Sunday, February 17, 2013

~KeNaPa DoKToR TaK BaGi SaYa AnTiBioTiK?~

Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry saya yang sebelum ini iaitu DeMaM.
Dalam enrty tersebut saya ada menyatakan yang antibiotik perlu diambil apabila di arahkan oleh doktor.

Sebelum tu saya nak kongsikan senario yang berlaku di klinik malam tadi.
Ade seorang pesakit yang datang ke klinik mengadu batuk dan selsema selama 2-3 hari. Tiada demam di rumah. Ketika pemerikasaan suhu badan adalah normal, throat normal, lungs clear. Tiada tanda2 jangkitan yang serius.
Kemudian saya memberitahu masalah yang di alami adalah jangkitan viral yang biasa dan tiada tanda jangkitan yang serius. Saya memberitahu yang dia cuma perlu makan ubat untuk batuk dan selsema serta perlu minum banyak air masak. Tiba2 pesakit saya bertanya "kenapa doktor tak bagi saya antibiotik?"

Ini antara sebahagian daripada penjelasan kepada pesakit2 saya:)

(Dalam entry ini saya hanya fokuskan kepada penggunaan antibiotik bagi penyakit respiratory tract infection (jangkitan kuman di salur pernafan) kerana kes ini paling kerap dijumpai di klinik)

Mula-mula mari kita berkenalan dengan antibiotik...

Apakah antibiotik ni?



Mengikit definasi, antibiotik ialah sejenis sejenis bahan kima yang menghentikan pertumbuhan bakteria atau membunuh bakteria. (agent that inhibits bacterial growth or kills bacteria). Ia digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganism atau bakteria.


Bilakah saya perlu mengambil antibiotik?

Pesakit hanya dinasihatkan untuk mengambil antibiotik setelah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor. Doktor akan membuat pemerikasaan kepada pesakit dan ujian darah mungkin diperlukan dalam sesetengah kes bagi menetukan pesakit terkena jangkitan bakteria atau virus. Sekiranya terdapat tanda2 jangkitan bakteria semasa pemeriksaan, doktor akan prescribe antibiotik yang sesuai bergantung kepada jenis jangkitan bakteria. (National Antibiotic Guideline). Sekiranya doktor menyatakan bahawa pesakit terkena jangkitan virus, maka antibiotik tidak diperlukan dalam kes tersebut. Antara tanda2 bahawa anda terkena jangkitan bakteria ialah suhu badan yang tinggi >38, demam yang berpanjangan (lebih daripada 3-5 hari), tanda fizikal yang lain seperti tonsil yang membengkak dan ada pus (nanah), tanda2 jangkitan kuman di paru2, serta kandungan sel darah putih yang tinggi (melaui ujian darah). 
Sekiranya pesakit mengalami tanda2 jangkitan viral/flu biasa pengambilan antibiotik tidak diperlukan. 


Bagaimanakah cara pengambilan antibiotik?

Pesakit dinasihatkan untuk mengambil antibiotik mengikut dos dan waktu yang telah di arahkan oleh doktor. Pesakit juga hendaklah menghabiskan antibiotik yang di berikan. 


Apa kesannya jika saya tidak menghabiskan antibiotik yang diambil?

Keadaan ini sentiasa berlaku. Apabila pesakit merasakan sudah sihat sepenuhnya selepas mengambil antibiotik selepas beberapa hari, pengambilan antibiotik dihentikan ditengah jalan. Sedangkan masih ada beberapa hari lagi untuk habiskan antibiotik tersebut.  Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Pesakit hendaklah  menghabiskan antibiotik course yang diberikan walaupun tanda2 jangkitan kuman sudah hilang. Ini bagi megelakkan berlakunya antibiotic resistance.


Apakah antibiotic resistance?


Antibiotic resistance adalah keadaan di mana bakteria telah imun kepada antibiotik tersebut. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya terdapat penggunaaan antibiotik yang berlebihan atau pengambilan yang tidak teratur seperti yang di arahkan.  Apabila bakteria telah imun kepada antibiotik tersebut, antibiotik berkenaan tidak dapat memberi kesan atau response yang bagus bagi melawan jangkitan kuman yang berlaku di masa akan datang.  Oleh itu adalah penting untuk megelakkan keadaan resistant ini daripada berlaku. 


Sedikit nasihat daripada PiNkYCaT sebelum mengakhiri entry kali ini:
  • Gunakan antibiotik dengan rekomendasi daripada doktor anda
  • Jangan menggunakan antibiotik yang ditentukan oleh orang lain atau antibiotik kepunyaan orang lain
  • Dapatkan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambil sebarang jenis antibiotik
  • Makan atau habiskan antibiotik mengikut preskripsi yang di tetapkan

Marilah sama-sama kita menjaga kesihatan!:)

20 comments:

  1. Suka baca entri ni....tq pc...selain dari seronok bersantai..dpt jugak ilmu...
    Nanti kalau free buatlan entri pasal pengalaman pc belajar ..bedah mayat ke apa hehe...ni duk nganga mulut tunggu pc cerita...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bile free PC belek2 album zaman student dulu...nanti kite story2 kat sini..hihi...
      tak takut ke OKje klu PC cerita bab2 mayat tu...hikhikhik;p

      Delete
    2. hehe... OKje memanglah takut... tapi suka nak tau....hehe.... Macamanalah PC boleh berani ek? Respect betul dgn mereka yg bergelar doktor ni...

      Ingat dah ada cerita baru!

      Delete
    3. Salam PC bizi ke? on call eh!

      Delete
  2. Selalu diberitahu jika dapat antibiotik perlu dihabiskan walaupun demam telah kebah

    ReplyDelete
  3. kalau kat UK agak susah nak dapat antbiotik... kalau kat M'sia, bila pakej batuk, demam dan selsema pasti doktor akan prescribe antibiotik... mula-mula mcm pelik juga, tapi skrang dah boleh bezakan bila perlu ambil antibiotik, bila tak perlu... kalau sekadar cold/flu, mmg kena banyakkan rehat jer, xperlu nak ambil antibiotik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cold/flu biasanya viral infection...tak perlu ambil antibiotik kecuali kalau ade secondary bacterial infection barulah perlukan antibiotic:)

      Delete
    2. secondary bacterial infection? contonya demam ke PC atau apa? Dr dulu pernah cakap kat TLBD masa dia kena demam 2 tahun yg lepaslah.... bac. infec kat air kencing dia... mmg cam tu eh PC..kalau dah demam lama sangat ?

      Delete
    3. secondary bacteria infection maksudnya seseorg tu dah terkena jgkitan bacteria....awal2 tu mgkn viral je tp klu demam berlanjutan atau ada tanda2 jgkitan bacteria kena mkn antibiotik jgk...

      Klu jgkitan kuman dlm air kencing biasanya disebabkan oleh bacteria dan mmg kena start terus antibiotik:)

      Delete
  4. Suka.... sungguh sangat berinfomatif N3 ini. Kakak suka n3 seperti ini. Jadi penduan kakak juga. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Dulu2 tak tau pun yg kita kena habis kan antibiotik tu walau pun dah rasa sihat..skrg klu doktor bagi antibiotik mmg akan habis kan. Kat anak sy pun sama..sy akan pastikan dia mkn antibiotik smpi hbs.. selalu bila selsema dan hingus dia dah mula kuning mmg doktor akan bagi antibiotik..
    TQ sharing doctor:)

    ReplyDelete
  6. Salam PC... lama tak muncul? tak balik umah lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam OKje...PC dah balik umah semalam...best2....hehehe...rindu btl nak berblogging...weken ni dpt la berblogging puas2...hihi:)

      Delete
    2. Wah OKje.. berjalan aje ek... jelous tul lah.. Singgah PC.. hehe

      Delete
    3. jemput2 singgah sini...hehe...hari ni kite berjalan2 sepuas2nye...bestnye nikmat cuti dihujung minggu kan...:)

      Delete
  7. Slm.saya ade mengambil ubat antibiotik di parmasi.selepas makan selama 5 hari,saya dapati kulit dilengan,badan dan paha seakan2 ruam kemerahan.ada kah saya alergi pada ubat tersebeut.

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...