Wednesday, June 12, 2013

~SeJuK PeRuT Ummi.....~


NAk abadikan gambar yang membuatkan perutku terasa sejuk bile melihatnya di blog kaler PINK ni....

GAmbar2 ni di 'snap' oleh maksu Aliya semasa rombongan menghantar pengantin sepupu di Besut pada 1 Jun baru ni. Ummi tak pergi sebab tak sihat time tu...

Maksu Aliya 'snap' gambar ni mase diorang singgah solat kat masjid Al-Falah, Besut....









Alhamdulillah....

Sejuk ummi tengok gambar2 ni....

Patutlah sampai je kat umah Aliya terus mintak telekung... Kebetulan ade telekung kecik kat masjid, maksu Aliya pun pakaikan lah utk Aliya time nak solat tu. Sebelum ni Aliya solat kat rumah tak pakai telekung pun. Pakai baju biasa je tanpa telekung ikut ummi & abi solat:)

Syukur ke hadrat Allah usaha kami untuk ajar Aliya cara2 solat berhasil.

Pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar anak2 adalah  menggunakan teknik Pendidikan Melalui Tauladan seperti mana yang di ajarkan oleh Rasulullah untuk mengajar ummat terdahulu untuk bersolat.
Pada waktu tersebut ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana cara untuk menunaikan solat. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda " Solat lah kamu sperti mana kamu melihat aku bersolat"

Kami mula2 mendedahkan Aliya tentang solat sejak Aliya berumur 2 tahun sedikit demi sedikit... Hanya dengan mengajak Aliya untuk solat bersama sekiranya kami berada di rumah. Kami juga membeli VCD tentang cara2 bersolat untuk tontonan Aliya. Alhamdulillah, Aliya nampak berminat. Walupun kadang2 anak2 enggan untuk solat bersama ketika di ajak, maka tidak perlu PUSH anak2 tersebut. Hanya solat sahaja didepan mereka agar mereka dapat melihat apa yang kita lakukan semasa solat. Lama kelamaan mereka akan teringin untuk melakukan perkara yang sama bersama ibu bapa.

Sekarang Aliya dah berumur 3 tahun, alhamdulillah Aliya dapat ingat 'step2' dalam solat. Walaupun bacaan2 dalam solat Aliya belum dapat menguasai sepenuhnya lagi tetapi kami akan cuba luangkan masa yang amat terhad ini untuk didik Aliya sebaik mungkin.

Sekian sedikit perkongsian dari kami kali ini. Semoga Allah memberi kelapangan masa kepada kita semua untuk mendidik anak2 kita untuk menjadi anak yang cemerlang& terbilang di dunia dan akhirat, insyaAllah.

 Telekung yang dibelikan minggu lepas sebagai hadiah untuk Aliya sebab dah ingat step2 dalam solat:)

semoga anak Ummi & abi menjadi anak solehah & cemerlang di dunia dan akhirat, love U Sayang!:)

10 comments:

  1. Alhamdulillah, saya yg tgk pun tumpang rasa bahagia...

    ReplyDelete
  2. seronok kan bila anak anak nak bersolat tanpa perlu disuruh suruh..mmg sejuk perut ibu yang mengandungkan ni..

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat perut umi je sejuk perut auntie OKje pun sejuk jugak kalau cenggitu hehe

    ReplyDelete
  4. Alahai...comey. Moga jd anak yg solehah ye.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...sejuk hati melihat nya.. pa'e kekadang pandai malu bila ajak sholat bersama.. tapi bila sendiri kekadang pandai jg dia buat step2 sholat tu...:)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah syukur.. anak saya Alisya pun dah pandai nak solat... Alisya sebaya Aliya... :D

    ReplyDelete
  7. comel nya Aliya...semoga aliya menjadi anak yg solehah...

    ReplyDelete
  8. salam singgah...lamanya menyepi..

    ReplyDelete
  9. nur:alhamdulillah:)
    kak zue:tl tu kak zue..hati kite pun rase tenang dan happy
    okje:seronok rase OKje:)
    deno:alhamdulillah:)
    atie:takpe...pa'e masih segan2 nak tunjuk kat ibu die tu;)
    nora:alhamdulillah..salam ukhwah nora.nnt PC terjah teratak nors plak:)
    noe:insyaAllah:) rindu ke noe...hihi...sori sgt2 PC bz skit sejak kebelakangan ni...lame btl tak bukak blog kaler PINK ni:)

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...