Saturday, November 24, 2012

Hijrah...

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah...

Setelah 4 tahun blog ini tersadai ditinggalkan sementara waktu oleh tuannya dek kekangan masa yang tidak megizinkan untuk bercoloteh di blog ini. Hari ini terdetik di hati yang aku perlu hidupkan kembali minatku di alam siber  ini yang setelah sekian lama ditinggalkan. Minat ber’blog’ing telah lama menyepi ekoran waktu kerja yang sangat padat sewaktu menjalani housemanship. Akibatnya blog kesayangaku  sebelum ini telah didelete oleh admin. 

Hari ini adalah 10 Muharam tahun 1434H bersamaan 24 November 2012. Baru sepuluh hari memasuki tahun baru hijrah tetapi banyak perkara telah berlaku dalam tempoh yang singkat ini. Di saat ini membuatkan aku terfikir apakah yang telah aku lakukan selama 27 tahun di beri nikmat menikmati keindahan dunia ini. Lagi sebulan akan memasuki tahun 2012 dimana umurku akan meningkan satu angka lagi. Terlalu banyak keinginan dan impian yang dirancang untuk masa hadapan. 

 Kadangkala kita perlu mengimbas kembali ke masa silam melihat apa yang telah kita lakukan. Dahulunya aku adalah seorang budak kecil yang dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tetapi mempunyai impian dan cita-cuta yang tinggi. Sejak di bangku sekolah aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Entah dari mana minat itu timbul pun aku sendiri tidak pasti akan kepastiannya. Ianya datang dari diri dan hati seorang anak yang ingin membalas jasa orang tuanya bila besar kelak. 

Ketika di sekolah rendah aku telah dididik untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. Perasaan iri hati selalu timbul bila ada rakan yang mendapat markah lebih tinggi dariku. walaupun ianya perassan negatif tetapi ia membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Aku bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan satu target iaitu 'A'. Itulah matlamat ku pada waktu tersebut. Setiap kali mendapat keputusan A dalam pelajaran pastinya akan ada ganjaran dari insan tersayang dalam hidupku. Walaupun ganjarannya kecil tapi nilainya sangat besar bagiku.  Cara ini mungkin akanku gunakan untuk mendidik anak-anakku nanti. Ibu banyak membantu ku membuat latihan dan membeli buku yang berkaitan untuk membantu aku dalam pembelajaran.  Alhamdulillah, aku Berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Kenangan sewaktu menduduki pepriksaan UPSR pada tahun 1997 masih segar di ingatan. Terima kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajarku di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong

Dengan keputusan yang ada aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh SMAASZA. Hati kecilku masih tidak dapat menerima yang aku wajib tinggal di asrama di mana aku terpaksa berjauhan dengan keluarga. Di sana aku berkenalan dengan seorang rakan bernama Amalina, dia juga mempunyai perasaan yang sama denganku. Setiap hari kami ‘home sick’. Dialah tempat aku meluahkan perasaan. Kami saling meluahkan antara satu sama lain. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bertukar ke sekolah harian biasa. Aku tahu keputusan itu aku mendadak tapi itulah keputusan yang kuraskan tepat untukku. Maafkan saya mak! Itu sahaja yang mampu aku ucapkan kerana dia adalah  insan yang bersusah payah menghantar aku ke sana. Pada waktu itu aku berpegang kepada satu prinsip, kita sukar untuk mencapai kejayaan sekiranya keadaan sekeliling tidak membantu kita untuk meneruskan impian yang di inginkan. Kemudian aku bertukar ke sekolah harian biasa iaitu Sek. Men. Keb Agama Durian Guling. Jaraknya lebih kurang 10 km dari rumahku. Disini segalanya bermula. Alam persekolahan yang penuh cabaran dan jiwa remaja yang mempunyai pelbagai keinginan.  Bagaimanakah aku melalui alam remaja yang penuh dengan corak dan warna…nantikan entry seterusnya ya:-)

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini:-) 

No comments:

Post a Comment

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...