Hari ni plan nak cerita pasal zaman medical student @ zaman muda2 dulu....hehe...
Tapi sebelum tu nak mulakan kisah dengan persoalan "kenapa nak jadi doktor?"
Ini soalan yang kerap di tanya bila anda melangkah ke medical school, tak kiralah pertanyaan tu dari saudara mara mahupun pensyarah2 di universiti. Apakah jawapannya....
Sebenarnya saya pun tidak pasti apakah jawapan yang harus saya berikan. Sudah tersurat sejak azali? Tak kan nak jawab macam tu kan. Walaupun sememangnya takdir kita telah ditentukan oleh Allah tapi diri kita jugaklah yang menjuruskan usaha kita ke arah itu. Persoalan seterusnya... Kenapa saya berusaha untuk menjadi seorang doktor? Mesti ada sebab... kenapa memilih bidang ni sedangkan banyak lagi kerjaya professional yang lain.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana oleh emak saya yang juga ibu tungggal. Sejak kecil saya hanya mendapat kasih sayang dari seorang ibu. Mak bersusah payah mencari rezeki dengan berniaga. Alhamdulillah, mak berjaya membesarkan kami 2 beradik walaupun tidak semewah kehidupan orang lain tapi saya rasakan kehidupan tu sudah cukup bahagia.
Sejak dari sekolah rendah saya telah berazam ubtuk menjadi seorang yang berjaya dan dapat membantu mak kelak. Kalau boleh saya tak nak bagi dah mak saya bekerja. Saya pulak yang nak jaga mak. Keputusan untuk menjadi seorang doktor saya lakukan ketika memasuki tingkatan empat. Semasa menduduki peperiksaan PMR, saya mempunyai dua cita iaitu untuk menjadi seorang engineer atau seorang doktor. Saya masih belum dapat mempuat keputusan pada waktu tersebut. Semasa di tingkatan 4 saya wajib ambil subjek fizik dan biologi. Jika dibandingkan dengan dua subjek ini, subjek biologi lebih senang untuk saya fahami berbandning dengan subjek fizik yang memerlukan banyak penghafalan formula2 fizik. Pening jugak belajar fizik ni. hehe. Berbeza dengan subjek biologi, sekiranya kita sudah faham akan proses yang berlaku maka kita senang nak ingat topik2 dalam subjek biologi ni. Saya akaui memang saya lebih meminati subjek biologi sebab senang nak faham dan ingat. Dan satu lagi saya ni jenis yang tak suka menghafal. hehehe....
Dari situlah bermulanya minat untuk menjadi seorang doktor. Saya suka membaca tentang proses2 kitaran yang berlaku dalam badan manusia dan persekitaran sekeliling. Sungguh unik ciptaan Allah s.w.t. Dalam subjek biologi ini juga kita dapat mempelajari bukti kebesaran Allah s.w.t.
Disini semuanya bermula...
Belajar bersungguh2 untuk mencapai apa yang diimpikan. Apa yang saya ingat setiap kali berjaya dalam peperiksaan mak akan bagi saya hadiah. Ini adalah reward untuk saya. Saya boleh mintak apa saja hadiah dari mak. Tapi bukanlah hadiah yang mahal2. Hadiah bergantung kepada jenis peperiksaan. Kalau cuma peperiksaan akhir tahun maka keciklah hadiahnye. Kalau peperiksaan tu besar macam UPSR, PMR, SPM maka besarlah hadiahnye. hehe. Saya masih ingat selepas mendapat 5A dalam UPSR saya nak permainan video game sebab sepupu saya selalu main video game kat rumah dia. Terasa jugak nak ada yang diri sendiri punya. Lepas dapat 5A tu terus mintak dengan mak. Alhamdulillah, permintaan saya ditunaikan. Saya pun pergilah ke bandar Kuala Terengganu ni untuk cari permainan video game ni. Sampai hari ini permaianan video game yang berwarna kuning ni masih elok kat dalam store rumah ni. hihi... sayang tau semua hadiah2 saya!
Cara yang digunakan oleh mak saya ni akan saya gunakan untuk didik anak2 saya pula. Bila kita dapat reward atas apa yang kita usahakan kita akan rasa nak usaha lebih lagi dimasa akan datang untuk terus mencapai kejayaan. Inilah perasaan saya masa belajar dulu.
Mak memberi kebebasan untuk saya membuat pilihan dari segi pelajaran. Saya tahu mak tiap2 hari mendoakan kejayaan saya. Sebagai contoh, saya telah mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh selepas mendapat 5A dalam UPSR. Tetapi saya hanya bertahan selama 1 seminggu sahaja di sekolah berasrama penuh tu. Nak tahu kenapa?
Sebab saya nangis tiap2 hari tak boleh adapt dengan environment kat asrama... hahaha. (buat malu je kan;p). Alasan rindu kat rumah. hihi. Homesick la kononya. Tapi saya memang tak nafikan kehidupan di asrama memang jauh berbeza dengan kehidupan di rumah. Kalau di rumah saya bebas untuk ulangkaji pada waktu bile dan di mana. Nak study atas katil pun boleh. Tetapi kalau di asrama telah di tetapkan waktu untuk prep (ulangkaji), makan, tidur. Agak leceh bagi saya sebab saya hilang kebebasan di asrama. Semua kena ikut peraturan. Memang bagus keadaan macam tu untuk mendisiplinkan diri tetapi jika kita merasakan ianya akan mempengerahi sesi pembelajaran kita kenapa kita nak teruskan kan. Matlamat saya adalah mencapai target saya iaitu staright A dalam peperiksaan. Sekiranya saya tidak seronok belajar di sekolah di asrama penuh macam mana saya nak capai target saya. Maka, saya pun mengadu kepada mak untuk tukar sekolah sebab saya tak sesuai duduk asrama. Terus mak pergi ke pejabat pendidikan untuk tukarkan saya. Alhamdulillah saya dapat bersekolah di Sek. Men. Keb (A) Durian Guling iaitu sekolah agama harian biasa. Maka, berulang-alikla saya dengan bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Hehe. Sampai Form 5 saya belajar kat sekolah ni. Walaupun dapat 9A dalam PMR tapi saya tak apply ke mana2 sekolah berasrama penuh yang lain. Saya dah rasa seronok belajar di sini walaupun sekolah saya tak 'glomour' macam MRSM atau sekolah berasrama penuh yang lain. Bagi saya, kejayaan boleh dicapai dimana sahaja sekiranya kita berusaha. Semuanya bergantung kepada kemahuan dan usaha diri kita sendiri.
ni lah sekolah yang saya sayang...SMKADG!cuba spot kat mana saya dalam gambar ni...hehe(clue:pakai baju pengawas pusat sumber) |
Alhamdulillah, saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dan kini tibalah masanya untuk saya meneroka dunia yang lebih mencabar dan dewasa. Dewasa lah sangat kan mase tu...hihi. Saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang. Batch saya adalah batch pertama KMP pada waktu tersebut kerana ia baru di buka. Kiranya batch kitorang la perasminye...hihi. Seronok belajar kat sini sebab semuanya baru. bilik baru, katil baru, dewan kuliah baru... dah nama pun perasmi kan. Hehe. Kat sini tak ade la pulak 'homesick' nye. Mungkin sebab saya dah besar remaja kot masa tu. hehe:)
Mase tu kalau nak jadi doktor kena skor 4 flat. Time tu persaingan agak sengit sebab student yang dapat 4 flat sahaja yang dapat ambil medik. Dan kalau dapat 4 flat pun belum tentu dapat ambil medik. Mungkin masa tu ramai student yang 'excellent' kot. Risau jugak saya ni bukanlah antara pelajar yang excellent. Saya cuma biasa2 je. Jadi saya kenalah usaha lebih berbanding group yang 'excellent' tadi. Tidak dinafikan, ada sesetengah pelajar saya tengok diorang cepat pick up masa kuliah. Ada kawan saya tu nampak tak study mana pun kat bilik tapi boleh score. Pelik jugak. Tapi itulah anugerah yang Allah anugerahkan kepada setiap orang, semua orang mempunyai kelebihan yang berbeza2. Macam saya ni kalau mase kat kuliah tu kadang2 satu pun saya tak faham. (tak tipu ni! this is the real story) Kalau masa di dewan kuliah saya kadang2 tu tak faham apa yang lecturer ajar kat depan tu. Lebih2 lagi kalau banyak sangat kuliah dalam satu hari dan kuliah pada waktu petang. Memang brain ni dah understimulate lah bila dah penat. Apa yang saya buat adalah belajar semula bila balik ke bilik, kemudian kalau masih tak faham pergi jumpa personally dengan lecturer berkenaan. Kiranya kerap jugaklah pergi jumpa lecturer kat bilik dia. hehe. Tak kisahlah kalau ganggu lecturer pun kan asalkan kita faham apa yang kita belajar. Nak tanya masa kuliah tak sempat, dan bukan tak nak tanya tapi kadang2 tu memang tak faham dan tak tahu nak tanya apa...hehehe:)
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza....kenalpasti kelebihan yang ada dalam diri kita:)
Erm, rasa panjangla pulak entry kali ni. Nanti kita sambung semula ye. Lepas ni nak mengembara ke zaman medical student pulak. Kalau hainomOkje jadi kluangman untuk mengembara, dan myfreeminded dengan pengembaraan 'driving' yang 'scary', Pinkycat nak mengembara dengan Catwoman pulak...hehe. Jangan marah ye teman2ku sekalian:)
Ouchh.. memang panjang berjela pun PC.. hehe.. sampai naik juling bijik mata ngadap skrin ni baca.. Dah lah tadi masa kat dalam peti sejuk tu duk ngadap ke Reuters web cari data berjam2.. hehe.. setiap perjalanan tu sememangnya sudah diatur oleh Yang Maha kuasa, dan likuan perjalanan itu terjadi dengan ada sebab dan musabab, Maha Besar Allah dalam perancangannya.
ReplyDeleteSaya masa kicik2 dulu mau jadi doktor tapi la ni duk dalam profesion lain lak.. hehe
kenapa MFM duk dalam peti sejuk?tak beku ke...hehehe;p
DeleteAlhamdulillah, semuanya berlaku dengan izinNya. Kita hanya berusaha Allah yang menentukan segalanya. Yang penting kena percaya kepada qada' dan qadar Allah:)
MFM pun tengah sambung master kan sekarang ni..mane tahu blh sampai ke PhD, dapat jadi doktor jgk kan...All the best utk mfm!semoga kita sama2 berjaya, insyaAllah:)
Seronok membaca rentetan kisah2 mcm kisah PC ni.. byk memberi kesedaran buat kita..bukan senang nak mencapai kejayaan spt hari ini kan?.. sy respek kat mak PC sbb dapt membesar kan dua org anak yg membanggakan.. sejuk hati!.. InsyaAllah cara didikan tu boleh apply kat my bujang tu..
ReplyDeleteapa pun tahniah doktor sbb berjaya mencapai cita2.. Alhamdulillah!..:)
tq atie!alhamdulillah....
DeleteInsyaAllah atie pun berjaya didik anak 'bujang' tu...hehe:)
Tahniah2 kerana cita2 doc pinkycat berjaya jugak kan...mmg kalau nak amek medik kena jd ulat buku lah jwbnya belajar betul2..sy dulu minat pharmacy so gie USM ..dok2 kat sane kena racun ngan senior terjun dlm accounting lak lps matrik..hwahawhawha
ReplyDeletetq ummuaidan!
Deletesalam ukhwah:)
seronok baca entry ni... saya masa sekolah mmg tak pernah dapat straight A. Rasa kagumnya dgn kawan2 yg boleh dapat straight A ni :)
ReplyDeleteSaya dulu lebih minat Fizik berbanding Biologi. Fizik cuma kena faham konsep, tapi kalau Biologi, saya rasa banyaknya nak kena baca... minat masing2 memang tak sama, kan? sebab tu akan ada engineer dan doktor (walaupun saya bukan kedua-duanya... hehehe)
semua orang ade minat masing2! yang penting kena pandai aplikasikan minat tu ke arah kejayaan...betul tak...hehe:)
DeleteYang penting nur pun dah jadi seorang yang berjaya sekarang!bukan calang2 orang nak dapat peluang study kat oversea tu kan:)
Salam PC....
ReplyDeleteMlm baru dpt menjengah sini...seronok baca entry tu PC...biar pun panjang ...hehe..Suka dgn semangat PC tu....nk suruh anak anak okje baca...biar jadi sumber inspirasi....
Betul tu kejayaan kena dicari dgn usaha yg just disamping doa dari ibu. Tiada yg menggembirakan hati seorang ibu kecuali kejayaan anak anaknya..
Tau dah...pakai baju kuningkan...barisan kedua duk atas cikgu.....betul tak betul tak...hehe
Salam Okje!
DeletePandai betul Okje teka ye!ni suka ni...hehe...walaupun kite tak pernah bersua tapi dpt gak cam PC dalam gambar yang kecik ceniot ni...hehehehe:)
Moga dapat jadi inspirasi gak utk TLBD dan sudden attack tu...hihi:)