Friday, January 18, 2013

~Stay @ Move Out? Career Vs. Carrier.....

Sudah beberapa hari blog ni sepi. Sejak kebelakangan ni terasa jadual rutin harian terlalu 'pack' dan sangat 'busy'. Kalau di ikutkan rutin harian bulan ni dengan bulan lepas lebih kurang sama je tetapi saya terasa jadual saya sangat sibuk. Mungkin sebelum ni saya kurang perasan akan kesibukan yang di alami sebab asyik dengan kerja je. Oncall, post call, ward round, clinic, kursus, meeting, etc.....
Kadangkala dalam kesibukan bekerja tu terfikir jugak apakah kehidupan yang saya impikan?
erm...tentulah saya mempunyai impian yang lebih bagus dari kehidupan sekarang. Sebagai seorang isteri dan ibu saya mengimpikan masa untuk bersama keluarga, menyediakan hidangan untuk ahli keluarga dengan air tangan sendiri, mendidik dan mengasuh anak2 dengan cara kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, sebagai seorang doktor saya mahukan kerjaya saya sebagai seorang doktor juga berada di tahap yang cemerlang. Inilah yang dinamakan CAREER Vs. CARRIER.

Bila sampai satu tahap kita kena membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga tersayang. Setiap pilihan yang di buat akan ada 'pro' dan 'kontra' masing-masing.

Kadang-kadang kita akan berhadapan dengan keadaan di mana kita mesti membuat keputusan yang akan mempengaruhi hala tuju masa depan kita. Ini adalah antara keputusan yang sangat sukar untuk kita putuskan. Janganlah kita lupa akan qada' dan qadar. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita di tentukan oleh Allah s.w.t. Kita hanya merancang, Allah yang mentukan. Tetapi itu bukan bermakna kita tidak berhak untuk membuat keputusan dalam hidup kita dan hanya berserah. Apa yang penting ialah kita sentiasa meminta petunjuk dariNya. Semoga keputusan yang kita buat adalah tepat.

Sekarang adalah masa untuk saya memutuskan apakah cara yang terbaik untuk menjamin CAREER saya cemerlang seiring dengan CARRIER.
Kebanyakan doktor mempunyai impian untuk menjadi seorang specialist atau doktor pakar dalam bidang yang diminati termasuklah diri saya. Tetapi saya mempunyai 2 PLAN sepanjang bekerja dalam bidang ini iaitu plan A dan plan B.

PLAN A: menjadi seorang psychiatrist
PLAN B: mempunyai klinik sendiri dan bekerja di klinik sendiri

Plan B adalah back up kepada plan A sekiranya ada sesuatu yang menghalang saya untuk meneruskan plan A. Langkah pertama yang saya lakukan untuk mencapai plan A adalah memasuki Department Psiaktri setelah menghabiskan semua rotation di Department yang lain seperti Surgical,Medical, Obstetric&Gynaecology, Kecemasan, Paediatrik,dan Orthopedic.
Alhamdulillah, permintaan saya di makbulkan. Saya telah di terima masuk ke Department Pskiatri pada pertengahan tahun 2012. Sekarang saya telah berkhidmat di department psikiatrik lebih setengah tahun. Tetapi saya masih tidak dapat mencari kepuasan ketika bekerja di sini dan merasakan jiwa saya tidak tenang dan tidak sesuai dengan situasi di psikiatrik. Tentunya saya minat untuk belajar ilmu psikiatri sebelum ini tetapi selepas berhadapan dengan ramai pesakit pskiatrik membuatkan kepala saya 'throbbing pain'. Saya merasakan stress yang agak 'pelik' (difficult to describe here) berbanding department2 lain yang saya pernah bekerja sebelum ini. (Mungkin sebab tu lah semua staff dan doktor di department psikiatri diberi cuti extra 'Mental Leave' 14 hari setahun...hehe). Workload yang ada juga membuatkan minat saya terhadap bidang psikiatri makin hilang. Waktu saya bersama keluarga sedikit dan tidak seperti yang saya harapkan. Mungkin inilah masanya untuk saya melepaskan Plan A dan meneruskan Plan B. Setelah berbincang dengan suami tersayang dan ahli keluarga yang lain semuanya mengambil kata putus untuk memilih Plan B iaitu mempunyai klinik sendiri dan bekerja di klinik sendiri. Saudara terdekat pun menyokong hasrat saya untuk memilih plan B. Alhamdulillah...
Setiap hari saya memohon petunjuk dari Allah agar diberi pilihan yang tepat dan terbaik untuk saya dan keluarga. Alhamdulilllah, selepas membuat keputusan memilih Plan B hati saya makin tenang. Mungkin inilah pilihan yang terbaik untuk saya. Saya tidak menafikan bekerja sendiri ada risiko dan kemungkinan masalah yang tersendiri. Seperti yang katakan sebelum ini setiap pilihan ada PRO dan KONTRA masing-masing. Sebagai contoh, dengan bekerja sendiri saya akan mempunyai waktu kerja yang flexible dan masa bersama keluarga mungkin lebih berbanding kerja saya sekarang. Tetapi saya perlu  bekerja lebih kuat dan gigih untuk mendapatkan hasilnya. Mugkin malam dan hari minggu pun saya kena bekerja. Walaupun begitu saya mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan keluarga saya. Saya mengharapkan CAREER dan CARRIER saya seiring dan memberikan hasil yang lebih cemerlang dengan memilih Plan B ini, insyaAllah.

Selepas membuat keputusan, tibalah masanya untuk kita menetukan target atau matlamat dalam hidup kita dan menyusun strategi bagi mencapai target tersebut. Perancangan yang teliti dan strategi yang berkesan sangat penting bagi  memastikan kita mencapai target yang di tetapkan.
Saya meletakkan target untuk mebuka klinik sendiri pada pertengahan tahun 2014. Rasa macam lambat lagi kan...hehe... Lebih kurang setahun setengah lagi. Tapi itulah TIME FRAME yang saya rasakan cukup untuk saya menyusun strategi2 yang sepatutnya. Jangan tergopoh-gapah untuk mencapai sasaran. Susun perancangan dengan sebaik mungkin agar hasilnya seperti yang kita harapkan.

Kenapa pertengahan tahun 2014 baru saya boleh buka klinik dan bukan sekarang? 
Ini adalah untuk memberi tempoh yang cukup bagi saya memperlengkapkan diri dengan segala ilmu dan pengalaman di hospital kerajaan sebelum meletak jawatan sebagai kakitangan kerajaan dan bekerja sendiri. Di samping itu, pembinaan klinik yang akan bermula pada pertengahan tahun ini dan di jangka akan siap pada awal tahun 2014, insyaAllah. (semoga dipermudahkan oleh Allah)

Semua orang mengharapkan kehidupan yang selesa dan berada di kemuncak kebahagiaan. Tetapi sebelum sampai ke puncak kehidupan yang diidamkan mestilah melalui halangan-halangan yang ada di sepanjang perjalanan tersebut. Sebenarnya halangan-halangan ini juga penting untuk kita walaupun ia mungkin agak sukar untuk kita tempuhi. Halangan-halangan inilah yang akan mebuatkan kita lagi cekal dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke puncak yang diidamkan. Semasa pendakian ke puncak janganlah kita risau kerana kita bukan berseorangan. Ingatlah bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keaadaan. Sentiasalah berdoa kepadaNya.  Setelah kita berjaya sampai ke puncak yang di tuju kita akan lebih menghargai apa yang kita perolehi kerana kita telah berjaya melalui segala halangan dengan hasil usaha kita. Dan tentunya dengan pertolongan dari Allah s.w.t... Alhamdulillah.



Teruskan pendakian sehingga ke PUNCAK!
Berusaha, berdoa dan bertawakal...
Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita, InsyaAllah:)


10 comments:

  1. Suka dengan semangat kental awak tu...
    Semoga impian awak menjadi kenyataan..kat mana klinik tu, bolehlah okje pegi....hihi..

    Kadang tu kita tak mampu nak mencapai kepuasan dlm dua dua perkara dlm hidup kita antara kerjaya dan keluarga apatah lagi kalau anak anak semakin remaja...

    Hanya mampu berdoa mohon hidayah dariNya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you hainom! insyaAllah,klinik tu akan siap di buka pada pertengahan tahun 2014. nanti sy jumput awak mase hari perasmian k. kat area marang terengganu ni je:) tunggu tahun depan k!doakan kejayaan bersama:-)

      Delete
    2. Kalau kt Marang ....mmg x leh nk dtg le....hehe...org dh nak balik baru nk sampai huhu...

      Delete
    3. OKje g lah awal2, honeymoon dulu baru g ke perasmian. Hehe

      Delete
    4. btl kate myfreeminded tu.... nanti OKje dan myfreeminded dtgla sama2 bw family masing2 jalan2 kat tganu ni...hehe:)

      Delete
    5. Insya Allah, kalau ke Terengganu tu tak de masalah, ayah memang orang sana pun. So ramai sedara kat sana.

      Delete
  2. Kita boleh merencanakan banyak pilihan dengan setiap satunya ada kebaikan dan keburukannya, semuanya ada harga masing2, saya doakan PC berjaya dengan pilihan yang dibuat. :) insya Allah, PC mampu mencapai azam dan impian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you myfreeminded!doakan kejayaan bersama:) insyaAllah, saya akan berusaha yang terbaik untuk family dan kerjaya:)

      Delete
  3. gd luck ct!! smge tcapai apa yg diimpikn n dipermudahkan segalanya~~InsyaAllah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dear!somaga kita same2 berjaya,ameen:)

      Delete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...