Monday, January 21, 2013

~KeHaNGaTaN WaSaBi~

Kehangatan bahana on call yang agak 'traumatized' pada weekend baru ni masih terasa. Pergi kerja hari ni pun rasa berdenyut-denyut kepale ni.  Aduuuh, nampaknye stress saya ni masih belum lari lagi ni. Cepatlah lari jauh2 wahai stress...sakit dah rase kepale ni...

So, lepas balik kerja petang tadi ape lagi... terus cari kehangatan WASABI... haha. Biar kehangatan on call hari tu tenggelam dek kerana kehangatan wasabi ni.

Ape ke bende WASABI ni???hihi... (sila klik kalau nak tahu detail)

ini dia daun wasabi yang masih segar:)


Bagi penggemar sushi mesti tahu kan apakah itu wasabi. Kebetulan saya dan En. Hubby sama2 suke makan sushi ni. Ni makanan feveret kami, kalau tak makan dalam satu bulan tu rase macam tak lengkap je. Kena makan jugak walaupun skali. Macam dah addicted la pulak. Bukan addicted kat sushi tapi addicted kat wasabi ni. Kepedasan dan kehangatannye lain dari yang lain...tak same dengan chilli / blackpepper atau yang sewaktu denganya.

Mengikut apa yang saya tahu burning sensation wasabi ni bukan oil-based, so die punye half life tu sekejap je tak sama dengan chilli. kalau makan chilli rasa pedasnya agak lama nak hilang kan. Kalau wasabi ni a few seconds je sebab dia boleh di washed away by food or liquid.

Eh, panjang la plak cerita pasal wasabi ni. hihi.... Tadi saya dan En. Hubby pergi makan sushi kat YES CORNER kat Tanjung, KTRG tu. Rasanya restaurant ni je kot yang ada menyediakan sushi kat area Kuala Terengganu ni. Dulu Hotel Ming Star ada jugak jual sushi tapi sekarang ni dah takde dah.
Boleh di katakan kami adalah pelanggan tegar kat restaurant Yes Corner tu, sampaikan tukang buat sushi tu pun dah kenal kami. Customer tetap...tapi tak pernah plak dapat makan sushi percuma...(lebih2 la pulak PiNkYCaT ni!).

Mari kita berkenalan dengan nama sushi ni. Suka dengan nama2 mereka sebab ala2 jepun gitu. Peminat setia Jepun dan Korea...hihi;p

ini nama dia Sake Gunkan


yang sebelah kiri tu nama Maguro Gunkan, yang kanan tu nama Ebiko Sushi (Ebiko tu telur ikan...yang ni paling suke;p)

Ni Cheese sushi...cuma letak cheese kat atas tu...sedap jugak sebab rasa macam lemak berkrim gitu;)


Callifornia Sushi... Tak sure la pulak kenapa nama dia Callifornia...(ada sape2 yang tahu tak?)

Paling kiri ialah Maguro Maki, tengah atas ialah Shishamo Maki (Shishamo=pregnant fish-yang ni jurujual tu bagitahu...tak sure la betul ke tak maksudnye), tengah bawah tu Ebi Ten Maki(letak udang kat tengah), pastu yang atas paling kiri tu Sake Maki.

Oklah, itu sahaja yang dapat saya perkenalkan hari ni. hehe... Ada banyak jenis lagi sushi kat kedai ni tapi tak larat kami nak makan kalau order banyak2. Lain kali sambung makan lagi...hehe
Alhamdulillah, kenyang....rasa 'ringan' skit kepale ni lepas terkena kehangatan wasabi...memang addicted betul la PiNkYCat kat wasabi ni...ish2;p

cicah...jangan tak cicah wasabi tu;p (nilah cara kami makan sushi,guna tangan je baru best...adat melayu tetap diutamakan walaupun mknn ala2 jepun...kihkihkih)

Sampai di sini dulu...jumpa lagi....tata;p
Alhamdulillah, stress dah lari dah rasanye ni...hihihi;)



8 comments:

  1. OKje pun suka jugak PC walaupun belum sampai tegar! he..he... hubby mmg suka lebih dari Okje le... sampai seaweed packet pun dia bedal he...he..

    Baru tau yg wasabi tu rupanya dari daun.... patut pun hijau ingatkan cili padi! Ketinggalan sungguh! he..he..

    ReplyDelete
  2. hihihi....best kan wasabi...kepedasan yg lain dr yg lain....hehe;)

    ReplyDelete
  3. Saya tak makan sushi, pernah cuba try test tapi tak tertelan dek tekak ni, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh try mkn kat kedai yg PC suggest ni...best gak...sushi kat kedai ni x rase hanyir...kot2 blh telan plak...hihi;)

      Delete
  4. waaaaaaaaaaaa. kucingbiru teringin. last day makan shushi 2minggu yg lepas. huhuhu. pedas kan wasabi? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepedasan wasabi tu yg kucing pink suke...nnt kucing pink blh la mkn skali dgn kucing biru...hikhik;p

      Delete
  5. sedapnya. ..minta sikit boleh? hehe...
    salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput2 makan...hihi;p

      tq singgah kat teratak PiNkYCaT ni!salam ukhwah:)

      Delete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...