Menu untuk makan tengah hari di hari isnin yang cuti ini...
Daging masak black pepper versi PiNkYCaT!
Mesti teman-teman yang lain ada resipi tersendiri untuk masak black pepper kan... Ni versi masak black pepper cara saya yang simple dan cepat... Nak try?
Jom tengok bahan- bahan dulu yer:)
Bahan-bahan:
(di kisar @ blender)
1. 4 ulas bawang merah
2. 4 ulas bawang putih
3. Halia
4. 5 biji cili (kalau tak suke pedas jangan letak banyak lada dan black pepper, saya ni 'hantu pedas')
5. 1 sudu kecil lada hitam
campak je semua bahan ni ke dalam blender pastu ON kan je blender tu;p
Bahan perap
1. Daging - potong kecil-kecil supaya cepat masak
2. Serbuk kunyit
3. Serbuk lada sulah
perap dalam 10 minit je, sambil-sambil tu boleh kupas dan blender bahan kat atas tu
Bahan-bahan lain.
1. 2 sudu kicap
2. 1 sudu sos tomato
3. Garam secukup rasa
4. Madu @ gula
5. 1 asam keping
Sesi masak- memasak di mulakan...
- Tumis bahan yang telah di blender tadi sampai wangi sikit. Jangan hangit dah ler...
- Pastu campakkan daging ke dalam kuali tu. Main campak-campak je yer... Tak sopan betul!;p Tahu la nak cepat kan...hehe:)
- Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain tu dan sedikit air.
- Tutup kuali tu sekejap sehingga daging masak
- Dah masak tu masukkan bawang besar yang dah di hiris tadi.
Siaaappp!:)
Jom makan....
Noted... hehehe.. yang ni nampak mudah, bahan2 pun senang nak dapat... lama gak tak makan daging masak sendiri ni, last masa korban hari tu. :)
ReplyDeleteNampak best tu. :)
aik, hari ni baru nampak MFM!
ReplyDeleteHari ni tak masuk dalam freezer ke?hihihi (jgn marah yer)
lame betul tak nmpk U mfm, rindu I tau...;)
Dah kuar freezer dah, kuar hari jumaat petang, so tak sempat berjalan ke sini sebab weekend ari tu tak berapa dapat tumpang i pad En suami sebab Haziq yang berkuasa. lagi pun line tenet slow sangat2. Sekarang dah ada masa sikit untuk menjengah kekawan mengubat rindu. :)
Deletek....
ReplyDeletenanti kak yana cuba.
bereh...
DeleteKalau pedas sgt jgn marah yer...hihi;p
Nyum-nyum...
ReplyDeletesiang td pun makan daging..tapi masak kari..hehe..
boleh lah cuba resepi ni nti coz jarang buat black paper ni..:)
Sedap tu kari daging! PC jarang masak kari sbb En. Hubby tak suka sgt kari...PC dgn mak je la yg makan kalau kari ni:)
DeleteSedap tu.... Lama tak beli daginglah PC...harus mencari hujung minggu ni kat pasar tani nak buat daging black paper...hehe
ReplyDelete