Showing posts with label cita-cita. Show all posts
Showing posts with label cita-cita. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

~Alhamdulillah....I am 28 yrs OLd~


Hari ni 13.7.2013!
Maka genaplah umur tuan empunya blog 28 tahun....
Dengan selambanya mengaku umur sendiri kan...haha...
Nanti kalau dah masuk 3 series mahu tak nak mengakunye kan;p

Alhamdullillah masih diberi peluang oleh Allah s.wt untuk meneruskan tanggungjawab sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Selama 28 tahun banyak perkara, kisah, pengalaman dan cabaran yang telah dilalui. Alhamdulillah saya masih dapat berdiri di sini dan meneruskan perjuangan hidup bersama insan2 tersayang disisi.

Terima kasih yang tak terhingga buat insan yang melahirkan saya ke dunia ini. Jasa Mak memang tak terbalas dengan wang ringgit. Akan cuba sebaik mungkin untuk bahagiakan insan ini.



Terima kasih buat Jejaka yang sentiasa menjadi teman setia mengharungi suka-duka hidup sejak mendirikan rumahtangga 5 tahun yang lalu. Masih berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk En. Hubby tersayang;)




Alhamdulillah, dikurniakan puteri yang comel sebagai penyeri hidup ini 3 tahun yang lalu.  Ummi akan cuba berikan yang terbaik untukmu sayangku Aliya Insyirah....



Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan dalam hidup ini. Alhamdulillah....


Tidak lupa kepada satu2nya adik saye iaitu Dr Nurul Syuhada. (takde pic plak nak letak;p)

Buat saudara-mara, teman2 / sahabat dan teman2 blogger yang sentiasa bersama diri ini, terima kasih kerana selalu memberi sokongan,nasihat,pandangan dan mendoakan diri ini:)


InsyaAllah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dan memajukan diri sendiri:)

~28th Birthday wishlist~
~Menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat~
~Menjadi anak & isteri solehah dan ibu mithali~
~Menjadi doktor muslim yang cemerlang~
~Memiliki klinik sendiri dalam masa setahun akan datang~
~Memajukan perniagaan Insyirah E-butik yang dimiliki sekarang~
~Menyiapkan projek MEGA Insyirah dalam masa yang ditetapkan~
~Merealisasikan semua impian sebelum mencapai umur 3 series...hehehe;p

Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan....insyaAllah
Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan,ameen...




Saturday, April 20, 2013

~Career Pathway~


Sebagai seorang doktor tentunya mempunyai hala tuju atau career pathway untuk jangka masa panjang. Tidak semestinya kerjaya doktor sahaja, tetapi bidang lain juga mempunyai hala tuju kerjaya masing-masing.

Di sini saya nak kongsikan career pathway sebagai seorang doktor. Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja sebagai seorang doktor dan tidak kena mengena dengan pihak lain. Dari pandangan saya, setelah mendapat sijil perakauan amalan penuh dari MMC atau lesen di mana seseorang itu boleh mengamalkan ilmu perubatannya secara sah ada 2 cabang yang boleh dipilih di mana seseorang itu mahu meneruskan perkhidmatannya iaitu Government atau Private Sector. Sekiranya memilih untuk meneruskan khidmat dengan Govenrment, kebiasaaanya seseorang itu akan memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Master atau doktor pakar. Ada juga segelintir yang terus berkhidmat sebagai Medical Officer untuk jangka masa yang agak lama. Tidak di nafikan ada juga doktor pakar yang menyambung perkhidmatan di sektor swasta di mana ganjaran yang lebih mahal diberikan bergantung kepada bidang masing2. Peluang untuk mendapat 'offer' dari sektor swasta amatlah tinggi terutamanya dalam bidang 'surgical' di mana ganjaran yang diberikan juga agak lumayan. Ada juga yang lebih minat untuk membuka klinik sendiri atau menjadi General Practioner (GP)
Ini adalah gambaran secara kasar tentang career pathway sebagai seorang doktor. Terdapat juga cabang yang lain yang dipanggil non clinical di mana ia melibatkan administration dan public health.
Setiap cabang ada pro dan contra yang tersendiri. Bergantung kepada individu itu untuk memilih yang sesuai dengan diri masing-masing.

Apakah hala tuju saya pula?

Sekarang sudah tiba masanya saya menentukan hala tuju kerjaya saya untuk jangka masa akan datang. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun ke 5 saya berkhidmat sebagai seorang doktor dan sudah berkhidmat di 2 buah hospital berlainan iaitu Hospital besar Sultanah Nur Zahirah dan sekarang ni di Hospital daerah Hulu Terengganu.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya dalam membuat keputusan yang terbaik.
Banyak faktor yang saya kena pertimbangkan sebelum membuat keputusan. Sebagai seorang ibu dan isteri juga tentulah saya memilih untuk mengutamakan family terlebih dahulu tetapi tidak mengabaikan kerjaya saya sebagai seorang doktor. Memang agak sukar untuk menunaikan tanggungjawab kerjaya seiring dengan tanggungjawab terhadap family. Mesti salah satu diutamakan tetapi tidak mengetepikan tanggugjawab yang satu lagi. I will try my best! 

Semoga diri ini dapat membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan keluarga tercinta, insyaAllah.
Bantulah hambaMu ini Ya Allah....
Berilah yang terbaik untuk kami sekeluarga,ameen.

Wednesday, March 20, 2013

~Insyirah e-Butik~


Assalamualaikum teman2 blogger yang dikasihi sekalian...:)


ANNOUNCEMENT!!!

Cewaaah...macam berita tergempak pulak kang! siap tulis announcement gitu;p

Sebenarnya takdelah gempak pun....cuma nak sharing dengan teman2 ku semua:)

Tanpa kalian siapalah saye yer;p
Eceh, jiwang kononye lah ni...

Hari ni saya nak kongsi sesuatu dengan teman2 semua... dah lama nak cerita ni tapi tak sempat nak buat n3...hehe:)

Sebenarnya saya ada buat bisnes kecil-kecilan sejak awal tahun hari tu. Plan nak jual pakaian khasnya untuk wanita lah. Mula2 start dengan tudung dulu...produk2 lain masih dalam perancangan... Dah nama pun kecil-kecilan kan...mulakan dengan yang kecil-kecil dululah:)

Ini dia nama butik sayer....


 Dulu-dulu saya cuma jual secara offline je kat rumah ni... Sekarang ni baru nak belajar bisness online. Ni pun atas nasihat daripada penasihat peribadi saya iaitu kakak ipar sayer... Gambar2 tudung ni saya shot kat Butik die lah...TQ ye Kak Na...muaahhh;)
 Sape2 yang ada facebook tu sila lah add Insyirah E-Butik yer: sila klik http://www.facebook.com/aliya.insyirah.3 

 
Doakan kejayaan saya yer... Baru nak belajar nege lah katekan...
Nak cari ilmu dalam perniagaan sebenarnya... Keinginan dan minat tu dah lama ade sejak kecik lagi sebab tengok mak pun terlibat dalam bidang ni dulu....ikut darah mak lah ni...hihi;p

Walau apapun, Profession utama tetap seorang DOKTOR!:)

Nak tahu kenapa saye nak sangat belajar ilmu 'bisness' ni? Tunggu n3 seterusnya yer:)




Saturday, February 23, 2013

~MeDiCaL StuDenT's LiFe (Part 1)~


Kali ni nak sambung balik pengembaraan Catwoman....hehe...
Kita mulakan dari tahun pertama sebagai medical student. Mase tu saya berumur 19 tahun. Pengalaman masuk U amat mengembirakan. Ye la first time dapat jejakkan kaki ke menara gading. hehe...semua orang rasa happy kan. Ke ade jugak yang sedih... Mesti happy belake kan. Saya mendapat tawaran Ijazah doktor perubatan (MD) di UPM. Nak tahu kenapa saya mintak UPM? sebab UPM terletak di Serdang , Selangor. Apa istemewanya Serdang? 
Takde la yang istemewa sangat. Tapi yang penting ade beberapa orang saudara mara saya tinggal di Serdang dan Putrajaya. Jadi senangla sikit kalau ada apa-apa masalah kat sana nanti. Tak lah saya rasa keseorangan berjauhan dengan mak. Betul tak? Anak manje la katakan...ahaks;p

Panjang nak cerita ni sebenarnya...tapi kan berjela2 pulak. Jangan jadi macam myfreeminded sampai juling mata dia baca n3 PiNkyCaT yang berjela sebelum ni tu. Dahla dia baru keluar dari freezer yang sejuk tu...haha (jangan marah ye MFM, gurau je). Harap dapat kongsi kisah hidup dengan teman2 blogger yang lain yang selalu singgah dan komen di teratak PiNkYCaT iaitu HainomOkje, Atieyusof, KakZakie. Tak lupa jugak kat Nurbijen yang berada jauh di bradford dan kenalan baru dari Fiji Ummuaidan dan semua blogger yang sudi datang singgah kat teratak kaler 'PINK' ni....hehe. (ni akibat daripada bace entry OKje tiap2 hari lah ni...semua teman2 blogger di highlight kan...hahaha)

Kita pendekkan cerita sebelum ade yang jadi juling...

Nak cerita pasal subject yang wajib di pelajari mase 1st year iaitu subject Anatomy dan Physiology. Ini adalah subject basic kalau nak jadi doktor. Kalau tak master subject ni jangan jadi doktor. hahaha... Anatamy adalah subject tentang organ2 dalam tubuh badan kita manakala physiology belajar tentang semua proses2 yang berlaku dalam organ badan kite. Tak kiralah proses apapun termasuk dari makanan mula2 masuk sampai ia keluar. hehe. Tu baru bab makanan, tak masuk lagi proses2 yang berlaku di otak, jantung, paru2, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Subject physiology ni kalau dah faham macam mana proses tu berlaku senang la nak ingat. Cuma yang anatomy ni kena hafal banyak. Semua organ2 dalam badan ni kena hafal semua termasuklah urat saraf yang kecik2 tu kena hafal dia lalu ikut mana pastu keluar ikut mana dan apa cabang2 dia. Berdenyut jugak kepala ni nak hafal. Bab2 hafal ni memang saya tak suka. Nak taknak kena hafal jugak. NAk tahu cam mane saye buat nak bagi senang ingat dan melekat kat otak ni...
Rahsia...tak pernah bagitahu sape2 pun sebelum ni....hahaha...

Lepas baca tu buku anatomy tu, saya cuba imaginekan benda tu dalam otak ni. Sekejap je bace, pastu cuba imaginekan. Lepas baca tu saya mesti akan pergi toilet atau basuh baju. Ha...time tu lah saya cuba ingatkan balik apa yang saya baca tadi. Sambil duk dalam toilet tu pun boleh hafal. hehehehe... Bile kita duk ulang imagine banyak kali dalam otak ni mesti senang ingat, insyaAllah. Tak perlu mengadap buku sampai berjam2 sampai nak muntah. Pastu satu lagi, kalau dekat nak exam tu saya jenis yang memang tak boleh study dah dekat nak exam. Rasa cuak, kalau bace pun mesti tak masuk punye lah. Sebab tu saya tak study dah bile time exam. Persediaan kena buat awal sebelum exam. Hari exam saya tidur je. Zzzz.. Rehatkan otak sebelum exam. (betul ni tak tipu, sebab tu kalau kawan2 datang kat bilik mungkin tengok saya asyik tidur je). Tapi dalam baring2 kat katil tu saya masih stimulatekan otak saya ni untuk imgaine kan apa yang saya dah hafal. Kalau ada yang saya rasa terlupa tu saya akan belek2 semula nota saya.

topic musculoskeletal system adalah paling mencabar bagi saya sebab kena hafal nama setiap otot2 yang kecik ni dan fungsinya

Ada banyak lagi subject lain mase pre-clinical year ni seperti biochemical, pharmacology, microbiology dan banyak lagi la yang ada 'gy' kat belakang tu. Pre-cilinical year adalah tahun 1 dan tahun 2. Semua belajar bab2 teori. Nanti dah masuk tahun 3 baru start clinical year. (cerita di entry lain la ye pasal clinical year ni).

Pengalaman yang tak dapat saya lupakan masa belajar anatomy adalah masa kelas practical anatomy. Time ni mesti OKje rase takut kalau dia masuk ni. Bedah mayat! hehe...
Bukan bedah pun sebenarnya. Kami diajar struktur organ dan nama2 organ termasuk nerve2 yang halus tu dengan menggunakan cadaver (mayat yang telah di awet). Cadaver tu di simpan dalam tangki bersama larutan formalin (bahan pengawet). Bila sesi practical baru dikeluarkan dari tangki formalin tu. Yang saya tak tahan adalah bau formalin tu. Tajam sangat bau formalin sampai pedih mata. Ni yang saya tak tahan bila time practikal anatomy ni. Nak tak nak kena tahan jugak, bukan takut tengok cadaveric tu tapi takut dengan formalin. hehehe.... sampai keluar air mata ni... Pedih tau....




Photo ni saya ambil di google tapi lebih kurang sama saja dengan yang saya belajar dulu....
Ni organ jantung(cardiac) cadaveric... Kalau letak satu cadeveric kan takut ade yang terus shut down komputer pulak nanti...haha... Topic yang paling saya suka dalam anatomy ialah Cardiovascular system sebab senang nak ingat berbanding muscular system tadi....  Suka tak suka semua wajib belajar dan ingat...betul tak...push your self to upper limit! Ni lah semangat yang kena ada semasa bergelar student :)
Semua ada susah dan senang, tapi kena ingat bahawa bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah...

Oklah, panjang pulak dah entry ni...tadi kate tak nak panjang2...bila dah start menaip ni tak reti nak berhenti la plak fingers ku ini...hikhikhik;p

To be continued....



Friday, February 22, 2013

~KeNaPa NaK JaDi DoKToR?~



Hari ni plan nak cerita pasal zaman medical student @ zaman muda2 dulu....hehe...
Tapi sebelum tu nak mulakan kisah dengan persoalan "kenapa nak jadi doktor?"
Ini soalan yang kerap di tanya bila anda melangkah ke medical school, tak kiralah pertanyaan tu dari saudara mara mahupun pensyarah2 di universiti. Apakah jawapannya....



Sebenarnya saya pun tidak pasti apakah jawapan yang harus saya berikan. Sudah tersurat sejak azali? Tak kan nak jawab macam tu kan. Walaupun sememangnya takdir kita telah ditentukan oleh Allah tapi diri kita jugaklah yang menjuruskan usaha kita ke arah itu.  Persoalan seterusnya... Kenapa saya berusaha untuk menjadi seorang doktor? Mesti ada sebab... kenapa memilih bidang ni sedangkan banyak lagi kerjaya professional yang lain.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana oleh emak saya yang juga ibu tungggal. Sejak kecil  saya hanya mendapat kasih sayang dari seorang ibu. Mak bersusah payah mencari rezeki dengan berniaga. Alhamdulillah, mak berjaya membesarkan kami 2 beradik walaupun tidak semewah kehidupan orang lain tapi saya rasakan kehidupan tu sudah cukup bahagia.

Sejak dari sekolah rendah saya telah berazam ubtuk menjadi seorang yang berjaya dan dapat membantu mak kelak. Kalau boleh saya tak nak bagi dah mak saya bekerja. Saya pulak yang nak jaga mak. Keputusan untuk menjadi seorang doktor saya lakukan ketika memasuki tingkatan empat. Semasa menduduki peperiksaan PMR, saya mempunyai dua cita iaitu untuk menjadi seorang engineer atau seorang doktor. Saya masih belum dapat mempuat keputusan pada waktu tersebut. Semasa di tingkatan 4 saya wajib ambil subjek fizik dan biologi. Jika dibandingkan dengan dua subjek ini, subjek biologi lebih senang untuk saya fahami berbandning dengan subjek fizik yang memerlukan banyak penghafalan formula2 fizik. Pening jugak belajar fizik ni. hehe. Berbeza dengan subjek biologi, sekiranya kita sudah faham akan proses yang berlaku maka kita senang nak ingat topik2 dalam subjek biologi ni. Saya akaui memang saya lebih meminati subjek biologi sebab senang nak faham dan ingat. Dan satu lagi saya ni jenis yang tak suka menghafal. hehehe....
Dari situlah bermulanya minat untuk menjadi seorang doktor. Saya suka membaca tentang proses2 kitaran yang berlaku dalam badan manusia dan persekitaran sekeliling. Sungguh unik ciptaan Allah s.w.t. Dalam subjek biologi ini juga kita dapat mempelajari bukti kebesaran Allah s.w.t.

Disini semuanya bermula... 

Belajar bersungguh2 untuk mencapai apa yang diimpikan. Apa yang saya ingat setiap kali berjaya dalam peperiksaan mak akan bagi saya hadiah. Ini adalah reward untuk saya. Saya boleh mintak apa saja hadiah dari mak. Tapi bukanlah hadiah yang mahal2. Hadiah bergantung kepada jenis peperiksaan. Kalau cuma peperiksaan akhir tahun maka keciklah hadiahnye. Kalau peperiksaan tu besar macam UPSR, PMR, SPM maka besarlah hadiahnye. hehe. Saya masih ingat selepas mendapat 5A dalam UPSR saya nak permainan video game sebab sepupu saya selalu main video game kat rumah dia. Terasa jugak nak ada yang diri sendiri punya. Lepas dapat 5A tu terus mintak dengan mak. Alhamdulillah, permintaan saya ditunaikan. Saya pun pergilah ke bandar Kuala Terengganu ni untuk cari permainan video game ni. Sampai hari ini permaianan video game yang berwarna kuning ni masih elok kat dalam store rumah ni. hihi... sayang tau semua hadiah2 saya!
Cara yang digunakan oleh mak saya ni akan saya gunakan untuk didik anak2 saya pula. Bila kita dapat reward atas apa yang kita usahakan kita akan rasa nak usaha lebih lagi dimasa akan datang untuk terus mencapai kejayaan. Inilah perasaan saya masa belajar dulu.

Mak memberi kebebasan untuk saya membuat pilihan dari segi pelajaran. Saya tahu mak tiap2 hari mendoakan kejayaan saya.  Sebagai contoh, saya telah mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh selepas mendapat 5A dalam UPSR. Tetapi saya hanya bertahan selama 1 seminggu sahaja di sekolah berasrama penuh tu. Nak tahu kenapa? 
Sebab saya nangis tiap2 hari tak boleh adapt dengan environment kat asrama... hahaha. (buat malu je kan;p). Alasan rindu kat rumah. hihi. Homesick la kononya. Tapi saya memang tak nafikan kehidupan di asrama memang jauh berbeza dengan kehidupan di rumah. Kalau di rumah saya bebas untuk ulangkaji pada waktu bile dan di mana. Nak study atas katil pun boleh. Tetapi kalau di asrama telah di tetapkan waktu untuk prep (ulangkaji), makan, tidur. Agak leceh bagi saya sebab saya hilang kebebasan di asrama. Semua kena ikut peraturan. Memang bagus keadaan macam tu untuk mendisiplinkan diri tetapi jika kita merasakan ianya akan mempengerahi sesi pembelajaran kita kenapa kita nak teruskan kan. Matlamat saya adalah mencapai target saya iaitu staright A dalam peperiksaan. Sekiranya saya tidak seronok belajar di sekolah di asrama penuh macam mana saya nak capai target saya. Maka, saya pun mengadu kepada mak untuk tukar sekolah sebab saya tak sesuai duduk asrama. Terus mak pergi ke pejabat pendidikan untuk tukarkan saya. Alhamdulillah saya dapat bersekolah di Sek. Men. Keb (A) Durian Guling iaitu sekolah agama harian biasa. Maka, berulang-alikla saya dengan bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Hehe. Sampai Form 5 saya belajar kat sekolah ni. Walaupun dapat 9A dalam PMR tapi saya tak apply ke mana2 sekolah berasrama penuh yang lain. Saya dah rasa seronok belajar di sini walaupun sekolah saya tak 'glomour' macam MRSM atau sekolah berasrama penuh yang lain. Bagi saya, kejayaan boleh dicapai dimana sahaja sekiranya kita berusaha. Semuanya bergantung kepada kemahuan dan usaha diri kita sendiri. 

ni lah sekolah yang saya sayang...SMKADG!cuba spot kat mana saya dalam gambar ni...hehe(clue:pakai baju pengawas pusat sumber)

Alhamdulillah, saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dan kini tibalah masanya untuk saya meneroka dunia yang lebih mencabar dan dewasa. Dewasa lah sangat kan mase tu...hihi. Saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang. Batch saya adalah batch pertama KMP pada waktu tersebut kerana ia baru di buka. Kiranya batch kitorang la perasminye...hihi. Seronok belajar kat sini sebab semuanya baru. bilik baru, katil baru, dewan kuliah baru... dah nama pun perasmi kan. Hehe. Kat sini tak ade la pulak 'homesick' nye. Mungkin sebab saya dah besar remaja kot masa tu. hehe:)
Mase tu kalau nak jadi doktor kena skor 4 flat. Time tu persaingan agak sengit sebab student yang dapat 4 flat sahaja yang dapat ambil medik. Dan kalau dapat 4 flat pun belum tentu dapat ambil medik. Mungkin masa tu ramai student yang 'excellent' kot. Risau jugak saya ni bukanlah antara pelajar yang excellent. Saya cuma biasa2 je. Jadi saya kenalah usaha lebih berbanding group yang 'excellent' tadi. Tidak dinafikan, ada sesetengah pelajar saya tengok diorang cepat pick up masa kuliah. Ada kawan saya tu nampak tak study mana pun kat bilik tapi boleh score. Pelik jugak. Tapi itulah anugerah yang Allah anugerahkan kepada setiap orang, semua orang mempunyai kelebihan yang berbeza2. Macam saya ni kalau mase kat kuliah tu kadang2 satu pun saya tak faham. (tak tipu ni! this is the real story) Kalau masa di dewan kuliah saya kadang2 tu tak faham apa yang lecturer ajar kat depan tu. Lebih2 lagi kalau banyak sangat kuliah dalam satu hari dan kuliah pada waktu petang. Memang brain ni dah understimulate lah bila dah penat. Apa yang saya buat adalah belajar semula bila balik ke bilik, kemudian kalau masih tak faham pergi jumpa personally dengan lecturer berkenaan. Kiranya kerap jugaklah pergi jumpa lecturer kat bilik dia. hehe. Tak kisahlah kalau ganggu lecturer pun kan asalkan kita faham apa yang kita belajar. Nak tanya masa kuliah tak sempat, dan bukan tak nak tanya tapi kadang2 tu memang tak faham dan tak tahu nak tanya apa...hehehe:)
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza....kenalpasti kelebihan yang ada dalam diri kita:)



Erm, rasa panjangla pulak entry kali ni. Nanti kita sambung semula ye. Lepas ni nak mengembara ke zaman medical student pulak. Kalau hainomOkje jadi kluangman untuk mengembara, dan myfreeminded dengan pengembaraan 'driving' yang 'scary', Pinkycat nak mengembara dengan Catwoman pulak...hehe. Jangan marah ye teman2ku sekalian:)

~ConGRaTuLaTioN To My LoVeLy Sis!~

Assalamualaikum teman2 bloggerku sekalian:)

Lama betul rasanya menyepi.... BZ sangat minggu ni dengan on call yang selang sehari dan medical report yang perlu disiapkan. Kejap2 oncall, penat gak rase badan ni.hihi. Alhamdulillah jumaat ni tak on call, boleh charge semula bateri dalam badan ni yang nak 'kong' dah ni. Nasib tak jadi king kong je....huahua;p

Terima kasih kat teman blogger saya iaitu OKje sebab tiap2 hari singgah kat teratak saya ni bertanya khabar. Sori ye OKje, PC bz skit..nanti PC masak n3 special untuk OKje...hehe:)

Hari ni nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah kat my lovely sis yang sorang ni iaitu Dr Nurul Syuhada atas kejayaan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang Veterinar. Sebenarnya pengajian beliau telah bermula sejak awal tahun tahun ni di UPM cuma surat tawaran baru sampai kat rumah di Terengganu ni. Dan baru2 ni my lovely sis ni dapat offer untuk sambung terus ke peringkat PhD. Alhamdulillah....
Kena struggle betul2 la lepas ni...All the best kat my lovely sis!

Gembira rasanya tengok my lovely sis berjaya. Ye lah, kami hanya dua beradik je...sejak kecik dia lah teman bergaduh dan teman bermain...suka duka kami sentiasa bersama....(eh, rasa jiwang la plak...hihi).  Kalau nak tahu, my lovely sis ni masih single dan available (promote sikit...hihi). Sementara masih single ni sambunglah belajar ke tahap  yang setinggi mungkin. Macam saya ni dah ber'family' kena fikir banyak perkara la kalau nak sambung study. hehe... Walaupun saya tak further study selepas habis Ijazah , tapi masih kena update content dalam brain ni. Kena update selalu ilmu perubatan ni sebab setiap hari mesti ada sesuatu perkara baru dalam ilmu perubatan ni. Pembacaan kena sentiasa di teruskan agar ilmu kita bukan di tangkuk yamg lama. Betul tak?hehehe:) Tak kiralah dalam apa bidang yang kita ceburi, yang penting kena sentiasa tingkatkan ilmu dalam diri kita. Dan jangan lupa kutip ilmu untuk bekalan akhirat nanti....jangan asyik ingat ilmu dunia je.... Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita, insyaAllah:)



Congratulation to my sis! Semoga gelaran Prof. Dr. Nurul Syuhada menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah.  Tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh. 
Dari angan2 semuanya bermula....



*P/s: Lepas ni nak buat entry pasal zaman medical student atas permintaan khas dari teman blogger OKje...hehehe...nak belek2 album lama dulu....hihi:)

Tuesday, January 1, 2013

~1st entry for 2013~

Assalamualaikum...hari ni 1.1.13, hari pertama pada tahun 2013. Ramai yang post azam baru sempena tahun baru ni.Semua orang ada azam masing2 termasuklah diri saya. AZAM satu perkataan yang cukup sinonim bila masuknya tahun baru. Bagi saya kita hendaklah mempunyai AZAM dalam diri kita sepanjang masa bukan bila masuk tahun baru saje ye. Tiap2 hari kita kena berusaha untuk memajukan diri tak kiralah di rumah, tempat kerja, keluarga, sosial dan sebagainya. Yang penting matlamat kita untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat, insyaAllah:)

Pada tahun 2013 saya ada beberapa matlamat baru yang ingin direalisasikan, insyaAllah.

Pertama: Projek 'MEGA' dengan usahasama suami tercinta bakal di bina pada pertengahan tahun ni.

Kedua: Nak bagi 'kawan' baru kat my lovely daughter Aliya...hehe. InsyaAllah ada rezeki kami mahu menimang cahaya mata ke 2:)

Ketiga: Berusaha untuk jadi isteri, ibu, anak, kakak, kawan dan doktor yang cemerlang! (ni azam setiap hari.hehe)

Selamat Menyambut Tahun 2013! mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita semua, insyaAllah.

Saturday, November 24, 2012

Hijrah...

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah...

Setelah 4 tahun blog ini tersadai ditinggalkan sementara waktu oleh tuannya dek kekangan masa yang tidak megizinkan untuk bercoloteh di blog ini. Hari ini terdetik di hati yang aku perlu hidupkan kembali minatku di alam siber  ini yang setelah sekian lama ditinggalkan. Minat ber’blog’ing telah lama menyepi ekoran waktu kerja yang sangat padat sewaktu menjalani housemanship. Akibatnya blog kesayangaku  sebelum ini telah didelete oleh admin. 

Hari ini adalah 10 Muharam tahun 1434H bersamaan 24 November 2012. Baru sepuluh hari memasuki tahun baru hijrah tetapi banyak perkara telah berlaku dalam tempoh yang singkat ini. Di saat ini membuatkan aku terfikir apakah yang telah aku lakukan selama 27 tahun di beri nikmat menikmati keindahan dunia ini. Lagi sebulan akan memasuki tahun 2012 dimana umurku akan meningkan satu angka lagi. Terlalu banyak keinginan dan impian yang dirancang untuk masa hadapan. 

 Kadangkala kita perlu mengimbas kembali ke masa silam melihat apa yang telah kita lakukan. Dahulunya aku adalah seorang budak kecil yang dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tetapi mempunyai impian dan cita-cuta yang tinggi. Sejak di bangku sekolah aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Entah dari mana minat itu timbul pun aku sendiri tidak pasti akan kepastiannya. Ianya datang dari diri dan hati seorang anak yang ingin membalas jasa orang tuanya bila besar kelak. 

Ketika di sekolah rendah aku telah dididik untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. Perasaan iri hati selalu timbul bila ada rakan yang mendapat markah lebih tinggi dariku. walaupun ianya perassan negatif tetapi ia membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Aku bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan satu target iaitu 'A'. Itulah matlamat ku pada waktu tersebut. Setiap kali mendapat keputusan A dalam pelajaran pastinya akan ada ganjaran dari insan tersayang dalam hidupku. Walaupun ganjarannya kecil tapi nilainya sangat besar bagiku.  Cara ini mungkin akanku gunakan untuk mendidik anak-anakku nanti. Ibu banyak membantu ku membuat latihan dan membeli buku yang berkaitan untuk membantu aku dalam pembelajaran.  Alhamdulillah, aku Berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Kenangan sewaktu menduduki pepriksaan UPSR pada tahun 1997 masih segar di ingatan. Terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajarku di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong

Dengan keputusan yang ada aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh SMAASZA. Hati kecilku masih tidak dapat menerima yang aku wajib tinggal di asrama di mana aku terpaksa berjauhan dengan keluarga. Di sana aku berkenalan dengan seorang rakan bernama Amalina, dia juga mempunyai perasaan yang sama denganku. Setiap hari kami ‘home sick’. Dialah tempat aku meluahkan perasaan. Kami saling meluahkan antara satu sama lain. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bertukar ke sekolah harian biasa. Aku tahu keputusan itu aku mendadak tapi itulah keputusan yang kuraskan tepat untukku. Maafkan saya mak! Itu sahaja yang mampu aku ucapkan kerana dia adalah  insan yang bersusah payah menghantar aku ke sana. Pada waktu itu aku berpegang kepada satu prinsip, kita sukar untuk mencapai kejayaan sekiranya keadaan sekeliling tidak membantu kita untuk meneruskan impian yang di inginkan. Kemudian aku bertukar ke sekolah harian biasa iaitu Sek. Men. Keb Agama Durian Guling. Jaraknya lebih kurang 10 km dari rumahku. Disini segalanya bermula. Alam persekolahan yang penuh cabaran dan jiwa remaja yang mempunyai pelbagai keinginan.  Bagaimanakah aku melalui alam remaja yang penuh dengan corak dan warna…nantikan entry seterusnya ya:-)

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini:-) 

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...