Tuesday, January 29, 2013

~MuSanG KinG~

Hari ni saya pergi ke tapak semaian Jabatan Pertanian Ajil.




Aik, macam pelik kan bile doktor pergi bertugas kat tapak pertanian pulak. hehe.
Mahu merawat pokok2 yang sakit kah? hikhik;p
Tentulah tidak sama sekali....
 Di luar bidang kuasa doktor bab2 pertanian ni. Tambahan pulak saya ni memang tak reti sangat bab2 cucuk tanam ni.  hehehe....

Sebenarnya jabatan saya kat hospital ni akan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar bangunan wad dan membina taman terapeutik bagi pesakit2 kami. Bagi membina taman terapeutik ni mestilah kena ada pokok yang terapeutik....hihi.

Dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, kami dapat mengambil serba sedikit pokok yang dirasakan sesuai untuk di letakkan di taman tersebut. Terima kasih kepada pengarah pertanian terengganu yang meluluskan permohon kami.
Apalagi, bila permohonan kami di luluskan, terus kami pergi ke tapak semaian pertanian yang terletak lebih kurang 7 km dari hospital kami iaitu tapak semaian pertanian Ajil ni. Kami pergi dengan 2 buah kereta dan sebuah van untuk angkut pokok2 tersebut. Saya naik kereta sekali dengan bos @ ketua jabatan saya la...hihi:) Malas nak drive kereta sendiri alang2 post call ni. Alasan...;p

Tugas seorang doktor bukan merawat pesakit dengan ubat je tau. Kadang2 kena merawat pesakit melalui kaedah psikologi. Ye lah, matlamat pembinaan taman terapeutik ni adalah bagi membantu pesakit2 di wad agar mereka tidak merasa bosan tinggal di hospital. Mestilah rasa bosan asyik duduk dalam wad je kan. Lagi stress rasanya bile terkurung je dalam wad tu. hehe... Kadang2 diorang nak jugak bersiar2 kat taman. Ada la jugak aktiviti yang boleh menenangkan hati dan perasaan mereka. Sambil tu diorang boleh bersama keluarga mereka yang datang melawat kat taman tu. Ni bagi pesakit yang agak stabil la dan masih memerlukan rawatan di hospital. Kalau tak stabil macam mana nak turun ke taman kan. hihi. Rasa lebih tenang bile tengok taman yang indah, secara tidak langsung dapat memberi aura yang positif ke dalam diri mereka, InsyaAllah.

Banyak jugak jenis pokok yang kami pilih. Antaranya ialah pokok puding (macam2 jenis,lupa dah nama pokok tu), pokok hiasan yang tinggi tu (lupe dah name ape, sememangnye tak tahu pun nama pokok tu,hihi), pokok bunga, pokok limau nipis, limau kasturi, ciku, dan mas cotek pun ade...hikhik. Saya pun seronok la angkut pokok2 tu semua ke dalam van, tak sedar dah kasut pun dah kotor. haha... tapi tak pe, keseronokan tu penting!sampai penuhsatu van tu dengan pokok2 yang kami pilih. Bagus betul kerjasama pegawai pertanian tadi.Semua ni percuma tau, alhamdulillah. Terima kasih atas sumbangan yang di berikan.

ni Staff nurse saye, beliau merangkap orang kuat untuk program ni...kagum dengan semangat die walaupun tengah sarat pregnant.hehe:)
 Alang2 dah pergi kat tapak pertanian ni saya pun teringin juga nak beli pokok2 ni. Geram rasenye bile tengok pokok2 yang banyak2 ni. Kalaulah dah ada rumah sendiri mesti seronok beli pokok2 yang cantik ni pastu buat taman sendiri. hihi...berangan la tu. Sebenarnya dari angan2 la semuanya bermula kan...betul tak:)

Saya tak beli pun pokok2 hiasan ni. Tunggu rumah sendiri siap dulu baru boleh beli. hehe. Masa tengah jalan2 kat tapak tu tiba2 saya terpandang satu label kat satu pokok tu....'DURIAN KUNYIT'
Saya pun tanya la pegawai tu, durian kunyit tu ape? first time dengar nama tu. Dia pun jawab 'ni la durian Musang King!' owwhhh...memang feveret saye la ni. kihkihkih. Tambah pegawai tu lagi, durian ni adalah durian klon D197. Asalnya dari Gua Musang. Nak tahu lebih lanjut pasal Durian King ni sila klik disini.




Ni lah anak pokok durian musang king yang saya beli. Nak tanam kat belakang rumah mak saya ni. hehe....
Saya cuma beli satu anak pokok ni je tau. Asalnya pegawai tu tak bagi beli sebab anak pokok yand ade tu terhad dan diorang kena hantar untuk projek kat Kenyir. Pujuk punya pujuk akhirnya dapatlah beli anak pohon ni dengan harga RM 3. Murahkan...:) Staff lelaki pun menambah, kalau mari dengan orang perempuan memang selalu tawar menawar. Ape2 je lah, asalkan dapat pokok durian tu. Harap2 pokok ni dapat tumbuk subur kat belakang rumah ni. Pegawai tu kata ambil masa lebih kurang 7-10 tahun kot nak dapat hasil. Kena jaga elok2 ni. Bukan senang nak dapat ni, kena pujuk memujuk baru dapat tau.hihi:). Boleh buat durian crepe banyak2.hehe...

Sampai berpeluh2 kami pilih dan angkut mana2 pokok yang berkenan ni. Lepas penuh satu van, kami pun bergerak pulang ke hospital. Singgah sebentar makan nasi ayam, tekak pun dah rasa haus. Bos belanje tau. Terima kasih bos!

Oklah, semoga program gotong royong jabatan kami yang akan di adakan pada hari Khamis ni berjalan lancar, insyaAllah. Dengar kata ade VIP nak datang, tak tahu la jadi ke tak. Apepun semoga program ni berjaya demi pesakit2 kami!



6 comments:

  1. Seronoklah perjalanan hari ni ye. Kiranya kita boleh lah beli anak2 pokok dari jab pertanian ye.

    7-10 tahun, lama gak tu baru dapat hasil, tapi masa sekarang ni sekejap je berlalu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang ckp boleh je kalau orang lain nak beli anak2 pokok kt jab pertanian ni...cuma kalau yg limited edition tu diorg tak bagi...hehe.

      Macam2 anak pokok ade...harga pun murah berbanding dgn beli kat luar. Hari tu mak PC beli kat luar anak pokok dlm RM 8 satu. kat jab pertanian ni average harga dalam 2-3 ringgit je:)

      Delete
  2. Kenapa femes sangat pokok puding nikan PC... hehe bila tgk pokok puding ni teringat macam kat kubur...
    Emmm... musang king ni memang femes sebab isi dia yg sedap dan tebal kot...tapi sampai sudah okje tak kenal jenis2 durian ni... makan ajelah taunya... janji sodap hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok puding ada macam2 jenis...staff pertanian tu ade bgth name jenis2 puding tu, tp lupe plak...payoh sgt nak sebut name2 jenis die...hehe. Puding ni senang nak tumbuh, jaga pun senang. Boleh jadi perhiasan sbb ade macam2 warna dan bentuk:)

      PC pun kenal musang king je...pastu durian kampung. sbb yang ni je best! yang lain tak kenal name..kihkih;p

      Delete
  3. musang king? best nyer siap dapat beli anak pokok lagi... dah la cuma RM3, murah sgt!
    Nanti mesti best kalau dah ada taman dalam hospital.. mmg tenang jer bila pergi taman... anak2 saya bila pergi taman, susah sgt nak ajak balik... suka sgt gamaknay boleh lari2 dgn bebas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..murah sgt kalau nak banding kt luar...lain kali beli kat jab pertanian je la. PC pun baru tahu harga diorg jual murah2...

      Harap2 ramai la yang datang tolong gotong royong esok ni!hehe...;)

      Delete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...