Assalamualaikum...
Sekarang ni kena rajin update blog sebab taknak biarkan blog ni tersadai kekosongan lagi...haha.
Hari ni nak cerita pasal RINDU. Maklumla tengah on call back to back wekend ni (jumaat & sabtu). Ini bermakna 2 hari la aku tak balik rumah. Hari ke 3 baru balik rumah which means esokla. (mode: tak sabar nak tunggu esok, RINDU kat my daughter ALIYA). Sambil on call ni sempat lagi update blog PINKYCAT kesayangan ni.
Tugas sebagai seorang 'pengamal perubatan' atau dalam kata mudahnya seorang 'doktor' yang berkhidmat di salah sebuah hospital kerajaan membuatkan aku kekurangan masa untuk bersama keluarga tersayang. Semuanya ku lakukan dengan ikhlas demi tugas dan amanah. Walau sesibuk mana pun kita dengan kerja, janganlah leka akan tanggugjawab kita kepada keluarga. Kenalah pandai mencari masa untuk bersama keluarga. Walaupun waktu kita di rumah adalah sedikit tapi gunakan waktu tersebut semaksimum mungkin. Mana tak nya, kebanyakan waktu seharian kita dalam40- 50% adalah ditempat kerja, 25% tidur, so yang tinggal adalah dalam 20%. Walaupun baki yang tinggal adalah 20% tapi kita boleh jadikannya lebih baik dan bermakna 100% kepada keluarga kita. Family is the priority. Inilah prinsip yang saya pegang tetapi tidak mengabaikan tanggugjawab di tempat kerja.
Sekiranya niat kita ikhlas dalam pekerjaan insyaAllah dipermudahkan segala urusan kita.
Ikhlaskan hati kerana Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.Nasihat ni adalah untuk diri saya juga,insyaAllah
Aik, nampak macam lari dari topic ni....tadi kata nak cakap pasal rindu. hehe... tapi tu lah, walaupun sekarang ni saya tengah rindu anak kesayangan saya sebab dah 2 hari tak berjumpa tetapi tugas di tempat kerja mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Setakat ni dahulu coretan untuk hari ini. Semoga saya lebih 'rajin' untuk update blog ni. hehe:)
Setakat ni dahulu coretan untuk hari ini. Semoga saya lebih 'rajin' untuk update blog ni. hehe:)
Aliya ketika majlis konvokesyen maksu beliau. Semoga anak ummi membesar menjadi insan yang kaya dengan ILMU, insyaAllah:) |
No comments:
Post a Comment
leave your comment here