Saturday, July 13, 2013

~Alhamdulillah....I am 28 yrs OLd~


Hari ni 13.7.2013!
Maka genaplah umur tuan empunya blog 28 tahun....
Dengan selambanya mengaku umur sendiri kan...haha...
Nanti kalau dah masuk 3 series mahu tak nak mengakunye kan;p

Alhamdullillah masih diberi peluang oleh Allah s.wt untuk meneruskan tanggungjawab sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Selama 28 tahun banyak perkara, kisah, pengalaman dan cabaran yang telah dilalui. Alhamdulillah saya masih dapat berdiri di sini dan meneruskan perjuangan hidup bersama insan2 tersayang disisi.

Terima kasih yang tak terhingga buat insan yang melahirkan saya ke dunia ini. Jasa Mak memang tak terbalas dengan wang ringgit. Akan cuba sebaik mungkin untuk bahagiakan insan ini.



Terima kasih buat Jejaka yang sentiasa menjadi teman setia mengharungi suka-duka hidup sejak mendirikan rumahtangga 5 tahun yang lalu. Masih berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk En. Hubby tersayang;)




Alhamdulillah, dikurniakan puteri yang comel sebagai penyeri hidup ini 3 tahun yang lalu.  Ummi akan cuba berikan yang terbaik untukmu sayangku Aliya Insyirah....



Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan dalam hidup ini. Alhamdulillah....


Tidak lupa kepada satu2nya adik saye iaitu Dr Nurul Syuhada. (takde pic plak nak letak;p)

Buat saudara-mara, teman2 / sahabat dan teman2 blogger yang sentiasa bersama diri ini, terima kasih kerana selalu memberi sokongan,nasihat,pandangan dan mendoakan diri ini:)


InsyaAllah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dan memajukan diri sendiri:)

~28th Birthday wishlist~
~Menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat~
~Menjadi anak & isteri solehah dan ibu mithali~
~Menjadi doktor muslim yang cemerlang~
~Memiliki klinik sendiri dalam masa setahun akan datang~
~Memajukan perniagaan Insyirah E-butik yang dimiliki sekarang~
~Menyiapkan projek MEGA Insyirah dalam masa yang ditetapkan~
~Merealisasikan semua impian sebelum mencapai umur 3 series...hehehe;p

Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan....insyaAllah
Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan,ameen...




7 comments:

  1. Hepi besday Kucing Samo..
    Semoga inshaallah tercapai semua wishlist tuh..
    nie mmg pangkat adik sangat2 lah nie..hehehe

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Dr PC...
    moga sentiasa diberkati Allah & hidup bahagia bersama org2 yg dikasihi...
    Wish you dreams come true sis... amin! :)

    ReplyDelete
  3. Happy birthday PC...
    Insya Allah, semoga semua wishlist tu boleh dicapai... amin!

    ReplyDelete
  4. Ni nk nyanyi sat.... Hepy Bezday to you, Hepy Bezday to Kucing Samo.... Hepy Bezday to youuuuuu.... Moga apa yg diimpikan akan menjadi kenyataan laling!

    ReplyDelete
  5. epi bday PC. moga panjang umo, murah rezeki n happy selalu.

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...