~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~HiDuP iNi InDaH JiKa SeMuaNYa KeRaNa Allah~~~
Saturday, June 1, 2013
~KeBoSaNan....~
Hari ni mak dan Aliya pergi Besut hantar pasangan pengantin (sepupu yang kawen baru ni) utk majlis sambut menantu plak. Abi pulak kerja dari pagi sampai 12 malam ni. Tinggallah ummi sorang2 kat rumah ni...nak join sekaki tak larat lagi badan ni. Demam pulak dah...
Bosan tahap cipan la pulak duk sorang2 kat rumah ni....
Pergi dapur selongkar ape yang ade...tengok tapai pulut yang mak buat 2 hari lepas tinggal sikit je lagi.
Mak buat tapai ni sebab adik yang duk belajar kat Serdang ade balik untuk majlis kenduri kawen tu. Semalam baru masak tapai ni..kiranya 2 malam jugak lah duk peram dalam besen tu;p
Ni Tapai yang tinggal....Dek kerana terliur sangat makan lah jugak...nnt kan habis pulak. Sanggup tak telan ubat hari ni sebab nak makan tapai ni. Mak kata " kalu makan ubat tak leh makan tapai nanti mabuk:"
Betul ke? Ade sape2 pernah try tak makan ubat pastu makan tapai...ape rase..ade mabuk tak? Kucing samo memang tak berani lah nak try2 mende gini...ikut je cakap mak...walaupun takde evidence saintifik yang menyokong dakwaan tersebut....
Cuma kandungan ethanol dalam tapai tu mungkin akan memberi kesan tindakbalas dengan ubat...kalau sampai tahap 'mabuk' tu tak pasti lah pulak....
Apepun hari ni kucing samo nak makan tapai ni puas2...kang habis orang lain makan kempunan pulak...hihi. Malam karang baru sambung makan ubat;p
Jemput makan ye;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kesian kucing samo demam lagi..kena tinggal lak tuh..takper dok umah sorang2 habeskan tapai2 tuh dgn penuh perasaan..heheh..
ReplyDeletemabuk? tak pernah cuba sbb takut mabuk jgk...:)
get well soon doc..!
kesian PC kena tinggal ke? hehe.. tak rindu Aliya ke??..
ReplyDeleteamboii makan tapai sorang2.. sy pun suka makan tapai ni, tak boleh makan byk..takut juga..ttg mabuk tu pernah jg dngr, tapi tak pasti kesahihan nya...:)
pernah tgk makcik yg tersilap makan tapai dgn ubat.. kesian sgt, mmg mabuk yg terlampau... tapi lain org lain tindak balasnya... boleh juga kalau nak cuba, mana tahu badan kucing samo ok jer :)
ReplyDeletesedapnya tapai tu...
ummuaidan: TQ ummu! kenyang dah makan tapai ni sorang2...hihi;p
ReplyDeleteatie: rindu gak atie...rugi plak rase tak ikut diorng..tp pikir tak tak larat rase nak rehat je kat umah...
nurbijen: kucing samo tak berani nak test2 bab tapai + ubat ni nur..takot jugak..haha. Ikut je nasihat mak...mgkn betul pernah berlaku mcm tu depend kpd individu tu. lain org lain tindakbalas badanye:)
Memang tradisional sungguh ni...
ReplyDeletePakai daun getah tu ke PC... sedapnya...dulu masa gi Ganu kerja kawen office mate hubby ada benda ni! sedakkk sungguh ..... mai hantaq sini sebesen hehe!