Monday, January 7, 2013

Sonamu...

Sekarang ni kita tengan hangat memperkatakan tentang 'SONAMU' . Berita tentang kedatangan Sonamu tersebar luas. Apakah yang kita tahu di sebalik SONAMU ni. Sonamu adalah angin ribut tropika yang telah di kesan melalui satellite NASA dan kini sedang bergerak ke arah Laut China Selatan.  Taufan Sonamu di ramalkan akan melanda pantai timur Malaysia antara 7-9 januari 2013.  Angin kencang tersebut bakal melanda pantai timur dengan kelajuan 60km/jam dan menyebabkan ombak setingggi lebih kurang 4m.


Di bawah ni adalah update daripada Malaysaian Meteoroloical Department:

Di keluarkan pada 06:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 5:00 petang, 7 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 6.3 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Oleh itu marilah kita sama2 berdoa agar semuanya selamat. Harap angin tu makin perlahan dan akan tiba di perairan negara kita dengan 'sepoi-sepoi' sahaja... Kita kena ingat ini adalah ramalan kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin ini adalah tanda atau amaran untuk kita memperbaiki kesilapan yang kita lakukan selama ini dan menginsafi diri kita. Mari kita berfikir sejenak apa yang harus kita lakukan untuk memperbaiki diri kita dan sebagai persediaan untuk berjumpa denganNya. Mungkin selama ini kita lalai dengan kebahagiaan dan kekayaan yang kita ada. Berfikirlah adakah kita betul2 bersedia untuk menghadapinya? Masa masih ada untuk kita bertaubat dan memantapkan diri dan iman kita kepadaNya.  Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. insyaAllah...

1. Doa ketika angin bertiup kencang:
 (Allahumma Inni As'Aluka Khairaha, Wa A'uzhubika Min Syarri Ha)
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan & aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya".
(Hadith Shahih, Lihat Sunan Ibnu Maja (2/305)

2. Doa Ketika Hujan Turun
(Allahumma Soyyiban Nafia'an)
"Ya Allah (turunkanlah) hujan yang bermanfaat"
(HR.Al-Bukahri (2/84).Lihat Husnul Muslimin, Syaikh Said Wahf al-Qahtani & Al-Adzkar Nanawiyyah)

3. Doa Setelah Hujan Turun:
(Mutthrina Bifadhlillahi Wa Rohmatih)
"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya"
(Muttafaqun a'laih,lihat kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah, Syaikh A'lauddin al-Utaibi halaman 200)

4. Doa Ketika Mendengar Petir/Halilintar:
(Subhanallazhi Yusabbihu Ra'adu Bihamdihi Wal Malaikati Min Khifatih)
"Maha Suci Allah yang mana halilintar dan para malaikat bertasbih memuji-Nya, kerana takut kepada-Nya".


3 comments:

  1. Terimakasih sebab berkongsi, ramai jugak ye yang berkesempatan study tentang sonamu ni.

    ReplyDelete
  2. risau jugak baru ni...kat hospital hulu terengganu ni 2 kali buat meeting sebagai persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan. Alhamdulillah, keadaan bertambah baik, sonamu telah 'beralih arah'...hehe:)

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...