Tuesday, February 5, 2013

~GoTonG- RoYonG HHT~



Assalamualaikum teman2 blogger semua!

Hari ni saya nak kongsikan sedikit cerita di sebalik program gotong royong dan membina taman therapeutic di hospital saya ni pada 31.1.13 (cantik la plak tarikh ni bila taip…kihkih). Baru2 ni saya dah war-warkan di entry ‘musang king’ tu… Klu ade yang terlupa sila klik semula.hihi.

Alhamdulillah, program tu berjaya walaupun ade sedikit kerja2 yang tidak dapat disiapkan pada hari tersebut seperti aktiviti mengecat dan labeling pokok2 herba.
Majlis di mulakan dengan senam aerobik di bilik UPCK. Lebih kurang 30 orang staff datang termasuk peserta dari luar. Terima kasih kerana datang membantu kami sambil membuat kerja amal untuk pesakit2... Hehe… Mase senam aerobic tu saya duk baris belakang skali sebab malu takut tersilap langkah. Ye la saye ni dah lame tak senam aerobic ni. Kahkahkah…Last skali mase zaman matrikulasi dulu. Bayangkan berapa tahun dah tak buat. Tapi saya bersenam tau , cuma style je lain… Kalau tak bersenam manakan dapat maintain ideal body weight ni…(ideal la sangat kan;p) haha....

Lepas senam aerobic tu kami melantak pulak mee hoon goreng sepiring. Top up balik kalori yang di bakar tadi…hampeh! Tapi takpe, nanti kita bakar lagi kalori dengan angkat cangkul!

"kite agih2kan tugas dulu,saye tukang tengok kamu semua angkat cangkul ye"

Alhamdulillah, cuaca agak mendung pada hari tersebut. Selalunya panas….tapi hari tu cuaca best. Cuma ada hujan rintik2 mase tengah buat kerja tu. Walaupun hujan rintik2 kerja tetap di teruskan. Kagum dengan semangat yang diberikan oleh staff ni. Sampai menitik peluh2!

Ni adalah kawasan untuk di jadikan taman therapeutik. 


Agak kosong kan… Kami akan tukarkan kawasan kossong ni menjadi cantik bagi kesejahteraan pesakit2 kami.  Mula2 kami bersihkan kawasan ni dan ratakan tanah2 supaya senang nak hias kawasan ni.  Mase tengah clear kan kawasan ni ade satu gergasi besi yang menghalang. Gergasi ni dah lame ade kat situ, macam menghalang kerja2 kami menghias taman ni. Ye la…gergasi besi dah la guna banyak ruang pastu tak cantik plak tu. Terpaksala buang dulu gergasi besi ni. 

Ni dia gergasi besi tu








Bukan senang nak cabut gergasi besi ni. Dahla tapak kaki dia tanam dgn semen dalam2 kat dalam tanah tu. Gali punya gali, pastu tarik2 tak juga goyang...



Ape lagi, tak de cara lain dah…kite potong je!


Staff bergilir2 memotong sebab gergasi besi tu ade 4 semuanya. Peluh menitik2…kesian plak tengok:)

Ok lah cerita pasal landscape taman therapeutic ni plak. Pelan Landscape ni dilukis oleh pelukis kami iaitu SN Laila. Tak perlu bayar upah pelan…hehe;) Pakat2 adjust sendiri susun atur pokok2 bunga, hiasan, dan etc. Ade tempat untuk refleksologi tau!

ni die tempat refleksologi tu...

Kawasan sebelahnya pulak dijadikan taman herba. Macam2 pokok herba yang kami tanam termasukla mas cotek!hihi… Saya panggil pokok ni pokok perempuan. Tak tahula kenapa… Bile staff tanya ni pokok ape saya jawab ni pokok untuk perempuan…hihi.

Ni kawasan taman herba sedang dibersihkan. Kelihatan beberapa pesakit turun menolong. Pesakit ni dah stabil tau. Kalau yang tak stabil tak boleh join ni. 




Memong seronok aktiviti gotong royong ni. Sama2 bergilir cangkul tanah, pastu tanam pokok sama2. Ade percanggahan idea juga masa nak susun pokok2 ni semua. Biasala masing2 ade angle view yang tersendiri.

Kerja punya kerja tak sedar dah masuk pukul 1 tgh hari. Tengah hari tu kami di jamu dengan nasi dagang pemberian dari keluarga salah seorang pesakit kami. Sedap…erk, Alhamdulillah kenyang….hikhik

Lepas kenyang tu terukan lagi aktiviti menyiapkan taman tu. Ade yang bancuh semen untuk ikat batu bata tu, ade yang buat tempat refleksologi, dan ade yang angkut tanah dan tanam pokok2 yang di ambil dari Jabatan pertanian hari tu. (klik di entry musang king)



 
Dalam pukul 3 pm kami semua berhenti berehat, tak larat dah…berpeluh satu badan. Saya dah lama tak pegang cangkul…tetiba hari tu dpt peluang pegang cangkul…
Nak tengok pokok yang saya tanam….

Ni dia pokok ciku yang saya tanam. Moga2 lebat dan manis la buahnya nanti…macam orang yang tanam tu…hehehe:)

Ni Taman yang dah 70% siap. 



Cuma belum cat2 lagi pagar kecil tu dan belum letak label pokok2.

Dari kawasan yang kosong kini dah ada isi… hihi
Jutaan terima kasih kepada semua staff yang terlibat…jasa korang tetap di kenang. Kami abadikan nama2 kami di sini…hehe


yg ni hasil air tangan SN Martiniey:)
Takde kerja lain dah nak conteng2…hikhik;p

Kami tetap seronok walaupun bermandi peluh!

10 comments:

  1. Bagus nya aktiviti mcm ni...dapat memupuk semangat kerjasama di antara sesama...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl3...dapat mengeratkan hub. antara staff jgk:)

      Delete
  2. sempat lantak mee goreng lagi hehe
    best gotong royong ramai2 mcm ni kan..
    kerja pun cepat siap tambah2 lagi dgn cuaca yg tak panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, bl semua sepakat kerja akan jadi lebih mudah:)

      Delete
  3. Alhamdulillah, ramai yang turun mencurah tenaga.. siap pesakit pun naik semangat nak tolong sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...semua semangat buat kerja, tu yang seronok tu:)

      Delete
  4. Ni memang betul-betul tulis atas batu tu PC...hehe.. buat kenang-kenangan
    konon2 menyangkullah sangat tu hehe...
    Best jugak sesekali bergotong royong ni ... boleh keluar peluh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kenangan Okje...:)
      nnt bile dah tak kerja kat situ lg, at least ade jugak tinggal name walaupun kat batu je....hikhikhik;p

      Delete
  5. Sekejap je bertukar wajah kan.. Seronok sebenarnya xtvt cam ni, memang boleh mengeratkan hubungan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...penat tp seronok buat kerja ramai2!;)

      Delete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...