Saturday, January 12, 2013

~Di Gigit Kucing~

Semalam masa saya tengah on call tiba2 dapat panggilan telefon dari bos saya.

Me: Hello..
Bos: hello, awak busy ke?
Me: Kenapa?? (aih tak menjawab soalan ni, saya pulak yang tanya bos balik...hihi)
Bos: U boleh toleng inject I tak?
Me:  Inject apa?
Bos: Tolong inject ATT, i kena gigit kucing....
Me: Teruk ke?
Bos: Teruk jugak ni. bengkak dan kebas dah tangan...
Me: Ok, datang hospital stat nanti i tengok...(mengarahkan bos pulak ye...;p)

Itulah senario semalam. Berdebar jugak nak inject bos sendiri ni. nerves betul tapi buat2 cool. haha. Bukan tak berani nak inject dia tapi sebab dia 'bos' rasa lain macam pulak....haha;p

Mungkin ada yang kata, "ala...kena gigit kucing je pun..."Kadang2 ada yang selalu pandang ringan bila terkena gigitan kucing ni. Ketahuilah bahawa gigitan tersebut boleh mengundang bahaya sekiranya tidak dirawat dengan betul. Rawatan bergantung kepada severity(keterukan) gigitan tersebut. 

Ni ada sedikit info untuk di kongsikan. Sebenarnya kucing boleh menyebarkan kuman “Bartonella Henselae” (B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan menyebabkan kematian. Ia dikenali sebagai at-scratch disease (CSD)  atau penyakit cakaran kucing. Meow! Ia dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing

Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kucing Parsi yang comel tu pun boleh ada tau. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada B.henselea berbanding kucing dewasa.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada B,henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.

Langkah pertama yang perlu di lakukan bila di gigit kucing ialah BERSIHKAN kawasan luka dengan air bersih. Kemudian KERINGKAN dengan kain bersih.(jangan guna kain lap pinggan pulak...mentang2 la yang tu senang nak capai dulu...hehe). COMPRESS kawasan luka sekiranya ada darah yang mengalir dengan kain bersih. SAPUKAN antiseptic sekiranya ada. di rumah. Kalau tiada antiseptic jangan sapu sebarangan minyak tau. Ingat pesan PiNKyCaT ni ye:)

Kebanyakan daripada kita tidak mendapatkan rawatan apabila terkena gigitan tersebut. Walaubagaimanapun, tidak mendapatkan rawatan bukan masalah besar jika tidak timbul sebarang komplikasi. Apatah lagi CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan sekiranya tiada komplikasi.

Ok, bilakah masanya kita perlu mendapatkan rawatan di hospital?

Jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Sekiranya kita mengalami gejala2 jangkitan kuman seperti demam, letih, kurang selera makan, kelenjar limfa membengkak, sakit sendi/tulang, dan bengkak yang sakit dan tidak surut dalam tempoh beberapa hari(biasanya dalam tempoh 2 minggu) maka perlulah segera mendapatkan rawatan. 

Apakah komplikasi dari gigitan kucing ini?
Komplikasi sangat jarang berlaku. Selama saya bertugas di hospital ni belum pernah lagi saya menerima pesakit yang mengalami komplikasi yang teruk dari gigitan kucing. Tetapi ia boleh berlaku....

Komplikasi CSD (severe complication)
1) Jangkitan kuman pada kulit otak atau pada otak (meningitis dan encephalitis). Ia berlaku pada tiga hingga lima peratus pesakit yang dijangkiti.
2) Radang pada retina mata

Komplikasi yang biasa(not severe) berlaku ialah jangkitan kuman di kawasan luka gigitan dan boleh menyebabkan bernanah.  Rawatan antibiotik di perlukan sekiranya berlaku keadaan ini.

Berdasarkan praktis di hospital, apabila pesakit yang terkena gigitan kucing  datang ke hospital (biasanya pesakit yang datang dapatkan rawatan mengalami kesan gigitan yang teruk, kalau tak teruk mesti tak datang kan...hihi)  doktor akan memberikan satu injection IM ATT dan oral antibiotik (bergantung kepada severity kesan gigitan tersebut).

Ok lah, sekian sahaja info untuk kali ini. Saya nak kemas2 barang nak balik rumah pulak ni. Hari ni boleh balik awal sikit sebab hari ni hari sabtu...hehe. Suke...:-)
Di harap info di atas dapat membantu kita atau family kita sekiranya terkena gigitan haiwan peliharaan kita.

PiNKyCaT tak gigit orang tau....hihi;p


5 comments:

  1. Menakutkan jugak ye, pernah tengok kucing muntah dan dalam muntahan tu ada cacing. Ishhh, duk teringat g benda ni. :)

    ReplyDelete
  2. Kena gigit kucing 2 hri lps. Trus dptkan suntikan ATT tp doc x bg antibiotik. Lps sehari jari bngkak dgn truk sekali. Prgi bhg emergency hosp sg buluh....dpt mc 4 hri. Trauma juga.

    ReplyDelete
  3. If pregnant masa kne gigit ank kucing,ada kesan x pada baby?event luke x mradang bnanah or laen2.tq

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..tumpang tanya..Awak dr ke..sebenarnya kalau kena gigit kucing kena jumpa.pakar dalam.bidang apa.saya dah 2 bulan kena gigit kucing belum baik lagi luka tu masih basah..saya jumpa dr orthopedix

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...