Entry ini adalah ekoran pertanyaan tentang penyakit air kencing tikus yang diajukan oleh kawan baik saya suryani sebentar tadi di laman FB. Katanya ada tikus mati dalam takungan air rumah dia..hehe..risau jugak tu:) Jangan risau ye...jom kita baca sama2....
Ini adalah sedikit keterangan tentang penyakit leptospirosis atau dalam bahasa mudahnya air kencing tikus yang dapat saya kongsikan. Penyakit ni jarang berlaku tetapi sekiranya berlaku ia boleh membawa maut...
Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies
dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape). Ianya boleh berjangkit secara direct contact
Faktor risiko:
•
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani,
penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong
kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
•
Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan
seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap
air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti
tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air
kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk
dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Gejala Penyakit :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2.
Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4.
Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit
tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6.
Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran
limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot,
perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.
Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).-->TWC meningkat
2. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
3. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
4. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).-->test ini agak costly dan dibuat untuk kes tertentu(higly suspicious)
6.
Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap
(dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7.
Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui
darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan
pengesanan makmal diperlukan.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.
Prognosis:
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
Komplikasi:•
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang
Rawatan
Ubatan
Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan
erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan
sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan
Elakkan
mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di
kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang
berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko
mendapat pe nyakit.
Ok, itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Di harap dapat membantu kawan2 saya:)
Jangan risau ye sue!:) Kalau ada tanda2 penyakit terus pergi ke hospital ye...dont worry:)
Kat rumah saya pun sering dimasuki tikus tanah, buat hati saya tak senang bila duk pikir pasal kesan air kencing tikus ni. Macam2 kes dah dengar.
ReplyDeleteyg ptg kena jg kebersihan bekalan air...klu ade tanda2 jgkitan kena segera dptkan rawatan...prevention is better than cure...hehe:)
ReplyDeleteOk, take note about this. :)
ReplyDelete