Friday, January 25, 2013

~LaSaGNa ItaLiaNo ala2 MeLaYu~

Selamat pagi teman2 blogger semua...

Semalam hari yang agak penuh penuh aktiviti....padahl tengah cuti..kihkih
Pergi attend wedding kenalan2 kat kampung ni, pastu pergi beli  barang2 keperluan rumah dan stok dapur untuk sebulan....semalam bertuah sebab ada orang tolong tolakkan toley masa beli barang kat pasaraya Giant tu. Nak tahu siapakah orang yang baik hati tu...
Tentulah En. Hubby yang kena buli...kihkih...ambil kesempatan. Bukan selalu ada orang tolong PiNkyCaT beli barang rumah. Selalu pergi sorang2 je ataupun bertemankan si Aliya. hihi. Alang2 En. Hubby ni cuti gak skali boleh la jugak dia tolong. Dalam setahun tu ade la 2-3 kali dia dapat temankan beli stok barang rumah. Selalunya bila PiNkYCaT free dia pulak tak free. Inilah lumrah kehidupan suami isteri yang bekerja. hehe. Bersyukur atas segala nikmatNya...hehe. Alhamdulillah.

Semalam masa shopping barang2 tu En. Hubby ade menyuarakan nak beli ready made lasagna yang ade jual kat freeze Giant tu. PiNkyCaT tak bagi, bukan ape...mende2 frozen ni tak fresh...rasanya pun tak seenak yang fresh kan...hihi...PiNkYCaT bagi tahu kat En. Hubby lebih baik PiNkYCaT buat sendiri, lagi best dari ready made tu...hahaha;)

 Apalagi, sampai je kat rumah terus masuk dapur mulakan aktiviti main masak2 la...tadi dah janji nak buat lasagna kat En. Hubby. So, kena tunaikan janji k.....

Jom kita masak2 sama2...

Mula2 check semua bahan2 ade ke tak, kalau ade bahan yang tak cukup tu pandai2 lah ganti dengan benda lain...hihihi;p

Bahan2 asas untuk buat lasagna ni di bahagikan kepada 3 jenis"
pertama: Lasagna (bahan asas yang wajib ada...hihi) - 1 kotak je dah cukup
ke dua: Sos merah/daging (panggil sos merah sebab colour die merah;p)
ke tiga : sos putih (sebab colour putih....)

bahan2 untuk tabur:
1. keju mozarella
2. keju parmesan

Mula2 kita semak bahan untuk buat sos merah....salin ye...

1. Sos mushroom kimball - boleh jugak nak guna jenama lain,ikut selera masing2...macam2 ada kat pasaran tu...pilih yang sewaktu dengannya lah...
2. 1 tin Cendawan butang
3. Daging cincang dalam 600gm, kalau nak guna ayam cincang pun boleh...hihi...terpulang selera massing2:)
4. black pepper dan oregano
5. 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, carrot 1 biji - potong dadu
6. 1 sudu sos cili
7. 1 sudu sos tomato life
8. 1 kiub ayam knorr
9. sedikit garam
10. sedikit minyak masak 


Cara2 nak masak sos merah ni...
1. mula2 panaskan minya masak
2. tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau - jangan sampai hangit sudah;p
3. masukkan daging cincang
4. masak sehingga bertukar warna macam ala2 dah masak gitu daging tu...
5. masukkan sos mushrom kimball tadi
6. gaul sehingga sebati, masukkan 1 kiub knorr
7. kemudian masukkan cendawan butang dan carrot yang telah di potong - kalau nak tambah bahan2 lain pun boleh, capsicum ke...
8. sedikt garam, jangan banyak sangat sebab kiub knorr dan sos tadi dah masin
9. masukkan black pepper dan oregano
10. tambahkan sos cili dan soso tomato sesedap rasa
11. bila semua dah sebati padamkan api...kan hangus tak sedap pulak;p

pastu kita sediakan bahan nak buat sos putih pulak...

1. 3 sudu besar butter cup
2. 3 keping keju cheesedale (yang ni PiNkYCaT kidnap Aliya punye kat dalam peti ais tu..Aliya suka makan roti dengan cheese ni...stok kena sentiasa ada...nanti kan marah pulak dia...esok kena cepat2 ganti semula...hihi)...kalau nak guna keju cheddar pun boleh...kat umah PiNkYCaT takde cheddar, so guna la apa yang ade...jangan susah2;)
3. 500ml fresh milk
4. 3 sudu besar tepung gandum
5. garam

cara2nya...
1. cairkan butter cup tadi
2. masukkan tepung tadi - masak dengan api yang sangat perlahan takut hangit pulak nanti
3. tuangkan fresh milk
4. masukkan keju sehingga semuanya cair dan sebati
5. garam secukup rasa
6. kacau sehingga sebati dan pekat
7. kalau terlalu pekat sangat boleh tambahkan sedikit lagi fresh milk

Ni gambar sebagagian daripada bahan2 untuk buat lasagna yang sempat di snap sebelum sesi main masak2 tu...

ni bahan yang wajib ade...kalau takde kena cari dulu sampai dapat...boleh pilih nak yang mana satu ikut saiz dulang pembakar masing2...ade yang segi empat tepat, ade yang segi empat sama...kihkih;p




ni antara keju yang digunakan...cheesedale Aliya takde dalam gambar ni...masih kat dalam peti ais. Amik awal2 kan dia nak pulak...hihi;p


Oklah, kita teruskan acara masak memasak tadi ye...
Bila dah siap semua sos di atas, kita teruskan acara melapis lasagna kite...
jangan lupa basuh dulu lasagna tu...lembutkan sikit dengan air

1. Mula2 letak lapisan lasagna ke dalam dulang pembakar
2. Kemudian lapiskan dengan sos merah tadi


3. Lapisan seterusnya ialah sos putih

letak sos putih atas lapisan sos merah sehingga menutupi sos merah

4. Lepas tu taburkan keju mozarealla dan parmesan...kalau suka keju banyak boleh letak banyak2 sesuka hati:)

5. kemudian  ulangi langkah 1-4 tadi. Ulangi sampai dapat 3 layer atau lebih.

buat sampai 3 at least 3 layers...kalau tak nanti nampak penyet lasagna kite...


Ha..ni lah hasilnya...dah siap untuk di bakar dalam oven:)



Bila dah siap (at least 3 lapisan tau) masukkan ke dalam oven selama 30 min dengan suhu 130-160c. Bakar sampai cheese kat atas tu nampak kekuningan.

hah..inilah hasilnye...lasagna yang dah siap di masak...




potong dulu sebelum makan....


ha...akhirnya siap jugak...
Ini die lasagna ala2 melayu yang dah siap untuk di'ngap'....hihi;p

jemput makan....:)


oklah, sampai di sini dulu celoteh pagi ni. PiNkYCaT nak bertolak ke Kelantan pulak ye. Cuti2 kelantan bersama keluarga....hehe. Sambil tulis entry ni tadi sempat jugak kemaskan barang...hikhik.

Semoga perjalanan selamat dan dilindungi Allah selalu:)
Jumpa lagi!selamat mencuba resipi diatas:)

6 comments:

  1. PC.... macam susah dan banyak cengkadak je nak buat dia... ni yg buat okje malas ni he..he...
    suka makan tapi malas camne?? beli ajelah jawabnya.... tapi kalau buat sendiri mmg puas makankan PC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak leceh skit sbb byk step2 die...tapi klu time cuti seronok gak main buat benda ni:-)

      Delete
    2. Betul kata OKje, lecehlah stepnya, (untuk saya yang sangat rajin ni). Hehe, baru ingat nak blajar main2 masak ni. Tengoklah jap g, nk kena g pasar ni, stok dlm peti dh abis licin...

      Delete
    3. mmg agak rumit skit...dlm sejam gak duk kat dapur nak siapkan semua ni...hihi...tapi berbaloi sbb 1 family dpt mkn...hihi:)
      mfm nak masak ape tu?meh anta sini skit;)

      Delete
  2. wahh nmpk sedapp!! ummi aliya boleh buatkn utk untie zana x?ad mase nk dtg umh ni ngn ngn untie sue..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. la...ingatkan sape la SK ru rendang ni. Pelik gak tetiba sekolah dtg melawat blog pinky yg tak seberape ni. hihi. rupanya best frend saye...ish2. nasib baik ade intro nama zana , klu tak mesti ingat pengetua sekolah ni. hehehehe.

      auntie zana bgth la bile date nak dtg, nnt aliya suruh ummi masak spesel untuk auntie zana dan auntie sue!

      Delete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...