Wednesday, January 9, 2013

~UmPaMa BisKuT OreO~

Semalam buat Oreo Milk Shake...Hari ni bercakap pasal 'umpama biskut oreo' plak...hehe. Memang tak boleh lari lah dari oreo ni. Ye la...oreo kan feveret  my lovely daughter Aliya.


Bukan ape, bile tengok cara aliya makan biskut oreo lebih kurang sama dengan iklan biskut oreo kat dalam TV tu. PUTAR, JILAT, CELUP. lebih kurang macam tu la gayanya. 
Apa yang saya nak simpulkan di sini bukanla cara2 nak makan biskut Oreo...tapi apa yang boleh kita lihat adalah anak2 belajar dari apa yang mereka lihat dan perhatikan di sekeliling mereka bukan dari apa yang kita suruh dengan percakapan atau 'verbal order'

Baru-baru ni lepas balik dari kerja tengok ada orang shut down komputer husband. Siapa pulak yang shut down sedangkan husband pergi kerja. Aliya je yang selalu main2 dengan komputer abi dia tu. Aliya suka sangat tengok You Tube cartoon Tu Ti Tu. Rasa pelik jugak kalau aliya yang shut down sendiri komputer tu. Umur baru nak masuk 3 tahun. Takde sesape pun yang ajar dia shutdown komputer sebelum ni. Beberapa hari lepas tu ternampak Aliya shutdown sendiri komputer lepas dia boring dah layan cartoon feveret dia, dia klik guna mouse dan close semua tab, pastu klik shutdown. step by step dia buat. Terkejut gak...siapa yang ajar Aliya ni. Rupanya maksu dia kata Aliya pernah tengok maksu dia shutdown ladtop sebelum ni. Aish...cepat betul kanak2 belajar, cuma dengan MELIHAT dan MEMERHATI!

Sejak itu saya sangat risau mana la tahu kot2 ada kelakuan saya yang negative akan menjadi ikutan Aliya. hihi...Ye la...kadang2 ada gak marah2 kat rumah, biasala perempuan kan... ade gak membebel skali skale...hihi... Sekarang saya lebih berhati2 dengan tindak tanduk saya bila kat rumah bersama Aliya. Harap2 yang baik2 dan positive sahaja menjadi ikutan...insyaAllah. (Semoga menjadi anak solehah ye sayang...)

Di bawah ni adalah cara2 bagaimana mendidik anak2 mengikut sunnah Rasullullah s.a.w:
(di petik dari excelqhalif untuk di kongsikan bersama)

Terbahagi Kepada 4 Peringkat Umur:
1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.


2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.


3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.


4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.  
Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Ok lah, diharap tips2 di atas dapat membantu kita semua. Ingatlah bahawa anak-anak adalah amanah yang sangat besar dan kita di wajibkan untuk menjaga dan menguruskan sebalik mungkin. Mereka adalah ASET pelaburan yang sangat berharga dan paling bernilai. Sekiranya benih pelaburan di laburkan dengan cara yang bijak insyaAllah bunga atau hasilnya sangat menguntugkan dan memberi pulangan yang sangat lumayan kepada kita kelak. Mari lah kita sama2 berusaha menjadi  'role model' yang cemerlang untuk anak2 kita! Nasihat ini adalah untuk diri saya juga. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua, insyaAllah:)
Wallahua'lam...

3 comments:

  1. Terima kasih sebab sudi berkongsi bhgn yg teramat untuk pengetahuan kita sebagai parents.

    ReplyDelete
  2. Tercicir sikitlah dalam komen tu, maksud saya, bahagian yang teramat penting untuk pengetahuan sebagai parents.

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...