Friday, February 15, 2013

~A ReWaRD FoR My LiTTle PRiNCeSS~


 Rasa macam dah lame tak bukak blog ni. Alhamdulillah hari ni baru ade mase nak apdet setelah berjaya melepasi beberapa hari 'stressfull day' yang ala2 stress skit...hihi:)

Bile sampai rumah selepas tak balik selama 2 hari sebab on call memang rasa penat yang amat sangat...sambil drive kereta pun boleh ngantukzzz...nasib baik tak tidur je dalam kereta tu...hihi:)
Tapi, bile kepulangan yang penat tu disambut dengan keriangan oleh budak comel ni semua penat saya hilang! Terbang ntah kemana la penat tu kan...terus hilang gitu jer:)
"ummi,ummi,ummi dah balik!" ni la ayat budak comel ni bile saya sampai je kat depan pintu rumah, terus di bukaknye pintu tu dan cari tangan saya lalu di cium tangan tu! Ajaib betul sentuhan tu sampai semua penat tadi hilang begitu sahaja. Alhamdulillah...saya di kurniakan budak yang comel ni sebagai penyeri hidup...budak yang comel ni ialah My little princeess Aliya...hehe:)

Hari ni bile pulang je dari rumah terus suruh bukak Reading Egg(RE) Tapi bile log in tu tertulis, ' Your Trial Version Is Already Expired'. Alamak, sedar tak sedar rupanya dah 2 minggu Aliya guna trial version  RE ni. Pastu merengek rengek la suruh ummi bukak jugak RE die. Kesian plak tengok budak comel ni sampai nak merajuk dah pulak. 

Sesi perbincangan dengan En. Hubby sekejap...nak subscribe ke tak payah ni. Mula2 list down kebaikan dan keburukan RE ni. Kalau banyak benefit baru lah decide untuk subscribe. Kalau nak subscribe pun harganya berpatutan. Tetapi, Adakah ianya akan memberi manfaat kepada Aliya?Adakah ianya membantu learning process Aliya?(sila klik di sini untuk tahu lebih lanjut tentang RE)

Sepanjang 2 minggu ni ada peningkatan dari segi pembelajaran dan vocab Aliya sejak dia menggunakan trial version RE ni.  Contohnya, Aliya makin kerap mengeja sampaikan bila bukak peti sejuk pun dia cuba eja perkataan 'VEGETABLE' yang tertera di kotak sayuran peti sejuk tu, cuma pronunciation tu kurang tepat la...(eja lain tapi sebut lain..hihi). Hari ni Aliya dah pandai sebut perkataan ARROW. Perkembangan yang agak bagus...

Cuma yang merisaukan saya adalah dalam program RE ade di selitkan jugak dengan GAME. Risau jugak kalau2 Aliya lebih banyak main game dari guna untuk sesi pembelajaran.... En. Hubby kate memang la kanak2 suka main jugak. Takpe la die selit2 kan dengan main game. Lagipun banyak perkara lagi dalam RE yang boleh membantu pembelajaran. Aliya pun sangat suka dengan RE ni. Tiap2 hari suruh bukak reading egg. Fikir punya fikir dan bincang kami capai sepakat untuk subscribe RE ni untuk setahun. Boleh jugak kalau nak subscribe untuk 6 bulan tapi lagi jimat kalau terus ambil yang setahun.

Harga untuk 6 bulan adalah 29 euro, 1 tahun pula 39 euro @ 75usd atau dalam RM lebih kurang 200 ringgit. Agak berbaloi dengan programe tersebut. Rasa tak rugi untuk subscribe sekiranya dapat membantu learning process Aliya dan Aliya enjoy dengan RE ni....


Akhirnya En. Hubby pun subscribe la....




Inilah reward untuk Aliya pada hari ini....
Semoga anak ummi semakin rajin & pandai membaca dan buat aktiviti yang berfaedah dalam RE ni....
Seminggu sekali kena check report Aliya kat RE ni...hihi. Senang sebab kat RE ni die dah siap bagitahu report aktiviti Aliya. So, tak perlu pantau ape yang Aliya buat setiap jam...that one is good for me...hihi:)





Ni report Aliya setakat hari ini...:)

Love you my little princess:)

Ya Allah, jadikanlah anak ku anak yang yang solehah, cerdik, dan pandai. Ameen ya rabbal 'Alamin.

9 comments:

  1. salam kunjungan balik dari blogger indonesia,
    "Ya Allah, jadikanlah anak ku anak yang yang solehah, cerdik, dan pandai. Ameen ya rabbal 'Alamin". Semoga doa itu dikabulkan sama Allah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, RE serasi dengan Aliya... dah pandai sebut phonics ek? Insya Allah, lama-lama pandai la tu dia blend the words... eggs tu pun dah banyak yg Aliya kumpul... Tahniah buat Alya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...tq nur!
      tq jugak kat nur sbb PC kenal RE melalu blog nur jugak...hehe:)

      Delete
  3. Oklah tu PC.. Biasalah game dan budak-budak mana boleh dipisahkan.... itukan satu process pembelajaran diaorang...ececeh yo yo'o aje okje ni hehe... Yang penting kita kena pantau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. En hubby pun ckp mcm tu okje...PC cuma risau kot anak2 terlebih main game je...kena pantau selalu la ape yg diorg buat:)

      Delete
  4. Wah..bagus program ni kan..dapat tingkat kan Vocabulary anak2.. nak try tengok2 dulu.. klu rasa OK boleh juga subscribe kan utk hero sorang tu. Skrg ni anak dok belajar guna set Grolier dulu...
    AMin...amin! :)

    ReplyDelete
  5. Kalau kat Ipad ada free version, so kira oklah, tak perlu subscribe tapi kalau nak further stages baru kena subscribe. Alhamdulillah tengok Aisha enjoy main dan Haziq pun macam tertarik tapi dia banyak kacau adik dia main.

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...