Thursday, January 10, 2013

~SeKeJaP TaPi BeRHaRGa~



Kadang2 saya terasa waktu 24 jam sehari tu tak cukup untuk diri saya. Masa untuk bersama keluarga sangat limited. Contohnya semalam saya on call tak balik rumah, petang hari ni baru balik rumah. Pastu esok on call lagi. Jadual yang agak memenatkan. Tambahan pula suami pun sibuk bekerja di hospital yang berlainan. Husband bekerja shift, hari ni dia shift malam. Waktu kami di rumah sangat sedikit berbanding dengan waktu di tempat kerja yang lebih lama. Ini menyebabkan masa yang kami ada untukdiluangkan  bersama anak sangat limited. Kadang2 kesian tengok My lovely doter Aliya.  Risau jugak takut dia kekurangan kasih sayang dari parents dia.

Tapi takpe, setiap kesukaran ada penyelesaiannya, insyaAllah. Walaupun masa untuk bersama anak2 sangat terbatas tetapi ia menjadi sangat bermakna sekiranya kita menggunakan masa yang sedikit itu semaksimum yang boleh. Satu minit lebih berharga dari satu jam sekiranya dimanfatkan sepenuhnya. Luangkan masa walaupun sekejap dengan anak2 di rumah. Mereka sehari suntuk menunggu kita pulang ke rumah untuk mencium dan melayan kerenah mereka. Alhamdulillah, kepulanganku dari tempat kerja sentiasa di sambut oleh Aliya dengan 'girangnya' sambil membuka pintu untuk umminya.

Bila pulang kerumah ketibaan kita di sambut dengan senyuman anak2,membuatkan penat bekerja hilang. Setelah sampai je ke rumah berikan hadiah kepada anak2, bukan hadiah yang mahal tau...hadiah ni tak perlu keluarkan duit untuk diberikan kepada mereka. Hadiah simple tapi bermakna ini adalah SENYUMAN! Inilah hadiah pertama yang boleh diberikan kepada anak2 kita setelah pintu rumah di buka. Hadiah ini lagi berharga jika di tambah dengan satu CIUMAN di pipi anak2 kita. Mereka akan merasa sangat di hargai. (Dalam hati anak2 pun berkata "berbaloi tunggu umi/mama dan abi/papa balik"...hihi)

Luangkan masa untuk mereka walaupun sekejap. Terpulang kepada kemampuan kita. Jangan lupa kita juga memerlukan masa untuk diri kita sendiri. Oleh itu, baki masa yang ada hendaklah di bahagikan sebaik mungkin. Contohnya, luangkan masa satu jam untuk menemani mereka menonton rancangan kegemaran, makan, membaca dan sebagainya. Jika berkesempatan bawalah anak2 keluar bersiar2 di kawasan rumah. Tak perlu pergi ke tempat yang jauh atau special, apa yang penting adalah waktu bersama mereka dan memahami kehendak / perasaan anak2.

Ok lah, setakat ini sahaja untuk malam ni. Ada masa kita sambung lagi. Tak boleh online lama2 sebab esok kena bangun awal nak oncall. Aliya dah lena dibuai mimpi time ni. Mungkin penat bermain petang tadi... 



Aliya sangat suka naik 'kereta gerak2' ni...hehe..."walaupun dapat luangkan masa sekejap je tapi amat bermakna untuk Aliya:)"




4 comments:

  1. Betul kata PC tu, kekadang memang terasa sesangat, 24 jam sehari tu macam tak cukup. Tapi sebenarnya Allah tu bagi cukup dah, cuma kita aje yang sering terlalai dengan waktu ni. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, apa yg Allah bagi dah cukup utk kita...kdg2 kita je yg lalai...semoga kita sentiasa di jauhkan dari tergolong dlm golongan yg lalai:)

    ReplyDelete
  3. Mesti penatkan PC....dgn keje yg asyik oncall...tp yg penting kita hepi dgn keje tu..Nk buat macamanakan.... Tak pe sekurang kurangnya okje tumpang berbangga dgn kerjaya PC yg Julia tu...
    Betul tu masa bersama anak ni yg penting quality bukan quantity....

    ReplyDelete
  4. tq OKje sbb memahami PC!hehe...walaupun penat kena cuba bg yang terbaik utk family kite:)

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...