Friday, March 8, 2013

~SiaKaP 3 RaSa~



Hari ni lain yang di plan, lain pulak jadinye...
Pagi tadi pergi lah ke pasar untuk beli stok barang basah. Ni lah rutin bile weken yang tak on call. 
Awal tau pergi pasar tadi sebab pukul 9 ade appointment untuk 'jage' klinik orang pulak.

Mase duk survey2 kat pasar tu ternampaklah ikan siakap ni... Hajat dalam hati nak masak ikan bakar, sedap jugak bakar siakap kan.... Lagipun kat rumah ade lagi sos ikan bakar yang mak beli hari tu... Bagus jugak ni, senang pun senang nak masak kan...cuma letak je ikan dalam "pemanggang ajaib" pastu makan je dengan sos yang dah ade tu kan.. Cepat dan senang! Ni angan2 dalam hati masa kat pasar tadi...sempat lagi berangan yer;p

Lepas tangan ni penuh sampai tak tahu nak pegang camane dah barang2 ni, maka saya pun pulanglah ke rumah. Kebetulan pulak En. Hubby pun baru sampai kat rumah dari tempat kerja. Dia post night hari ni...

"Yang, beli ape tu? Nak masak ape hari ni?- Tanya En. Hubby

"Nak bakar ikan siakap" - jawab dengan senyuman dan harapan menjadi lah ikan bakar tu...haha;p


Tiba2 En. Hubby cakap "masak siakap 3 rasa lah....best!" 

Huh! Kecewa dah dengar ni.... Baru plan nak makan ikan bakar.... 

Macam mana nak masak 3 rasa, nenas takde, tomato tak de...adoooiiii. Tak kan nak pergi semula kat pasar tadi...lewat dah ni nak pergi klinik...

Demi tunaikan permintaan En. Hubby, carilah nenas kat pasar semula. Ni pasar lain pulak... Nasib baik la depan klinik yang saya 'jaga' hari ni tu ada pasar jumaat. Belilah nenas kat situ....


Ni lah hasil siakap 3 rasa saye! 
Banjir dengan sos...sampai tenggelam ikan tu;p

Senang je nak masak ni… (nasib baik senang kalau tak maleh juge nak masaknye)
Goreng ikan yang dah di salut dengan tepung jagung dan garam.  Bila garing toskan minyak dan letak dalam pinggan.  Pastu jiruskan sos nye kat atas ikan tu.
Cara nak buat sos 3 rasa ni senang je. 
Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah. Pastu masukkan 3 sudu sos cili, sos tomato, dan 1 sudu sos tiram. Pastu masukkan bawang besar yang dah di potong dadu, cili yang dihiris dan nenas yang di potong dadu. Letak bunga kubis kalau suka. Nenas boleh jugak kalau nak ganti dengan tomato. Tapi saya lebih suka rasa nenas.  Hah…senang je kan!

Selain ikan bakar yang jadi ikan 3 rasa,  ade satu lagi plan yang tak menjadi hari ni….
Mase balik dari klinik tengah hari tadi saya singgah la kat Giant tu, plan nak beli bahan2 untuk masak lasagna.  Makanan feveret En. Hubby tu lah!
Semua bahan2 lain dah ade, tapi bile sampai kat bahagian keju cari2 tak de pulak keju parmesan…adoooiii. Tak leh buat la lasagna kalau tak de keju ni…Kecewa lagi…. 
Kenapa plan hari ni asyik tak menjadi ye…

Dah keju tu takde capai la benda ni ke dalam troli sebagai ganti!

 
Bila nak masak ntah mende ni…beli je dulu….

Tengah merayau2 kat Giant tu sambil melayan hati yang kecewa ni, tiba2 terpandang MAMEEE!



Mmmm....nampak sedap ni....
Macam mamee baru kot…sebab tak pernah makan lagi yang ni sebelum ni… Ambik je lah try….

7 comments:

  1. meriah sungguh siakap 3 rasa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah betul...sampai banjir ikan tu..hihi;p

      Delete
  2. gigh intai, kat mana la siakap menyorok... tenggelam dek nenas yg menggoda tu... kalau masak siakap ni, hubby mmg terror, saya pandai makan jer ... tapi kat sini tak jumap siakap, beli seabass jer masak 3 rasa :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ... siakap 3 rasa klu x de nenas mmg x sedap . Klu mkn kat luar , kadang2 x de makhluk nenas tuh . nak puashati masak sendiri cam pinky ...

    ReplyDelete
  4. Bertuahlah kalau pandai masak sendiri, saya main hello2 aje, hehe, hello kedai suruh masak siap2 then pi ambik je.

    ReplyDelete
  5. sedapnya..mula2 tgk tercari2 mana ikannya..ker sotong yg dimasak..hehehe..upanya tgk kat luar baru nampak ekor che ikan ..hehehee

    ReplyDelete
  6. Hish kalau orang yg terer masak ni...memang senang je semuanya...hehe...
    PC kalau OKje kan masak 3 rasa bagai tu takde nenas ke, tak de tomato ke, belasah je walaupun tak de bahan bahan tu semua.... pakai sos mana yg ada...
    hehe... burukkan perangai!

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...