Oleh kerana sejak semalam sakit tekak
ni, terfikir nak bercerita pasal Acute tonsilitis sebab ade kaitan dengan sakit
tekak ni. Dan kira common jugakla jumpa
pesakit yang datang dengan sakit tekak ni ade acute tonsilitis.
Mula2 nak kongsi satu cerita benar
di klinik….
PiNkYCaT ni setiap kali nak cerita
bab2 penyakit ni mesti mula dengan satu cerite dulu ek….layan je lah ye;)
Ada satu ketika tu seorang pesakit
berkata kepada saya “patutla doktor tak bagi saye ubat, bagi aiskrim je”hehe.
Apa kaitan aiskirim dengan acute tonsitlitis ni ye… Jom kite bace entry ni
sampai habis;p
Apa itu Acute Tonsilitis?
Acute Tonsilitis ialah radang
(inflammation) yang bianya disebabkan oleh jangkitan kuman di kelenjar tonsil.
Semua orang ade sepasang tonsil. Kalau tak percaya cuba nganga mulut tu luas2
depan cermin dan tengok kat dalam kerongkong sebelah kiri dan kanan tu ade
ape…hehe. Mesti tak nampak kan… Kalau tak nampak tu kira OK la tu… Bila terkena
jangkitan kuman, tonsil ini akan membengkak.merah dan kemungkinan boleh ada pus atau nanah.
Bila ada nanah tu maknanya dah ada jangkitan bacteria lah tu. Tanda2 lain
jangkitan bacteria ialah demam yang tinggi (>38 c). Tonsilitis juga boleh
disebabkan oleh kuman viral.
![]() |
| contoh gambar bacterial tonsilitis (ambil dari En. Google) |
Apakah tanda2 acute tonsillitis?
Biasanya sakit tekak la kan. Nak
makan rasa sakit dalam tekak tu. Selera makan kurang. Demam. Sebab dah ada
jangkitan kuman mestilah suhu badan kita akan naik sebab sistem pertahanan
badan kita tengah bekerja untuk lawan jangkitan kuman tersebut. Bagi kanak2 yang kecil biasanya mereka akan
kerap muntah, terutanya bila suap makanan. Yelah, kanak2 kecil mana boleh
cakap lagi kan nak bagitahu dia sakit tekak. Hehe... Kalau ada tanda2 ni sila
bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Batuk juga adalah tanda2 acute tonsilitis
tonsillitis.
Perlu ke ambil antibiotik?
Jawapannya ialah bergantung
kepada jenis jangkitan. Kalau ade tanda2 jangkitan kuman bacteria kenalah
makan antibiotic. So, kena dapatkan rawatan dengan doktor dahulu untuk dapatkan
kepastian. Ubat antibiotic tak boleh ambil sewenang2nye tau. Nak tahu kenapa
boleh klik DISINI. Kalau cuma jangkitan viral tak perlu
makan antibiotik. Kebiasaanya jangkitan viral adalah 'self limiting'. Ia akan
hilang selepas 3-5 hari, insyaAllah.
Apa pula rawatannya?
Pesakit akan di berikan antipyretic
iaitu ubat demam dan ubat untuk legakan sakit tekak. Ubat antibiotik akan di
berikan sekiranya ada tanda2 jangkitan kuman bacteria. Pesakit juga di
nasihatkan untuk minum banyak air masak.
Apa kaitan Acute tonsilitis
dengan aiskrim?
Kalau nak tahu saya selalu galakkan
pesakit yang kena acute tonsillitis ni terutamanya kanak2 untuk makan aiskrim.
Sebenarnya aiskrim ni dapat bagi 'cooling affect' (sore throat relief) kepada
kanak2. Ia dapat mengurangkan rasa sakit tekak tu. Selain tu, dapat menambah
selera kanak2 ni kan. Kanak2 mana yang tak suka aiskrim kan. Betul tak? Masa
saya kerja kat wad pediatrik dulu (wad kanak-kanak), aiskrim cup (aiskrim dalam cawan kertas bulat tu) memang di order
khas untuk pesakit Acute tonsillitis kat dalam wad tu.
Tetapi AWAS!kalau kanak2 tu ada
penyakit asthma(lelah) dan tak boleh dengan makanan sejuk jangan bagi pulak
aiskrim ni ye. Nanti kan boleh exacerbate pulak asthma nye...
Ni aiskrim yang saya makan masa
tengah sakit tekak ni. Bila makan aiskrim ni teringat masa zaman budak2 dulu
mak selalu buat aiskrim dalam plastik ni letak dalam peti sejuk tu. Lepas balik
dari sekolah terus ngap! Orang panggil aiskrim ni aiskrim 10sen sebab dulu
aiskrim ni harga dia 10 sen je:)
Sekadar perkongsian....hehe:)


