Sunday, August 18, 2013

~MeNu Di HaRi RaYa~


Bersiaran kembali setelah beberapa hari tidak berblogging... Line streamyx buat hal lagi! Nak online pun payah...Tension betul! Tiap2 hari EN hubby buat aduan kat TMnet  tapi sampai sekarang belom OK lagi line internet ni...huhu

Hari ni dah 10 Syawal... Sekejap je masa berlalu kan.... tup tup nanti Syawal pun dah nak habis kan.

Selamat berpuasa sunat Syawal pulak ye!

Kepada yang kena ganti tu cepat2 ganti pose yer....hikhik;p
Ingatan untuk diri sendiri jugak nih, selalu je plan nak ganti pose awal2 tapi last2 dah masuk tahun lain baru nak ganti...aiyaaa;p

Mode raya belum habis lagi kan....
Jom layan menu 1st raya kat rumoh kucing samo;p


Sate ayam + sate ikang feveret aliya;)

 Kek Lapis Sarawak + Kek Lapis Terengganu;)

 Tapai Pulut Mak Saye!

 Pulut Kuning!

Nih biskut Raye yang saye rase paling cute!
Yang pasti bukan kucing samo yang buat..ahaks;p

OK lah...  sekian saje menu untuk hari raya pertama! Nanti bile line internet dah OK kucing samo blogwalking ke teratak kawan2 semua ye... NAk jalan2 pun tak best klu line ternet slow macam ciput ni:(


Friday, August 9, 2013

~salam aidilfitri 1434H~


Di kesempatan ini kucing samo nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung teratak kaler pink ni terutama top 10 blogger kaler pink. Tqvm sebab sudi menjadi tmn dan pengunjung setia teratak kaler pink ni:) luv u olls!
 Pinkycat juga ingin memohon maaf sekiranya ada tersilap perkataan ketika berblogging atau komen...maklumlah bile dah menaip ni tak perasan akan kate2 yg boleh menyinggung perasaan...hehe...mane tahu kot2 ade gurauan pinkycat yg buat teman2 semua terasa;)

semoga semuanya beegembira dihari lebaran yang mulia ini:)




Tuesday, August 6, 2013

~Setelah sekian lama......~


Tajuk n3 hari ni kedengaran agak syahdu sedikit...
Setelah sekian lama....

Setelah sekian lama tidak menerima kad raya, tetiba semalam dapat kad raya pemberian dari orang yang tidak disangka-sangka. Nak tahu kenapa Pinkycat kate camtu....
Kenapa tak disangka pulak ye....dah memang orang nak bagi kan...

Meh nok cerita skit ni.....

Semalam tetiba  ada  rakan sekerja saya hulurkan kad raya ni hah!



Eh, pelik pulak...sape pulak yang baik hati nak bagi kad raya kad kucing samo ni ye.... Zaman sekarang ni semua pakai send SMS atau E-kad je...

Tak kan patient kot nak bagi....hahaha;p

Terus bukak sampul tu tengok rupenye NEW BOS yang bagi....


Tidak disangka sungguh! Nak tahu kenapa....SEBABNYA bos saye ni Indian...tu cuba tengok name die kat bawah tu....ade nama anak dan wife die skali.... TAk sangka pulak bos bagi kad selamat hari raya!. Sangat terharu rase hati ini....hehe...
Gembira pun ada sebab setelah sekian lama tak dapat kad ucapan hari raya macam ni....
sekarang kan  semua dah send guna SMS/WATSAPP/Emel je...


Bila dapat kad raya ni kan, teringat kenangan dulu2. Saya ada seorang sahabat baik sejak sekolah menengah.... Tiap2 tahun mesti posmen akan hantar kad raya kat rumah kiriman daripada sahabat baik saya ni. Tapi..... sejak 3 tahun yang lepas tiada lagi kad raya tiba di rumah.... Sahabat saya telah kembali bertemu yang Maha Esa 3 tahun yang lepas dalam satu kemalangan jalan raya.... Sedih sangat bile teringat kenangan bersama arwah.... Sejak pemergian beliau tiada lagi kad ucapan hari raya tiba di rumah....
Rindu bila teringat kat arwah wani...seorang sahabat yang baik dan penyayang... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....ameen...

Saturday, August 3, 2013

~CuTi RaYa 2013~


Alhamdulillah, tahun ni kucing samo dapat beraya bersama-sama dengan En Hubby pada hari raya pertama!
Setelah 4 tahun berkhidmat di hospital kerajaan, dapat jugak kami suami isteri bercuti sama2 pada hari raya pertama.
Bukan senang tau kami dapat cuti raya skali ni...lebih2 lagi pada hari raya pertama... Sehari je lah cuti sama2 sebab hari raya ke - 2 En. Hubby kena kerja. Apapun bersyukur sangat2:)
Ingat lagi masa tahun lepas saya kena on call pada hari raya pertama, En. Hubby pulak kerja shift pagi mase tu...pagi2 lagi En hubby dah keluar pergi kerja. Orang lain bergembira bersama keluarga tapi kami bergembira bersama pesakit2 dan staff hospital...Happy jugak....tapi lagi happy kalau bersama keluarga kan...hehe;) Demi tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan. NAsib baik keluarga memahami tugas dan kesibukan kami ni...




Kepada adik2 doktor yang lain janganlah kecewa sekiranya anda kena bekerja pada hari raya sebab giliran anda akan tiba satu hari nanti. Berkhidmatlah dengan hati yang ikhlas. Ganjaran dari Allah itu pasti, insyaAllah.

Kalau tahun ni tak dapat cuti raya, tunggulah tahun seterusnya ye! hehehe...

Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berjaya... Be CooL!

Mode: excited dapat cuti raya dengan husband tahun ni;p
Semangat nak buat persiapan raya tahun ni sebab dapat cuti... Baju raya pun 3 pasang (sbb cuti 3 hari), tahun lepas rasanya sepasang je kot...huahuahua;p


~FeMes PosT di BuLan Pose~


Nak tahu post ape yang paling femes atau paling banyak orang bace kat blog kaler PINK ni sekarang?

Sejak bulan puasa ni kan, n3 kek gula hangus Pinkycat sentiasa menduduki carta ter ATAS! tak pernah jatuh lagi dari juara carta sejak bulan pose ni...ahaks;p

Tambahan pula dekat2 nak musim raya ni kan.... Semua tengah sibuk nak buat kuih muih untuk raya...so, ramailah yang google2 resipi...


Semoga pengunjung2 blog berjaya mencuba resipi yang kucing samo share tu ye:)

Ada yang yang tanya saiz telur yang digunakan tu saiz ape... Kucing samo selalu guna telur saiz A atau B. Kalau guna saiz kecil kena tambah lagi satu bijik ye:)

Ni LINK resipi kek gula hangus tu: http://pinkycat-mylife.blogspot.com/2013/01/kek-gula-hangus.html

SELAMAT MENCUBA YE!

*kucing samo pun nak buat kek ni je malam raye nanti... semoga diberi kelapangan masa untuk memasak... biskut raya memang beli lah semua tahun ni, tak sempat nak buat eden;)

Friday, August 2, 2013

~HaDiaH PerTaMa DaRi MyBank~


Sekarang ni ramai yang cerita pasal 'sekut' @ biskut @ kueh raye kan... Tapi kucing samo ni tak leh cerita pasal sekut raye lah sebab memang tak buat sekut raye...ambil sekut raye di kedai sahaja...baru ni dah angkut skit sekut raye dari kedai tapi dah habis di ngap oleh kucing samo...hahaha....kena beli yang lain la jawabya untuk buat raya;p

Kali ni bukan nak cerita pasal sekut raye tapi nak cerita pasal alat yang memudahkan kucing samo untuk memasak di dapur ketika musim raya nanti;p

Al kisahnye, point mybank kad dah sampai limit untuk membolehkan penukaran dengan barang2 letrik. Maka En Hubby pun memilih untuk menukar point kad tu dengan mende alah ni...kononnya nak memudahkan kerja bini dia ni di dapur.






Ni hah! Microwave panasonic...blh jugak berfungsi sbg oven... Kirenye bolehlah ganti tugas Si oven lama yang dah bertahun2 berkhidmat kat dapur sekarang ni. (gambar Si Oven lama lupa nak ambil buat kenangan, esok kena snap satu nih sebelum simpan dalam stor;p)

Kirenye dapat free lah microwave ni sebab kami tak keluarkan satu sen pun.... Cuma redeem point kad mybank tu sahaja. Alhamdulillah....rezeki. Nampaknya kena rajin lah masuk dapur lepas ni...hahaha;p

Hadiah pertama sebagai pengguna tetap kad mybank....lepas ni nak aim point banyak2 untuk tukar dengan sebijik kereta! agak2 maybank kasi tak...kuang3;p





Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...