Wednesday, January 30, 2013

~ReaDinG Egg~

Hari ni saya nak berkongsi satu learning tools untuk anak2 kite... Saya jumpa maklumat pasal program ni kat blog salah seorang teman blogger saya. Terima kasih kepada nurbijen kerana sudi berkongsi dengan kami semua. Sharing is Caring!

Program ni adalah dari Reading Egg (RE). Nak tahu lebih lanjut boleh klik disini. Dan juga boleh 'expolore' kat website RE sendiri. just type http://readingeggs.com.au/ kat URL tu. Ade free trial untuk kite cuba dulu selama 2 minggu. Saya dah register salah satu aplikasi free trial malam ni....hehe. Sebenarnye ade banyak application kat RE mengikut umur anak2. Boleh try belek2 kat link di atas ye.

Mase saya register free trial tu, Aliya tengah tengok cartoon mickey mouse kat ladtop ummi. Saya pulak duk godek2 application RE ni  kat komputer abi. Cuba belajar dulu skit2 ape yang ade kat program ni. Belum habis lagi searching ni. hihi.... Lepas rasa dah tahu skit2 pasal RE ni dan rasa program ni sangat bagus untuk Aliya, terus panggil Aliya kat dalam bilik tu. Saya bagitahu dia 'ummi ade benda baru nak tunjuk kat Aliya ni, jom kita main sayang'

Aliya terus datang kat komputer ni. Mula2 tu try tunjuk skit2 kat dia kat mana patut dia klik untuk main program ni. Lepas tu suruh dia klik sendiri pulak. Makin laju pulak dia klik2...aih, anak ummi.... Nampak seronok betul dia main, sampai gelak2. Program ni bukan setakat permainan, tapi ianya dapat membantu meningkatkan reading skills anak2. Apa yang saya dapat perhatikan malam ni, program ni dia ulang sesuatu aktiviti tu banyak kali. Bila sesuatu perkataan tu diulang banyak kali, maka senanglah anak2 nak ingat,insyaAllah.

Nampaknya makin ralit Aliya main application RE ni. Progam ni tak membosankan sebab di selitkan dengan music yang best. Sekarang ni dah dekat sejam Aliya kat depan komputer tu main RE ni sorang2. Ummi pulak layan blogging ni kat depan ladtop. Kami bertukar tempat pulak, tadi Aliya depan ladtop, ummi depan komputer. Sekarang ni Aliya pulak yang amik alih komputer tu. kihkihkih;p 
Kadang2 ade jugak dia panggil ummi tolong ajar dia bile ade yang dia tak reti. Seronok tengok Aliya layan RE ni. Good job Aliya! ni kata2 perangsang kat Aliya bila Aliya dapat selesaikan aktiviti tu...hihi:)



free trial version ni hanya untuk 2 minggu sahaja. Lepas tu kena subscribe la kalau masih nak teruskan. Harga untuk subscribe pun rasanya berbaloi. Kat bawah ni list harga untuk subscribe



Harap2 Aliya sukala dengan learning tools yang baru ni dan dapat membantu Aliya meningkatkan kemahiran membaca dia. Kalau Aliya betul2 minat kena mintak En. Hubby subscribe kan la...hihihi:-)

Terima kasih sekali lagi kepada nurbijen for sharing this good stuff for our kids!



Tuesday, January 29, 2013

~MuSanG KinG~

Hari ni saya pergi ke tapak semaian Jabatan Pertanian Ajil.




Aik, macam pelik kan bile doktor pergi bertugas kat tapak pertanian pulak. hehe.
Mahu merawat pokok2 yang sakit kah? hikhik;p
Tentulah tidak sama sekali....
 Di luar bidang kuasa doktor bab2 pertanian ni. Tambahan pulak saya ni memang tak reti sangat bab2 cucuk tanam ni.  hehehe....

Sebenarnya jabatan saya kat hospital ni akan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar bangunan wad dan membina taman terapeutik bagi pesakit2 kami. Bagi membina taman terapeutik ni mestilah kena ada pokok yang terapeutik....hihi.

Dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, kami dapat mengambil serba sedikit pokok yang dirasakan sesuai untuk di letakkan di taman tersebut. Terima kasih kepada pengarah pertanian terengganu yang meluluskan permohon kami.
Apalagi, bila permohonan kami di luluskan, terus kami pergi ke tapak semaian pertanian yang terletak lebih kurang 7 km dari hospital kami iaitu tapak semaian pertanian Ajil ni. Kami pergi dengan 2 buah kereta dan sebuah van untuk angkut pokok2 tersebut. Saya naik kereta sekali dengan bos @ ketua jabatan saya la...hihi:) Malas nak drive kereta sendiri alang2 post call ni. Alasan...;p

Tugas seorang doktor bukan merawat pesakit dengan ubat je tau. Kadang2 kena merawat pesakit melalui kaedah psikologi. Ye lah, matlamat pembinaan taman terapeutik ni adalah bagi membantu pesakit2 di wad agar mereka tidak merasa bosan tinggal di hospital. Mestilah rasa bosan asyik duduk dalam wad je kan. Lagi stress rasanya bile terkurung je dalam wad tu. hehe... Kadang2 diorang nak jugak bersiar2 kat taman. Ada la jugak aktiviti yang boleh menenangkan hati dan perasaan mereka. Sambil tu diorang boleh bersama keluarga mereka yang datang melawat kat taman tu. Ni bagi pesakit yang agak stabil la dan masih memerlukan rawatan di hospital. Kalau tak stabil macam mana nak turun ke taman kan. hihi. Rasa lebih tenang bile tengok taman yang indah, secara tidak langsung dapat memberi aura yang positif ke dalam diri mereka, InsyaAllah.

Banyak jugak jenis pokok yang kami pilih. Antaranya ialah pokok puding (macam2 jenis,lupa dah nama pokok tu), pokok hiasan yang tinggi tu (lupe dah name ape, sememangnye tak tahu pun nama pokok tu,hihi), pokok bunga, pokok limau nipis, limau kasturi, ciku, dan mas cotek pun ade...hikhik. Saya pun seronok la angkut pokok2 tu semua ke dalam van, tak sedar dah kasut pun dah kotor. haha... tapi tak pe, keseronokan tu penting!sampai penuhsatu van tu dengan pokok2 yang kami pilih. Bagus betul kerjasama pegawai pertanian tadi.Semua ni percuma tau, alhamdulillah. Terima kasih atas sumbangan yang di berikan.

ni Staff nurse saye, beliau merangkap orang kuat untuk program ni...kagum dengan semangat die walaupun tengah sarat pregnant.hehe:)
 Alang2 dah pergi kat tapak pertanian ni saya pun teringin juga nak beli pokok2 ni. Geram rasenye bile tengok pokok2 yang banyak2 ni. Kalaulah dah ada rumah sendiri mesti seronok beli pokok2 yang cantik ni pastu buat taman sendiri. hihi...berangan la tu. Sebenarnya dari angan2 la semuanya bermula kan...betul tak:)

Saya tak beli pun pokok2 hiasan ni. Tunggu rumah sendiri siap dulu baru boleh beli. hehe. Masa tengah jalan2 kat tapak tu tiba2 saya terpandang satu label kat satu pokok tu....'DURIAN KUNYIT'
Saya pun tanya la pegawai tu, durian kunyit tu ape? first time dengar nama tu. Dia pun jawab 'ni la durian Musang King!' owwhhh...memang feveret saye la ni. kihkihkih. Tambah pegawai tu lagi, durian ni adalah durian klon D197. Asalnya dari Gua Musang. Nak tahu lebih lanjut pasal Durian King ni sila klik disini.




Ni lah anak pokok durian musang king yang saya beli. Nak tanam kat belakang rumah mak saya ni. hehe....
Saya cuma beli satu anak pokok ni je tau. Asalnya pegawai tu tak bagi beli sebab anak pokok yand ade tu terhad dan diorang kena hantar untuk projek kat Kenyir. Pujuk punya pujuk akhirnya dapatlah beli anak pohon ni dengan harga RM 3. Murahkan...:) Staff lelaki pun menambah, kalau mari dengan orang perempuan memang selalu tawar menawar. Ape2 je lah, asalkan dapat pokok durian tu. Harap2 pokok ni dapat tumbuk subur kat belakang rumah ni. Pegawai tu kata ambil masa lebih kurang 7-10 tahun kot nak dapat hasil. Kena jaga elok2 ni. Bukan senang nak dapat ni, kena pujuk memujuk baru dapat tau.hihi:). Boleh buat durian crepe banyak2.hehe...

Sampai berpeluh2 kami pilih dan angkut mana2 pokok yang berkenan ni. Lepas penuh satu van, kami pun bergerak pulang ke hospital. Singgah sebentar makan nasi ayam, tekak pun dah rasa haus. Bos belanje tau. Terima kasih bos!

Oklah, semoga program gotong royong jabatan kami yang akan di adakan pada hari Khamis ni berjalan lancar, insyaAllah. Dengar kata ade VIP nak datang, tak tahu la jadi ke tak. Apepun semoga program ni berjaya demi pesakit2 kami!



Sunday, January 27, 2013

~CuTi2 KeLaNTaN~

Alhamdulillah, selamat dah kami sekeluarga sampai ke rumah setelah bercuti di Negeri Kelantan Darul Naim selama 2 hari. Tema percutian kali ini adalah santai je...hikhik;p

sedikit coretan selama 2 hari yang santai...

kami bertolak pada 25hb dalam kul 10.30 pagi. sampai kat KB dalam pukul 12 lebih. Yang saya perasan apa yang beza sepanjang perjalanan adalah keadaan jalan di kelantan dgn terengganu. banyak perbezaan. Semasa dalam perjalanan adik saya ada menyatakan 'kesian org2 kelantan tiap2 hari lalu jalan macam ni' jalan yg agak sempit dan kadang2 ada byk lubang. Saya menambah, inilah gara2 politik. En. Hubby tambah lagi, tak baik orang2 yang berkenaan buat macam tu. Patut kena sama adil bagi memelihara keselesaaan rakyat. (p/s: saya tidak berpihak kepada mana2 ahli politik ye, ini adalah luahan peribadi semata2 tiada kaitan dgn yg ade atau takde,hikhik)

Srtelah sampai tu kami cari hotel untuk menginap. Nak stay satu malam je. Pilihan kami adalah hotel di sekitar wakaf che yeh sbb kami plan nak shopping malam tu. Wakaf che yeh hanya di buka pada waktu petang dan waktu kemuncak adalah malam sampailah ke pagi esoknye. waktu siang memang lengang lah kat situ. Pusing2 cari hotel, yang pertama dan kedua pergi bilik dah penuh, aish....ramai jugak org datang sini, sampai penuh. mungkin sbb musim cuti kot.
akhirnya jumpalah hotel yang sesuai iaitu Ridel's hotel. Check in dua bilik sbb adik saya ikut skali:)

Selepas angkut barang dari bonet kereta, kami keluar alas peut kat kedai makan berdekatan. 

payah tau nak makan ais krem ni...hampir2 nak terbalik menara tu, mangkuk die kecik,  nasib baik la pelayan kedai tu sempat bagi satu mangkuk lagi sblm die terbalik...mgkin die terdengar saye merepek kot payah nak ngap ais krem ni...kihikih;p

Alang2 dah waktu petang, kami bercadang ke pantai cahaya bulan untuk amik angin pantai. En. Hubby kate dulu name pantai ni pantai cinta berahi. Saye pun tak pasti sangat....



Ape yang lucunya kat sini adalah aliya tiba2 tak nak jalan. pelik jugak, kenapa pulak anak saya ni...
bila suruh jalan, tiba2 die cakap "ummi Aliya takut pasir! 
hah sudah!macam mane ni....tak nak bergerak lansung ni. Jawabnye ummi kenala dukung! adush....
Sebelum ni ummi tak tahula pulak Aliya takut pasir sebab dah lama tak bawa die ke pantai, last skali jalan2 kat pantai mase die umur setahun lebih kot...Kalau tak silap la.  sebelum ni ade jugak die suruh cepat2 basuh bile kaki die kena kotor.... ingatkan tak de la sampai ke pasir pun die takut... risau jugak ni. Kena selalu bw die ke pantai la lps ni...bagi die biasekan diri....huhu


mula2 Aliya nak wau ni. Belila kat dia..tapi dia tak dapat main la plak... dah tak nak bergerak je sbb takut pasir... Lps tu adelah org lain yang amik kesempatan... Nak tahu sape die....
Ha ni die....



Ala2 syok sorang En. Hubby ni main... Mentang2 aliya tak nak main dah....

Habis tu ape yang terjadi kat Aliya...

Tercegat lagi ke die tak nak gerak2....



Duduklah Aliya kat atas ribe mak su ni. Kesian anak ummi ni...ish2...



ngap ais krem lagi...dah penat la tu....nak suruh dukung je sepanjang jalan2 kat pantai ni. patutnye ummi yang kena makan ais krem ni sbb penat dukung aliya....hahaha;p

Lepas makan ais krem ni, saya pun ajak balik la... kepenatan dah...
On the way balik ke hotel tu, En. Hubby nak singgah jap ke sekolah lame die ni. Katenye rindu la plak. Ikut je la... Lagipun die yang drive...haha;p


posing skit dpn old school:)

pastu singgah sekejap dekat billion. Ingat nak beli roti utk Aliya kat sini sbb lupa nak bw stok roti dari rumah td.... Aliya ni sgt jarang makan nasi.... harap ke roti dan biskut je la makanan 'ruji' die. Kalau tak de roti kelaparan la die. Tak tahu la ikut DNA sape ni tak makan nasi. Ummi dan abi die ni makan nasi 3 kali sehari;)

tak shopping mane pun kat billion ni sbb plan nak borong kat wakaf che yeh mlm ni. kena simpan duit dulu...hehe. Beli belon upin ipin ni sbb aliya nangis2 nak. Pergi jalan mana2 pun mesti nak belon, pantang nampak belon upin ipin....
taknak lepas dah belon upin ipin die ni:)



Malam tu lepas solat, kami pun turun la dari bilik hotel jenguk aktiviti jual-jual kat wakaf che yeh ni. Punya la ramai orang. Nak jalan2 pun bersesak. Aliya jalan2 denagn mak su die sbb Ummi die ni nak shopping...haha

ade cerite lucu plak dengan belon upin ipin ni... ye la Aliya kan suruh ummi die bw belon upin ipin die ni  ke mana shj die pergi.  saya pun pegang la belon ni sepanjang sesi beli2 kat wakaf che yeh. tiba2 ade sorang jurujual tu tanya, akak ni dah besar pun main belon lagi ke? hah, amik kau...malu! mamat ni pun satu, mestila untuk anak aku! saya pun jawab la, ni anak saya punya la, dia ada kat depan tu dengan mak su die!

belon upin ipin sentiasa kena ade kat sebelah die...aih, anak dara ummi sorang ni;p


Hari ke 2 nye pulak kami singgah di KB mall sebelum bertolak pulang ke terengganu. plan untuk window shoping je kat sini. hihihi;p
best jugak KB mall, kalaula terengganu pun ada tempat untuk beli belah macam kat kelantan kan best! harap2 ade la shopping complex yang besar kat terengganu nanti. macam KB mall ni pun dah ok dah...hihihi;p

Aliya beli CD kanak2 raihan untuk die...


kami pusing2 kat KB mall ni sampai la petang.
Lepas penat2 pusing, tengok jam dah dekat pukul 3....barulah rasa nak balik. hikhik;p




Jom kite balik umah!

Alhamdulillah, kami selamat sampai kat rumah dalam pukul 7 petang:)

hari ni sesi basuh2 baju plak. Banyak baju kotor kena basuh ni. Bab basuh membasuh ni males nak buat ni. hahaha;p

Ok lah, saye nak pergi buat kerja rumah pulak ye. tinggal hari ni sehari je lagi cuti saye kali ni. Kena setelkan ape yang patut sebelum masuk kerja esok:)
tata...


Friday, January 25, 2013

~LaSaGNa ItaLiaNo ala2 MeLaYu~

Selamat pagi teman2 blogger semua...

Semalam hari yang agak penuh penuh aktiviti....padahl tengah cuti..kihkih
Pergi attend wedding kenalan2 kat kampung ni, pastu pergi beli  barang2 keperluan rumah dan stok dapur untuk sebulan....semalam bertuah sebab ada orang tolong tolakkan toley masa beli barang kat pasaraya Giant tu. Nak tahu siapakah orang yang baik hati tu...
Tentulah En. Hubby yang kena buli...kihkih...ambil kesempatan. Bukan selalu ada orang tolong PiNkyCaT beli barang rumah. Selalu pergi sorang2 je ataupun bertemankan si Aliya. hihi. Alang2 En. Hubby ni cuti gak skali boleh la jugak dia tolong. Dalam setahun tu ade la 2-3 kali dia dapat temankan beli stok barang rumah. Selalunya bila PiNkYCaT free dia pulak tak free. Inilah lumrah kehidupan suami isteri yang bekerja. hehe. Bersyukur atas segala nikmatNya...hehe. Alhamdulillah.

Semalam masa shopping barang2 tu En. Hubby ade menyuarakan nak beli ready made lasagna yang ade jual kat freeze Giant tu. PiNkyCaT tak bagi, bukan ape...mende2 frozen ni tak fresh...rasanya pun tak seenak yang fresh kan...hihi...PiNkYCaT bagi tahu kat En. Hubby lebih baik PiNkYCaT buat sendiri, lagi best dari ready made tu...hahaha;)

 Apalagi, sampai je kat rumah terus masuk dapur mulakan aktiviti main masak2 la...tadi dah janji nak buat lasagna kat En. Hubby. So, kena tunaikan janji k.....

Jom kita masak2 sama2...

Mula2 check semua bahan2 ade ke tak, kalau ade bahan yang tak cukup tu pandai2 lah ganti dengan benda lain...hihihi;p

Bahan2 asas untuk buat lasagna ni di bahagikan kepada 3 jenis"
pertama: Lasagna (bahan asas yang wajib ada...hihi) - 1 kotak je dah cukup
ke dua: Sos merah/daging (panggil sos merah sebab colour die merah;p)
ke tiga : sos putih (sebab colour putih....)

bahan2 untuk tabur:
1. keju mozarella
2. keju parmesan

Mula2 kita semak bahan untuk buat sos merah....salin ye...

1. Sos mushroom kimball - boleh jugak nak guna jenama lain,ikut selera masing2...macam2 ada kat pasaran tu...pilih yang sewaktu dengannya lah...
2. 1 tin Cendawan butang
3. Daging cincang dalam 600gm, kalau nak guna ayam cincang pun boleh...hihi...terpulang selera massing2:)
4. black pepper dan oregano
5. 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, carrot 1 biji - potong dadu
6. 1 sudu sos cili
7. 1 sudu sos tomato life
8. 1 kiub ayam knorr
9. sedikit garam
10. sedikit minyak masak 


Cara2 nak masak sos merah ni...
1. mula2 panaskan minya masak
2. tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau - jangan sampai hangit sudah;p
3. masukkan daging cincang
4. masak sehingga bertukar warna macam ala2 dah masak gitu daging tu...
5. masukkan sos mushrom kimball tadi
6. gaul sehingga sebati, masukkan 1 kiub knorr
7. kemudian masukkan cendawan butang dan carrot yang telah di potong - kalau nak tambah bahan2 lain pun boleh, capsicum ke...
8. sedikt garam, jangan banyak sangat sebab kiub knorr dan sos tadi dah masin
9. masukkan black pepper dan oregano
10. tambahkan sos cili dan soso tomato sesedap rasa
11. bila semua dah sebati padamkan api...kan hangus tak sedap pulak;p

pastu kita sediakan bahan nak buat sos putih pulak...

1. 3 sudu besar butter cup
2. 3 keping keju cheesedale (yang ni PiNkYCaT kidnap Aliya punye kat dalam peti ais tu..Aliya suka makan roti dengan cheese ni...stok kena sentiasa ada...nanti kan marah pulak dia...esok kena cepat2 ganti semula...hihi)...kalau nak guna keju cheddar pun boleh...kat umah PiNkYCaT takde cheddar, so guna la apa yang ade...jangan susah2;)
3. 500ml fresh milk
4. 3 sudu besar tepung gandum
5. garam

cara2nya...
1. cairkan butter cup tadi
2. masukkan tepung tadi - masak dengan api yang sangat perlahan takut hangit pulak nanti
3. tuangkan fresh milk
4. masukkan keju sehingga semuanya cair dan sebati
5. garam secukup rasa
6. kacau sehingga sebati dan pekat
7. kalau terlalu pekat sangat boleh tambahkan sedikit lagi fresh milk

Ni gambar sebagagian daripada bahan2 untuk buat lasagna yang sempat di snap sebelum sesi main masak2 tu...

ni bahan yang wajib ade...kalau takde kena cari dulu sampai dapat...boleh pilih nak yang mana satu ikut saiz dulang pembakar masing2...ade yang segi empat tepat, ade yang segi empat sama...kihkih;p




ni antara keju yang digunakan...cheesedale Aliya takde dalam gambar ni...masih kat dalam peti ais. Amik awal2 kan dia nak pulak...hihi;p


Oklah, kita teruskan acara masak memasak tadi ye...
Bila dah siap semua sos di atas, kita teruskan acara melapis lasagna kite...
jangan lupa basuh dulu lasagna tu...lembutkan sikit dengan air

1. Mula2 letak lapisan lasagna ke dalam dulang pembakar
2. Kemudian lapiskan dengan sos merah tadi


3. Lapisan seterusnya ialah sos putih

letak sos putih atas lapisan sos merah sehingga menutupi sos merah

4. Lepas tu taburkan keju mozarealla dan parmesan...kalau suka keju banyak boleh letak banyak2 sesuka hati:)

5. kemudian  ulangi langkah 1-4 tadi. Ulangi sampai dapat 3 layer atau lebih.

buat sampai 3 at least 3 layers...kalau tak nanti nampak penyet lasagna kite...


Ha..ni lah hasilnya...dah siap untuk di bakar dalam oven:)



Bila dah siap (at least 3 lapisan tau) masukkan ke dalam oven selama 30 min dengan suhu 130-160c. Bakar sampai cheese kat atas tu nampak kekuningan.

hah..inilah hasilnye...lasagna yang dah siap di masak...




potong dulu sebelum makan....


ha...akhirnya siap jugak...
Ini die lasagna ala2 melayu yang dah siap untuk di'ngap'....hihi;p

jemput makan....:)


oklah, sampai di sini dulu celoteh pagi ni. PiNkYCaT nak bertolak ke Kelantan pulak ye. Cuti2 kelantan bersama keluarga....hehe. Sambil tulis entry ni tadi sempat jugak kemaskan barang...hikhik.

Semoga perjalanan selamat dan dilindungi Allah selalu:)
Jumpa lagi!selamat mencuba resipi diatas:)

Thursday, January 24, 2013

~PosT CaLL YanG HaPPy~

Oncall semalam rasa happy sangat sampai tersenyum sorang2 mase on call kat hospital tu...Jangan anggap smiling to self ni psychotic behavior pulak...hahaha. Senyum sebab happy, ye la baru2 ni kan on call yang tak happy. Sekarang tiba giliran untuk happy pulak...hehe:)

Ape yang buat saya happy ni ye...

Erm, pertama.....

HA...benda ni hah.....



tetiba dapat benda ni mase saya on call semalam. Dapat sesuatu yang tidak di jangkakan. Senyumlah sampai ke telinga la kan...  Alhamdulillah,rezeki...mase on call tu tak sabar nak balik rumah nak menge'test' benda ni...
Sebenarnya saya takde la plan nak beli handphone baru sebab sayang nak tukar HTC yang dah 3 tahun saya guna ni... HTC ni masih boleh beri perkhidmatan yang bagus kat tuannye walaupun byk dah calar2...hihi;p




Walaupun handphone HTC saya ni nampak dah usang tapi banyak dah jasa handphone ni kat saya...
Buat masa sekarang saya masih mahu menggunakan HTC ni... Ape yang akan terjadi kat benda baru kat atas tu kalau saya masih nak guna yang lama...hihi. Takpe...saya akan simpan dulu yang baru tu...takpun bagi adik saya guna dululah yang baru tu:)


Ada lagi perkara yang buat saya happy ni....

Ok, perkara ke 2....
.
.
.

CUTI dah approved! saya dapat cuti 4 hari dari hari ni sampai 27hb ni...yang bestnya En. Hubby pun dapat cuti jugak time tu....seronok!jarang2 je dapat cuti sekali ni....ape lagi boleh la mulakan sesi main masak2 yang dah lama rasenye tak buat...berdebu dah dapur tu...hihihi;p
Setakat ni belum ada plan lagi nak pergi jalan2 kat mane2...tengok keadaan dulu nak pergi mane...cuaca pun hujan sekarang ni. Kalau tak pergi mane2 bercuti kat rumah je la...best jugak!Bukan selalu ada masa kat rumah, hargailah masa bila ada di rumah bersama keluarga:)

Ada lagi ni nak cerite pasal happy ni...hihi...

Adik saya pun ada balik bercuti dari UPM. kebetulan jugakla kali ni kami sama2 dapat cuti. Ni yang buat saya lagi seronok nak main masak2 sebab ada orang yang akan tolong habiskan makanan yang saya masak. kihkihkih...(jangan marah ye my sis kalau baca statement ni). Adik saya ni doktor vet masih single mingle dan available (macam nak promote la plak....hihi) sekarang ni tengah sambung master kat UPM serdang. Rajin betul dia sambung master... saya lebih suka kerja. Tapi bagus jugak dia sambung study awal2 sementara masih single ni. Kan bila dah ada family sendiri kan banyak pulak perkara kena fikir. Hihi... apepun good luck to my sister yang sorang ni:)

Ok, sampai di sini dulu buat masa ni...PiNkYCaT nak pergi jenguk2 kat dapur jap tengok apa yang boleh di buat main masak2...hikhik;) Sebelum nak rehat sekejap sebab baru sampai kat rumah,sementara aliya belum bangun tidur ni boleh rehat dulu. Kan dah bangun nak ada pulak yang suruh ummi bangun layan dia...hihi:)

Salam Maulidur Rasul kepada semua teman2 blogger PiNkYCaT!
Perbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Jom kita layan klip video kat bawah ni dulu. Ni antara lagu feveret PiNkYCaT sejak dulu2 sampai la sekarang:)





Monday, January 21, 2013

~KeHaNGaTaN WaSaBi~

Kehangatan bahana on call yang agak 'traumatized' pada weekend baru ni masih terasa. Pergi kerja hari ni pun rasa berdenyut-denyut kepale ni.  Aduuuh, nampaknye stress saya ni masih belum lari lagi ni. Cepatlah lari jauh2 wahai stress...sakit dah rase kepale ni...

So, lepas balik kerja petang tadi ape lagi... terus cari kehangatan WASABI... haha. Biar kehangatan on call hari tu tenggelam dek kerana kehangatan wasabi ni.

Ape ke bende WASABI ni???hihi... (sila klik kalau nak tahu detail)

ini dia daun wasabi yang masih segar:)


Bagi penggemar sushi mesti tahu kan apakah itu wasabi. Kebetulan saya dan En. Hubby sama2 suke makan sushi ni. Ni makanan feveret kami, kalau tak makan dalam satu bulan tu rase macam tak lengkap je. Kena makan jugak walaupun skali. Macam dah addicted la pulak. Bukan addicted kat sushi tapi addicted kat wasabi ni. Kepedasan dan kehangatannye lain dari yang lain...tak same dengan chilli / blackpepper atau yang sewaktu denganya.

Mengikut apa yang saya tahu burning sensation wasabi ni bukan oil-based, so die punye half life tu sekejap je tak sama dengan chilli. kalau makan chilli rasa pedasnya agak lama nak hilang kan. Kalau wasabi ni a few seconds je sebab dia boleh di washed away by food or liquid.

Eh, panjang la plak cerita pasal wasabi ni. hihi.... Tadi saya dan En. Hubby pergi makan sushi kat YES CORNER kat Tanjung, KTRG tu. Rasanya restaurant ni je kot yang ada menyediakan sushi kat area Kuala Terengganu ni. Dulu Hotel Ming Star ada jugak jual sushi tapi sekarang ni dah takde dah.
Boleh di katakan kami adalah pelanggan tegar kat restaurant Yes Corner tu, sampaikan tukang buat sushi tu pun dah kenal kami. Customer tetap...tapi tak pernah plak dapat makan sushi percuma...(lebih2 la pulak PiNkYCaT ni!).

Mari kita berkenalan dengan nama sushi ni. Suka dengan nama2 mereka sebab ala2 jepun gitu. Peminat setia Jepun dan Korea...hihi;p

ini nama dia Sake Gunkan


yang sebelah kiri tu nama Maguro Gunkan, yang kanan tu nama Ebiko Sushi (Ebiko tu telur ikan...yang ni paling suke;p)

Ni Cheese sushi...cuma letak cheese kat atas tu...sedap jugak sebab rasa macam lemak berkrim gitu;)


Callifornia Sushi... Tak sure la pulak kenapa nama dia Callifornia...(ada sape2 yang tahu tak?)

Paling kiri ialah Maguro Maki, tengah atas ialah Shishamo Maki (Shishamo=pregnant fish-yang ni jurujual tu bagitahu...tak sure la betul ke tak maksudnye), tengah bawah tu Ebi Ten Maki(letak udang kat tengah), pastu yang atas paling kiri tu Sake Maki.

Oklah, itu sahaja yang dapat saya perkenalkan hari ni. hehe... Ada banyak jenis lagi sushi kat kedai ni tapi tak larat kami nak makan kalau order banyak2. Lain kali sambung makan lagi...hehe
Alhamdulillah, kenyang....rasa 'ringan' skit kepale ni lepas terkena kehangatan wasabi...memang addicted betul la PiNkYCat kat wasabi ni...ish2;p

cicah...jangan tak cicah wasabi tu;p (nilah cara kami makan sushi,guna tangan je baru best...adat melayu tetap diutamakan walaupun mknn ala2 jepun...kihkihkih)

Sampai di sini dulu...jumpa lagi....tata;p
Alhamdulillah, stress dah lari dah rasanye ni...hihihi;)



~Post Oncall Yang Eventful...

Lega rasanya dapat balik rumah selepas 2 hari 2 malam duk kat hospital dengan on call yang sangat 'traumatized'....haha. Ni lah on call yang paling bad sejak kerja kat HHT ni. Mase kerja kat HSNZ dulu ada jugakla 'jonaz'... cuma kat HHT ni selalunya 'cool' je. Tak tahulah angin 'kush2' mana yang lalu sampai boleh buat saya rasa 'trauma'. Nasib baik tak kena PTSD. haha... Oklah, malas dah nak ingat pasal on call yang tak best 2 hari tu. Apapun terima kasih kepada semua staff yang bagi kerjasama 100% semasa on call baru ni. Boleh bagi markah 5 bintangla kat semua staff saya. hihi:)

Oncall yang sangat eventfull mebuatkan saya rasa stress sangat sampai naik demam...haha. Lepas balik dari kerja tadi, terus pergi bank kejap. Bukan ape, nak bayar hutang-piutang yang ada. Rasa lega dapat bayar hitung-piutang tu. Pastu apa lagi, bile stress ni mulalah nak makan banyak2. Singgah la sebentar untuk borong makanan kat pasar malam. Kebetulan hari ni hari ahad, ada pasar malam dekat kawasan rumah. Haa, kali ni dapat beli satay ikan yang tak campur kuah untuk Aliya .Kat entry sebelum ni ade cerita pasal satay ikan ni. (slik klik di sini). Nasib baik penjual yang selalu saya beli tu ade hari ni. Kalau tak rasa lagi bad mood. Oh ye, sebelum tu singgah ke salon sekejap untuk memanjakan diri. Alasannya sebab tengah stress. hihi (walaupun takde la stress tahap cipan.hihi). 
Sampai rumah dalam pukul 6 lebih gitu. Bila sampai umah tu terus Aliya ngap satay feveret dia ni. tak sempat nak snap gambar satay tu sebab dah licin Aliya makan. Saya pulak ngap nasi kerabu 2 bungkus. hihi. 2 bungkus je tau... tak banyak pun... boleh di maafkan sebab stress;p

ni gambar dari cik google...;p






Pastu malam ni ada orang minta tolong jaga klinik dia pulak. Walaupun rasa penat tapi rasa nak pergi jugak tolong. Bukan apa, di samping dapat tolong orang dapat la jugak saya tambah pengalaman sebelum buka klinik sendiri. Patient kat klinik tu kebetulan pulak ramai malam ni. Apapun tetap rasa seronok. Kalau patient sikit nanti rasa bosan pulak. Patient yang last datang kat klinik malam ni minta tolong saya remove suture kat muka dia. Tengok macam dah infected skit. Tanya berapa lama dah kena jahit ni. Dia jawab dah lame dah,takut nak datang. Adui...kenapa la datang lambat sangat bukak jahitan. Kan dah kena infection sebab lambat bukak jahitan. Patutnya kalau suture kat kawasan muka ni lepas 5 hari dah boleh tanggalkan jahitan tu. Kesian patient tu. Tapi takpe, saya dah suruh dia makan antibiotik. Klinik malam ni habis dalam pukul 10 lebih. Penat tapi berbaloi.

Lepas habis klinik singgah 7 eleven, beli roti gardenia untuk Aliya. Tadi sebelum pergi klinik Aliya dah pesan "ummi beli roti, Aliay nak makan roti susu". Nasib baik ingat pesan Aliya. Kadang2 ade gak terlupa dan terpaksa pusing kereta semula pergi beli. hihi...  Sampai je rumah ape lagi, Aliya terus ngap roti dengan cheese. Saya pun join la skali. Siap suruh En. hubby belikan burger sebagi tambahan. Padahal tadi dah makan banyak dah nasi. Selalu jarang makan malam. Stress punya pasal la ni... makan,makan,makan.

Oklah, sampai di sini dulu....esok kite sambung makan lagi...hihi

Good nite!tata...

Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmatNYa:)

Friday, January 18, 2013

~Stay @ Move Out? Career Vs. Carrier.....

Sudah beberapa hari blog ni sepi. Sejak kebelakangan ni terasa jadual rutin harian terlalu 'pack' dan sangat 'busy'. Kalau di ikutkan rutin harian bulan ni dengan bulan lepas lebih kurang sama je tetapi saya terasa jadual saya sangat sibuk. Mungkin sebelum ni saya kurang perasan akan kesibukan yang di alami sebab asyik dengan kerja je. Oncall, post call, ward round, clinic, kursus, meeting, etc.....
Kadangkala dalam kesibukan bekerja tu terfikir jugak apakah kehidupan yang saya impikan?
erm...tentulah saya mempunyai impian yang lebih bagus dari kehidupan sekarang. Sebagai seorang isteri dan ibu saya mengimpikan masa untuk bersama keluarga, menyediakan hidangan untuk ahli keluarga dengan air tangan sendiri, mendidik dan mengasuh anak2 dengan cara kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, sebagai seorang doktor saya mahukan kerjaya saya sebagai seorang doktor juga berada di tahap yang cemerlang. Inilah yang dinamakan CAREER Vs. CARRIER.

Bila sampai satu tahap kita kena membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga tersayang. Setiap pilihan yang di buat akan ada 'pro' dan 'kontra' masing-masing.

Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan keadaan di mana kita mesti membuat keputusan yang akan mempengaruhi hala tuju masa depan kita. Ini adalah antara keputusan yang sangat sukar untuk kita putuskan. Janganlah kita lupa akan qada' dan qadar. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita di tentukan oleh Allah s.w.t. Kita hanya merancang, Allah yang mentukan. Tetapi itu bukan bermakna kita tidak berhak untuk membuat keputusan dalam hidup kita dan hanya berserah. Apa yang penting ialah kita sentiasa meminta petunjuk dariNya. Semoga keputusan yang kita buat adalah tepat.

Sekarang adalah masa untuk saya memutuskan apakah cara yang terbaik untuk menjamin CAREER saya cemerlang seiring dengan CARRIER.
Kebanyakan doktor mempunyai impian untuk menjadi seorang specialist atau doktor pakar dalam bidang yang diminati termasuklah diri saya. Tetapi saya mempunyai 2 PLAN sepanjang bekerja dalam bidang ini iaitu plan A dan plan B.

PLAN A: menjadi seorang psychiatrist
PLAN B: mempunyai klinik sendiri dan bekerja di klinik sendiri

Plan B adalah back up kepada plan A sekiranya ada sesuatu yang menghalang saya untuk meneruskan plan A. Langkah pertama yang saya lakukan untuk mencapai plan A adalah memasuki Department Psiaktri setelah menghabiskan semua rotation di Department yang lain seperti Surgical,Medical, Obstetric&Gynaecology, Kecemasan, Paediatrik,dan Orthopedic.
Alhamdulillah, permintaan saya di makbulkan. Saya telah di terima masuk ke Department Pskiatri pada pertengahan tahun 2012. Sekarang saya telah berkhidmat di department psikiatrik lebih setengah tahun. Tetapi saya masih tidak dapat mencari kepuasan ketika bekerja di sini dan merasakan jiwa saya tidak tenang dan tidak sesuai dengan situasi di psikiatrik. Tentunya saya minat untuk belajar ilmu psikiatri sebelum ini tetapi selepas berhadapan dengan ramai pesakit pskiatrik membuatkan kepala saya 'throbbing pain'. Saya merasakan stress yang agak 'pelik' (difficult to describe here) berbanding department2 lain yang saya pernah bekerja sebelum ini. (Mungkin sebab tu lah semua staff dan doktor di department psikiatri diberi cuti extra 'Mental Leave' 14 hari setahun...hehe). Workload yang ada juga membuatkan minat saya terhadap bidang psikiatri makin hilang. Waktu saya bersama keluarga sedikit dan tidak seperti yang saya harapkan. Mungkin inilah masanya untuk saya melepaskan Plan A dan meneruskan Plan B. Setelah berbincang dengan suami tersayang dan ahli keluarga yang lain semuanya mengambil kata putus untuk memilih Plan B iaitu mempunyai klinik sendiri dan bekerja di klinik sendiri. Saudara terdekat pun menyokong hasrat saya untuk memilih plan B. Alhamdulillah...
Setiap hari saya memohon petunjuk dari Allah agar diberi pilihan yang tepat dan terbaik untuk saya dan keluarga. Alhamdulilllah, selepas membuat keputusan memilih Plan B hati saya makin tenang. Mungkin inilah pilihan yang terbaik untuk saya. Saya tidak menafikan bekerja sendiri ada risiko dan kemungkinan masalah yang tersendiri. Seperti yang katakan sebelum ini setiap pilihan ada PRO dan KONTRA masing-masing. Sebagai contoh, dengan bekerja sendiri saya akan mempunyai waktu kerja yang flexible dan masa bersama keluarga mungkin lebih berbanding kerja saya sekarang. Tetapi saya perlu  bekerja lebih kuat dan gigih untuk mendapatkan hasilnya. Mugkin malam dan hari minggu pun saya kena bekerja. Walaupun begitu saya mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan keluarga saya. Saya mengharapkan CAREER dan CARRIER saya seiring dan memberikan hasil yang lebih cemerlang dengan memilih Plan B ini, insyaAllah.

Selepas membuat keputusan, tibalah masanya untuk kita menetukan target atau matlamat dalam hidup kita dan menyusun strategi bagi mencapai target tersebut. Perancangan yang teliti dan strategi yang berkesan sangat penting bagi  memastikan kita mencapai target yang di tetapkan.
Saya meletakkan target untuk mebuka klinik sendiri pada pertengahan tahun 2014. Rasa macam lambat lagi kan...hehe... Lebih kurang setahun setengah lagi. Tapi itulah TIME FRAME yang saya rasakan cukup untuk saya menyusun strategi2 yang sepatutnya. Jangan tergopoh-gapah untuk mencapai sasaran. Susun perancangan dengan sebaik mungkin agar hasilnya seperti yang kita harapkan.

Kenapa pertengahan tahun 2014 baru saya boleh buka klinik dan bukan sekarang? 
Ini adalah untuk memberi tempoh yang cukup bagi saya memperlengkapkan diri dengan segala ilmu dan pengalaman di hospital kerajaan sebelum meletak jawatan sebagai kakitangan kerajaan dan bekerja sendiri. Di samping itu, pembinaan klinik yang akan bermula pada pertengahan tahun ini dan di jangka akan siap pada awal tahun 2014, insyaAllah. (semoga dipermudahkan oleh Allah)

Semua orang mengharapkan kehidupan yang selesa dan berada di kemuncak kebahagiaan. Tetapi sebelum sampai ke puncak kehidupan yang diidamkan mestilah melalui halangan-halangan yang ada di sepanjang perjalanan tersebut. Sebenarnya halangan-halangan ini juga penting untuk kita walaupun ia mungkin agak sukar untuk kita tempuhi. Halangan-halangan inilah yang akan mebuatkan kita lagi cekal dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke puncak yang diidamkan. Semasa pendakian ke puncak janganlah kita risau kerana kita bukan berseorangan. Ingatlah bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keaadaan. Sentiasalah berdoa kepadaNya.  Setelah kita berjaya sampai ke puncak yang di tuju kita akan lebih menghargai apa yang kita perolehi kerana kita telah berjaya melalui segala halangan dengan hasil usaha kita. Dan tentunya dengan pertolongan dari Allah s.w.t... Alhamdulillah.



Teruskan pendakian sehingga ke PUNCAK!
Berusaha, berdoa dan bertawakal...
Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita, InsyaAllah:)


Sunday, January 13, 2013

Geram dan sedih...

Petang ni lepas balik kerja keluar jap pergi pasar malam. Plan nak beli makanan sikit. Dalam kepale ni duk pikir nak beli sate ikan kat Aliya. Aliya memang suka makan sate ikan. Cari2 sate ikan kat tempat biasa beli tu takde pulak penjual tu hari ni. Pergi la jalan lagi.......
Jalan2 sampai kat hujung tu jumpa la orang jual sate ikan. Sebelum ni tak pernah beli lagi kat kedai dia
Nak tahu ape yang menyebabkan PiNkYCaT geram dan sedih tu... Meh dengar diolog kat bawah...

Me: Nak sate ikan 2 ringgit tapi nak asingkan kuah
Penjual: Tak boleh..tak jual gitu
Me: Saya tak nak campur kuah sebab anak saya tak makan kuah...biarla tak sedap pun..saya nak asing kuah die...
Penjual: dokleh...dok tahulah...kite dok pernah ajar buat gitu...
Me: Tak pelah...(sambil beredar dari kedai tersebut)

Dalam hati geramnyeeee rasa....nak marah pun takde guna gak. Sabar je la dengan sikap penjual macam tu...

Bukan apa rasa geram sangat ni, rasa macam tak berbaloi la kalau penjual bersikap macam tu dengan pembeli. Bukan ke penjual matlamatnya untuk memenuhi kehendak pelanggan?
Tak fahamla dengan sikap penjual begini...

Penjual sepatutnya memelihara hubungan baik dengan pembeli barulah barang yang dijual tu mendapat sambutan. Kalau tak dapat menarik minat pembeli macam mana nak jual barang yang di jual. Hakikatnya, penjual dan pembeli saling memerlukan. Pembeli nak barang yang di jual tu, penjual pulak nak dapat sumber pendapatan dari hasil jualan tersebut. 

Ok lah....tak boleh marah2 banyak tak elok untuk kesihatan...hehe...sabar je la....

Berlalu la dari pasar malam dengan perasaan agak kecewa:(

Bila sampai di rumah Aliya dah tidur....


 Kesian anak Ummi tak dapat makan sate ikan malam ni. 
Tapi takpe, PiNkYCaT dah  belikan 7 biji  buah delima  untuk Aliya. Delima feveret Aliya jugak...hehe:)

Moral of the story: Berusahalah untuk jadi peniaga yang memenuhi kehendak pelanggan..peaceee! We need each other....

Saturday, January 12, 2013

~KeK GuLa HaNGuS~

Ha...nak tahu apa yang saya tengah main baking2 petang  tadi masa entry ~yeaaay~ tu? 
Ok, Ni DIA...........


ni tunggu cik hubby balik ngap je...licin die makan ni;p

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut....
Tapi saya panggil kek span....sejak dari kecik lagi panggil dengan nama kek span sebab macam span...ala2 sponge bob gitu....haha;p

Bukan apa buat kek ni. Mesti ada peristiwa yang berlaku dulu sebelum jadi kek ni hari ni. 
Erm, mase kat klinik dua tiga hari lepas ada sorang nurse pelawa saya makan kek gula hangus yang dia buat tu. Apa lagi, saya pun ngap la sebanyak mungkin....haha. Dah memang kek tu favourite saya, bukan selalu jumpa kek ni. Masa hari raya je selalu ada. Nak buat sendiri busy sokmo...

Tapi hari ni lepas balik dari on call tu, tidur jap. Time tidur tu tak tahu la pulak mimpi apa... Lepas bangun tu rasa nak makan kek pulak. Hehe... Kek yang paling senang nak buat kek ni la...kek gula hangus. 
Ha...ape lagi...pergi dapur terus main baking2 ni....

Nak tahu camne nak buat kek ni dengan cepat?
Jom kita semak resipi dulu...


Bahan2 Gula Hangus
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
3 sudu besar mentega (saya main letak ikut suka je)

Cara-caranya:
Masukkan gula dlm kuali.
Buka api sederhana kecil...Kalau api kuat sangat nanti gula akan hangit jadi hitam tak sedap pulak...rasa pahit nanti;p
Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi macam gold gitu
Pastu, masukkan air panas dalam gula tadi slow2...
HATI2 masa masukkan air sebab gula tu macam meletup2 sikit nanti...kan terpecik kena tangan...beware k!
Pastu gula tadi akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula sehingga larut semua...
kemudian, masukkan mentega...kacau hingga larut...
bila dah larut tu, tutup api dan sejukkan.

Langkah seterusnya ialah sediakan adunannya pula

Bahan2nya ialah:
7 biji telur saiz A /B
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
 2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara:
Pukul telur sampai kembang.
Saya suka guna blender lagi cepat...Zrrrr sekejap je....siap.
masukkan telur ke dalam blend pastu on je. Nak pakai mixer pun boleh
Pastu masukkan susu pekat, blend lagi sampai sebati.
Masukkan pulak esen vanila 
Masukkan tepun gandum dan soda bikarbonat. Kalau rajin ayak dulu gandum tu.
Teruskan blend
Last sekali, masukkan gula hangus yangg dah sejuk td... 
Kacau hingga sebati semua:)

Bakar selama lebih kurang 1 jam.
Mula2 guna api bawah dengan suhu 160 darjah celcius.
15 minit yang terakhir , guna api atas dan bawah.
Kalo kek lom masak, tambah beberapa minit lagi. Jangan sampai hangus dah le...;p
Biarkan sejuk sebelum potong.


potongan yang tak berapa menjadi...ade kecik ade besar;p


Ok lah, selamat mencuba resipi ni. 
Oh ye...pasal entry ~yeay~ tu belum habis lagi kan... Nanti kita story2 semula... 
Apepun, meh makan dulu:)
Jom....

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...