Monday, April 29, 2013

~I'm sick again....:(


Lame betul tak apdet blog kaler PINK ni kan. Rindu betul kat kawan2 semua...
Ade tak yang rindu kat kucing samo ni ye? hehehe;p

Kucing samo ni demam pulok dah.

Alhamdulilah, kami dah selamat balik ke Terengganu hari Jumaat baru ni selepas bercuti di negeri AtieYusof iaitu negeri SABAH. Lepas balik dari sabah tu terus demam. GAra2 panjat gunung kinabalu kot. (Macamlah panjat sangat..hahaha)

Sebelum balik tu rase dah macam tak sedap badan je, tak sangka makin melarat plak demam ni. Hari ni 1st time MC sejak kerja kat HHT ni. Tak larat sangat nak pergi keja tadi. Terpaksalah pergi A&E untuk dapatkan rawatan. Nasib baik En Hubby tolong hantarkan. Sebenarnya bab2 pergi spital yang tak suke ni. Kalau pergi untuk bekerja takpe, ni kena ambil darah diri sendiri. Huhu....Cucuk orang takpe plak, bile diri sendiri kena cucuk baru tau!;p
hari ni on day 4 T.Cefuroxime. Harap2 cepat sihat lah,insyaAllah...esok oncall....

 Ape kabo ye teman2 blogger yang lain....HainomOkje, MFM, Nurbijen, Atie, Ummuaidan, noeSuhaimi, Ibulala, Kak Zu, deno...tak lupe juga kepada teman2 yang lain...yang selalu singgah ke Blog kaler PINK ni walaupun tuannye selalu takde kat rumah....Terima kasih sudi jenguk kucing samo disini... lame kucing samo tak jenguk teratak kalian. Nanti bile free kucing samo datang ye. Kalian sentiasa di hati. hehehe:)

untuk blogger yang baru singgah sini SaniahChe Rosliza, selamat datang ye. Nanti kucing samo terjah ke teratak anda bile kucing samo sihat k:)


Monday, April 22, 2013

~SaBaH! Here we come...~


Response kepada comment Nurbijen dan noesuhaimi dalam n3 yang sebelum ni. A'a... kucing samo nak pergi bercuti minggu ni...hehehe. Nak charge semula bateri dalam badan yang dah low kesan dari penggunaan hampir setiap hari...ihiks;p

Sekali sekala kena rehatkan badan dan minda setelah penat bekerja di samping meluangkan masa untuk family tercinta!

Sebelum pergi bercuti kali ni saya dan En. Hubby tak tahu jugak nak pergi bercuti ke mana. Tapi yang pastinya kiotrang nak bawa Aliya naik mende ni hah!



Ni adalah pertama kali Aliya berjalan-jalan naik mende ni. Kali ni pergi dekat2 je dulu, tengok camne response Aliya....hahaha. Sebelum pergi tu ummi dah bagitahu Aliya yang kami akan pergi bercuti naik kuda terbang! TAk tahulah Aliya maksudkan kuda terbang tu ape..hehehe. Asyik duk ulang ayat tu je sepanjang minggu ni. NAk naik kuda terbang!;p

Destinasi yang dipilih adalah negeri SABAH di bawah bayu. Biarlah dekat asalkan dapat naik mende ni Hah! Last skali naik tahun lepas mase gi korea, tapi mase tu Aliya tak ikut...Honeymoon la kononye mase tu. Honeymoon yang kali ke berapa pun tak ingat dah....kihkihkih;p
Tahun ni buat family trip pulak....
Ingat tak yang saya pernah bagitahu nak celebrate birthday 3 in 1 tu? kalau tak ingat sila klik disini.

Percutian ke sabah ni adalah sempena birthday En. Hubby, Aliya, dan Mak saye! Ha....cukuplah 3 orang kan? 3 in 1!

*Entry ni di autopublished. Ketika ini kami baru sahaja menjejakkan kaki di negeri sabah ni.
Jumpa lagi di n3 akan datang ye!
kucing samo nak bercuti sekejap...hehehehe;p

*bile duk kat sabah ni teringat plak kat teman blogger atieyusof. Ape atie tengah buat sekarang ye kat Sabah ni... Makin dekat pulak kite yer...sebelum ni kita terpisah antara lautan....hehehe;)


Saturday, April 20, 2013

~Career Pathway~


Sebagai seorang doktor tentunya mempunyai hala tuju atau career pathway untuk jangka masa panjang. Tidak semestinya kerjaya doktor sahaja, tetapi bidang lain juga mempunyai hala tuju kerjaya masing-masing.

Di sini saya nak kongsikan career pathway sebagai seorang doktor. Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja sebagai seorang doktor dan tidak kena mengena dengan pihak lain. Dari pandangan saya, setelah mendapat sijil perakauan amalan penuh dari MMC atau lesen di mana seseorang itu boleh mengamalkan ilmu perubatannya secara sah ada 2 cabang yang boleh dipilih di mana seseorang itu mahu meneruskan perkhidmatannya iaitu Government atau Private Sector. Sekiranya memilih untuk meneruskan khidmat dengan Govenrment, kebiasaaanya seseorang itu akan memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Master atau doktor pakar. Ada juga segelintir yang terus berkhidmat sebagai Medical Officer untuk jangka masa yang agak lama. Tidak di nafikan ada juga doktor pakar yang menyambung perkhidmatan di sektor swasta di mana ganjaran yang lebih mahal diberikan bergantung kepada bidang masing2. Peluang untuk mendapat 'offer' dari sektor swasta amatlah tinggi terutamanya dalam bidang 'surgical' di mana ganjaran yang diberikan juga agak lumayan. Ada juga yang lebih minat untuk membuka klinik sendiri atau menjadi General Practioner (GP)
Ini adalah gambaran secara kasar tentang career pathway sebagai seorang doktor. Terdapat juga cabang yang lain yang dipanggil non clinical di mana ia melibatkan administration dan public health.
Setiap cabang ada pro dan contra yang tersendiri. Bergantung kepada individu itu untuk memilih yang sesuai dengan diri masing-masing.

Apakah hala tuju saya pula?

Sekarang sudah tiba masanya saya menentukan hala tuju kerjaya saya untuk jangka masa akan datang. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun ke 5 saya berkhidmat sebagai seorang doktor dan sudah berkhidmat di 2 buah hospital berlainan iaitu Hospital besar Sultanah Nur Zahirah dan sekarang ni di Hospital daerah Hulu Terengganu.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya dalam membuat keputusan yang terbaik.
Banyak faktor yang saya kena pertimbangkan sebelum membuat keputusan. Sebagai seorang ibu dan isteri juga tentulah saya memilih untuk mengutamakan family terlebih dahulu tetapi tidak mengabaikan kerjaya saya sebagai seorang doktor. Memang agak sukar untuk menunaikan tanggungjawab kerjaya seiring dengan tanggungjawab terhadap family. Mesti salah satu diutamakan tetapi tidak mengetepikan tanggugjawab yang satu lagi. I will try my best! 

Semoga diri ini dapat membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan keluarga tercinta, insyaAllah.
Bantulah hambaMu ini Ya Allah....
Berilah yang terbaik untuk kami sekeluarga,ameen.

~Komputer Ajaib~


Assalamualaikum teman2 semua!

Lame betul kucing samo ni tak berblogging kan...bab kate HainomOkje dalam n3 die,,  PinkyCat ni sekejap tenggelam sekejap timbul;p

Bukan tak nak berblog tapi kesibukan mengatasi hasrat untuk berblogging. Sebenarnya banyak yang saya nak cerita tapi tak sempat nak taip.
Kalau ade komputer atau lad top yang di reka di mana kita hanya cakap je pastu terus keluar ape yang kite cakap tu dalam bentuk yang dah siap ditaip best jugak kan. Boleh jugak saya siapkan medical report yang saya kena buat tu dengan cepat. Cuma cakap je kuat2 pastu komputer tu translate ape yang kite cakap tu dan keluar tulisan yang dah bertaip....CEPAT! tak perlu tekan2 keyboard kan? Hahahah....
Dah2, Jangan nak berangan lah kucing samo wehhh!

Cepat siapkan medical report tu...esok nak pergi bercuti! yeaaayyyy!

* Sebenarnya PinkyCat tengah rindu kat teman2 blogger semua ni. Rindu nak jenguk blog2 korang semua tapi belum sempat nak jenguk lagi. Nanti bile ade kesempatan Pinkycat singgah ye. Kalau lama tak singgah tu bukan bermakna Pinkycat dah lupakan korang tau....Cuma kadang2 tu agak BZ sedikit. Apepun, korang sentiasa di hati! Muuuaaahhhhh!
Terima kasih sangat2 kerana sudi datang jenguk dan bertanya khabar Pinkycat di sini:)

Semoga ikatan yang terjalin berkekalan:)

Friday, April 12, 2013

~Bersyukurlah....~



Saya baru sahaja pulang ke rumah dari bertugas di klinik sebentar tadi. Ada 1 kisah yang nak dikongsikan pada malam ni. Kisah ni terjadi di klinik tempat saya bertugas malam ni. 

Ada seorang ibu terus meluru  membawa masuk anaknya yang berusia dalam lingkungan 2 tahun.  Ibu ni terus potong turn pesakit2 lain. 

Dia membuka pintu sambil berkata dengan keadaan yang gelisah" Doktor, anak saya bernafas tak elok sejak petang tadi". 

Saya pun terus periksa paru2 kanak2 tersebut. Memang dengar pernafasannya ada masalah. Nampak kanak2 tu pun agak tercucungap2 nak bernafas (tachypneic).

Saya suruh staff bagi nebulizer (ventolin). Lepas sedut neb tu nampak lebih lega berbanding keadaan awal tadi. Saya menasihatkan ibu tersebut membawa anak tu terus ke hospital kerana anak tersebut perlu di masukkan ke wad sebab ada tanda2 jangkitan kuman di paru yang agak serius di mana rawatan IV (intravenous) antibiotic diperlukan.

Tetiba ibu berkata, "doktor, saya tak dapat pergi ke hospital malam ni. Saya naik motosikal je datang sini. Takde kereta" Kesian tengok ibu dengan keadaan yang sangat risau. Sanggup datang bawa anak dengan keadaan yang tercungap2 untuk dapatkan rawatan dengan  motosikal. 

Satu kisah yang lain, kisah ni berlaku di hari raya ketika kami keluar beraya dengan kereta. Pada waktu tu saya meriba Aliya di seat sebelah di mana En. Hubby drive kereta. Teiba ternampak 1 family di mana si ayah menunggang motosikal, seorang anak dalam raga motor dan di belakang sekali adalah si ibu. Antara si ayah dan si ibu tu ade seorang lagi anak kecil dikendong oleh si ibu. Kesian sangat tengok... Kalau diorang ada kereta tak kan diorang nak naik motosikal dengan keadaan macam tu kan.  Dah di kira lebih muatan tu. Tapi demi nak beraya sekali satu family, kena jugak buat macam tu.


Terdetik dalam hati, bertuahnya Aliya berbanding anak2 kecil yang duduk dalam raga motor tu. Sejak lahir lagi bila berjalan2 keluar rumah mesti Aliya akan naik kenderaan yang berbumbung dan ada tayar 4 ni.  Belum pernah lagi Aliya kena duduk dalam raga motor dan di simbahi panas cahaya matahari macam kanak2 tadi.  Bertuahnya keluarga kami... Alhamdulillah.  Banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kami... Bukan setakat 1 tapi dua kenderaan berbumbung yang Allah anugerahkan kepada keluarga kami untuk kemudahan kami bergerak.

Kisah ni sekadar renungan untuk semua di malam jumaat ni....hehe. Muhasabah untuk diri saya juga.





Bila kita rasa diri kita di atas tengok lah keadaan orang di bawah kita untuk menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat dariNYA. 
Tapi jangan kita lupa untuk lihat orang yang berada di atas kita sebab kejayaan mereka akan mendorong kita untuk terus berusaha meningkatkan hidup kita:)





Marilah kita sama2 menjadi insan yang sentiasa beryukur kepadaNya, insyaAllah:)








~HarGaiLaH Apa YanG KiTa Ada....~



Assalamualaikum teman2 semua!

Lame betul rasenye tak bersiaran ke udara...
Ade tak yang rindu kat kucing samo ni?meow meow meooowww;p
Apepun kucing samo ni rase rindu kat teman2 semua sebenarnya...hikhik;p

Bangun pagi tadi ingatkan nak sambung bertapa dalam gua batu... Tetiba dapat email dari En. Google yang bagitahu ade orang datang kat teratak kaler PINK ni... Bukan dari orang yang duk dalam peti sejuk tu tau...ihiks...dengar kata orang dalam peti sejuk tu tak dapat nak tinggalkan komen ye...betul MFM?


Ni die orangnye... Cik Puan Hainom OKJe.! (ade gelaran baru untuk U hari ni...ihiks)
Bile dapat emel tu terus keluar dari gua batu duk ngadap depan desktop ni hah...

Sebenarnya kucing samo ni tak berapa sihat minggu ni...DEMAM....huhu.... Ade jugak masalah lain yang berlaku... Semua tu adalah dugaan kan... Dugaan dari Allah untuk menguji tahap kesabaran hambaNya....

Alhamdulillah, sekarang ni kacing samo dah rasa sihat semual dah. Masalah dugaan yang melanda pun dah pergi jauh...Alhamdulillah:)




Hargailah dengan apa yang kita ada sekarang...  Bersyukurlah kepadaNYa....
Nasihat untuk diri ini juga:)

Semoga hidup kita sentiasa dalam lindungan Allah, ameen:)

Monday, April 8, 2013

~CuTi Yang TiDak DiRanCanG~


Hari ni (7.4.13) saye post call setelah back to back 2 hari on call. Pagi tu rasa berdenyut2 kepala ni... Memang dari semalam lagi rasa tak sihat, hampir2 nak pitam... rasa gelap mata sekejap mase time on call petang semalam. Ingatkan tak berterusan la sampai ke hari ni...

Pikir punya pikir... dapat ke terusakn kerja hari ni. Time pikir tu memang duk kat spital lagi lahh. Ye lah. post call kan dan sepatutnya masih perlu teruskan kerja lagi hari ni. Cuma kalau post call ni kena kerja half day je lah. Petang tu boleh off. Tapi larat ke nak kerja ni. Ahhh... Malas lah nak pikir, (cetus dalam hati...). Lantas terus bagitahu Big Bos yang saya rasa tak sihat, memang tak larat sangat2 dah ni. (macam ala2 novel plak ayat n3 kali ni kan...haha;p).

Memang rasa bersalah nak amik cuti ni. Cuti yang tidak di rancang.... TAk suka buat macam ni tau! (bisik dalam hati lagi).  Apepun bincang dengan Big Bos dululah. Lagipun post call, rugilah kalau amik cuti kan... sebab memang dah boleh dapat PM off kan hari ni...


Alhamdulillah, nasib baik sungguh. Big Bos suruh balik rehat kat rumah. Siap kata Take Care lagi tu! BAgus betul Big Bos saye ni kan.  Terus sign borang cuti.... Hehehe. TQ bos sebab memahami! suke tau dapat bos yang baik macam ni:)

Apalagi terus start enjin kereta balik rumah la.... Memang rehat sepuas-puasnya hari ni. Ni dah pukul 1 pagi. Bukan masih tak tidur tapi baru bangun dari tidur yang lena....Hahaha.

Oklah, Kucing samo nak sambung beradu semula ye.
Nanti bile 'kucing samo' sihat, kucing samo akan berBW ke blog teman2 ye.... C U!:)


*Ini mungkin kesan dari kerja yang berterusan hampir 2 minggu tanpa cuti kot... Last week pun saya on call weken, kali ni pun saya on call jugak  weken. Ingatkan diri ini mampu tapi rupanya tak mampu...huhu. Dah berumur la kot...kuang3;p

Wednesday, April 3, 2013

~HaPPy BirThDaY!!!~



Hari ni 3.4.2013.... Hari dalam sejarah! Hahaha.. Takdelah sejarah mane pun kan. Cuma hari ni parlimen di bubarkan jer! (tetibe mencelah bab politik sikit;p)

Sebenarnya hari ni adalah hari ulangtahun En. Hubby yang tercinta!

Maksudnya meningkatlah satu angka umurnye ye....
Nak tahu umurnye berapa? Rahsia...
Kalau kalian bijaksana cuba teka! kuang kuang kuang;p

Alhamdulillah, di kurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.

Happy birthday abang!

Love U so much!

Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, insyaAllah:)

Saya takdelah buat sambutan special untuk birthday kali ni sebab masing2 kerja hari ni. Kami dah merancang untuk celebrate birthday 3 in 1 pada hujung bulan April ni di Sabah, insyaAllah.

Kenapa 3 in 1? Cuba teka...

Taknak teka lah tu...;p

Meh nak bagitahu....Ini adalah kombinasi birthday Aliya, En. Hubby dan mak saye. Kebetulan tarikh birthday 3 insan terpenting dalam hidup saya ni dekat2 je tarikhnya. Tiket flight dah tempah....InsyaAllah 22 hb april ni sampai lah kami di Sabah.

Bile cakap bab sabah ni teringat plak kat atieyusof. Mane tahu kot2 terserempak dengan teman blogger saya nanti. Hahahaha....(berangan;p)



Ni gambar yang kitorang ambil pada malam birthday En. Hubby. Tengah tengok movie 3D kat mesra mall, kemaman. hihi....  dah nampak berumur dah bile tengok gambar ni kan.... Tapi boleh kire muda lagi ni kalu ikut umurnya..eceh:)


Di kesempatan ini (ayat skema;p) saya juge nak ucapkan selamat hari lahir kepada juara bertahan di carta TOP 10 Blog Kaler PINK ni iaitu hainomOkje! Happy birthday laling! semoga sentiasa happy dan OK di samping keluarga tersayang!hehehe... kebetulan tarikh birthday same yer;)




Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...