Saturday, September 14, 2013

The MosT PreCious Gift...alhamdulillah...Aliya bakal dapat adik!



Assalamualaikum semua!

Kucing samo minta maaf byk2 kat teman2 blogger semua sbb udah lama kucing samo tidak bersiaran. Bukan sudah lupe tetapi banyak perkara perlu dilakukan sejak dua menjak ni... Bermula dengan convention di Ipoh perak akhir bulan Ogos baru ni. Pastu keberangkatan En Hubby ke tanah suci pada 6 Mei baru2 ini...Alhamdulillah. Dalam masa yang sama pertukaran Dr Pinkycat ke klinik kesihatan berdekatan telah diluluskan. Sebelum berpindah ke tempat kerja baru banyak perkara2 atau tugas yang perlu diselesaikan di HHT.

DAN...yang peristiwa yang paling menggembirakan hati ini ialah.....

UPT POSITIVE!



Urine test ni dibuat pada hari Rabu last week 12.9.13 sama hari dengan hari pertama bertugas di Klinik Kesihatan Bkt Payong. Alhamdulillah....
Scan mase kat klinik tu blm nmpk lagi....


Hari ni pergi scan kat Klinik Keluarga (GP) sebab terlau anxious dan tak sabar nak tgk baby!
Alhamdulillah dah nmpk IUGS (kantung bab)! lebih kurang dlm 5 weeks.... Syukur sgt2! Aliya pun happy sgt tgk gamba adik baby! Aliya dpt adik baby!:)
 Alhamdulillah....anugerah dari Allah yang tak terhingga buat kami suami isteri:)



Kawan2 doakan pregnancy saya kali ni selamat ye:)

Sunday, August 18, 2013

~MeNu Di HaRi RaYa~


Bersiaran kembali setelah beberapa hari tidak berblogging... Line streamyx buat hal lagi! Nak online pun payah...Tension betul! Tiap2 hari EN hubby buat aduan kat TMnet  tapi sampai sekarang belom OK lagi line internet ni...huhu

Hari ni dah 10 Syawal... Sekejap je masa berlalu kan.... tup tup nanti Syawal pun dah nak habis kan.

Selamat berpuasa sunat Syawal pulak ye!

Kepada yang kena ganti tu cepat2 ganti pose yer....hikhik;p
Ingatan untuk diri sendiri jugak nih, selalu je plan nak ganti pose awal2 tapi last2 dah masuk tahun lain baru nak ganti...aiyaaa;p

Mode raya belum habis lagi kan....
Jom layan menu 1st raya kat rumoh kucing samo;p


Sate ayam + sate ikang feveret aliya;)

 Kek Lapis Sarawak + Kek Lapis Terengganu;)

 Tapai Pulut Mak Saye!

 Pulut Kuning!

Nih biskut Raye yang saye rase paling cute!
Yang pasti bukan kucing samo yang buat..ahaks;p

OK lah...  sekian saje menu untuk hari raya pertama! Nanti bile line internet dah OK kucing samo blogwalking ke teratak kawan2 semua ye... NAk jalan2 pun tak best klu line ternet slow macam ciput ni:(


Friday, August 9, 2013

~salam aidilfitri 1434H~


Di kesempatan ini kucing samo nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung teratak kaler pink ni terutama top 10 blogger kaler pink. Tqvm sebab sudi menjadi tmn dan pengunjung setia teratak kaler pink ni:) luv u olls!
 Pinkycat juga ingin memohon maaf sekiranya ada tersilap perkataan ketika berblogging atau komen...maklumlah bile dah menaip ni tak perasan akan kate2 yg boleh menyinggung perasaan...hehe...mane tahu kot2 ade gurauan pinkycat yg buat teman2 semua terasa;)

semoga semuanya beegembira dihari lebaran yang mulia ini:)




Tuesday, August 6, 2013

~Setelah sekian lama......~


Tajuk n3 hari ni kedengaran agak syahdu sedikit...
Setelah sekian lama....

Setelah sekian lama tidak menerima kad raya, tetiba semalam dapat kad raya pemberian dari orang yang tidak disangka-sangka. Nak tahu kenapa Pinkycat kate camtu....
Kenapa tak disangka pulak ye....dah memang orang nak bagi kan...

Meh nok cerita skit ni.....

Semalam tetiba  ada  rakan sekerja saya hulurkan kad raya ni hah!



Eh, pelik pulak...sape pulak yang baik hati nak bagi kad raya kad kucing samo ni ye.... Zaman sekarang ni semua pakai send SMS atau E-kad je...

Tak kan patient kot nak bagi....hahaha;p

Terus bukak sampul tu tengok rupenye NEW BOS yang bagi....


Tidak disangka sungguh! Nak tahu kenapa....SEBABNYA bos saye ni Indian...tu cuba tengok name die kat bawah tu....ade nama anak dan wife die skali.... TAk sangka pulak bos bagi kad selamat hari raya!. Sangat terharu rase hati ini....hehe...
Gembira pun ada sebab setelah sekian lama tak dapat kad ucapan hari raya macam ni....
sekarang kan  semua dah send guna SMS/WATSAPP/Emel je...


Bila dapat kad raya ni kan, teringat kenangan dulu2. Saya ada seorang sahabat baik sejak sekolah menengah.... Tiap2 tahun mesti posmen akan hantar kad raya kat rumah kiriman daripada sahabat baik saya ni. Tapi..... sejak 3 tahun yang lepas tiada lagi kad raya tiba di rumah.... Sahabat saya telah kembali bertemu yang Maha Esa 3 tahun yang lepas dalam satu kemalangan jalan raya.... Sedih sangat bile teringat kenangan bersama arwah.... Sejak pemergian beliau tiada lagi kad ucapan hari raya tiba di rumah....
Rindu bila teringat kat arwah wani...seorang sahabat yang baik dan penyayang... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....ameen...

Saturday, August 3, 2013

~CuTi RaYa 2013~


Alhamdulillah, tahun ni kucing samo dapat beraya bersama-sama dengan En Hubby pada hari raya pertama!
Setelah 4 tahun berkhidmat di hospital kerajaan, dapat jugak kami suami isteri bercuti sama2 pada hari raya pertama.
Bukan senang tau kami dapat cuti raya skali ni...lebih2 lagi pada hari raya pertama... Sehari je lah cuti sama2 sebab hari raya ke - 2 En. Hubby kena kerja. Apapun bersyukur sangat2:)
Ingat lagi masa tahun lepas saya kena on call pada hari raya pertama, En. Hubby pulak kerja shift pagi mase tu...pagi2 lagi En hubby dah keluar pergi kerja. Orang lain bergembira bersama keluarga tapi kami bergembira bersama pesakit2 dan staff hospital...Happy jugak....tapi lagi happy kalau bersama keluarga kan...hehe;) Demi tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan. NAsib baik keluarga memahami tugas dan kesibukan kami ni...




Kepada adik2 doktor yang lain janganlah kecewa sekiranya anda kena bekerja pada hari raya sebab giliran anda akan tiba satu hari nanti. Berkhidmatlah dengan hati yang ikhlas. Ganjaran dari Allah itu pasti, insyaAllah.

Kalau tahun ni tak dapat cuti raya, tunggulah tahun seterusnya ye! hehehe...

Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk berjaya... Be CooL!

Mode: excited dapat cuti raya dengan husband tahun ni;p
Semangat nak buat persiapan raya tahun ni sebab dapat cuti... Baju raya pun 3 pasang (sbb cuti 3 hari), tahun lepas rasanya sepasang je kot...huahuahua;p


~FeMes PosT di BuLan Pose~


Nak tahu post ape yang paling femes atau paling banyak orang bace kat blog kaler PINK ni sekarang?

Sejak bulan puasa ni kan, n3 kek gula hangus Pinkycat sentiasa menduduki carta ter ATAS! tak pernah jatuh lagi dari juara carta sejak bulan pose ni...ahaks;p

Tambahan pula dekat2 nak musim raya ni kan.... Semua tengah sibuk nak buat kuih muih untuk raya...so, ramailah yang google2 resipi...


Semoga pengunjung2 blog berjaya mencuba resipi yang kucing samo share tu ye:)

Ada yang yang tanya saiz telur yang digunakan tu saiz ape... Kucing samo selalu guna telur saiz A atau B. Kalau guna saiz kecil kena tambah lagi satu bijik ye:)

Ni LINK resipi kek gula hangus tu: http://pinkycat-mylife.blogspot.com/2013/01/kek-gula-hangus.html

SELAMAT MENCUBA YE!

*kucing samo pun nak buat kek ni je malam raye nanti... semoga diberi kelapangan masa untuk memasak... biskut raya memang beli lah semua tahun ni, tak sempat nak buat eden;)

Friday, August 2, 2013

~HaDiaH PerTaMa DaRi MyBank~


Sekarang ni ramai yang cerita pasal 'sekut' @ biskut @ kueh raye kan... Tapi kucing samo ni tak leh cerita pasal sekut raye lah sebab memang tak buat sekut raye...ambil sekut raye di kedai sahaja...baru ni dah angkut skit sekut raye dari kedai tapi dah habis di ngap oleh kucing samo...hahaha....kena beli yang lain la jawabya untuk buat raya;p

Kali ni bukan nak cerita pasal sekut raye tapi nak cerita pasal alat yang memudahkan kucing samo untuk memasak di dapur ketika musim raya nanti;p

Al kisahnye, point mybank kad dah sampai limit untuk membolehkan penukaran dengan barang2 letrik. Maka En Hubby pun memilih untuk menukar point kad tu dengan mende alah ni...kononnya nak memudahkan kerja bini dia ni di dapur.






Ni hah! Microwave panasonic...blh jugak berfungsi sbg oven... Kirenye bolehlah ganti tugas Si oven lama yang dah bertahun2 berkhidmat kat dapur sekarang ni. (gambar Si Oven lama lupa nak ambil buat kenangan, esok kena snap satu nih sebelum simpan dalam stor;p)

Kirenye dapat free lah microwave ni sebab kami tak keluarkan satu sen pun.... Cuma redeem point kad mybank tu sahaja. Alhamdulillah....rezeki. Nampaknya kena rajin lah masuk dapur lepas ni...hahaha;p

Hadiah pertama sebagai pengguna tetap kad mybank....lepas ni nak aim point banyak2 untuk tukar dengan sebijik kereta! agak2 maybank kasi tak...kuang3;p





Saturday, July 20, 2013

~Happy 5th Anniversary~



190713 - Genap 5 tahun ikatan cinta suci bersemi antara kami berdua. Alhamdulillah...
Tempoh masa yang penuh dengan suka dan duka ditempuhi bersama dalam mengharungi hidup berumah tangga. Syukur ke hadrat Allah, ikatan ini masih teguh dan kemas terikat. Semoga Allah sentiasa melindugi ikatan ini dan cinta kami sentiasa dalam redha Ilahi.
Hanya satu ucapan yang dapat diungkapkan hari ini iaitu...ALHAMDULILLAH!

19.07.08
The day when 2 hearts become 1:)

2009: Moscow
1st anniversary:)

2010: Langkawi
2nd anniversary

2011: Tambun Lost World
3rd anniversary

2012:South Korea - rainy sonata;p
 4th anniversary

AND...



2013


OUR 5TH ANNIVERSARY!
Kami celebrate kat rumah sahaje tahun ni sempena bulan Ramdahan yang mulia...1st time tarikh 19 July jatuh pada bulan Ramadhan. So, masakla makanan feveret En. Hubby ni. Semuanye kering2 je lauknye kan...means takde kuah...cuma cicah air asam tu je...feveret MOHD AIZUDDIN YUSOF;)


~ALHAMDULILLAH~


YA Allah, lindungilah rumahtangga kami, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangmu, kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.ameen:)

Wednesday, July 17, 2013

~WW:WoRdLeSS WeDNesDaY 11111~


Testing skali...
1st time kucing samo buat n3 WW





~11111~

TQVM kepada semua pengunjung BLOG KALER PINK ni terutama teman2 blogger yang setia bersama PiNkYCaT! Luv U olls;)

*Kalau n3 WW tak leh tulis word kan sebab wordless....sori ye....hehe;p


Saturday, July 13, 2013

~Alhamdulillah....I am 28 yrs OLd~


Hari ni 13.7.2013!
Maka genaplah umur tuan empunya blog 28 tahun....
Dengan selambanya mengaku umur sendiri kan...haha...
Nanti kalau dah masuk 3 series mahu tak nak mengakunye kan;p

Alhamdullillah masih diberi peluang oleh Allah s.wt untuk meneruskan tanggungjawab sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Selama 28 tahun banyak perkara, kisah, pengalaman dan cabaran yang telah dilalui. Alhamdulillah saya masih dapat berdiri di sini dan meneruskan perjuangan hidup bersama insan2 tersayang disisi.

Terima kasih yang tak terhingga buat insan yang melahirkan saya ke dunia ini. Jasa Mak memang tak terbalas dengan wang ringgit. Akan cuba sebaik mungkin untuk bahagiakan insan ini.



Terima kasih buat Jejaka yang sentiasa menjadi teman setia mengharungi suka-duka hidup sejak mendirikan rumahtangga 5 tahun yang lalu. Masih berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk En. Hubby tersayang;)




Alhamdulillah, dikurniakan puteri yang comel sebagai penyeri hidup ini 3 tahun yang lalu.  Ummi akan cuba berikan yang terbaik untukmu sayangku Aliya Insyirah....



Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan dalam hidup ini. Alhamdulillah....


Tidak lupa kepada satu2nya adik saye iaitu Dr Nurul Syuhada. (takde pic plak nak letak;p)

Buat saudara-mara, teman2 / sahabat dan teman2 blogger yang sentiasa bersama diri ini, terima kasih kerana selalu memberi sokongan,nasihat,pandangan dan mendoakan diri ini:)


InsyaAllah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dan memajukan diri sendiri:)

~28th Birthday wishlist~
~Menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat~
~Menjadi anak & isteri solehah dan ibu mithali~
~Menjadi doktor muslim yang cemerlang~
~Memiliki klinik sendiri dalam masa setahun akan datang~
~Memajukan perniagaan Insyirah E-butik yang dimiliki sekarang~
~Menyiapkan projek MEGA Insyirah dalam masa yang ditetapkan~
~Merealisasikan semua impian sebelum mencapai umur 3 series...hehehe;p

Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan....insyaAllah
Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan,ameen...




~1st TeRaWiH Ber3 1434H~


Alhamdulillah, malam ni kami bertiga (ummi & abi & Aliya) dapat pergi ke masjid bersama2 untuk solat tarawih... Bukan selalu dapat peluang macam ni....hehe

Mase malam pertama Ramadhan baru ni ummi on call, pastu malam ke dua pulak abi kerja, malam ke 3 pulak ummi on call lagi....malam ni malam ke 4 Ramadhan, dapat jugak kami ber3 pergi ke masjid sama2 untuk tahun ni....

Kalau tahun lepas ummi bergilir2 jugak dengan mak jaga ALiya kat rumah sebab mase tu Aliya umur 2 tahun...masih belum memahami lagi situasi sekeliling...nak bwk sekali ke masjid kot nangis pulak. Tapi tahun ni Aliya dah 3 tahun dan boleh ikut solat same2...besor doh anak ummi ni kan;)



Excited pulak si Aliya nak ke masjid malam ni...Nasib baik dapat solat sampai habis tanpa buat 'perangai'...ihiks....bagus betul anak ummi...lepas ni boleh la ummi ajak ke masjid lagi ye sayang!:)

Friday, July 12, 2013

~Perkara yang tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan~



hari ni Dr. PiNkYCaT nak kongsi sedikit info tentang perkara2 atau ubat2 yang tidak membatalkan puasa kite ye. Info ni di ambil dari Dr Ahmad Zakimi dari PPUKM.




Semoga dapat membantu ye...:)

~SeLaMaT BerPuaSa Teman2 Semua!~


Assalamualaikum semua!

Mungkin agak terlewat kucing samo nak wish kan...tapi tak pelah ye...hari ni baru berkesempatan nak berblogging;p

PC nak ucapkan selamat menyambut ramadhan buat semua teman2 blogger yang disayangi! Terima kasih kerana sudi menjadi pengunjung setia di blog kaler PINK ni.

PiNKyCaT mohon kemaafan atas segala salah silap dan tersasul tutur kata ketika berblogging atau comment di blog teman2 semua..kadang2 kite bergurau je kan...hehehe...

Tak lupa buat teman2 pengomen tegar kat blog kaler PINK ni iaitu HainomOkje, MFM, Nurbijen, Atieyusof, ummuaidan, noesuhaimi, ibuLala, Kakzue, kakzakie & Deno. Korang memang best walaupun hanya kenal di alam maya. Miss U all! (ala2 jiwang plak...ihiks...ni sebab lame tak berblogging lah ni...mula lah rindu kat teman2 blog...hehehe;p)





Marilah sama2 kita memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan amalan kita....insyaAllah:)



Saturday, June 29, 2013

~Dialog Santai Hari Minggu....~



Assalamualaikum semua!
Lame betul PiNkYCaT tak bersiaran di blog kaler PINK ni kan...alasan yang boleh diberikan ialah 'BZ'... Haish... Selalu je bagi alasan macam ni... Kesian dah bersawang dah blog ni...

Apepun, terima kasih kepada teman2 blogger yang sudi berkunjung ke teratak kaler PINK ni walaupun ketiadaan tuannya di rumah dan sudi bertanya khabar samda di blog atau FB:) Blog kaler PINK ni akan terus 'bersinar' kePINKannye selagi ade sokongan laling2 semua! LOVE u all!!!muaaah;p


Ni nak kongsi dialog di hari minguu ni...(erm,lame tak menulis macam kekeringan idea plok doh;p)

Hari ni kejutkan Aliya bangun:

Ummi: Aliya, cepatlah bangun....(sambil kejutkan Aliya yang masih terbaring kat atas katil sebelah En. Hubby....En hubby tak usah nak kejutlah sebab die baru balik dari spital pagi ni...post double shift....memang tidor membatu lah sampai Zohor nanti tu;p)

Aliya:  Aya nak tidor....jangan kacau...aya penat...

Ummi: (Dalam hati...) Haishhh....penat ape pulak dah si budak ni....malam tadi dah tidur nyenyak...
Monolog dalam hati...macam pernah ku dengar je ayat yang Aliya sebut tadi tu...."nak tidur...penat"
Huh...ni ayat yang selalu aku cakap bila Aliya kacau diri ini tidur lepas penat balik dari kerja...
Hah! kang dah terkena batang hidung sendiri!!!


***Moral of the story: Jangan banyak merungut ayat2 negative depan anak2...haha;p
Sama2lah memperbaiki diri:)

Wednesday, June 12, 2013

~SeJuK PeRuT Ummi.....~


NAk abadikan gambar yang membuatkan perutku terasa sejuk bile melihatnya di blog kaler PINK ni....

GAmbar2 ni di 'snap' oleh maksu Aliya semasa rombongan menghantar pengantin sepupu di Besut pada 1 Jun baru ni. Ummi tak pergi sebab tak sihat time tu...

Maksu Aliya 'snap' gambar ni mase diorang singgah solat kat masjid Al-Falah, Besut....









Alhamdulillah....

Sejuk ummi tengok gambar2 ni....

Patutlah sampai je kat umah Aliya terus mintak telekung... Kebetulan ade telekung kecik kat masjid, maksu Aliya pun pakaikan lah utk Aliya time nak solat tu. Sebelum ni Aliya solat kat rumah tak pakai telekung pun. Pakai baju biasa je tanpa telekung ikut ummi & abi solat:)

Syukur ke hadrat Allah usaha kami untuk ajar Aliya cara2 solat berhasil.

Pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar anak2 adalah  menggunakan teknik Pendidikan Melalui Tauladan seperti mana yang di ajarkan oleh Rasulullah untuk mengajar ummat terdahulu untuk bersolat.
Pada waktu tersebut ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana cara untuk menunaikan solat. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda " Solat lah kamu sperti mana kamu melihat aku bersolat"

Kami mula2 mendedahkan Aliya tentang solat sejak Aliya berumur 2 tahun sedikit demi sedikit... Hanya dengan mengajak Aliya untuk solat bersama sekiranya kami berada di rumah. Kami juga membeli VCD tentang cara2 bersolat untuk tontonan Aliya. Alhamdulillah, Aliya nampak berminat. Walupun kadang2 anak2 enggan untuk solat bersama ketika di ajak, maka tidak perlu PUSH anak2 tersebut. Hanya solat sahaja didepan mereka agar mereka dapat melihat apa yang kita lakukan semasa solat. Lama kelamaan mereka akan teringin untuk melakukan perkara yang sama bersama ibu bapa.

Sekarang Aliya dah berumur 3 tahun, alhamdulillah Aliya dapat ingat 'step2' dalam solat. Walaupun bacaan2 dalam solat Aliya belum dapat menguasai sepenuhnya lagi tetapi kami akan cuba luangkan masa yang amat terhad ini untuk didik Aliya sebaik mungkin.

Sekian sedikit perkongsian dari kami kali ini. Semoga Allah memberi kelapangan masa kepada kita semua untuk mendidik anak2 kita untuk menjadi anak yang cemerlang& terbilang di dunia dan akhirat, insyaAllah.

 Telekung yang dibelikan minggu lepas sebagai hadiah untuk Aliya sebab dah ingat step2 dalam solat:)

semoga anak Ummi & abi menjadi anak solehah & cemerlang di dunia dan akhirat, love U Sayang!:)

Wednesday, June 5, 2013

~HTC suddenly asystole but....~



On 4.6.2013; my HTC @ my beloved handphone which already gave 3 years services to me was suddenly asystole at 5.00 pm:(

Huhuhu...macam catatan diary pulak rase bile taip n3 camni, tapi tu lah... tak tahu nak cakap camne...
Sedih sangat bile handphone kesayangan rosak.

Tetiba je 'dia' collapse..tak leh nak ON. Bile ON hanya keluar gambar si 'android' dengan background hitam tu je....macam dalam gambar ni hah!



CPR @ resuscitation @ bantuan pertolongan cemas telah di lakukan selama lebih 2 jam oleh En. Hubby untuk selamatkan HTC ni. Alhamdulillah, reverted. Tapi masih sinus bradycardia....

And now....masih dalam ICU untuk proses recovery.
Hopefully MY HTC will be recovered soon...

P/S: sekarang ni saya dah lost semua contact number, data2 dan mesej2 penting dalam HTC ni. Diharap kawan2, teman2 & saudara- mara sudi PM saya  phone number kalian semua ke Facebook @ e-mel saya @ SMS ke phone number saya. Kerjasama kalian semua didahului dengan ribuan terima kasih:)



Saturday, June 1, 2013

~Jagong Bakor~


Di kala kebosanan dan keseorangan di rumah perut mula menyanyikan lagunya...
nak masak memang malas lah bile duk sorang kat umah ni...nak kuar beli makanan lagi lah malasnye...

Baru teringat ade jagung dalam bonet kereta yang beli dengan staff Radicare semalam... Lupa nak bawa masuk dalam rumah... Kesian jagung2 tu ter'peram' dalam bonet keta tu...


20 ringgit je semua ni. Murah kan.. Lain kali nak order lagi lah dengan akak ni.



Orang kate jagung bakor sedap....try lah buat guna pemanggang ajaib!



Ni jagung yang dah siap di masak!
Sekejap je masak guna pemanggang ajaib ni. Dalam 20 min je rasenye...



Sebelum makan tu sapu dengan mende ni sementara jagung tu masih panas2...


SEDAP!


Mase taip n3 ni baru hbs melantak jagong bakar ni sorang2...
Kenyang! Alhamdulillah....

~KeBoSaNan....~


Hari ni mak dan Aliya pergi Besut hantar pasangan pengantin (sepupu yang kawen baru ni) utk majlis sambut menantu plak.  Abi pulak kerja dari pagi sampai 12 malam ni. Tinggallah ummi sorang2 kat rumah ni...nak join sekaki tak larat lagi badan ni. Demam pulak dah...

Bosan tahap cipan la pulak duk sorang2 kat rumah ni....

Pergi dapur selongkar ape yang ade...tengok tapai pulut yang mak buat 2 hari lepas tinggal sikit je lagi.  
Mak buat tapai ni sebab adik yang duk belajar kat Serdang ade balik untuk majlis kenduri kawen tu. Semalam baru masak tapai ni..kiranya 2 malam jugak lah duk peram dalam besen tu;p



Ni Tapai yang tinggal....Dek kerana terliur sangat makan lah jugak...nnt kan habis pulak. Sanggup tak telan ubat hari ni sebab nak makan tapai ni. Mak kata " kalu makan ubat tak leh makan tapai nanti mabuk:"
Betul ke? Ade sape2 pernah try tak makan ubat pastu makan tapai...ape rase..ade mabuk tak? Kucing samo memang tak berani lah nak try2 mende gini...ikut je cakap mak...walaupun takde evidence saintifik yang menyokong dakwaan tersebut....

Cuma kandungan ethanol dalam tapai tu mungkin akan memberi kesan tindakbalas dengan ubat...kalau sampai tahap 'mabuk' tu tak pasti lah pulak....





Apepun hari ni kucing samo nak makan tapai ni puas2...kang habis orang lain makan kempunan pulak...hihi. Malam karang baru sambung makan ubat;p

Jemput makan ye;)

Thursday, May 30, 2013

~WEDDING: AisYaH & ZulKifLi~


Kucing samo baru balik dari BerBW. Mentang2 lah MC...TAk sihat lagi ni tapi bosan duk umah. NAk keluar tak boleh, memang berBW sakan lah harini...;p Layan je internet ni...nasib baik streamyx tak buat hal...

Rata2 blog yang kucing samo jejak tadi cerita pasal kenduri kawen.... Meriah sungguh dengan musim kenduri sekarang ye.

Hari ni nak share gambar di sekitar wedding cousin pada 24&25 may baru ni..dekat sebelah rumah je...hehe. Dulu mase kecik2 kitorang adalah  rakan sepermainan sebab umur pun beza 2 tahun je.


Jom layan gambar hasil shooting dari photographer tak bertauliah "PiNkYCaT". (dulu berangan nak jadi photographer tapi tak kesampaian...amik gamba syok sendiri je lah;p)


ni pengantin kecik...kebetulan pulak si Aliya ni nak pakai baju kaler oren hari tu...same dengan Zahin sepupu die ni...memang tak plan. macam tahu2 je si ALiya ni...macam dah berpakat je budak 2 orang ni;p

sebelum akad nikah...

Tahniah Aisyah dan Zul! jeling ku menjeling...hehehe;) dah jadi suami isteri dah...alhamdulillah...

Berjalan seiringan.....SeMoGa BerBaHaGia SeLaLu!

eh eh eh...kenapa pengatin lame plak yang duk atas pelamin ni...jangan marah ye;p
Pengantin lame nak rase naik pelamin jugak...hihi;p

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...