Tuesday, January 1, 2013

~1st entry for 2013~

Assalamualaikum...hari ni 1.1.13, hari pertama pada tahun 2013. Ramai yang post azam baru sempena tahun baru ni.Semua orang ada azam masing2 termasuklah diri saya. AZAM satu perkataan yang cukup sinonim bila masuknya tahun baru. Bagi saya kita hendaklah mempunyai AZAM dalam diri kita sepanjang masa bukan bila masuk tahun baru saje ye. Tiap2 hari kita kena berusaha untuk memajukan diri tak kiralah di rumah, tempat kerja, keluarga, sosial dan sebagainya. Yang penting matlamat kita untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat, insyaAllah:)

Pada tahun 2013 saya ada beberapa matlamat baru yang ingin direalisasikan, insyaAllah.

Pertama: Projek 'MEGA' dengan usahasama suami tercinta bakal di bina pada pertengahan tahun ni.

Kedua: Nak bagi 'kawan' baru kat my lovely daughter Aliya...hehe. InsyaAllah ada rezeki kami mahu menimang cahaya mata ke 2:)

Ketiga: Berusaha untuk jadi isteri, ibu, anak, kakak, kawan dan doktor yang cemerlang! (ni azam setiap hari.hehe)

Selamat Menyambut Tahun 2013! mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita semua, insyaAllah.

1 comment:

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...