Saturday, March 2, 2013

~AcuTe TonSiLiTiS & AisKriM~


Oleh kerana sejak semalam sakit tekak ni, terfikir nak bercerita pasal Acute tonsilitis sebab ade kaitan dengan sakit tekak ni.  Dan kira common jugakla jumpa pesakit yang datang dengan sakit tekak ni ade acute tonsilitis. 

Mula2 nak kongsi satu cerita benar di klinik….

PiNkYCaT ni setiap kali nak cerita bab2 penyakit ni mesti mula dengan satu cerite dulu ek….layan je lah ye;)

Ada satu ketika tu seorang pesakit berkata kepada saya “patutla doktor tak bagi saye ubat, bagi aiskrim je”hehe. Apa kaitan aiskirim dengan acute tonsitlitis ni ye… Jom kite bace entry ni sampai habis;p

Apa itu Acute Tonsilitis?

Acute Tonsilitis ialah radang (inflammation) yang bianya disebabkan oleh jangkitan kuman di kelenjar tonsil. Semua orang ade sepasang tonsil. Kalau tak percaya cuba nganga mulut tu luas2 depan cermin dan tengok kat dalam kerongkong sebelah kiri dan kanan tu ade ape…hehe. Mesti tak nampak kan… Kalau tak nampak tu kira OK la tu… Bila terkena jangkitan kuman, tonsil ini akan membengkak.merah  dan kemungkinan boleh ada pus atau nanah. Bila ada nanah tu maknanya dah ada jangkitan bacteria lah tu. Tanda2 lain jangkitan bacteria ialah demam yang tinggi (>38 c). Tonsilitis juga boleh disebabkan oleh kuman viral. 

contoh gambar bacterial tonsilitis (ambil dari En. Google)



 Apakah tanda2 acute tonsillitis?

Biasanya sakit tekak la kan. Nak makan rasa sakit dalam tekak tu. Selera makan kurang. Demam. Sebab dah ada jangkitan kuman mestilah suhu badan kita akan naik sebab sistem pertahanan badan kita tengah bekerja untuk lawan jangkitan kuman tersebut.  Bagi kanak2 yang kecil biasanya mereka akan kerap muntah, terutanya bila suap makanan.  Yelah, kanak2 kecil mana boleh cakap lagi kan nak bagitahu dia sakit tekak. Hehe... Kalau ada tanda2 ni sila bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan. Batuk juga adalah tanda2 acute tonsilitis tonsillitis.

 Perlu ke ambil antibiotik?

Jawapannya ialah bergantung kepada jenis jangkitan. Kalau ade tanda2 jangkitan kuman bacteria kenalah makan antibiotic. So, kena dapatkan rawatan dengan doktor dahulu untuk dapatkan kepastian. Ubat antibiotic tak boleh ambil sewenang2nye tau. Nak tahu kenapa boleh klik DISINI. Kalau cuma jangkitan viral tak perlu makan antibiotik. Kebiasaanya jangkitan viral adalah 'self limiting'. Ia akan hilang selepas 3-5 hari, insyaAllah.

Apa pula rawatannya?

Pesakit akan di berikan antipyretic iaitu ubat demam dan ubat untuk legakan sakit tekak. Ubat antibiotik akan di berikan sekiranya ada tanda2 jangkitan kuman bacteria. Pesakit juga di nasihatkan untuk minum banyak air masak. 

Apa kaitan Acute tonsilitis  dengan aiskrim?

Kalau nak tahu saya selalu galakkan pesakit yang kena acute tonsillitis ni terutamanya kanak2 untuk makan aiskrim. Sebenarnya aiskrim ni dapat bagi 'cooling affect' (sore throat relief) kepada kanak2. Ia dapat mengurangkan rasa sakit tekak tu. Selain tu, dapat menambah selera kanak2 ni kan. Kanak2 mana yang tak suka aiskrim kan. Betul tak? Masa saya kerja kat wad pediatrik dulu (wad kanak-kanak), aiskrim cup (aiskrim dalam cawan kertas bulat tu) memang di order khas untuk pesakit Acute tonsillitis kat dalam wad tu. 
Tetapi AWAS!kalau kanak2 tu ada penyakit asthma(lelah) dan tak boleh dengan makanan sejuk jangan bagi pulak aiskrim ni  ye. Nanti kan boleh exacerbate pulak asthma nye... 





Ni aiskrim yang saya makan masa tengah sakit tekak ni. Bila makan aiskrim ni teringat masa zaman budak2 dulu mak selalu buat aiskrim dalam plastik ni letak dalam peti sejuk tu. Lepas balik dari sekolah terus ngap! Orang panggil aiskrim ni aiskrim 10sen sebab dulu aiskrim ni harga dia 10 sen je:)
Sekadar perkongsian....hehe:)







11 comments:

  1. ais krim tu la akan makan sewaktu ngandung hero2 tu...
    sejuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk kenangan dulu2 disebalik aiskrim 10sen ni kan yana...hehe:)

      Delete
  2. PC.... dan dan tu jugak OKje nganga depan cermin hehe... tengok tekak sendiri..hehe
    oh aiskrim Malaysia... dulu aiskrim asam boi tulah yg di bedal okje masa budak2 kecik... lepas-lepas main tgh berpeluh2 tu beli kat kedai sebab kat rumah mana ada fridge!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....dan jugak nganga sambil berBW ye;p

      sedap kan aiskrim ni OKje...ada 'keistimewaan' tersendiri berbanding aiskrim moden skg ni...hehe:)

      Delete
    2. alhamdulillah, dah baik dah Okje...ni yang rasa nak melantak je ni...tambah lagi hari ni cuti...hehehe;p

      Delete
  3. dulu sempat la buat biz kecil kecilan jual aiskrim 10 sen.. hehehe, rasa mc kelakar pulak.... kat sini orang dah mula jual aiskrim sbb dah masuk spring :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat lagi nur jual aiskrim ye...bagus betul:)

      aiskrim 10 sen ni memang sgt nostalgic kan...hehe;p

      Delete
  4. Sekarang dah tak de jumpa harga 10sen, dah naik 20sen, itupun tak sepanjang zaman dedulu. Bestnya kalau semua ubat sakit tu aiskrim. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kite cipta ubat yg di buat drpd aiskrim...mesti laku kan!hikhikhik;)

      Delete
  5. Benarkah aiscrim Boleh baikkn ..Skrg ni Mmg terjagi pd sy.. sy takot lh klu lg teruk.. sy terkejut tengok sy nye Salam mulut Mmg Adam.. sy demam sampai x Boleh bagun

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...