Sunday, February 10, 2013

~DeMaM a.k.a PyeReXia (kenapa tak kebah2?)~

 Assalamualaikum teman2 blogger sekalian:)

Sejak kebelakangan ni ramai pulak yang datang klinik sebab demam
Boleh dikatakan 80% pesakit yang datang ke klinik sebab demam. 
Mula2 kita tengok senario yang biasa berlaku di klinik....

SeNaRiO 1:
Doktor: ye ade masalah ape?
Ibu pesakit  (highlight IBU sebab selalunya kaum ibu yang masuk sekali dengan anak untuk jumpa doktor...hehe): anak saya demam la doktor,dah 3 hari. Sekejap panas sekajap sejuk badan dia.
Doktor: dah ambil ubat ke?
Ibu: dah ambil ubat demam kat rumah tapi tak kebah2
Doktor: bile last sekali ambil ubat?
Ibu: malam tadi
Doktor: (tengok jam dah masuk pukul 3 petang dah...) Doktor bermonolog dalam hati - 'patutla demam lambat kebah, sebab tak ambil ubat dengan teratur'


SeNaRiO ke 2:
(yang ni pesakit dewasa)
Pesakit: saya demam dah seminggu dah doktor tapi demam pagi je...malam rasa ok. saya dah makan ubat tapi tak baik2 jugak
Doktor:  Berapa biji makan ubat dan berapa kali ambil satu hari?
Pesakit: saya makan 2 kali sehari je
Doktor: tak cukup dose tu encik... (monolog dalam hati lagi- 'mesti takut nak makan ubat ni...hihi')

Ok lah, semua senario di atas adalah situasi yang biasa saya alami semasa di klinik. Ada sesetengah pesakit memang dah ambil ubat sebelum datang ke klinik tetapi demam tak kebah2 lepas ambil ubat. Ini aduan yang biasa saya terima daripada pesakit. "kenapa demam tak kebah2"

Hari ni saya nak kongsikan sedikit info pasal demam a.k.a fever. Kalau nak cerita pasal demam memang panjang berjela tapi kali ni kita focus kepada sub topic iatu apakah faktor2 kenapa demam tak kebah walaupun dah ambil ubat.


Sedikit info tentang demam:
  •  Demam secara fisiologinya adalah reaksi tubuh kita kepada jangkitan virus atau bakteria di mana ianya di kawal oleh hipothalamus kita (thermoregulation center).
  • Tidak di nafikan demam juga boleh disebabkan oleh penyakit2 serius lain seperti TB. leukemia dan limfoma. Biasanya demam yang disebabkan oleh penyakit2 serius akan disertai dengan gejala2 penyakit yang lain(tidak dibincangkan dalam entry kali ini)
  • Majoriti pesakit yang datang ke klinik mengalami Upper Respiratory Tract Infection (URTI) atau jangkitan kuman di salur pernafasan. 

Apa yang boleh di lakukan bila demam?

  • Ubat demam @ antipyretic perlu di beri mengikut dose dan kekerapan yang sepatutnya untuk membantu menurunkan suhu badan. Mengikut recommendation daripada WHO , antipyeretic hanya di berikan kepada kanak2 yang demam melebihi suhu 38.5 C
  • Dose ubat paracetamol untuk pesakit pediatrik atau kanak ialah 15mg/kg. Boleh di berikan setiap 6 hingga 4 jam sekali (maksimum) manakala bagi pesakit dewasa ialah 1g (2 tablet) setiap 6 hingga 4 jam (tidak melebihi 4g dalam masa 24 jam)
  • Sekiranya suhu badan sangat tinggi(>38.5) pemberian ubat demam secara kerap dan teratur adalah penting kepada kanak2 bagi membantu fisiologi tubuh menurunkan suhu badan. Ini kerana, suhu badan yang sangat tinggi boleh menyebabkan sawan bagi sesetengah kanak2. 
  • Selain mengambil ubatan, kita di galakkan melakukan 'tepid sponging' bagi membantu menurunkan suhu badan. (teknik tepid sponging adalah mengelap seluruh badan dengan kain basah)

Bilakah rawatan segera di perlukan?
  • Sekiranya kanak2 itu masih aktif, dapat minum dalam kuantiti yang cukup, tidak ada apa yang perlu di risaukan. 
  • Kebiasaanya demam akan kebah selepas 3 hingga 5 hari (sekiranya disebabkan oleh jangkitan kuman biasa yang tidak serius)
  • Namun demam yang berulang2 atau berpanjangan, atau di sertai dengan muntah, cirit birit, tidak bermaya, sakit kepala, lesu, sawan, maka perlu mendapatkan rawatan segera.  
  • Pengambilan ujian darah diperlukan bagi kes yang tertentu bagi menetukan status atau jenis jangkitan kuman yang menyebabkan demam tersebut. 
  • Sekiranya demam yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, antibiotik perlu diambil seperti yang diarahkan oleh doktor. (bilakah perlu ambil antibiotik akan dibincangkan dalam entry yang lain)

Diharap  info di atas di harap dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang persoalan kenapa demam tak kebah2.  Kesimpulannya, pengambilan ubat demam yang teratur dengan dos yang mencukupi akan dapat membantu badan menurunkan suhu yang tinggi ketika demam. InsyaAllah:)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sebagai orang Islam jangan kita lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t:)
Wassalam.

23 comments:

  1. bagus info demam ni..
    tu lah kan sllu nya bila lambat kebah tu sebab makan ubat tak ikut aturan kan? erm..klu budak2 lagi lah.. dgr je UBAT dah takut, nangis siap guling2 tak mau makan..haha..
    sy klu anak demam, mmg akan paksa makan ubat sbb tau selagi tak makan ubat demam susah nak kebah..
    TQ sharing doktor.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. U r welcome atie!
      Klu utk anak2 yg dmm tinggi dan payah nak mkn ubat PC akan bagi supp PCM @ ubat demam yg masuk melalui buntut tu...senang...masukkan je satu biji tu setiap 6 jam atau 8 jam:-)
      Klu yg tak liat mkn ubat tu mmg bagusla....tak payah pujuk2 kan bile nk mkn ubat:-)

      Delete
    2. oh..mcm tu ya.. pernah juga masuk kan ubat melalui buntut kat anak..mmg cepat kebah banding yg makan.. anak sy mmg susah skit nak makan ubat.. pening kepala tiap kali demam.. (tapi nasib lah, mmg akan kena paksa makan ubat oleh ibu dia ni)...hehehe:)

      Delete
  2. Assalamuallaikum, salam teman, pengunjung indonesia singgah diblog sobat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Salam ukhwah buat shofan! Sahabat pertama dari indonesia di blog PiNkYCaT ni:-)

      Delete
  3. saya mmg lambat kebah kalau demam coz mmg tak nak makan ubat hihi.. selalu minumair banyak n 100plus je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu tak mkn ubat mmg la lmbt kebah wwk!hihi....biasanya klu demam viral suhu bdn tak tinggi sgt dan akan hilang dgn sendiri dlm 3-5 hari. Tak perlu risau sgt...tp bila demam berlarutan kena mkn ubat jgk tau...hehe.
      Minum air byk adalah tindakan yg bagus tu sbb ia membantu menghidratkan semula bdn. Ketika demam bendalir bdn cpt kurang drpd biasa so kite kena top up kan bendalir bdn kita semula:-)

      Delete
  4. Iyelah, anak2 saya pun kalau cakap pasal ubat, ada 2 kategori. Kategori 1: terlebih suka makan ubat iaitu aisya dan ainurin. Tak demam pun buat2 demam sebab nak makan ubat, kategori 2: takut makan ubat, siap di paksa, di pujuk rayu, di janji macam2 supaya makan ubat iaitu kakak dan haziq. :)

    Tq PC 4 d info, next time akan catat waktu makan ubat, sebab biasa terlupa gak kul brapa dah bagi makan ubat... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kategori yg no 1 tu yg bagus tu....tp kena hati2 gak sbb nntkan terlebih ubat pulak...hihi.
      Mfm, klu nak senang ingat mkn ubat PC selalu seragamkan waktu mkn ubat. Contohnya klu mkn 4kali sehari ttpkan ambil pukul 6am,12noon,6pm,12mn. Klu yg 3 kali sehari biasanya klu 8am,4pm,11pm or sblm tidur:-)
      Hrp dpt membantu mfm....hehe:-)

      Delete
    2. Tq PC, Sangat membantu tapi still kena ada alarm untuk ingatkan. :)

      Delete
  5. Pc.....balik kg ni ...tu yg Tak sempat bw...nnti balik kl boleh bw sampai lalok...huhu...
    Alhamdulilah dak tu dah baik lps ambik antibiotik genap7 hari dan makan pcm secara consisten... Tq ye pe PC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,sihat dah pun TLBD tu...lps ni boleh main lompat2 la...hihihi:-)

      Delete
    2. ais yang dicarinya PC...geram betul OKje....

      Delete
    3. Hehe, budak2 OKje, comel lah dia tapi nanti besar cantik tu.

      Delete
  6. Perubahan cuaca mendadak pun menyumbang kepada demam kan?
    Siang panas, malam hujan sejok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubahan cuaca adalah faktor penyumbang shj tetapi demam adalah disebabkan oleh jangkitan dlm bdn kite:-)

      Delete
  7. deno sebelum tahu ada SLE pada tahun 1999.. tanda deno yg ketara ialah demam tak sembuh2.. berbulan-bulan.. demam je, demam yg tak tahu sbb.. pegi klinik, makan ubat, ok pastu esok dmm balik... badan pun asyik letih dan takde tenaga.. sbb tu perlu beware kalau demam yang berpanjangan dan tak tahu sebab....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu deno...sbb tu klu demam yg berpanjangan kena jumpa doktor cpt2 dan doktor akan check serta ujian darah perlu diambil...

      Delete
  8. Tq for this powerful info doc ct!!!

    ReplyDelete
  9. berapa lama kena teruskan bagi ubat..contoh masuk hari ketiga demam dah kebah dan anak kembali aktif. berapa hari lagi kita terus bagi ubat untuk pastikan demam tidak berulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bile demam dah betul2 kebah selama 1-2 hari...penggunan ubat blh dikurangkan dan seterusnya blh off ubat

      Delete
  10. Takde side effect ke ubat yg masuk melalui punggung tu

    ReplyDelete
  11. Salam doc. Sy pun nak tanya perkara yg sama. Tak apa ke bg supp pcm selalu? Ada yg ckp x elok. Tp rasanya penerangan dr doc lbh baik. Waktu mlm mmg sy bg supp sb kesian kt baby sy nk kejut dia tgh2 mlm nk bg ubat. Ank sy kerap dmm. Dh bg antibiotik pun, tetap dmm x kebah, batuk n flu yg bpanjangan. Ank sy umur 11 bln.

    ReplyDelete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...