Saturday, April 20, 2013

~Career Pathway~


Sebagai seorang doktor tentunya mempunyai hala tuju atau career pathway untuk jangka masa panjang. Tidak semestinya kerjaya doktor sahaja, tetapi bidang lain juga mempunyai hala tuju kerjaya masing-masing.

Di sini saya nak kongsikan career pathway sebagai seorang doktor. Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja sebagai seorang doktor dan tidak kena mengena dengan pihak lain. Dari pandangan saya, setelah mendapat sijil perakauan amalan penuh dari MMC atau lesen di mana seseorang itu boleh mengamalkan ilmu perubatannya secara sah ada 2 cabang yang boleh dipilih di mana seseorang itu mahu meneruskan perkhidmatannya iaitu Government atau Private Sector. Sekiranya memilih untuk meneruskan khidmat dengan Govenrment, kebiasaaanya seseorang itu akan memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Master atau doktor pakar. Ada juga segelintir yang terus berkhidmat sebagai Medical Officer untuk jangka masa yang agak lama. Tidak di nafikan ada juga doktor pakar yang menyambung perkhidmatan di sektor swasta di mana ganjaran yang lebih mahal diberikan bergantung kepada bidang masing2. Peluang untuk mendapat 'offer' dari sektor swasta amatlah tinggi terutamanya dalam bidang 'surgical' di mana ganjaran yang diberikan juga agak lumayan. Ada juga yang lebih minat untuk membuka klinik sendiri atau menjadi General Practioner (GP)
Ini adalah gambaran secara kasar tentang career pathway sebagai seorang doktor. Terdapat juga cabang yang lain yang dipanggil non clinical di mana ia melibatkan administration dan public health.
Setiap cabang ada pro dan contra yang tersendiri. Bergantung kepada individu itu untuk memilih yang sesuai dengan diri masing-masing.

Apakah hala tuju saya pula?

Sekarang sudah tiba masanya saya menentukan hala tuju kerjaya saya untuk jangka masa akan datang. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun ke 5 saya berkhidmat sebagai seorang doktor dan sudah berkhidmat di 2 buah hospital berlainan iaitu Hospital besar Sultanah Nur Zahirah dan sekarang ni di Hospital daerah Hulu Terengganu.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya dalam membuat keputusan yang terbaik.
Banyak faktor yang saya kena pertimbangkan sebelum membuat keputusan. Sebagai seorang ibu dan isteri juga tentulah saya memilih untuk mengutamakan family terlebih dahulu tetapi tidak mengabaikan kerjaya saya sebagai seorang doktor. Memang agak sukar untuk menunaikan tanggungjawab kerjaya seiring dengan tanggungjawab terhadap family. Mesti salah satu diutamakan tetapi tidak mengetepikan tanggugjawab yang satu lagi. I will try my best! 

Semoga diri ini dapat membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan keluarga tercinta, insyaAllah.
Bantulah hambaMu ini Ya Allah....
Berilah yang terbaik untuk kami sekeluarga,ameen.

12 comments:

  1. Amin... semoga diberi petunjuk utk memilih jalan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  2. jika niat kita mulia...in sha Allah...semua akan dipermudahkan...gud luck dear..

    ReplyDelete
  3. salam pc..
    pilihlah yg terbaik tuk diri & family..ingat kawan sy dl dentist, keje bbrp tahun amek master...rsnya skrang dah jd lecturer lak kot..good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...apepun family is the most priority:)

      Delete
  4. Mudah2an PC dpt buat keputusan yg terbaik demi keluarga tersayang & juga kerjaya...
    InsyaAllah niat murni utk berkhidmat sbg doktor itu akan mendapat ganjaran pahala seiring dgn family ya...
    good luck...:)

    ReplyDelete
  5. Apa agaknya hala tuju PC ni yeh....
    Ohhh.... okje dah tau dah..... ingat lagi....PC nak bukak klinikkan. Dah siap ke belum klinik tu.....bila nak launch tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade jugak org ingat plan PC ye...hehehe...
      ni suke kat Okje ni:)
      insyaAllah, ade rezeki hujung tahun next year laling. tunggu ye:) nnt I jemput U:)
      semoga dipermudahkan:)

      Delete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...