Tuesday, January 8, 2013

~CheeZy GRiLLeD CHiCKeN WiTh BLacK PePpeR SauCe + OreO MiLk SHaKe~

Hari ni post call...tetiba teruja nak masak western plak. Semalam dah buat 'research' dengan SN Rozi, SN CTZ dan PPK Nani pasal cara nak buat black pepper sauce yang sedap...hihi. hari ni balik rumah rasa nak try buat menjadi ke tak...nak tahu menjadi ke tak jom kita tengok...nak rasa tak boleh sebab dalam blog...hihi;p

Mase tengah drive kereta tu tetiba rasa nak makan cheese...fikir2 macam mana nak combine grilled chicken dengan cheese...mmm...buat je la ikut gerak hati kat umah nanti....On the way balik kerja tu singgah kejap kat pasaraya seri intan untuk beli cheese dan mane2 barang yang takde untuk main sesi masak2 post call ni. alang2 tu capai jugak barang2 lain...haha...bila dah ada semua barang2 kita mulakan sesi kita:)

Bahan-Bahan untuk ayam

1. ayam (bahagian peha dan isi dada - jangan lupa buang tulang ayam)
2. bawang putih
3. sos tiram

Perap ayam bersama bahan2 diatas. Lagi lama perap lagi bagus.

Bahan-Bahan untuk Black Pepper Sauce:
1. bawang merah  potong dadu
2.  bawang putih
3. lada hitam - tumbuk/kisar
4. sos tomato
5. sos lada hitam
6. kicap manis
7. 1 mangkuk air
8. 1 kiub knoor
9. tepung jagung

Cara2 nak buat...
1. mula2 tumiskan bawang sehingga wangi
2. masukkan air dam kiub knoor
3. masak hingga mendidih
4. masukkan lada hitam, sos dan kicap
5. gula dan garam secukup rasa
6. bila dah pekat masukkan tepung jagung supaya lagi pekat dan berkrim gitu black pepper sauce kite...

erm...ape lagi ye....

oppps...lupa plak ayam yang kita perap tadi...

tak susah pun....grill je ayam tadi....bile dah nampak macam hampir masak tu letakkan cheese kat atas ayam tu...masak sehingga masak...hehe....bile dah letak cheese tu jangan masak lama sangat nanti cheese hangus tak sedap plak.....

ok...SIAP....jom makan....

tunggu hubby balik makan...

bila dah makan rasa nak minum plak... terpandang stok biskut OREO kepunyaan Aliya. Apalagi, amik la sebungkus...sori ye Aliya,ummi kidnap biskut oreo Aliya satu...nanti ummi ganti balik...
Oreo ni lagi best kalau buat Milk Shake...

Cara2 nya...
1. masukkan fresh milk(1 gelas), ais krim vanila(5 scoop) dan biskut oreo(5 keping) ke dalam blender
2. pastu kita blender sesedap rasa
3. tuangkan ke dalam gelas
4. then, kita minuuum....hehehe:)

mmmm.....sedap...Aliya pun suka....berbaloi ummi kidnap oreo Aliya:)

Oreo Milk Shake...yang ni untuk Aliya:)

Ok lah sekian sahaja untuk hari ni....time to sleep...Zzz...MODE:PosTcaLL:)

4 comments:

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...