Monday, December 31, 2012

PeMBanTu RuMaH BaRu...

Hari ni last day untuk tahun 2012. esok masuk 2013 dah. weee... takde ape yang special hari ni cuma hari ni saya dapat pembantu rumah baru. bukan orang gaji baru ye tapi dryer baru. hehe. thank you hubby sebab belikan dryer ni. Senang sikit kerja2 rumah. Tak perlu risau baju tak sempat nak kering atau tak sempat nak sidai dah lepas ni. Tambahan pula sekarang ni musim hujan. (kalau bukan musim hujan pun baju lambat kering sebab saya lambat sidai...haha). Bukan malas sidai baju tapi kekakangan waktu membuatkan hidup terbatas untuk membuat kerja2 rumah. Kadang2 tu saya basuh baju malam dan pagi tu husband tolong sidaikan. itupun kalau dia kerja petang ade la jugak masa pagi tu. Kalau both hubby and wifey kerja siang dan malam macam mana pulak... Nasibla baju2 semua ye. Sebab tu kami beli mesin basuh 'besar' gitu walaupun dalam satu rumah tu sikit je penghuninya, sampaikan masa nak beli tu tokey cine terkejut berapa orang nak guna dalam rumah ni. haha... Bukan ape, kami tak sempat nak basuh baju kerap sangat, terpaksa kumpul bannyak2 pastu basuh sekaligus. Lagi JIMAT masa kan... Inilah realiti kehidupan suami isteri yang bekerja dalam bidang perubatan. Walau sesibuak mana pun kita dengan tugas di tempat kerja, seboleh-bolehnya jangan abaikan tanggugjawab kita terhadap keluarga. Sekiranya kita tidak sempat menguruskan kerja rumah sendiri carilah pembantu untuk membantu kita. (tapi saya tak suka hire maid, saya lebih suka beli 'mesin' untuk bantu kerja rumah, klu ade 'mesin' lipat baju best gak.hehe). Anak saya bukan 'mesin' yang jaga tau... Saya bernasib baik sebab anak kesayangan saya di jaga dengan baik oleh ibu saya yang tercinta sepanjang saya keluar bekerja. thank you so much mak!
Pesanan ini untuk ingatan diri saya juga. KELUARGA TETAP DIUTAMAKAN. Inilah prinsip saya:)
Lagi satu, husband and wife kena saling tolong menolong dalam menguruskan kerja2 di rumah. Kalau semuanya bijak memainkan peranan insyaAllah rumahtangga kita cemerlang. Bukan cemerlang di tempat kerja je yang kita nak. Keluarga cemerlang asas kejayaan. Betul tak... Semoga di permudahkan segala urusan kita, insyaAllah.

Selamat menyambut tahun 2013!

Saturday, December 29, 2012

DuRiaN CrePe:)

Hari ni nak berkongsi resipi... dah lama saya buat research pasal cara nak buat durian crepe ni. hari tu pernah buat sekali tapi rasa keras kulit dia. hari ni try resipi baru plak selepas di ubahsuai ikut gerak hati. rasa macam menjadi la plak...letak dalam peti sejuk berhari-hari pun tak keras...hehe... Jom try buat sama2 jadi ke tak...

ReSiPi BaHan-BaHanNya

3 cawan gandum
3 sudu tepung ubi
3 sudu tepung jagung
3 biji telur
3 sudu butter di cairkan
3 sudu gula halus
200 ml fresh milk
400 air (mineral water pun boleh jugak,,,hihi)

Bahan untuk 'inti' durian crepe
 whipping cream (di putar sampai kental gitu...terima kasih buat adik saya sebab tolong saya putarkan cream hari tu ye)
isi durian secukupnya

SteP MeMBuaTNya...

1 )mula2 masukkan semua tepung di atas ke dalam bekas.
2) masukkan gula
3) kemudian masukkan fresh milk dan air sambil kacau sehingga sebati (kacau dgn sudu pun takpe, tapi sebolehnya guna whisker...hehe)
4) last skali tambahkan telur dengan butter yang di cairkan
5) last skali blender biar sebati semua ketul-ketulan tepung yang tak hancur tu....
6) panaskan pan atas dapur...kemudian lenggangkan adunan tadi senipis yang boleh... tak perlu di balikkan. bila dah nampak kering tu angkat kulit crepe tu sejukkan dalam dulang.
7) kemudian letakkan whiping creme tu dan di lapiskan dengan isi durian. 
8) lipat crepe tu ikut size dan citarasa masing2....

Ha...dah  pun siap...senang je kan.... :)

2nd attempt of making durian crepe....nyum2...hubby kate sedap...lepas ni nak buat crepe jagung plak:)

Monday, December 24, 2012

~HuJaN~




 Sejak dua menjak ni hujan terus mencurah2. Matahari kelihatan malu2 untuk menampakkan sinarnya...
Risau jugak kalau2 berterusan macam ni. Takut rumah kena banjir, jalan tutup dan tak boleh pergi kerja... (dalam hati: ade kebaikan gak...boleh dapat cuti free...haha)
Hari ni on call lagi...huahua...asyik2 on call je saya ni kan...tapi takpe sebab esok cuti public holiday. Ikhlaskan hati dalam bekerja, InsyaAllah ada ganjaran dariNya.

(Ingatlah), ketika Allah membuatkan kamu mengantuk untuk memberikan ketenteraman dari-nya, dan Allah menurunkan air hujan dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguhkan telapak kakimu (teguh pendirian)   
(surah al-Anfal: ayat 11)

Sekarang ni saya tengah menunggu new case yang nak masuk dari kecemasan tak sampai-sampai lagi kat ward ni (baru je terima refferal dari doktor di kecemasan dalam 10 minit yang lalu).  Dalam hati bermonolog sendirian, 'time' musim hujan ni pun ramai jugak patient psy yang masuk ward. Ingatkan kalau musin hujan diorg suka tidur je kat umah sebab sejuk. hihi....

Ok la, takleh nak taip banyak2 sangat ni sebab tengah on call. Harap2 new case nanti tu 'OK' je. Behave well ye semua pesakit2 saya:)

Di bawah ni petikan dari website utusan  pada hari ini

KUALA TERENGGANU 24 Dis. - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan setakat pukul 8 pagi ini sebanyak 330 orang berada di pusat pemindahan berbanding 144 petang semalam.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, selain Dungun dua lagi daerah dilanda banjir iaitu Marang dan Setiu yang membabitkan 49 keluarga.
Di Marang, 64 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gading, sementara Setiu pula menyaksikan 94 orang membabitkan 33 keluarga dipindahkan ke surau Kampung Sungai Pinang dan masjid Kampung Sungai Bari.
Sementara itu, di Dungun, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang berbanding 144 semalam, membabitkan empat buah kampung.
Mereka terdiri daripada 49 penduduk Kampung Pulau Serai, 43 dari Kampung Batu Tiong, 51 mangsa dari Kampung Seberang Pintasan dan 29 orang penduduk Kampung Tok Kah.
Bagaimanapun, pusat pemindahan di Balai Raya Komuniti Tanjung Pagar yang menempatkan 33 mangsa semalam telah ditutup dan semua mangsa dibenar pulang. - BERNAMA 

Marila kita berdoa agar keadaan kembali pulih seperti biasa. Kepada semua pemandu berhati-hatilah di jalan raya lebih2 lagi ketika musim hujan ini.  'Sediakan payung sebelum hujan.' hehe:)


Saturday, December 22, 2012

RinDu...

Assalamualaikum...


Sekarang ni kena rajin update blog sebab taknak biarkan blog ni tersadai kekosongan lagi...haha.
Hari ni nak cerita pasal RINDU. Maklumla tengah on call back to back wekend ni (jumaat & sabtu). Ini bermakna 2 hari la aku tak balik rumah. Hari ke 3 baru balik rumah which means esokla. (mode: tak sabar nak tunggu esok, RINDU kat my daughter ALIYA). Sambil on call ni sempat lagi update blog PINKYCAT kesayangan ni.

Tugas sebagai seorang 'pengamal perubatan' atau dalam kata mudahnya seorang 'doktor' yang berkhidmat di salah sebuah hospital kerajaan membuatkan aku kekurangan masa untuk bersama keluarga tersayang. Semuanya ku lakukan dengan ikhlas demi tugas dan amanah. Walau sesibuk mana pun kita dengan kerja, janganlah leka akan tanggugjawab kita kepada keluarga. Kenalah pandai mencari masa untuk bersama keluarga. Walaupun waktu kita di rumah adalah sedikit tapi gunakan waktu tersebut semaksimum mungkin. Mana tak nya, kebanyakan waktu seharian kita dalam40- 50% adalah ditempat kerja, 25% tidur, so yang tinggal adalah dalam 20%.  Walaupun baki yang tinggal adalah 20% tapi kita boleh jadikannya lebih baik dan bermakna 100% kepada keluarga kita. Family is the priority. Inilah prinsip yang saya pegang tetapi tidak mengabaikan tanggugjawab di tempat kerja.
Sekiranya niat kita ikhlas dalam pekerjaan insyaAllah dipermudahkan segala urusan kita.
Ikhlaskan hati kerana Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.Nasihat ni adalah untuk diri saya juga,insyaAllah

Aik, nampak macam lari dari topic ni....tadi kata nak cakap pasal rindu. hehe... tapi tu lah, walaupun sekarang ni saya tengah rindu anak kesayangan saya sebab dah 2 hari tak berjumpa tetapi tugas di tempat kerja mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.  

Setakat ni dahulu coretan untuk hari ini. Semoga saya lebih 'rajin' untuk update blog ni. hehe:)

Aliya ketika majlis konvokesyen maksu beliau. Semoga anak ummi membesar menjadi insan yang kaya dengan ILMU, insyaAllah:)


Saturday, November 24, 2012

Hijrah...

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah...

Setelah 4 tahun blog ini tersadai ditinggalkan sementara waktu oleh tuannya dek kekangan masa yang tidak megizinkan untuk bercoloteh di blog ini. Hari ini terdetik di hati yang aku perlu hidupkan kembali minatku di alam siber  ini yang setelah sekian lama ditinggalkan. Minat ber’blog’ing telah lama menyepi ekoran waktu kerja yang sangat padat sewaktu menjalani housemanship. Akibatnya blog kesayangaku  sebelum ini telah didelete oleh admin. 

Hari ini adalah 10 Muharam tahun 1434H bersamaan 24 November 2012. Baru sepuluh hari memasuki tahun baru hijrah tetapi banyak perkara telah berlaku dalam tempoh yang singkat ini. Di saat ini membuatkan aku terfikir apakah yang telah aku lakukan selama 27 tahun di beri nikmat menikmati keindahan dunia ini. Lagi sebulan akan memasuki tahun 2012 dimana umurku akan meningkan satu angka lagi. Terlalu banyak keinginan dan impian yang dirancang untuk masa hadapan. 

 Kadangkala kita perlu mengimbas kembali ke masa silam melihat apa yang telah kita lakukan. Dahulunya aku adalah seorang budak kecil yang dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tetapi mempunyai impian dan cita-cuta yang tinggi. Sejak di bangku sekolah aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Entah dari mana minat itu timbul pun aku sendiri tidak pasti akan kepastiannya. Ianya datang dari diri dan hati seorang anak yang ingin membalas jasa orang tuanya bila besar kelak. 

Ketika di sekolah rendah aku telah dididik untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. Perasaan iri hati selalu timbul bila ada rakan yang mendapat markah lebih tinggi dariku. walaupun ianya perassan negatif tetapi ia membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Aku bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan satu target iaitu 'A'. Itulah matlamat ku pada waktu tersebut. Setiap kali mendapat keputusan A dalam pelajaran pastinya akan ada ganjaran dari insan tersayang dalam hidupku. Walaupun ganjarannya kecil tapi nilainya sangat besar bagiku.  Cara ini mungkin akanku gunakan untuk mendidik anak-anakku nanti. Ibu banyak membantu ku membuat latihan dan membeli buku yang berkaitan untuk membantu aku dalam pembelajaran.  Alhamdulillah, aku Berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Kenangan sewaktu menduduki pepriksaan UPSR pada tahun 1997 masih segar di ingatan. Terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajarku di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong

Dengan keputusan yang ada aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh SMAASZA. Hati kecilku masih tidak dapat menerima yang aku wajib tinggal di asrama di mana aku terpaksa berjauhan dengan keluarga. Di sana aku berkenalan dengan seorang rakan bernama Amalina, dia juga mempunyai perasaan yang sama denganku. Setiap hari kami ‘home sick’. Dialah tempat aku meluahkan perasaan. Kami saling meluahkan antara satu sama lain. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bertukar ke sekolah harian biasa. Aku tahu keputusan itu aku mendadak tapi itulah keputusan yang kuraskan tepat untukku. Maafkan saya mak! Itu sahaja yang mampu aku ucapkan kerana dia adalah  insan yang bersusah payah menghantar aku ke sana. Pada waktu itu aku berpegang kepada satu prinsip, kita sukar untuk mencapai kejayaan sekiranya keadaan sekeliling tidak membantu kita untuk meneruskan impian yang di inginkan. Kemudian aku bertukar ke sekolah harian biasa iaitu Sek. Men. Keb Agama Durian Guling. Jaraknya lebih kurang 10 km dari rumahku. Disini segalanya bermula. Alam persekolahan yang penuh cabaran dan jiwa remaja yang mempunyai pelbagai keinginan.  Bagaimanakah aku melalui alam remaja yang penuh dengan corak dan warna…nantikan entry seterusnya ya:-)

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini:-) 

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...