Friday, February 8, 2013

~The SimPLesT aYaM TuMis~



Ni la die menu bile kemalasan melanda....mesti tahu kan kenapa saya rasa malas nak masak hari ni.hihihi (sila klik di sini kalau tak tahu). 




Ayam masak tumis yang simple...senang je. Malas nak masak yang complex2. Yang ni masakan ayam paling senang kot. Biletime malas tu masak menu ni je...hihi;p

Nak tahu care masaknye....simple the simplest;)


Mula2 kupas 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih dan 1/2 inch  halia. Campak dalam blender, tekan ON. Blender semua bahan tu. 
Pastu panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan blender tadi. Tumis sampai wangi.
Kemudian, masukkan dalam 3 sudu cili boh @ lada cair. Tumis sampai naik minyak atau ala2 garing gitu. Pastu masukkan ayam yang dah di potong. (Mase beli kat pasar suruh penjual tu potong terus ayam tu, senang!)
Gaul2 skit ayam tu dalam kuali. Kemudian masukkan 1/2 mangkuk kecil air asam jawa.
Tutup kuali tu sekejap dengan penutup die. Masak ayam sampai masak @ air tu agak2 kering. Sambil tunggu tu bolehla basuh pinggan mangkuk dalam sink tu  dulu ke atau campak baju dalam mesin basuh...hehe (yang ni pun nak cerita ke... adush;p)
Jangan sampai hangit pulak ayam tu...hikhik;p
Bile nampak dah nak masak tu @ air tadi dah ala2 kering, masukkan sedikit garam, sedikit madu, dan 2 sudu sos tomato. Gaul2 skit.
Last sekali taburkan bawang besar yang dah di potong.
Siappp....

Sekian saja menu yang sangat simple untuk hari ini:)

***Tips turun temurun: kalau tak nak bagi ayam tu rase hanyir, basuh ayam tu dengan asam limau sebelum masak, tak kisahla guna limau nipis atau limau purut, jangan guna limau lokam dah la...mentang2 la musim chinese new year;p

7 comments:

  1. Memang simple .... semalam pun okje masak ayam gaya ni jugak....makan dgn nasi ayam...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni senang nak masak kan okje:)
      time malas nak masak tu masak simple2 je la...;p

      Delete
  2. wahh...sedap nya! nampak menyelerakan..
    erm.. sllunya hubby ajar klu nak hilang kan bau hanyir ayam campur sedikit tepung.. limau nipis pun sllu guna klu nak basuh ikan keli..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik gune tepung tu 1st time PC dengar...blh try lps ni bile takde stok limau kat dapur...hihi;)

      Delete
  3. Limau nipis dgn limau purut rasanya sama tak? Kalau masak paprik instead daun limau purut boleh tak guna daun limau nipis? Hehe.. Kat belakang rumah mak ada pokok limau nipis aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Limau nipis dgn limau purut rasanya lain mfm....air limau purut sedap letak dlm tom yam...limau nipis plak sedap klu di perah dlm sup sblm mkn...
      Tapi daun limau nipis tak leh guna utk masakan cuma daun limau purut je yg guna utk masak....

      Delete

leave your comment here

Dont forget to leave your comment...thank you:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...