Monday, December 31, 2012

PeMBanTu RuMaH BaRu...

Hari ni last day untuk tahun 2012. esok masuk 2013 dah. weee... takde ape yang special hari ni cuma hari ni saya dapat pembantu rumah baru. bukan orang gaji baru ye tapi dryer baru. hehe. thank you hubby sebab belikan dryer ni. Senang sikit kerja2 rumah. Tak perlu risau baju tak sempat nak kering atau tak sempat nak sidai dah lepas ni. Tambahan pula sekarang ni musim hujan. (kalau bukan musim hujan pun baju lambat kering sebab saya lambat sidai...haha). Bukan malas sidai baju tapi kekakangan waktu membuatkan hidup terbatas untuk membuat kerja2 rumah. Kadang2 tu saya basuh baju malam dan pagi tu husband tolong sidaikan. itupun kalau dia kerja petang ade la jugak masa pagi tu. Kalau both hubby and wifey kerja siang dan malam macam mana pulak... Nasibla baju2 semua ye. Sebab tu kami beli mesin basuh 'besar' gitu walaupun dalam satu rumah tu sikit je penghuninya, sampaikan masa nak beli tu tokey cine terkejut berapa orang nak guna dalam rumah ni. haha... Bukan ape, kami tak sempat nak basuh baju kerap sangat, terpaksa kumpul bannyak2 pastu basuh sekaligus. Lagi JIMAT masa kan... Inilah realiti kehidupan suami isteri yang bekerja dalam bidang perubatan. Walau sesibuak mana pun kita dengan tugas di tempat kerja, seboleh-bolehnya jangan abaikan tanggugjawab kita terhadap keluarga. Sekiranya kita tidak sempat menguruskan kerja rumah sendiri carilah pembantu untuk membantu kita. (tapi saya tak suka hire maid, saya lebih suka beli 'mesin' untuk bantu kerja rumah, klu ade 'mesin' lipat baju best gak.hehe). Anak saya bukan 'mesin' yang jaga tau... Saya bernasib baik sebab anak kesayangan saya di jaga dengan baik oleh ibu saya yang tercinta sepanjang saya keluar bekerja. thank you so much mak!
Pesanan ini untuk ingatan diri saya juga. KELUARGA TETAP DIUTAMAKAN. Inilah prinsip saya:)
Lagi satu, husband and wife kena saling tolong menolong dalam menguruskan kerja2 di rumah. Kalau semuanya bijak memainkan peranan insyaAllah rumahtangga kita cemerlang. Bukan cemerlang di tempat kerja je yang kita nak. Keluarga cemerlang asas kejayaan. Betul tak... Semoga di permudahkan segala urusan kita, insyaAllah.

Selamat menyambut tahun 2013!

2 comments:

  1. Bab mesin lipat baju tu saya pun setuju. X de ke lagi org nak cipta alat tu. Hehe. Anak2 saya pun saya harapkan Mak untuk jaga dan Kakak tolong hantar dan ambil anak ke sekolah. So keluarga memang keutamaan kita.

    ReplyDelete
  2. betul tu...family is the priority! walaupun kita bekerja tapi family is the number 1! family sentiasa bersama kita walau dlm apa jua keadaan kita, susah ataupun senang tetap disisi kita:)

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...