Terlalu banyak keinginan dan impian yang dirancang untuk masa
hadapan.
Kadangkala kita perlu mengimbas kembali ke masa silam melihat apa yang
telah kita lakukan. Dahulunya aku adalah seorang budak kecil yang dibesarkan
dalam keluarga yang sederhana tetapi mempunyai impian dan cita-cuta yang
tinggi. Sejak di bangku sekolah aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.
Entah dari mana minat itu timbul pun aku sendiri tidak pasti akan kepastiannya.
Ianya datang dari diri dan hati seorang anak yang ingin membalas jasa orang
tuanya bila besar kelak.
Ketika di sekolah rendah aku telah dididik untuk berusaha
bersungguh-sungguh mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. Perasaan
iri hati selalu timbul bila ada rakan yang mendapat markah lebih tinggi dariku.
walaupun ianya perassan negatif tetapi ia membantu seseorang itu untuk mencapai
kejayaan. Aku bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan satu
target iaitu 'A'. Itulah matlamat ku pada waktu tersebut. Setiap kali mendapat
keputusan A dalam pelajaran pastinya akan ada ganjaran dari insan tersayang
dalam hidupku. Walaupun ganjarannya kecil tapi nilainya sangat besar bagiku. Cara ini mungkin akanku gunakan untuk mendidik
anak-anakku nanti. Ibu banyak membantu ku membuat latihan dan membeli buku yang
berkaitan untuk membantu aku dalam pembelajaran. Alhamdulillah, aku
Berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Kenangan sewaktu menduduki pepriksaan UPSR pada
tahun 1997 masih segar di ingatan. Terima kasih buat semua guru-guru yang
pernah mengajarku di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong.
Dengan keputusan yang ada aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh SMAASZA.
Hati kecilku masih tidak dapat menerima yang aku wajib tinggal di asrama di
mana aku terpaksa berjauhan dengan keluarga. Di sana aku berkenalan dengan
seorang rakan bernama Amalina, dia juga mempunyai perasaan yang sama denganku.
Setiap hari kami ‘home sick’. Dialah tempat aku meluahkan perasaan. Kami saling
meluahkan antara satu sama lain. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bertukar
ke sekolah harian biasa. Aku tahu keputusan itu aku mendadak tapi itulah
keputusan yang kuraskan tepat untukku. Maafkan saya mak! Itu sahaja yang mampu
aku ucapkan kerana dia adalah insan yang
bersusah payah menghantar aku ke sana. Pada waktu itu aku berpegang kepada satu
prinsip, kita sukar untuk mencapai kejayaan sekiranya keadaan sekeliling tidak
membantu kita untuk meneruskan impian yang di inginkan. Kemudian aku bertukar
ke sekolah harian biasa iaitu Sek. Men. Keb Agama Durian Guling. Jaraknya lebih
kurang 10 km dari rumahku. Disini segalanya bermula. Alam persekolahan yang
penuh cabaran dan jiwa remaja yang mempunyai pelbagai keinginan. Bagaimanakah aku melalui alam remaja yang
penuh dengan corak dan warna…nantikan entry seterusnya ya:-)
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini:-)