Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Friday, April 12, 2013

~Bersyukurlah....~



Saya baru sahaja pulang ke rumah dari bertugas di klinik sebentar tadi. Ada 1 kisah yang nak dikongsikan pada malam ni. Kisah ni terjadi di klinik tempat saya bertugas malam ni. 

Ada seorang ibu terus meluru  membawa masuk anaknya yang berusia dalam lingkungan 2 tahun.  Ibu ni terus potong turn pesakit2 lain. 

Dia membuka pintu sambil berkata dengan keadaan yang gelisah" Doktor, anak saya bernafas tak elok sejak petang tadi". 

Saya pun terus periksa paru2 kanak2 tersebut. Memang dengar pernafasannya ada masalah. Nampak kanak2 tu pun agak tercucungap2 nak bernafas (tachypneic).

Saya suruh staff bagi nebulizer (ventolin). Lepas sedut neb tu nampak lebih lega berbanding keadaan awal tadi. Saya menasihatkan ibu tersebut membawa anak tu terus ke hospital kerana anak tersebut perlu di masukkan ke wad sebab ada tanda2 jangkitan kuman di paru yang agak serius di mana rawatan IV (intravenous) antibiotic diperlukan.

Tetiba ibu berkata, "doktor, saya tak dapat pergi ke hospital malam ni. Saya naik motosikal je datang sini. Takde kereta" Kesian tengok ibu dengan keadaan yang sangat risau. Sanggup datang bawa anak dengan keadaan yang tercungap2 untuk dapatkan rawatan dengan  motosikal. 

Satu kisah yang lain, kisah ni berlaku di hari raya ketika kami keluar beraya dengan kereta. Pada waktu tu saya meriba Aliya di seat sebelah di mana En. Hubby drive kereta. Teiba ternampak 1 family di mana si ayah menunggang motosikal, seorang anak dalam raga motor dan di belakang sekali adalah si ibu. Antara si ayah dan si ibu tu ade seorang lagi anak kecil dikendong oleh si ibu. Kesian sangat tengok... Kalau diorang ada kereta tak kan diorang nak naik motosikal dengan keadaan macam tu kan.  Dah di kira lebih muatan tu. Tapi demi nak beraya sekali satu family, kena jugak buat macam tu.


Terdetik dalam hati, bertuahnya Aliya berbanding anak2 kecil yang duduk dalam raga motor tu. Sejak lahir lagi bila berjalan2 keluar rumah mesti Aliya akan naik kenderaan yang berbumbung dan ada tayar 4 ni.  Belum pernah lagi Aliya kena duduk dalam raga motor dan di simbahi panas cahaya matahari macam kanak2 tadi.  Bertuahnya keluarga kami... Alhamdulillah.  Banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kami... Bukan setakat 1 tapi dua kenderaan berbumbung yang Allah anugerahkan kepada keluarga kami untuk kemudahan kami bergerak.

Kisah ni sekadar renungan untuk semua di malam jumaat ni....hehe. Muhasabah untuk diri saya juga.





Bila kita rasa diri kita di atas tengok lah keadaan orang di bawah kita untuk menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat dariNYA. 
Tapi jangan kita lupa untuk lihat orang yang berada di atas kita sebab kejayaan mereka akan mendorong kita untuk terus berusaha meningkatkan hidup kita:)





Marilah kita sama2 menjadi insan yang sentiasa beryukur kepadaNya, insyaAllah:)








Friday, March 29, 2013

~Let's Laughing! @ Endorphine rush~

Lame betul rasenye tak update blog kaler PINK ni lepas 'Makang Sekak-Sekak' hari tu kan;p
Kononye BZ lah tu! Betul...tak tipu ni...rase macam BZ lately sampai nak jenguk blog sendiri pun tak sempat apatah lagi nak  berBW ke blog teman2.... Walaupun lame tak update tapi blog kaler PINK ni tetap ade pengunjung. (budget perasan la ni...POYOZ!;p). Apepun terima kasih sangat2 kepada semua teman yang sudi singgah ke blog ni walaupun tuan empunye blog tiada di rumah....eceh2;p

Mase bukak blog tadi tengok kat chatbox tu ade kesan jejak dari atieyusof, dengar kabo atie ade masalah sekarang ni. Sabo ye atie... Setiap orang ade masaah tersendri, semua tu adalah ujian buat kite. Sebenarnye masalah tu dapat mematangkan dan memajukan diri kite kalau kena cara kita handle masalah tu:)

eh,ape pulak pinkycat melalut ni....huahuahua:p
Macam lari dari tajuk n3 pulak!
Apepun tetap kool ye atie....

Saye pun ade jugak masalah sebenarnye....memang tidak dinafikan semua orang ade masalah masing.... yang penting adalah cara kite menangani masalah tu. Kalau tidak di tangani dengan baik kang jadi stress pulak! mintak jauh la....

credit:atieyusof

Yang penting happy sokmo!
Bile kita happy dan ketawa secara tidak langsung ia akan hantar signal ke otak kite ni dan sejenis bahan kimia bernama endorphine akan di rembeskan.  InsyaAllah dapat kurangkan stress dalam diri kita.
Endorphine ni lebih kurang sama lah kesannya dengan morphine. Nama pun lebih kurang sama kan. Cuma endorphine ni di hasilkan secara semulajadi dalam badan kita. Ia dapat memberi kesan analgesia (pain relief) dan feeling of well being. 

Jom ketawa banyak!kahkahkahkahkah;p

Ok, dah lah tu...lewat malam dah ni....kang orang kate buang tebiat melalak tengah malam ni;p

Esok nak pergi ziarah teman2 blogger pulak....lame betul tak pergi rumah diorang...rindu pulak rasanya:)
Harap semuanya happy belake!

Friday, March 22, 2013

~Salam Jumaat semua...~




Alhamdulillah. berjumpa lagi kita di hari jumaat yang mulia ini:)
Semoga semuanya sihat2 belake ye...


Berikut adalah beberapa sunnah yang dapat dilakukan hari ini:

1 - Sholat Subuh berjamaah [al-Bayhaqi, disahihkan oleh al-Albaani, 1119]

2 - Sebelum dan selama Sholat Jum'at:

➲ Mandi besar (Junub) sebelum berangkat sholat Jum'at [Bukhari & Muslim: #1951 & #977]
➲ Pergi di awal waktu untuk sholat Jum'at [Bukhari & Muslim: #929 & #1964]
➲ Berjalan kaki untuk sholat Jum'at [al-Tirmidhi, 496]
➲ Mendengarkan dengan seksama khutbah Jum'at [al-Bukhaari (934) & Muslim (851)]

3 - Mencari waktu dimana do'a dikabulkan langsung (di-ijabah) pada hari Jum'at ini [Bukhari & Muslim: #935 & #1969]

4 - Membaca Surah Al-Kahf [al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249]
5 - Mengirim Shalawat dan Salam atas Nabi Muhammad (sallAllaahu 'alaihi wa sallam) [Ibn Majah, #1085); Abū Dawūd, #1047]
( Source: ILoveAllaah.com)
 SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM!:)
*Rindu pulak kat teman2 blogger saye...lame dah tak berBW....hari ni nak gi ziarah rumah diorang lah... Saya amik cuti 4 hari sempena birthday si Aliya esok....belum beli lagi hadiah untuk Aliya ni....tengah cari idea nak beli ape ni..any idea tak?

Wednesday, March 6, 2013

~MaRi BeLaJaR MeMaSaK BerSaMa SuaMi~



Saya baru lepas berjalan2 @ blogwalking di blog teman-teman. Banyak yang cerita berkaitan dengan makanan hari ni. hainomOkje dengan Laksam dan bawang putih jeruknye, myfreeminded dengan bahan2 segar kat pasar Rompinnye, Nur di bradford dengan Povlova yang super deliciousnye, Ummuaidan di Fiji dengan 'petai' Fijinye dan Atieyusof di Sabah dengan kabinet dapur tempat simpan makanannye...hehe;p

Saya terdetik untuk berkongsi satu petikan dari buku yang saya baca semalam bertajuk Cinta Tiga Rasa. Buku ni pinjam orang punya sebenarnya. 



Dalam buku ni ada satu bab bertajuk Mari Belajar Memasak Bersama Suami. Macam best kan tajuk ni. Teringin nak baca sampai habis buku ni tapi belum ade kesempatan nak habiskan bace buku ni.

Lepas baca tajuk entry ni mesti ada yang cakap kenapa saya kena belajar memasak dari suami? Saya kan lebih pandai masak dari suami! Saya yang banyak duduk kat dapur berbanding suami. Suami yang kena belajar dari saya lah. Ada ke yang cakap macam ni? Sila angkat kaki anda!
Nampaknye takde yang angkat...  Itu maknanya tak de la tu kot yang cakap macam tu;p

Banyak alasan yang akan di berikan bila nak memasak bersama suami kan? betul tak? sibuk dengan kerja masing2 la, suami tak reti masak la, isteri tak suka suami kacau kerja dia di dapur dan macam2 lagilah alasan yang diberikan oleh isteri. Termasuklah saya sendiri, amat jarang sekali dapat masak bersama suami. Lebih2 lagi waktu kerja yang berbeza. Bukan tak nak masak sekali tapi masing2 sibuk dengan kerja masing2.

Mengikut buku yang saya baca ni, aktiviti memasak ni boleh di lakukan bila-bila masa. Cuma ia memerlukan kerjasama, memahami dan sikap tidak putus asa!

Sebagai contoh, walaupun suami tidak memasak bersama isteri tetapi suami boleh memberikan kata2 pujian sewajarnya terhadap masakan isteri. Akan tetapi jangan asyik nak puji je walaupun apa yang di rasa adalah sebaliknya. Asyik ingin mengambil hati  sehingga lambat laun akan memakan hati  sendiri. Apa yang kurang perlu di beritahu agar isteri dapat mempertingkatkan kemahiran diri. Untuk suami jugak kan...betul tak?

Tapi, suami pulak jangan asyik nak kutuk masinla, manisla, pahitla. Sebaliknya kritikan tu kenala ber'isi'. Contohnya, bagi la cadangan atau tips untuk isteri memperbaiki masakan tu. Bagitahulah isteri samada perlu lebih rempah ke, perlu tambah ini ke itu. Kalau kritik je sakit hati jugak kan kita dengar. 

Dalam buku tu ada cakap, seorang isteri yang sentiasa mengharapkan pujian suami dalam masakan nya tidak akan ada peningkatan diri. Isteri yang bijak akan menjadikan kritikan suami sebagai motivasi untuk mempertingkatkan kemahiran diri. Apa yang kurang ditambah, apa yang lebih dikurangkan. 

Suami yang menyayangi isterinya akan sentiasa bersedia menjadi pengkritik setia, supaya masakan isteri bertambah baik dan sedap. Lebih elok kalau kritikan tu dalam bentuk santai dan jenaka, barulah isteri tidak terasa...

Marilah kita sama-sama belajar memasak bersama suami! Tingkatkan kemahiran diri!

Lepas ni tak nak merajuk dah kalau En. Hubby kritik masakan saya... Selalunya En. Hubby 'sound direct' je bila ada yang kurang dalam masakan. Contohnya  mase masak lasagna dulu2  En. Hubby kate oregano saya letak banyak sangat, kena kurangkan sikit baru lagi sedap! Sebenarnya dari teguran tu lah kite belajar memasak dari suami kan....:)

Selamat memasak teman-teman sekalian!:)

Sunday, February 10, 2013

~DeMaM a.k.a PyeReXia (kenapa tak kebah2?)~

 Assalamualaikum teman2 blogger sekalian:)

Sejak kebelakangan ni ramai pulak yang datang klinik sebab demam
Boleh dikatakan 80% pesakit yang datang ke klinik sebab demam. 
Mula2 kita tengok senario yang biasa berlaku di klinik....

SeNaRiO 1:
Doktor: ye ade masalah ape?
Ibu pesakit  (highlight IBU sebab selalunya kaum ibu yang masuk sekali dengan anak untuk jumpa doktor...hehe): anak saya demam la doktor,dah 3 hari. Sekejap panas sekajap sejuk badan dia.
Doktor: dah ambil ubat ke?
Ibu: dah ambil ubat demam kat rumah tapi tak kebah2
Doktor: bile last sekali ambil ubat?
Ibu: malam tadi
Doktor: (tengok jam dah masuk pukul 3 petang dah...) Doktor bermonolog dalam hati - 'patutla demam lambat kebah, sebab tak ambil ubat dengan teratur'


SeNaRiO ke 2:
(yang ni pesakit dewasa)
Pesakit: saya demam dah seminggu dah doktor tapi demam pagi je...malam rasa ok. saya dah makan ubat tapi tak baik2 jugak
Doktor:  Berapa biji makan ubat dan berapa kali ambil satu hari?
Pesakit: saya makan 2 kali sehari je
Doktor: tak cukup dose tu encik... (monolog dalam hati lagi- 'mesti takut nak makan ubat ni...hihi')

Ok lah, semua senario di atas adalah situasi yang biasa saya alami semasa di klinik. Ada sesetengah pesakit memang dah ambil ubat sebelum datang ke klinik tetapi demam tak kebah2 lepas ambil ubat. Ini aduan yang biasa saya terima daripada pesakit. "kenapa demam tak kebah2"

Hari ni saya nak kongsikan sedikit info pasal demam a.k.a fever. Kalau nak cerita pasal demam memang panjang berjela tapi kali ni kita focus kepada sub topic iatu apakah faktor2 kenapa demam tak kebah walaupun dah ambil ubat.


Sedikit info tentang demam:
  •  Demam secara fisiologinya adalah reaksi tubuh kita kepada jangkitan virus atau bakteria di mana ianya di kawal oleh hipothalamus kita (thermoregulation center).
  • Tidak di nafikan demam juga boleh disebabkan oleh penyakit2 serius lain seperti TB. leukemia dan limfoma. Biasanya demam yang disebabkan oleh penyakit2 serius akan disertai dengan gejala2 penyakit yang lain(tidak dibincangkan dalam entry kali ini)
  • Majoriti pesakit yang datang ke klinik mengalami Upper Respiratory Tract Infection (URTI) atau jangkitan kuman di salur pernafasan. 

Apa yang boleh di lakukan bila demam?

  • Ubat demam @ antipyretic perlu di beri mengikut dose dan kekerapan yang sepatutnya untuk membantu menurunkan suhu badan. Mengikut recommendation daripada WHO , antipyeretic hanya di berikan kepada kanak2 yang demam melebihi suhu 38.5 C
  • Dose ubat paracetamol untuk pesakit pediatrik atau kanak ialah 15mg/kg. Boleh di berikan setiap 6 hingga 4 jam sekali (maksimum) manakala bagi pesakit dewasa ialah 1g (2 tablet) setiap 6 hingga 4 jam (tidak melebihi 4g dalam masa 24 jam)
  • Sekiranya suhu badan sangat tinggi(>38.5) pemberian ubat demam secara kerap dan teratur adalah penting kepada kanak2 bagi membantu fisiologi tubuh menurunkan suhu badan. Ini kerana, suhu badan yang sangat tinggi boleh menyebabkan sawan bagi sesetengah kanak2. 
  • Selain mengambil ubatan, kita di galakkan melakukan 'tepid sponging' bagi membantu menurunkan suhu badan. (teknik tepid sponging adalah mengelap seluruh badan dengan kain basah)

Bilakah rawatan segera di perlukan?
  • Sekiranya kanak2 itu masih aktif, dapat minum dalam kuantiti yang cukup, tidak ada apa yang perlu di risaukan. 
  • Kebiasaanya demam akan kebah selepas 3 hingga 5 hari (sekiranya disebabkan oleh jangkitan kuman biasa yang tidak serius)
  • Namun demam yang berulang2 atau berpanjangan, atau di sertai dengan muntah, cirit birit, tidak bermaya, sakit kepala, lesu, sawan, maka perlu mendapatkan rawatan segera.  
  • Pengambilan ujian darah diperlukan bagi kes yang tertentu bagi menetukan status atau jenis jangkitan kuman yang menyebabkan demam tersebut. 
  • Sekiranya demam yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, antibiotik perlu diambil seperti yang diarahkan oleh doktor. (bilakah perlu ambil antibiotik akan dibincangkan dalam entry yang lain)

Diharap  info di atas di harap dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang persoalan kenapa demam tak kebah2.  Kesimpulannya, pengambilan ubat demam yang teratur dengan dos yang mencukupi akan dapat membantu badan menurunkan suhu yang tinggi ketika demam. InsyaAllah:)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sebagai orang Islam jangan kita lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t:)
Wassalam.

Monday, January 7, 2013

Sonamu...

Sekarang ni kita tengan hangat memperkatakan tentang 'SONAMU' . Berita tentang kedatangan Sonamu tersebar luas. Apakah yang kita tahu di sebalik SONAMU ni. Sonamu adalah angin ribut tropika yang telah di kesan melalui satellite NASA dan kini sedang bergerak ke arah Laut China Selatan.  Taufan Sonamu di ramalkan akan melanda pantai timur Malaysia antara 7-9 januari 2013.  Angin kencang tersebut bakal melanda pantai timur dengan kelajuan 60km/jam dan menyebabkan ombak setingggi lebih kurang 4m.


Di bawah ni adalah update daripada Malaysaian Meteoroloical Department:

Di keluarkan pada 06:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 5:00 petang, 7 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 6.3 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Oleh itu marilah kita sama2 berdoa agar semuanya selamat. Harap angin tu makin perlahan dan akan tiba di perairan negara kita dengan 'sepoi-sepoi' sahaja... Kita kena ingat ini adalah ramalan kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin ini adalah tanda atau amaran untuk kita memperbaiki kesilapan yang kita lakukan selama ini dan menginsafi diri kita. Mari kita berfikir sejenak apa yang harus kita lakukan untuk memperbaiki diri kita dan sebagai persediaan untuk berjumpa denganNya. Mungkin selama ini kita lalai dengan kebahagiaan dan kekayaan yang kita ada. Berfikirlah adakah kita betul2 bersedia untuk menghadapinya? Masa masih ada untuk kita bertaubat dan memantapkan diri dan iman kita kepadaNya.  Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. insyaAllah...

1. Doa ketika angin bertiup kencang:
 (Allahumma Inni As'Aluka Khairaha, Wa A'uzhubika Min Syarri Ha)
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan & aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya".
(Hadith Shahih, Lihat Sunan Ibnu Maja (2/305)

2. Doa Ketika Hujan Turun
(Allahumma Soyyiban Nafia'an)
"Ya Allah (turunkanlah) hujan yang bermanfaat"
(HR.Al-Bukahri (2/84).Lihat Husnul Muslimin, Syaikh Said Wahf al-Qahtani & Al-Adzkar Nanawiyyah)

3. Doa Setelah Hujan Turun:
(Mutthrina Bifadhlillahi Wa Rohmatih)
"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya"
(Muttafaqun a'laih,lihat kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah, Syaikh A'lauddin al-Utaibi halaman 200)

4. Doa Ketika Mendengar Petir/Halilintar:
(Subhanallazhi Yusabbihu Ra'adu Bihamdihi Wal Malaikati Min Khifatih)
"Maha Suci Allah yang mana halilintar dan para malaikat bertasbih memuji-Nya, kerana takut kepada-Nya".


Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...