Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, April 12, 2013

~Bersyukurlah....~



Saya baru sahaja pulang ke rumah dari bertugas di klinik sebentar tadi. Ada 1 kisah yang nak dikongsikan pada malam ni. Kisah ni terjadi di klinik tempat saya bertugas malam ni. 

Ada seorang ibu terus meluru  membawa masuk anaknya yang berusia dalam lingkungan 2 tahun.  Ibu ni terus potong turn pesakit2 lain. 

Dia membuka pintu sambil berkata dengan keadaan yang gelisah" Doktor, anak saya bernafas tak elok sejak petang tadi". 

Saya pun terus periksa paru2 kanak2 tersebut. Memang dengar pernafasannya ada masalah. Nampak kanak2 tu pun agak tercucungap2 nak bernafas (tachypneic).

Saya suruh staff bagi nebulizer (ventolin). Lepas sedut neb tu nampak lebih lega berbanding keadaan awal tadi. Saya menasihatkan ibu tersebut membawa anak tu terus ke hospital kerana anak tersebut perlu di masukkan ke wad sebab ada tanda2 jangkitan kuman di paru yang agak serius di mana rawatan IV (intravenous) antibiotic diperlukan.

Tetiba ibu berkata, "doktor, saya tak dapat pergi ke hospital malam ni. Saya naik motosikal je datang sini. Takde kereta" Kesian tengok ibu dengan keadaan yang sangat risau. Sanggup datang bawa anak dengan keadaan yang tercungap2 untuk dapatkan rawatan dengan  motosikal. 

Satu kisah yang lain, kisah ni berlaku di hari raya ketika kami keluar beraya dengan kereta. Pada waktu tu saya meriba Aliya di seat sebelah di mana En. Hubby drive kereta. Teiba ternampak 1 family di mana si ayah menunggang motosikal, seorang anak dalam raga motor dan di belakang sekali adalah si ibu. Antara si ayah dan si ibu tu ade seorang lagi anak kecil dikendong oleh si ibu. Kesian sangat tengok... Kalau diorang ada kereta tak kan diorang nak naik motosikal dengan keadaan macam tu kan.  Dah di kira lebih muatan tu. Tapi demi nak beraya sekali satu family, kena jugak buat macam tu.


Terdetik dalam hati, bertuahnya Aliya berbanding anak2 kecil yang duduk dalam raga motor tu. Sejak lahir lagi bila berjalan2 keluar rumah mesti Aliya akan naik kenderaan yang berbumbung dan ada tayar 4 ni.  Belum pernah lagi Aliya kena duduk dalam raga motor dan di simbahi panas cahaya matahari macam kanak2 tadi.  Bertuahnya keluarga kami... Alhamdulillah.  Banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kami... Bukan setakat 1 tapi dua kenderaan berbumbung yang Allah anugerahkan kepada keluarga kami untuk kemudahan kami bergerak.

Kisah ni sekadar renungan untuk semua di malam jumaat ni....hehe. Muhasabah untuk diri saya juga.





Bila kita rasa diri kita di atas tengok lah keadaan orang di bawah kita untuk menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat dariNYA. 
Tapi jangan kita lupa untuk lihat orang yang berada di atas kita sebab kejayaan mereka akan mendorong kita untuk terus berusaha meningkatkan hidup kita:)





Marilah kita sama2 menjadi insan yang sentiasa beryukur kepadaNya, insyaAllah:)








~HarGaiLaH Apa YanG KiTa Ada....~



Assalamualaikum teman2 semua!

Lame betul rasenye tak bersiaran ke udara...
Ade tak yang rindu kat kucing samo ni?meow meow meooowww;p
Apepun kucing samo ni rase rindu kat teman2 semua sebenarnya...hikhik;p

Bangun pagi tadi ingatkan nak sambung bertapa dalam gua batu... Tetiba dapat email dari En. Google yang bagitahu ade orang datang kat teratak kaler PINK ni... Bukan dari orang yang duk dalam peti sejuk tu tau...ihiks...dengar kata orang dalam peti sejuk tu tak dapat nak tinggalkan komen ye...betul MFM?


Ni die orangnye... Cik Puan Hainom OKJe.! (ade gelaran baru untuk U hari ni...ihiks)
Bile dapat emel tu terus keluar dari gua batu duk ngadap depan desktop ni hah...

Sebenarnya kucing samo ni tak berapa sihat minggu ni...DEMAM....huhu.... Ade jugak masalah lain yang berlaku... Semua tu adalah dugaan kan... Dugaan dari Allah untuk menguji tahap kesabaran hambaNya....

Alhamdulillah, sekarang ni kacing samo dah rasa sihat semual dah. Masalah dugaan yang melanda pun dah pergi jauh...Alhamdulillah:)




Hargailah dengan apa yang kita ada sekarang...  Bersyukurlah kepadaNYa....
Nasihat untuk diri ini juga:)

Semoga hidup kita sentiasa dalam lindungan Allah, ameen:)

Friday, March 22, 2013

~Salam Jumaat semua...~




Alhamdulillah. berjumpa lagi kita di hari jumaat yang mulia ini:)
Semoga semuanya sihat2 belake ye...


Berikut adalah beberapa sunnah yang dapat dilakukan hari ini:

1 - Sholat Subuh berjamaah [al-Bayhaqi, disahihkan oleh al-Albaani, 1119]

2 - Sebelum dan selama Sholat Jum'at:

➲ Mandi besar (Junub) sebelum berangkat sholat Jum'at [Bukhari & Muslim: #1951 & #977]
➲ Pergi di awal waktu untuk sholat Jum'at [Bukhari & Muslim: #929 & #1964]
➲ Berjalan kaki untuk sholat Jum'at [al-Tirmidhi, 496]
➲ Mendengarkan dengan seksama khutbah Jum'at [al-Bukhaari (934) & Muslim (851)]

3 - Mencari waktu dimana do'a dikabulkan langsung (di-ijabah) pada hari Jum'at ini [Bukhari & Muslim: #935 & #1969]

4 - Membaca Surah Al-Kahf [al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249]
5 - Mengirim Shalawat dan Salam atas Nabi Muhammad (sallAllaahu 'alaihi wa sallam) [Ibn Majah, #1085); Abū Dawūd, #1047]
( Source: ILoveAllaah.com)
 SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM!:)
*Rindu pulak kat teman2 blogger saye...lame dah tak berBW....hari ni nak gi ziarah rumah diorang lah... Saya amik cuti 4 hari sempena birthday si Aliya esok....belum beli lagi hadiah untuk Aliya ni....tengah cari idea nak beli ape ni..any idea tak?

Thursday, March 14, 2013

~KonFliK~



Lame betul tak bersiaran di blog kaler PINK ni.... Lebih 5 hari dah kot... Bukan ambik cuti duk dalam freezer macam MFM tu tau... Pinkycat duk dalam mesin pemanas jer...hihi

PC pun tak tahulah kenapa sibuk je rasa sejak dua menjak ni, sampaikan nak jenguk kat blog sendiri pun tak sempat... Apatah lagi nak jenguk blog teman-teman seangkatan....

Terima kasih kepada semua teman2 yang sudi singgah kat teratak kaler PINK ni walaupun tuan empunya teratak menyepi skit sejak dua menjak ni....

Oklah, berbalik kepada tajuk n3 kali ni iaitu KONFLIK!
Menyepi lame ni bukan sebab ade konflik tau....hehehe... Jangan salah faham yer....

Ni Pinkycat nak kongsi satu cerita ala2 luahan hati jugaklah...nak share dengan teman2 semua kot ade mengalami pengalaman yang lebih kurang same dengan PC ni...

semalam lepas balik kerja tu kan, Aliya sambut ummi die balik dengan riang jer... Tetiba lepas main2 tu dia nangis, tak tahu kenapa... Apasal Aliya nangis ni.... Try tanya die kenapa tapi tak dapat jawapan pulak... Tak tahulah kenapa, pujuk2 tak jalan jugak...menangis je sambil tutup muke die tu...

Dalam hati, fikir2 balik....
Mungkin Aliya nak perhatian dari ummi die kot... Mungkin die nak tarik perhatian dengan menangis... Yelah, ummi die jarang ade kat rumah... Memang tidak di nafikan waktu untuk bersama Aliya sangat terhad...

Usaha memujuk Aliya tetap di teruskan... tanya lapar ke, tak pulak... ntahlah, ketandusan idea dah rasenye time tu. Last2 amik dia terus dukung je die....
ALHAMDULILLAH, berjaya Aliya stop menangis....geletek2 skit die...pastu baru gelak!hahaha;p
Nak perhatian rupenye anak ummi ni....

Ni nak share satu 'story' yang Pinkycat bace kat FB tadi....
Ade seorang budak bertanya berapa gaji ayah die untuk satu jam bile ayah die balik dari kerja. Ayah die jawab rm 100. Pastu budak tu mintak rm 50 daripada ayah die tapi ayah die tak kasi dan marah kat anak dia ni tanpa bertanya apa tujuan anak tu nak duit tersebut. Kemudian anak tu terus berlalu masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa2....
Bila ayah tu fikir balik die rasa terkilan sebab tak tanya pun anak dia kenapa nak duit tu. Dia fikir mungkin si nak tu ade sebab kenapa dia perlukan duit tu. Lalu si ayah masuk ke dalam bilik anaknye tu. Anak tu sudah tidur waktu tu teteapi dikejutkannya. Tetiba dia ternampak ada banyak kepingan kertas duit kat situ. Dia pun tanya lah anak dia kenapa nak duit lagi sedangkan dah ada banyak duit tu. Lalu si anak jawab "saya tak cukup 50 ringgit je lagi. Saya nak beli masa satu jam dari ayah dengan duit tu"
Si ayah rasa terkejut dan terkilan....

Hah...lebih kurang macam ni lah cerita yang saya baca kat Facebook tu.... Sedih gak rase lepas baca short story tu kat FB tadi...nak nangis pun ada...kesian si anak sanggup kumpul duit untuk beli masa si Ayah bersama dengannya....huhu....

Tak kan kubiarkan Aliya kesepian macam budak dalam cerita tu...
Ummi sayangkan Aliya... InsyaAllah, akan ku cuba luangkan masa untuk Aliya sebaik mungkin. Walaupun sekejap tapi bermakna:)



Wednesday, March 6, 2013

~MaRi BeLaJaR MeMaSaK BerSaMa SuaMi~



Saya baru lepas berjalan2 @ blogwalking di blog teman-teman. Banyak yang cerita berkaitan dengan makanan hari ni. hainomOkje dengan Laksam dan bawang putih jeruknye, myfreeminded dengan bahan2 segar kat pasar Rompinnye, Nur di bradford dengan Povlova yang super deliciousnye, Ummuaidan di Fiji dengan 'petai' Fijinye dan Atieyusof di Sabah dengan kabinet dapur tempat simpan makanannye...hehe;p

Saya terdetik untuk berkongsi satu petikan dari buku yang saya baca semalam bertajuk Cinta Tiga Rasa. Buku ni pinjam orang punya sebenarnya. 



Dalam buku ni ada satu bab bertajuk Mari Belajar Memasak Bersama Suami. Macam best kan tajuk ni. Teringin nak baca sampai habis buku ni tapi belum ade kesempatan nak habiskan bace buku ni.

Lepas baca tajuk entry ni mesti ada yang cakap kenapa saya kena belajar memasak dari suami? Saya kan lebih pandai masak dari suami! Saya yang banyak duduk kat dapur berbanding suami. Suami yang kena belajar dari saya lah. Ada ke yang cakap macam ni? Sila angkat kaki anda!
Nampaknye takde yang angkat...  Itu maknanya tak de la tu kot yang cakap macam tu;p

Banyak alasan yang akan di berikan bila nak memasak bersama suami kan? betul tak? sibuk dengan kerja masing2 la, suami tak reti masak la, isteri tak suka suami kacau kerja dia di dapur dan macam2 lagilah alasan yang diberikan oleh isteri. Termasuklah saya sendiri, amat jarang sekali dapat masak bersama suami. Lebih2 lagi waktu kerja yang berbeza. Bukan tak nak masak sekali tapi masing2 sibuk dengan kerja masing2.

Mengikut buku yang saya baca ni, aktiviti memasak ni boleh di lakukan bila-bila masa. Cuma ia memerlukan kerjasama, memahami dan sikap tidak putus asa!

Sebagai contoh, walaupun suami tidak memasak bersama isteri tetapi suami boleh memberikan kata2 pujian sewajarnya terhadap masakan isteri. Akan tetapi jangan asyik nak puji je walaupun apa yang di rasa adalah sebaliknya. Asyik ingin mengambil hati  sehingga lambat laun akan memakan hati  sendiri. Apa yang kurang perlu di beritahu agar isteri dapat mempertingkatkan kemahiran diri. Untuk suami jugak kan...betul tak?

Tapi, suami pulak jangan asyik nak kutuk masinla, manisla, pahitla. Sebaliknya kritikan tu kenala ber'isi'. Contohnya, bagi la cadangan atau tips untuk isteri memperbaiki masakan tu. Bagitahulah isteri samada perlu lebih rempah ke, perlu tambah ini ke itu. Kalau kritik je sakit hati jugak kan kita dengar. 

Dalam buku tu ada cakap, seorang isteri yang sentiasa mengharapkan pujian suami dalam masakan nya tidak akan ada peningkatan diri. Isteri yang bijak akan menjadikan kritikan suami sebagai motivasi untuk mempertingkatkan kemahiran diri. Apa yang kurang ditambah, apa yang lebih dikurangkan. 

Suami yang menyayangi isterinya akan sentiasa bersedia menjadi pengkritik setia, supaya masakan isteri bertambah baik dan sedap. Lebih elok kalau kritikan tu dalam bentuk santai dan jenaka, barulah isteri tidak terasa...

Marilah kita sama-sama belajar memasak bersama suami! Tingkatkan kemahiran diri!

Lepas ni tak nak merajuk dah kalau En. Hubby kritik masakan saya... Selalunya En. Hubby 'sound direct' je bila ada yang kurang dalam masakan. Contohnya  mase masak lasagna dulu2  En. Hubby kate oregano saya letak banyak sangat, kena kurangkan sikit baru lagi sedap! Sebenarnya dari teguran tu lah kite belajar memasak dari suami kan....:)

Selamat memasak teman-teman sekalian!:)

Friday, February 22, 2013

~KeNaPa NaK JaDi DoKToR?~



Hari ni plan nak cerita pasal zaman medical student @ zaman muda2 dulu....hehe...
Tapi sebelum tu nak mulakan kisah dengan persoalan "kenapa nak jadi doktor?"
Ini soalan yang kerap di tanya bila anda melangkah ke medical school, tak kiralah pertanyaan tu dari saudara mara mahupun pensyarah2 di universiti. Apakah jawapannya....



Sebenarnya saya pun tidak pasti apakah jawapan yang harus saya berikan. Sudah tersurat sejak azali? Tak kan nak jawab macam tu kan. Walaupun sememangnya takdir kita telah ditentukan oleh Allah tapi diri kita jugaklah yang menjuruskan usaha kita ke arah itu.  Persoalan seterusnya... Kenapa saya berusaha untuk menjadi seorang doktor? Mesti ada sebab... kenapa memilih bidang ni sedangkan banyak lagi kerjaya professional yang lain.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana oleh emak saya yang juga ibu tungggal. Sejak kecil  saya hanya mendapat kasih sayang dari seorang ibu. Mak bersusah payah mencari rezeki dengan berniaga. Alhamdulillah, mak berjaya membesarkan kami 2 beradik walaupun tidak semewah kehidupan orang lain tapi saya rasakan kehidupan tu sudah cukup bahagia.

Sejak dari sekolah rendah saya telah berazam ubtuk menjadi seorang yang berjaya dan dapat membantu mak kelak. Kalau boleh saya tak nak bagi dah mak saya bekerja. Saya pulak yang nak jaga mak. Keputusan untuk menjadi seorang doktor saya lakukan ketika memasuki tingkatan empat. Semasa menduduki peperiksaan PMR, saya mempunyai dua cita iaitu untuk menjadi seorang engineer atau seorang doktor. Saya masih belum dapat mempuat keputusan pada waktu tersebut. Semasa di tingkatan 4 saya wajib ambil subjek fizik dan biologi. Jika dibandingkan dengan dua subjek ini, subjek biologi lebih senang untuk saya fahami berbandning dengan subjek fizik yang memerlukan banyak penghafalan formula2 fizik. Pening jugak belajar fizik ni. hehe. Berbeza dengan subjek biologi, sekiranya kita sudah faham akan proses yang berlaku maka kita senang nak ingat topik2 dalam subjek biologi ni. Saya akaui memang saya lebih meminati subjek biologi sebab senang nak faham dan ingat. Dan satu lagi saya ni jenis yang tak suka menghafal. hehehe....
Dari situlah bermulanya minat untuk menjadi seorang doktor. Saya suka membaca tentang proses2 kitaran yang berlaku dalam badan manusia dan persekitaran sekeliling. Sungguh unik ciptaan Allah s.w.t. Dalam subjek biologi ini juga kita dapat mempelajari bukti kebesaran Allah s.w.t.

Disini semuanya bermula... 

Belajar bersungguh2 untuk mencapai apa yang diimpikan. Apa yang saya ingat setiap kali berjaya dalam peperiksaan mak akan bagi saya hadiah. Ini adalah reward untuk saya. Saya boleh mintak apa saja hadiah dari mak. Tapi bukanlah hadiah yang mahal2. Hadiah bergantung kepada jenis peperiksaan. Kalau cuma peperiksaan akhir tahun maka keciklah hadiahnye. Kalau peperiksaan tu besar macam UPSR, PMR, SPM maka besarlah hadiahnye. hehe. Saya masih ingat selepas mendapat 5A dalam UPSR saya nak permainan video game sebab sepupu saya selalu main video game kat rumah dia. Terasa jugak nak ada yang diri sendiri punya. Lepas dapat 5A tu terus mintak dengan mak. Alhamdulillah, permintaan saya ditunaikan. Saya pun pergilah ke bandar Kuala Terengganu ni untuk cari permainan video game ni. Sampai hari ini permaianan video game yang berwarna kuning ni masih elok kat dalam store rumah ni. hihi... sayang tau semua hadiah2 saya!
Cara yang digunakan oleh mak saya ni akan saya gunakan untuk didik anak2 saya pula. Bila kita dapat reward atas apa yang kita usahakan kita akan rasa nak usaha lebih lagi dimasa akan datang untuk terus mencapai kejayaan. Inilah perasaan saya masa belajar dulu.

Mak memberi kebebasan untuk saya membuat pilihan dari segi pelajaran. Saya tahu mak tiap2 hari mendoakan kejayaan saya.  Sebagai contoh, saya telah mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh selepas mendapat 5A dalam UPSR. Tetapi saya hanya bertahan selama 1 seminggu sahaja di sekolah berasrama penuh tu. Nak tahu kenapa? 
Sebab saya nangis tiap2 hari tak boleh adapt dengan environment kat asrama... hahaha. (buat malu je kan;p). Alasan rindu kat rumah. hihi. Homesick la kononya. Tapi saya memang tak nafikan kehidupan di asrama memang jauh berbeza dengan kehidupan di rumah. Kalau di rumah saya bebas untuk ulangkaji pada waktu bile dan di mana. Nak study atas katil pun boleh. Tetapi kalau di asrama telah di tetapkan waktu untuk prep (ulangkaji), makan, tidur. Agak leceh bagi saya sebab saya hilang kebebasan di asrama. Semua kena ikut peraturan. Memang bagus keadaan macam tu untuk mendisiplinkan diri tetapi jika kita merasakan ianya akan mempengerahi sesi pembelajaran kita kenapa kita nak teruskan kan. Matlamat saya adalah mencapai target saya iaitu staright A dalam peperiksaan. Sekiranya saya tidak seronok belajar di sekolah di asrama penuh macam mana saya nak capai target saya. Maka, saya pun mengadu kepada mak untuk tukar sekolah sebab saya tak sesuai duduk asrama. Terus mak pergi ke pejabat pendidikan untuk tukarkan saya. Alhamdulillah saya dapat bersekolah di Sek. Men. Keb (A) Durian Guling iaitu sekolah agama harian biasa. Maka, berulang-alikla saya dengan bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Hehe. Sampai Form 5 saya belajar kat sekolah ni. Walaupun dapat 9A dalam PMR tapi saya tak apply ke mana2 sekolah berasrama penuh yang lain. Saya dah rasa seronok belajar di sini walaupun sekolah saya tak 'glomour' macam MRSM atau sekolah berasrama penuh yang lain. Bagi saya, kejayaan boleh dicapai dimana sahaja sekiranya kita berusaha. Semuanya bergantung kepada kemahuan dan usaha diri kita sendiri. 

ni lah sekolah yang saya sayang...SMKADG!cuba spot kat mana saya dalam gambar ni...hehe(clue:pakai baju pengawas pusat sumber)

Alhamdulillah, saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dan kini tibalah masanya untuk saya meneroka dunia yang lebih mencabar dan dewasa. Dewasa lah sangat kan mase tu...hihi. Saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang. Batch saya adalah batch pertama KMP pada waktu tersebut kerana ia baru di buka. Kiranya batch kitorang la perasminye...hihi. Seronok belajar kat sini sebab semuanya baru. bilik baru, katil baru, dewan kuliah baru... dah nama pun perasmi kan. Hehe. Kat sini tak ade la pulak 'homesick' nye. Mungkin sebab saya dah besar remaja kot masa tu. hehe:)
Mase tu kalau nak jadi doktor kena skor 4 flat. Time tu persaingan agak sengit sebab student yang dapat 4 flat sahaja yang dapat ambil medik. Dan kalau dapat 4 flat pun belum tentu dapat ambil medik. Mungkin masa tu ramai student yang 'excellent' kot. Risau jugak saya ni bukanlah antara pelajar yang excellent. Saya cuma biasa2 je. Jadi saya kenalah usaha lebih berbanding group yang 'excellent' tadi. Tidak dinafikan, ada sesetengah pelajar saya tengok diorang cepat pick up masa kuliah. Ada kawan saya tu nampak tak study mana pun kat bilik tapi boleh score. Pelik jugak. Tapi itulah anugerah yang Allah anugerahkan kepada setiap orang, semua orang mempunyai kelebihan yang berbeza2. Macam saya ni kalau mase kat kuliah tu kadang2 satu pun saya tak faham. (tak tipu ni! this is the real story) Kalau masa di dewan kuliah saya kadang2 tu tak faham apa yang lecturer ajar kat depan tu. Lebih2 lagi kalau banyak sangat kuliah dalam satu hari dan kuliah pada waktu petang. Memang brain ni dah understimulate lah bila dah penat. Apa yang saya buat adalah belajar semula bila balik ke bilik, kemudian kalau masih tak faham pergi jumpa personally dengan lecturer berkenaan. Kiranya kerap jugaklah pergi jumpa lecturer kat bilik dia. hehe. Tak kisahlah kalau ganggu lecturer pun kan asalkan kita faham apa yang kita belajar. Nak tanya masa kuliah tak sempat, dan bukan tak nak tanya tapi kadang2 tu memang tak faham dan tak tahu nak tanya apa...hehehe:)
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza....kenalpasti kelebihan yang ada dalam diri kita:)



Erm, rasa panjangla pulak entry kali ni. Nanti kita sambung semula ye. Lepas ni nak mengembara ke zaman medical student pulak. Kalau hainomOkje jadi kluangman untuk mengembara, dan myfreeminded dengan pengembaraan 'driving' yang 'scary', Pinkycat nak mengembara dengan Catwoman pulak...hehe. Jangan marah ye teman2ku sekalian:)

Monday, January 7, 2013

Sonamu...

Sekarang ni kita tengan hangat memperkatakan tentang 'SONAMU' . Berita tentang kedatangan Sonamu tersebar luas. Apakah yang kita tahu di sebalik SONAMU ni. Sonamu adalah angin ribut tropika yang telah di kesan melalui satellite NASA dan kini sedang bergerak ke arah Laut China Selatan.  Taufan Sonamu di ramalkan akan melanda pantai timur Malaysia antara 7-9 januari 2013.  Angin kencang tersebut bakal melanda pantai timur dengan kelajuan 60km/jam dan menyebabkan ombak setingggi lebih kurang 4m.


Di bawah ni adalah update daripada Malaysaian Meteoroloical Department:

Di keluarkan pada 06:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 5:00 petang, 7 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 6.3 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Oleh itu marilah kita sama2 berdoa agar semuanya selamat. Harap angin tu makin perlahan dan akan tiba di perairan negara kita dengan 'sepoi-sepoi' sahaja... Kita kena ingat ini adalah ramalan kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin ini adalah tanda atau amaran untuk kita memperbaiki kesilapan yang kita lakukan selama ini dan menginsafi diri kita. Mari kita berfikir sejenak apa yang harus kita lakukan untuk memperbaiki diri kita dan sebagai persediaan untuk berjumpa denganNya. Mungkin selama ini kita lalai dengan kebahagiaan dan kekayaan yang kita ada. Berfikirlah adakah kita betul2 bersedia untuk menghadapinya? Masa masih ada untuk kita bertaubat dan memantapkan diri dan iman kita kepadaNya.  Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. insyaAllah...

1. Doa ketika angin bertiup kencang:
 (Allahumma Inni As'Aluka Khairaha, Wa A'uzhubika Min Syarri Ha)
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan & aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya".
(Hadith Shahih, Lihat Sunan Ibnu Maja (2/305)

2. Doa Ketika Hujan Turun
(Allahumma Soyyiban Nafia'an)
"Ya Allah (turunkanlah) hujan yang bermanfaat"
(HR.Al-Bukahri (2/84).Lihat Husnul Muslimin, Syaikh Said Wahf al-Qahtani & Al-Adzkar Nanawiyyah)

3. Doa Setelah Hujan Turun:
(Mutthrina Bifadhlillahi Wa Rohmatih)
"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya"
(Muttafaqun a'laih,lihat kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah, Syaikh A'lauddin al-Utaibi halaman 200)

4. Doa Ketika Mendengar Petir/Halilintar:
(Subhanallazhi Yusabbihu Ra'adu Bihamdihi Wal Malaikati Min Khifatih)
"Maha Suci Allah yang mana halilintar dan para malaikat bertasbih memuji-Nya, kerana takut kepada-Nya".


Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...