Kali ni nak sambung balik pengembaraan Catwoman....hehe...
Kita mulakan dari tahun pertama sebagai medical student. Mase tu saya berumur 19 tahun. Pengalaman masuk U amat mengembirakan. Ye la first time dapat jejakkan kaki ke menara gading. hehe...semua orang rasa happy kan. Ke ade jugak yang sedih... Mesti happy belake kan. Saya mendapat tawaran Ijazah doktor perubatan (MD) di UPM. Nak tahu kenapa saya mintak UPM? sebab UPM terletak di Serdang , Selangor. Apa istemewanya Serdang?
Takde la yang istemewa sangat. Tapi yang penting ade beberapa orang saudara mara saya tinggal di Serdang dan Putrajaya. Jadi senangla sikit kalau ada apa-apa masalah kat sana nanti. Tak lah saya rasa keseorangan berjauhan dengan mak. Betul tak? Anak manje la katakan...ahaks;p
Panjang nak cerita ni sebenarnya...tapi kan berjela2 pulak. Jangan jadi macam myfreeminded sampai juling mata dia baca n3 PiNkyCaT yang berjela sebelum ni tu. Dahla dia baru keluar dari freezer yang sejuk tu...haha (jangan marah ye MFM, gurau je). Harap dapat kongsi kisah hidup dengan teman2 blogger yang lain yang selalu singgah dan komen di teratak PiNkYCaT iaitu HainomOkje, Atieyusof, KakZakie. Tak lupa jugak kat Nurbijen yang berada jauh di bradford dan kenalan baru dari Fiji Ummuaidan dan semua blogger yang sudi datang singgah kat teratak kaler 'PINK' ni....hehe. (ni akibat daripada bace entry OKje tiap2 hari lah ni...semua teman2 blogger di highlight kan...hahaha)
Kita pendekkan cerita sebelum ade yang jadi juling...
Nak cerita pasal subject yang wajib di pelajari mase 1st year iaitu subject Anatomy dan Physiology. Ini adalah subject basic kalau nak jadi doktor. Kalau tak master subject ni jangan jadi doktor. hahaha... Anatamy adalah subject tentang organ2 dalam tubuh badan kita manakala physiology belajar tentang semua proses2 yang berlaku dalam organ badan kite. Tak kiralah proses apapun termasuk dari makanan mula2 masuk sampai ia keluar. hehe. Tu baru bab makanan, tak masuk lagi proses2 yang berlaku di otak, jantung, paru2, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Subject physiology ni kalau dah faham macam mana proses tu berlaku senang la nak ingat. Cuma yang anatomy ni kena hafal banyak. Semua organ2 dalam badan ni kena hafal semua termasuklah urat saraf yang kecik2 tu kena hafal dia lalu ikut mana pastu keluar ikut mana dan apa cabang2 dia. Berdenyut jugak kepala ni nak hafal. Bab2 hafal ni memang saya tak suka. Nak taknak kena hafal jugak. NAk tahu cam mane saye buat nak bagi senang ingat dan melekat kat otak ni...
Rahsia...tak pernah bagitahu sape2 pun sebelum ni....hahaha...
Lepas baca tu buku anatomy tu, saya cuba imaginekan benda tu dalam otak ni. Sekejap je bace, pastu cuba imaginekan. Lepas baca tu saya mesti akan pergi toilet atau basuh baju. Ha...time tu lah saya cuba ingatkan balik apa yang saya baca tadi. Sambil duk dalam toilet tu pun boleh hafal. hehehehe... Bile kita duk ulang imagine banyak kali dalam otak ni mesti senang ingat, insyaAllah. Tak perlu mengadap buku sampai berjam2 sampai nak muntah. Pastu satu lagi, kalau dekat nak exam tu saya jenis yang memang tak boleh study dah dekat nak exam. Rasa cuak, kalau bace pun mesti tak masuk punye lah. Sebab tu saya tak study dah bile time exam. Persediaan kena buat awal sebelum exam. Hari exam saya tidur je. Zzzz.. Rehatkan otak sebelum exam. (betul ni tak tipu, sebab tu kalau kawan2 datang kat bilik mungkin tengok saya asyik tidur je). Tapi dalam baring2 kat katil tu saya masih stimulatekan otak saya ni untuk imgaine kan apa yang saya dah hafal. Kalau ada yang saya rasa terlupa tu saya akan belek2 semula nota saya.
topic musculoskeletal system adalah paling mencabar bagi saya sebab kena hafal nama setiap otot2 yang kecik ni dan fungsinya |
Ada banyak lagi subject lain mase pre-clinical year ni seperti biochemical, pharmacology, microbiology dan banyak lagi la yang ada 'gy' kat belakang tu. Pre-cilinical year adalah tahun 1 dan tahun 2. Semua belajar bab2 teori. Nanti dah masuk tahun 3 baru start clinical year. (cerita di entry lain la ye pasal clinical year ni).
Pengalaman yang tak dapat saya lupakan masa belajar anatomy adalah masa kelas practical anatomy. Time ni mesti OKje rase takut kalau dia masuk ni. Bedah mayat! hehe...
Bukan bedah pun sebenarnya. Kami diajar struktur organ dan nama2 organ termasuk nerve2 yang halus tu dengan menggunakan cadaver (mayat yang telah di awet). Cadaver tu di simpan dalam tangki bersama larutan formalin (bahan pengawet). Bila sesi practical baru dikeluarkan dari tangki formalin tu. Yang saya tak tahan adalah bau formalin tu. Tajam sangat bau formalin sampai pedih mata. Ni yang saya tak tahan bila time practikal anatomy ni. Nak tak nak kena tahan jugak, bukan takut tengok cadaveric tu tapi takut dengan formalin. hehehe.... sampai keluar air mata ni... Pedih tau....
Ni organ jantung(cardiac) cadaveric... Kalau letak satu cadeveric
kan takut ade yang terus shut down komputer pulak nanti...haha... Topic yang paling saya suka dalam anatomy ialah Cardiovascular system sebab senang nak ingat berbanding muscular system tadi.... Suka tak suka semua wajib belajar dan ingat...betul tak...push your self to upper limit! Ni lah semangat yang kena ada semasa bergelar student :)
Semua ada susah dan senang, tapi kena ingat bahawa bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah...
Oklah, panjang pulak dah entry ni...tadi kate tak nak panjang2...bila dah start menaip ni tak reti nak berhenti la plak fingers ku ini...hikhikhik;p
To be continued....
Sy baru belajar sains dah dpt 6 je masa SPM..haha..ini klu belajar macam PC mau pengsan berhari2 kot..haha..
ReplyDeleteklu bab beljar Cardiovascular system boleh lah juga kot, tapi klu bab nak kena ingat segala jenis urat, muscle bagai tak dapek lah den nak nolong..haha..
tabik lah kt PC..hehe:)
*psst: masa study dl sy suka plak subjek membaca banding kira2..:)
Hahaha....tak kan sampai pengsan kot atie...
ReplyDeletedont study hard but study smart!-->ni ayat yang selalu orang cakap mase sekolah dulu...hihi(imbau kenangan lame lagi;p)
fuh, telan air liur berkali kali nak habis baca entry ni... teringat masa saya melawat kawan yang belajar dekat HUSM, scary jer tgk kawan2 doktor ni belajar...
ReplyDeletebetul tu, yg penting kena study smart... saya pun jenis tak study sebelum exam, takut makin gelabah.. cuma review sikit2 sebelum masuk dewan... sbb tu selalu kena sound dgn adik roomate, "jeles la dgn kaknur ni, time study week pun dia asyik tidur jer"... hahaha, saya mmg tak pandai nak stay up, cukup 10 malam dah tarik selimut :)
betul2 tu kak nur!same la kite ni, suka tidur awal...kalau time exam tu lepas isyak belek2 buku skit je pastu tidor...ZZZ....tak study mane dah, sbb kalau study pun tak berapa nak masuk gak. Lebih baik tidur dan tenangkan fikiran. Doa tu penting gak:)
DeleteHish...peliklah okje camne PC tak seriau... Cecite...cecite....
ReplyDeleteDahlah tak taku ...tak geli pulak tu....Tulah pasal pc jadi doktorkan...hehe
Okje ni...jangankan nk menghafal urat saraf bagai ....urat bhg jari pun tak tentu lagi...haha...
hihihi...setiap orang ade kelebihan dan kekurangan masing2 yang dianugerahkan oleh Allah:)
Deleteade satu mende PC nak bgth Okje...PC takut dan geli LIPAS tau! nmpk je lipas terus cabut lari...grrrr....GELI! Benda lain rs ok lagi;p(gelakkan PC la tu Okje...hehehe)
best sangat cerita kak ni..... sy smapi baca xsedar dh hbis dah...betapa syoknya sy baca...
ReplyDelete